Pajeri Terung | Senang Dan Sedap | Wajib Cuba

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 7. 09. 2024
  • Pajeri Terung ni Kak Long memang sukaa makan. Selama ni beli je sebab tak tahu nak buat. Bila cuba, senang je rupa-rupanya.. Jom Kak Long kongsikan cara nak buat Pajeri Terung ni.
    PAJERI TERUNG SENANG DAN SEDAP
    Bahan-bahannya :
    * 4 biji bawang kecik
    * 3 Ulas bawang putih
    * 1 Inci Halia
    * 1 sudu besar udang kering (rendam sekejap)
    * 1 tangkai daun kari
    * 4 sekawan ( 1 setiap bahan)
    * 1 sudu kecik halba campur
    * 2 sudu besar rempah kari ayam
    * 1 sudu besar rempah kari ikan
    * 1 sudu besar serbuk cili
    * 1 sudu besar kerisik
    * 1 cawan @ 250ml santan pekat
    * 6 biji terung saiz sederhana (dibelah 4)
    Cara Penyediaan :
    Blend bawang kecik, bawang putih, halia dan udang kering. Blend sampai hancur.
    Panaskan minyak dan tumis 4 sekawan, halba campur dan daun kari.
    Dah naik bau wangi, masukkan bahan blend. Tumis sehingga kekuningan.
    Bila dah kekuningan, masukkan rempah kari ayam, rempah kari ikan dan juga serbuk cili. Masak sehingga naik minyak.
    Kemudian masukkan terung. dan gaul sebati sehingga terung sedikit kecut.
    Masukkan santan dan air 3/4 cawan.
    Bila terung dah lembut, kuah dan cantik je, masukkan kerisik.
    kacau rata dan akhir sekali perasakan dengan gula dan garam.
    Bila rasa dah okay, boleh padamkan api dan sedia dihidang.
    #PajeriTerung
    #ResepiPajeriTerungSenangDanSedap
    #PortResepi

Komentáře • 108

  • @Mustafa-Kamal-Satar
    @Mustafa-Kamal-Satar Před 4 lety +6

    Pajeri mmg mudah dibuat, saya selalu buat kat umah di Seri Kembangan ni, wife pun kerap buat. Saya selalu buat pajeri terong atau nanas atau campor kedua sekali..saya paling suka pajeri terong tp anak2 suka pajeri nanas..cuma saya masukkan asam keping atau asam jawa sikit, berbanding dgn resipi ni yg tak masukkan apa2 asam..saya juga guna campuran gula gerek (gula kabung yg bulat mcm roda gerek/basikal tu, atau juga gula melaka) dan gula biasa..saya pernah juga buat pajeri epal hijau dan belimbing sagi, OK jer tapi tak sesedap pajeri terong dan nanasa..btw, saya dah subscribe channel ni..

  • @zainabmajid6799
    @zainabmajid6799 Před 4 lety +5

    Wah pajeri terung mmg favorite sy ni.. Sdp la kak long... Tq kak long kongsi resepi.. 👍💕💕💞

    • @PortResepi
      @PortResepi  Před 4 lety

      Wc.. Nanti boleh la try buat😍😍

  • @aziem.h4478
    @aziem.h4478 Před 4 lety +4

    sedap nih pajeri terung,lawan dgn ikn masin...terangkat

    • @PortResepi
      @PortResepi  Před 4 lety

      Kan.. Boleh layak 2 3 pinggan nanti😬😬

  • @jamiahmaamor2615
    @jamiahmaamor2615 Před 4 lety +2

    Kak long...sedapnya...sy suka sgt pajeri terung

  • @lis_cp
    @lis_cp Před 4 lety +2

    Terimaksh ats perkongsian resepinya,sy akn cuba ni sb mudah dan sedap,

    • @PortResepi
      @PortResepi  Před 4 lety

      Sama².. Mana tau kena dengan selera awak😊

  • @dapurtokmak8609
    @dapurtokmak8609 Před 4 lety +2

    Wah sedapnya paceri terung memg kesukaan saya. 👍😋

  • @iis_iis
    @iis_iis Před 4 lety +1

    Pajeri terung kk long dah siap...bolehla makan..😋sedap.

