MTQA 2013 Johan Qari Dasrizal Marah Naini (Indonesia)

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 11. 07. 2013
  • harap maaf agak lewat :)
    KUALA LUMPUR - Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-55 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini selama lapan malam berakhir malam tadi dengan peserta Indonesia Dasrizal Marah Nainin muncul sebagai johan qari.
    Bagi bahagian qariah, ia dimenangi peserta Maghribi, Hajar Boussaq.
    Naib johan qari pula dimenangi peserta dari Iran, Mohammad Mashmoul sementara peserta Malaysia, Anuar Hasin menduduki tempat ketiga.
    Sementara Hanimzah Jalaluddin dari Malaysia muncul naib johan bahagian qariah dan peserta Thailand, Natita Manasiya menduduki tempat ketiga.
    Johan bagi kedua-dua kategori membawa pulang kepingan emas seberat 350 gram bernilai RM70,000 bersama wang tunai RM40,000, sebuah piala iringan, cenderamata dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
    Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah. Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut hadir.
    Dasrizal yang ditemui pemberita selepas majlis penyampaian hadiah menyifatkan kemenangannya itu sebagai anugerah daripada Allah S.W.T di atas usahanya selama ini selain dorongan daripada keluarganya.
    "Tak ada kata lain yang bisa diungkap atas kemenangan ini yang bukan mengambil masa yang sekejap, dan saya bersyukur menjadi peserta antara yang terbaik," kata pensyarah di Maahad Tinggi Agama Islam Indonesia ini.
    Hajar Boussaq, 23, pula menyifatkan pengiktirafan sebagai johan qariah sebagai batu loncatan untuk beliau mengembangkan pengetahun serta kemahirannya dalam bacaan ayat suci Al-Quran.
    "Saya tujukan kemenangan ini kepada kerajaan Malik Mohammed ke-VI selain bersyukur kerana menjadi juara dalam pertandingan yang mencabar di peringkat antarabangsa ini," kata pelajaran jurusan Pengajian Islam di Universiti Hamzah II, menerusi terjemahan kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Khalid Osman.
    Hanimzah pula berazam untuk terus memperbaiki mutu bacaannya yang diakuinya masih mempunyai kelemahan.
    "Segala usaha saya tidak sia-sia dan saya berpuas hati dengan kejayaan ini," kata penjawat Jakim ini.
    Seramai 43 peserta lain turut menerima hadiah saguhati bernilai RM3,000 setiap seorang beserta cenderamata dan sijil penyertaan.
    Para juri berpendapat setiap peserta telah memperdengarkan mutu bacaan yang amat baik serta lancar dengan memelihara hukum tajwid.
    Seramai 15 juri dari 10 negara antaranya Jordan, Mesir, Maghribi, Arab Saudi, Lubnan dan Qatar dipertanggungjawabkan untuk menilai bacaan setiap peserta.
    Tilawah yang bertemakan 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' bermula sejak 29 Jun lepas disertai 59 peserta terdiri daripada 37 qari dan 22 qariah dari 48 negara termsuk Sudan, Timor Leste, Mesir, Maldives, Sri Lanka serta Mauritius. - Bernama

Komentáře • 41

  • @nasyatmaliki_9793
    @nasyatmaliki_9793 Před rokem +1

    2023 still watching this. Alhamdulillah

  • @jimiroy5308
    @jimiroy5308 Před 10 lety +2

    Alunan suara begitu merdu dan syahdu, semoga bagi pembaca dan pendengar mampu mengaplikasikan perbuatan AlQuran sesuai dengan indahnya bacaan AlQuran dalam naungan akhlaqul karimah dalam ridha Allah hingga menjadikan rahmatan lil`aalamin dan kedamaian manusia dalam cinta Allah selalu dalam petunjuk AlQuran, selamat buat Dasrizal smoga Allah SWT meridhainya.

  • @rahmyatun4517
    @rahmyatun4517 Před 7 lety +2

    semoga dengan suara merdunya ustadz membacakan ayat ayat Allah jiwa dan raga kita terobati dan selalu ingat akan kebesaran dan keagungan allah ajja wajalla amiin

  • @zulkarnainhamdanhamdanalli4459

    Suara nya ada lunak di berapa ayat yg suka orang lain lakukan, tahniah ustaz..

  • @rocklegendzify
    @rocklegendzify Před 11 lety +5

    amat berharga ikhtiar Tuan & semoga Allah memberi ganjaranNya pd setiap harfi / setiap yg mndgr/menghayati. syukran..

  • @bungaorkid9699
    @bungaorkid9699 Před 6 lety +1

    suka dengar bacaan al aquran waktu petang sangat merdu dan damai di jiwa amiin

  • @mohammadnor9519
    @mohammadnor9519 Před 9 lety +3

    Allahu Akbar, Masha Allah...such a nice recital of alquran..made my body trembling and head shooks..

