Pembentangan Berimpak Dengan Canva. Slot NTW bersama Leading Quantum Consultancy oleh Trainerpreneur

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 22. 08. 2024
  • PEMBENTANGAN BERIMPAK DENGAN CANVA: 9 TIPS BERNILAI UNTUK EKSEKUTIF DAN PEMIMPIN
    Training Methodology : ROT/Virtual Training
    Durasi : (2 jam)
    Tarikh : 2 Julai 2024
    Masa : 10am - 1200am
    Zoom Link:
    COURSE CONTENT
    1. MODUL 1 - PENGENALAN.
    Gambaran keseluruhan kursus
    Kepentingan Pembentangan yang Berkesan
    Mengapa pembentangan yang menarik penting dalam dunia korporat
    Contoh pembentangan yang baik vs. pembentangan yang lemah
    Pengenalan Canva dan bagaimana ia membantu dalam rekaan pembentangan
    2. MODUL 2 - TEKNIK PEMBENTANGAN YANG BERKESAN DAN PRO.
    Komunikasi Visual
    Struktur Pembentangan
    Keterlibatan Audien
    Tips untuk Penceramah
    3. MODUL 3 - MEMANFAATKAN CANVA UNTUK PEMBENTANGAN.
    Navigasi dalam Canva: Interface dan tools utama
    Memilih template yang sesuai: Tips memilih template untuk pembentangan dan laporan
    Pengurusan Projek di Canva
    4. MODUL 4 - MEREKABENTUK PEMBENTANGAN.
    Membina Slaid yang Menarik
    Visualisasi Data
    Animasi dan Transisi
    Penjenamaan dalam Pembentangan
    5. MODUL 5 - 9 TIPS BERNILAI.
    Penerangan 9 Tips beserta contoh
    6. PENUTUP.
    Ulang kaji point-point utama dari setiap modul
    Sesi soal jawab dan perkongsian pengalaman
    Tips tambahan dan sumber rujukan untuk terus belajar
    COURSE SUMMARY
    1. Penerangan Kursus:
    Kursus ini direka khusus untuk eksekutif yang ingin meningkatkan kemahiran mereka dalam mencipta pembentangan dan laporan yang menarik dan profesional menggunakan Canva.
    Dalam kursus ini, peserta akan mempelajari teknik-teknik untuk menyampaikan maklumat dengan cara yang lebih visual dan berkesan, serta cara memanfaatkan alat-alat yang ditawarkan oleh Canva untuk menghasilkan rekaan yang berkualiti tinggi.
    Kursus ini merangkumi asas penggunaan Canva, strategi komunikasi visual, dan teknik reka bentuk untuk memastikan setiap pembentangan dan laporan yang dihasilkan mampu meninggalkan kesan yang mendalam kepada audien.
    2. Objektif Kursus:
    Memahami Asas Canva: Peserta akan belajar tentang antaramuka dan ciri-ciri utama Canva, serta bagaimana untuk menggunakan pelbagai template dan alat rekaan yang disediakan.
    Menguasai Teknik Pembentangan yang Berkesan: Peserta akan didedahkan kepada prinsip komunikasi visual, struktur pembentangan yang baik, dan teknik untuk menarik serta mengekalkan perhatian audien.
    Memanfaatkan Alat Canva untuk Pembentangan: Peserta akan diajar cara menggunakan Canva untuk mencipta slaid, grafik, dan visualisasi data yang menarik dan informatif.
    Merekabentuk Pembentangan yang Profesional: Peserta akan mempelajari teknik-teknik untuk mencipta slaid yang menarik, menggunakan animasi dan transisi dengan bijak, serta menyelaraskan rekaan dengan identiti jenama mereka.
    Menghasilkan Laporan yang Menarik: Peserta akan diajar cara untuk merekabentuk laporan yang berstruktur dan profesional, menggunakan elemen visual untuk memperjelaskan data, serta membuat halaman depan dan indeks yang kemas.
    3. Learning Outcome:
    Dengan mengikuti kursus ini, peserta akan memperoleh kemahiran praktikal dalam penggunaan Canva dan strategi reka bentuk yang dapat meningkatkan kualiti pembentangan dan laporan mereka, sekaligus membantu mereka menyampaikan mesej dengan lebih berkesan dan meyakinkan.

Komentáře •