    • @PortResepi
      @PortResepi  Před 4 lety

      Hai Kak ismah.. Akak suka terung jugak ke😊

  • @ramlahhassan4189
    @ramlahhassan4189 Před 4 lety +1

    Saya mmg gemar mmkn pajeri trung. Tks bg resipi. Nk cuba arini. Bselera lah dgn nasi panas

    • @PortResepi
      @PortResepi  Před 4 lety

      Wc.. Pajeri terung mak man dengan nasi panas sedap ni😊😊

  • @maznahidris1645
    @maznahidris1645 Před 4 lety +1

    Saya memang suka pajeri terung. Bestnya

    • @PortResepi
      @PortResepi  Před 4 lety

      Ye ke sis.. Nanti blh la try buat 😊

  • @ZainonZai-ww5ye
    @ZainonZai-ww5ye Před 11 měsíci

    Suka tgok video sis..tunjuk bahan n penerangan yg jelas 👍👍👍

  • @Buddy-kc7lk
    @Buddy-kc7lk Před 4 lety +1

    Sedap pajeri dan mudah disediakan. Terima kasih atas perkongsian.

  • @nooraine8307
    @nooraine8307 Před 4 lety +1

    mlm2 tgk ni rsa mcm nk mkn skg plak,mmg mknan kesukaan ni tp sy ska pajeri nenas suami plak pajeri terung sllu kalau sy msak bt dua2 skli,nnti nk cuba cara k.long plak

    • @PortResepi
      @PortResepi  Před 4 lety

      Ada orang buat campur nenas dan terung😊

  • @NaYaTBeN
    @NaYaTBeN Před 3 lety +1

    Baru lepas try buat resepi nie. Rupa tak berapa nak jadi tapi rasa sedap. 😆😆😆 nak kena praktis banyak kali lagi lepas nie. Terima kasih. Suka try resepi kat channel nie sebab step by step mudah nak ikot bagi tukang masak amatur macam saya. Keep it up. 👍👍

    • @PortResepi
      @PortResepi  Před 3 lety +1

      Alhamdulillah awak suka resepi ni 🙂 insyaALLAH kaklong akn kongsikan lebih lg resepi,yg pasti mudah n simple..senang nk ikut 🙂

  • @AsZulqa
    @AsZulqa Před 3 lety

    sedap pajeri terung, pajeri nenas pun sedap jgk #resepiviralmudahdansedap

  • @user-js3sz2ye8n
    @user-js3sz2ye8n Před rokem

    Terima Kaseh MCM sedap Jew...nak cuba masàk ni...

  • @ellafadila7586
    @ellafadila7586 Před 4 lety +2

    Hai waalaikummussalam kaklong comel..tak pernah tak sedap masakan kaklong ye 🤤🤤🤤🤤

  • @kokjanfoo7740
    @kokjanfoo7740 Před 3 lety +1

    I really enjoyed looking at the way u cook .u are the best among them .u are are fantastic n ur hub and surely love u deeply.

  • @latiffarahmat4944
    @latiffarahmat4944 Před 3 lety

    Saya belun pernah buat lauk ini.pasti saya akan cuba

  • @dapursederhanaummi1513
    @dapursederhanaummi1513 Před 4 lety +2

    Wow pajeri terung peberet sy nih,blh try 😋

    • @PortResepi
      @PortResepi  Před 4 lety +1

      Try la sis.. Mesti sis suka😊

  • @acikshimasyg6104
    @acikshimasyg6104 Před 4 lety +1

    Mmg padu pajeri terong ni
    Sdpp nya tgok K long haii

    • @PortResepi
      @PortResepi  Před 4 lety

      Hahah.. Mesti dah terkenal nak masak pajeri jugak kan😉

  • @asmahrohani3341
    @asmahrohani3341 Před 4 lety +1

    Terima kasih kak long 1 lagi recepi baru utok saya 👍

  • @misahsidik-yw4jb
    @misahsidik-yw4jb Před rokem

    Assalammualaikum puan terima kasih kongsi resepi ...paceri terung

  • @samsudin8452
    @samsudin8452 Před 4 lety +1

    Waalaikumsalam
    Sedapnya
    Terima kasih kak long

  • @shanthiperumal5723
    @shanthiperumal5723 Před 4 lety +2

    Kak Long terung memang favourite l walau cam mana pun dimasak l suka. Tks for recipi.

