Cara Buat Aneka Roti Bun Manis |Tips Dan Teknik Asas Buat Roti

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 11. 09. 2024
  • Salam semua. Terima kasih singgah channel Mama Chik. Saya memang suka makan roti, sebab memang suka dan minat sangat roti, saya pernah menghadiri beberapa kelas untuk belajar buat roti.
    Saya pun pernah juga buat bisnes aneka roti beberapa tahun dulu. Jadi kali ni saya nak kongsi untuk anda cara atau teknik asas buat aneka roti bun manis. Saya juga akan kongsikan tips-tips yang saya dapat semasa belajar kelas roti dan sepanjang buat bisnes roti. Tonton video ni kalau nak tahu macam mana cara nak bentukkan aneka jenis roti, macam yang dijual di kedai roti tu. Nanti anda boleh cuba buat kat rumah, lagi jimat boleh dapat banyak roti untuk satu adunan resepi ni. Anda boleh guna mixer atau breadmaker! Roti ni sangat sangat gebu dan sedap! Saya kongsi resepi aneka roti bun manis kat bawah ni ye:
    Resepi Aneka Bun Manis
    500gram Tepung High Protein/ Tepung roti
    70gram Gula
    1 sudu besar Yis
    1 sudu teh Serbuk Penaik
    1 sudu teh Garam
    1 biji Telur
    1 sudu besar Susu Pekat
    250ml Air Sejuk/Ais
    50gram Marjerin
    Inti:
    Inti Kacang Merah
    Mentega
    Gula
    Sosej
    Cara-cara:
    Mengadun doh roti 0:15
    Persediaan Inti 1:08
    Membulat doh 1:33
    Aneka Bentuk Roti
    Roti Kacang 1 : 2:04
    Roti Kacang 2 : 2:46
    Roti Kacang 3 : 3:03
    Roti Sosej 1 : 3:47
    Roti Sosej 2 : 4:34
    Roti Manis 1 : 5:05
    Roti Manis 2 : 5:30
    Persediaan Sebelum Bakar : 5:47
    Selepas Bakar : 6:47
    Selamat Mencuba.
    #resepirotimudah #resepianekaroti #carabuatroti

Komentáře • 28

  • @user-yq6zd4sl1h
    @user-yq6zd4sl1h Před 5 dny

    Salam...saya nak tanye...roti tu boleh guna utk donut ? 😅

  • @DapurSuriAti
    @DapurSuriAti Před 2 lety +1

    Perkongsian yang menarik cara membuat roti.. terbaik

    • @MamaChik
      @MamaChik  Před 2 lety

      Alhamdulillah, terima kasih

  • @lisahenosfamily441
    @lisahenosfamily441 Před 2 lety +1

    Terima kasih perkongsian resepi nya ya.sangat bermanfaat bgi sy yg ingin bljr bwt bun.

    • @MamaChik
      @MamaChik  Před 2 lety

      ye, boleh cuba, sedap dan lembut.

  • @liewjooling9455
    @liewjooling9455 Před 2 lety +1

    Mantapp lah perkongsiannya...

    • @MamaChik
      @MamaChik  Před 2 lety

      thank you for your support

  • @TheFaizura25
    @TheFaizura25 Před 3 lety +1

    alahai gebunya, terliur pulak nak makan roti sosej tu.

    • @MamaChik
      @MamaChik  Před 3 lety

      dah boleh la tu buat esok

  • @atiqahwan6866
    @atiqahwan6866 Před měsícem +1

    Yis tu tak perlu dibancuh dulu ya?

    • @MamaChik
      @MamaChik  Před 18 dny

      boleh kalau cuaca tak panas sangat. kalau bancuh awal, yis cepat aktif, roti cepat kembang, tak sempat nak bentukkan.

  • @coffeebytheriver7494
    @coffeebytheriver7494 Před 3 lety

    perggghh.... makan sambil minum kopi... 😌😌

  • @aimisafawatidaud8914
    @aimisafawatidaud8914 Před rokem +1

    salam puan boleh tahu puan guna jenama apa untyk breadmaker

    • @MamaChik
      @MamaChik  Před rokem

      saya guna jenama cornell, beli kat Tesco

  • @fionahomekitchen5952
    @fionahomekitchen5952 Před rokem +1

    Apa inti dlm bun manis yg krim kuning tu

  • @raijahsamil132
    @raijahsamil132 Před rokem +2

    Berapa suhu utk bake?

    • @MamaChik
      @MamaChik  Před rokem

      180-200 celcous bergantung oven

  • @raijahsamil132
    @raijahsamil132 Před rokem +1

    Bole uli guna tgn tak doh tu?

    • @MamaChik
      @MamaChik  Před rokem

      boleh, tapi kena uli sampai elastik, ambik masa

  • @sharifaazzizatul6917
    @sharifaazzizatul6917 Před 10 měsíci +1

    Biasanya kelembutan roti tahan berapa hri ye?

    • @MamaChik
      @MamaChik  Před 10 měsíci

      2,3 hari kalau tanpa bahan pengawet bread softener. Kalau roti kedai memang letak bread improver@ bread softener nak bagi tahan gebu

  • @raijahsamil132
    @raijahsamil132 Před rokem +1

    Berapa suhu dan masa utk bake?

    • @MamaChik
      @MamaChik  Před rokem

      suhu untuk bakar roti biasanya 200 celcius, tapi bergantung pada oven jugak. Masa pun bergantung pada jenis dan bentuk roti. Kalau kita nampak roti dah berhenti mengembang, dan permukaan roti dah mula perang, maknanya dah masak la tu.

  • @minahjumanhamzah4136
    @minahjumanhamzah4136 Před rokem +1

    Berapa sukatan bhn2 nk buat roti tu?