  • @AbdulHadi-tz4xi
    @AbdulHadi-tz4xi Před 3 lety

    Suka bacaan Alquran ustaz Dasrizal ni.

  • @zaenurinuri6876
    @zaenurinuri6876 Před 5 lety

    bergetar seluruh jiwa raga ku mendengar lantunan ayat2 sucu alquran nurqarim yg di bacanya...subahanallah

  • @ahmadzabidi9066
    @ahmadzabidi9066 Před 9 lety +1

    Ustaz saya suka suara ustaz.tahniah!!,sbb juara qari tilawah al~quran 2013.

  • @herusyuhada3972
    @herusyuhada3972 Před 10 lety +1

    Allahu akbar kang ust Dasrizal benar-benar suara keluarga nabi daud....

  • @hjhdarmiahamy6311
    @hjhdarmiahamy6311 Před 4 lety

    ya Allah alangkah merdunya ...semoga ada rezeki pnya anak qari seperti ustaz

  • @yusufbaharin3288
    @yusufbaharin3288 Před 8 lety +2

    berasa senang hati dengar ayat suci

  • @arnykezan3731
    @arnykezan3731 Před 11 lety +1

    suaranya keramat ini, bikin geleng geleng kepala
    bagus ruar biasa
    subhanallah

  • @chandrairawanhadi1853
    @chandrairawanhadi1853 Před 6 lety

    Teringat masa abg ni mengaji 2013 dulu saya masih kecil

  • @shadowboxer2747
    @shadowboxer2747 Před 4 lety

    Suka dengar bacaan al quran pemenang ni .. terharu sangat..😭😭

  • @antonitoni9257
    @antonitoni9257 Před 9 lety +1

    Subhanallah....merdu ny di dengar

  • @LODEH08532
    @LODEH08532 Před 2 lety

    Moga johan qari qariah akan datang dapat anugerah datok

  • @edhier23
    @edhier23 Před 10 lety +1

    Wow subhaanallah...amazing

  • @ikonoto2
    @ikonoto2  Před 11 lety +2

    adakah kamu ustaz dasrizal?inshaAllah..semoga beroleh rahmat-Nya udah cukup..

  • @muhammadiqbalramadansyah7368

    Subahanallah

  • @setiaqoritv5512
    @setiaqoritv5512 Před 2 lety

    Subhanallah

  • @bungaorkid9699
    @bungaorkid9699 Před 6 lety +2

    THE BEST

  • @masngudiahmad9782
    @masngudiahmad9782 Před 10 lety +1

    Luar biasa dasrizal kpn ke jakarta

  • @zafirahbeautifull336
    @zafirahbeautifull336 Před 7 lety +1

    subhanallah

  • @abdullahzainal3325
    @abdullahzainal3325 Před 3 lety

    juge antara yng terbaik , tpi numan pimbaya baya dari filipina tetap no .1 .

  • @randiputrapadang6839
    @randiputrapadang6839 Před 10 lety

    semoga menjadi haji mabrur bg Das....
    Amiiin Yaa Rob....

  • @redaghattas5370
    @redaghattas5370 Před 11 lety

    ماشاء الله ... رووعة

  • @azeezazeez2516
    @azeezazeez2516 Před 6 lety +2

    Bacaan sebutan huruf, tajwid dan lagu... ala2 arab

  • @gatchalove1
    @gatchalove1 Před 11 lety +1

    allahuakbar.......semoga ustaz dasrizal terus diberi kesihatan yang baik......
    mohon share ...bacaan ustaz sangat memberi kesan dihati saya,subhanallah....

  • @yasuria5924
    @yasuria5924 Před 5 lety

    10.5 2019

  • @yasuria5924
    @yasuria5924 Před 5 lety

    Ramadan

  • @bidkeupoldasumsel9468
    @bidkeupoldasumsel9468 Před 11 lety

    kenapa gak bs d save y

  • @D0o0OO0o0Di
    @D0o0OO0o0Di Před 10 lety +1

    where can I find the full episode of the competition? please answer me>>

    • @ikonoto2
      @ikonoto2  Před 10 lety +2

      no full episode for this quran recitation..But u can find other recitator as well here...
      czcams.com/channels/BHNKugMtPK-cCECH38eZFg.htmlvideos

    • @D0o0OO0o0Di
      @D0o0OO0o0Di Před 10 lety

      Thank you (Y)

  • @arbaiahmudakaum5720
    @arbaiahmudakaum5720 Před 5 lety

    Tapi

  • @antonitoni9257
    @antonitoni9257 Před 9 lety

    Subhanallah....merdu ny di dengar

  • @irwansitorus4546
    @irwansitorus4546 Před 10 lety

    subhanallah