    • @PortResepi
      @PortResepi  Před 4 lety

      Ye ke sis.. Nanti blh la Kak long share resepi terung lain pulak 😊😊

    • @rahmanothman643
      @rahmanothman643 Před 3 lety

      @@PortResepi llllllllllll🐩🐩👟👟👟👟👟👟👟👟👟👟👟🔙🔙🔙🔙🔙🔙🔙👟👟👟👟👟👟👟🐩🔙👟🐩👟👟👟👟👟👟🐩👟👟👟🐩👟👟🔙🔙👟🔙🔙🔙🔙🔙🔙👟🔙👟🔙🐩🔙🔙🔙👟🔙🔙🔙🔙🔙👟🔙🔙👟🔙👟👟🔙🔙🔙🔙👟👟🐩🐩🐩👟👟🐩🐩👟🐩👟🔙👟🐩🐩👟👟🔙👟👟👟👟👟👟👟👟👟🐩👟👟👟🐩🐩🐩🐩👟👟👟😄😄😄🐩😄🐩😄🐩🐩🐩👟👟👟👟👟👟👟🐩👟👟👟👟👟👟👟👟👟🐩👟👟👟👟👟👟👟👟🐩👟👟🐩👟👟👟👟👟👟👟👟👟👟👟😄🐩🐩👟😄🐩👟👟👟👟👟👟👟👟👟👟👟👟👟👟👟👟👟👟🐩😄🐩👟🐩🐩🐩🐩🐩🐩🐩🔙👟👟👟👟👟👟🐩👟👟👟👟🐩🐩😄👟👟👟👟

    • @rahmanothman643
      @rahmanothman643 Před 3 lety

      Lllll👟👟👟👟👟👟👟👟🐩🐩🐩👟👟👟👟🐩🐩🐩🐩🐩👟👟👟👟👟👟👟🐩👟🐩👟👟

    • @rahmanothman643
      @rahmanothman643 Před 3 lety

      @@PortResepi llllllllllllllollllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll

  • @hasnahhassan7773
    @hasnahhassan7773 Před 4 lety +2

    Tq dear yummy

  • @puteradanishiman6916
    @puteradanishiman6916 Před 2 lety

    Hari ni saya cuba tq resipi nye

  • @kukingliciousmarvelous

    waaa saya baru tahu ada Pajeri Terung, Next time boleh cuba. thank untuk resepi in. jika sudi boleh lah support saya jugak. baru baru lagi dalam bidang ini thank you.

  • @miskiyahmis7941
    @miskiyahmis7941 Před 3 lety

    Ijin share tq

  • @redrosseell
    @redrosseell Před rokem

    Assalam ..mohon izin nk cuba resepi ini , terimakasih kak long

  • @lizamatjusoh6026
    @lizamatjusoh6026 Před 4 lety +1

    sedap ni kak long...

    • @PortResepi
      @PortResepi  Před 4 lety

      Siapa suka pajeri.. Mesti suka ni😊

  • @rukiahabdulkadir521
    @rukiahabdulkadir521 Před 4 lety +1

    Wow sedan nya 🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻👍👍👍

    • @PortResepi
      @PortResepi  Před 4 lety

      Akak suka pajeri terung ye.. Nanti blh la Cuba masak😊

  • @supianmohamedadnan2311
    @supianmohamedadnan2311 Před 4 lety +1

    Mantap kak long.. mmg best..

  • @ezrylpark
    @ezrylpark Před 3 lety +3

    Terima kasih atas resipi, baru siap masak pajeri terung. ^^ Semoga sentiasa dimurahkan rezeki kerana berkongsi ilmu.

  • @fizabg2215
    @fizabg2215 Před 3 lety +1

    saya nak cuba resepi kak long hari ni hehehehe...

  • @petermcgrady1495
    @petermcgrady1495 Před 4 lety +2

    Very good

  • @norainun4875
    @norainun4875 Před 4 lety +1

    .minat la pajeri terong😋

    • @PortResepi
      @PortResepi  Před 4 lety

      Nanti ada tepung blh try masak 😊

  • @ceceaida5106
    @ceceaida5106 Před 4 lety +1

    Nak try esok

  • @rasiahsabtu4305
    @rasiahsabtu4305 Před 4 lety +1

    Assalammualaikum...sedapnya kak long...pasti kak long Rasiah cuba ni..

