Situasi Covid-19 di Segamat dari 09-24 April 2021

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 23. 04. 2021
  • Gelombang ketiga jangkitan COVID-19 berlaku selepas Pilihan Raya Negeri Sabah pada bulan September 2020, dan keadaan ini menyebabkan seluruh negara kecuali beberapa buah negeri telah dikenakan PKPB dari 9 November hingga 6 Disember 2020 bagi membendung penularan jangkitan virus tersebut; Sabah asalnya merancang untuk melaksanakan PKP yang ketat, tetapi sebaliknya melaksanakan PKPB.[22] Walau bagaimanapun, sejak 21 November 2020, PKPB ditamatkan untuk kebanyakan negeri secara beransur-ansur, manakala yang selebihnya meneruskan PKPB hingga 14 Januari 2021.[23] Pada 1 Januari 2021, Menteri Kanan, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa PKPP telah dilanjutkan hingga 31 Mac 2021 kerana kes jangkitan harian masih tinggi.[24] Oleh sebab kebimbangan terhadap keadaan wabak COVID-19 yang semakin parah di dalam negara, dan juga sistem kesihatan negara yang semakin tenat, pada 11 Januari 2021, kerajaan telah mengumumkan bahawa PKP akan dilaksanakan semula di beberapa buah negeri iaitu Melaka, Johor, Pulau Pinang, Selangor, Sabah dan wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dari 13 hingga 26 Januari 2021. Akhirnya, kerajaan menyelaraskan PKP di seluruh negara kecuali Sarawak (yang sebahagian besarnya melaksanakan PKPB kecuali Sibu), mulai 22 Januari hingga 18 Februari 2021.[25][26][27][28] Pada 16 Februari 2021, kerajaan mengumumkan bahawa PKP di Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur dilanjutkan hingga 4 Mac 2021. Sementara itu, negeri-negeri dan wilayah-wilayah persekutuan yang selebihnya beralih kembali kepada PKPB bermula pada 19 Februari 2021 kerana trend kes jangkitan yang semakin berkurang; Perlis sahaja yang beralih kepada PKPP.[30] Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Malaysia telah bermula pada 24 Februari 2021 setelah kerajaan berjaya mengakses bekalan vaksin COVID-19 daripada beberapa buah syarikat farmaseutikal. Program ini dijangka dijalankan secara berfasa hingga bulan Februari 2022 bagi mencapai keimunan kelompok dalam kalangan rakyat supaya dapat menangani penularan COVID-19 di dalam negara.[31] Pada 5 Mac 2021, PKP ditamatkan di beberapa buah negeri serta Kuala Lumpur yang terikat dengannya sebelum ini. Kemudian, negeri-negeri dan wilayah-wilayah persekutuan di negara ini dibahagikan oleh kerajaan untuk diletakkan sama ada di bawah penguatkuasaan PKPB atau PKPP hingga 28 April 2021 setakat ini.

Komentáře •