    • @PortResepi
      @PortResepi  Před 4 lety

      Waalaikumussalam.. Nanti cuba la.. Serious sedap 😊

  • @norhayanorhaya2643
    @norhayanorhaya2643 Před 4 lety +1

    terimakasih kak long beri resepi pajeri terung..semoga murah rezeki kak long sekeluarga..😀🥰❤️

  • @keluargaizad4053
    @keluargaizad4053 Před 4 lety +1

    Sedqpnya

    • @PortResepi
      @PortResepi  Před 4 lety +1

      Awak suka pajeri terung ye.. Nanti blh la try masak 😍😍

  • @fildishenry8476
    @fildishenry8476 Před rokem

    Terbaik

  • @Atzuemie90
    @Atzuemie90 Před 4 lety +1

    Sedapnya kak long.. 😋

    • @PortResepi
      @PortResepi  Před 4 lety +1

      Sis suka pajeri terung jugak ye😊

    • @Atzuemie90
      @Atzuemie90 Před 4 lety

      Haah..nanti try buat..insya Allah 😋

  • @AfzalKhan-zp5mk
    @AfzalKhan-zp5mk Před 4 lety +1

    Mkn dgn ikan goreng sedap ni

  • @nazlishah4598
    @nazlishah4598 Před 4 lety +1

    Hadir
    TQ K.Long

  • @mimiyahaya8468
    @mimiyahaya8468 Před 3 lety +1

    Dah...dah subscribed..

  • @Rahimah6324Rahimah-ic4ez

    Share ya tq

  • @noneyyyyy721
    @noneyyyyy721 Před 10 měsíci

    Papering kedondong sama masak ny00 kakk longg sygg😅😅😅😅

    • @noneyyyyy721
      @noneyyyyy721 Před 8 dny

      Sibook you kak long sygg😢😢😢😢

  • @BundaKianaKhansa
    @BundaKianaKhansa Před 3 lety +1

    Kak long,jika tidak ada kari ikan apakah mempengaruhi rasa

  • @GadisMonsterLekaLeqa
    @GadisMonsterLekaLeqa Před 3 lety

    Tu santan cair kak, saya masukkan santan pekat 1 kotak kara tu (bersamaan dgn 1 cawan kalau 1 kotak tu), dia jadi pekat sangat kak. Patut saya campur 1/2 kotak tu dgn 1/2 cawan air baru ngam :( sedih saya pajeri x jd

  • @misterafif5813
    @misterafif5813 Před rokem

    Pd yg bertanya... Itu halba campur ye,, bukan herba campur,, biasanya blh dibeli dikedai runcit

  • @sitinurauni8973
    @sitinurauni8973 Před 2 lety

    assalamualaikum, nak tanya halba campur tu camne? or campur ape ye?

  • @livin5835
    @livin5835 Před 3 lety

    👍

  • @sudin7525
    @sudin7525 Před 3 lety

    Klu letak ikan ok x

  • @rosmawatimohdali7547
    @rosmawatimohdali7547 Před 4 lety +1

    Kena taruh air asam jawa jg baru ada kick !!

  • @subar9815
    @subar9815 Před 4 lety +1

    Nampak yummy...Xyah masuk air asam/ asam keping ke?

  • @zowieembun1940
    @zowieembun1940 Před 3 lety +1

    TQ BARU MASAK PERTAMA KALI SEDAP PULAK 28/11/20 755 PM

  • @felishadelaila4630
    @felishadelaila4630 Před 3 lety

    Salam kak long.. Herba campur tu apa ya?

    • @misterafif5813
      @misterafif5813 Před rokem

      Halba campur ( bukan herba campur) blh beli dikedai runcit

  • @syaimaazamil2819
    @syaimaazamil2819 Před 2 lety

    9

  • @allindasusana3812
    @allindasusana3812 Před 3 lety

    kerisi itu apa ya?

  • @huaweiy5534
    @huaweiy5534 Před 3 lety

    *rendag ayam

  • @saenahharun2314
    @saenahharun2314 Před 3 lety

    Hu