NO WAAAAAYYYY!! IniLAH HADIAH-HADIAH HARI GURU Di Malaysia

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 23. 05. 2024
  • ►DON'T FORGET TO SUBSCRIBE FOR MORE VIDEOS
    ►PLEASE LEAVE A THUMBS UP AND COMMENT DOWN BELOW
    - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
    Email : jendral_sastra@yahoo.co.id
    Visit my Instagram : @jendral_sastra_
    Visit my twitter : @jendralsastra
    This video was made for an entertainment purpose only.
    This video was made based on one of the requests from all of you.
    Please support my channel by pressing subscribe, like and leave some positive comments.
    Thank You #aboutsastra #reactionvideo #hadiahhariGuruMalaysia

Komentáře • 372

  • @m.khamsimadnoor5661
    @m.khamsimadnoor5661 Před 2 měsíci +221

    Sewaktu saya bersekolah rendah di penghujung tahun 70an....ibu saya membuat kueh onde2 dan goreng pisang utk saya bg pada guru sebagai hadiah hari guru ...utk membeli hadiah tiada wang...ibu saya kata hadiah yg dia buat lebih istemewa dari lain2 hadiah .. memang benar ..sampai disekolah saya terus mencari guru kelas saya dan bagi hadiah tersebut....sungguh terharu saya kerana sbg rasa trimakasih....guru saya mencium dan memeluk saya dgn erat ...dan saya bertambah bangga dgn hadiah saya bila saya lalu dibilik guru...saya lihat beberapa org guru sedang menikmati kueh yg ibu saya buat....dan jg rasa bangga dgn ibu saya kerana tau apa hadiah yg istimewa utk guru...

  • @HuruHaraCatsFamily
    @HuruHaraCatsFamily Před 2 měsíci +76

    Yg beri emas tu wow yg beri sayuran2 berbentuk jambangan bunga itu tetap wow...bukan ttg nilai barang tapi keikhlasan seorg anak kecil yg polos menghargai guru2 mereka

  • @larahati7566
    @larahati7566 Před 2 měsíci +113

    Hadiah paling berharga dari seorang murid kepada gurunya adalah menjadikan mereka manusia yg berjaya dunia & akhirat

  • @harismeon8172
    @harismeon8172 Před 2 měsíci +101

    Sastrawan negara : Guru Oh Guru
    Berburu ke Padang Datar
    Dapat rusa berbelang kaki
    Berguru kepalang ajar
    Ibarat bunga kembang tak jadi
    Jika hari ini
    Seorang perdana menteri berkuasa
    Jika hari ini
    Seorang raja menaiki tahta
    Jika hari ini
    Seorang Ulama yang mulia
    Jika hari ini
    Seorang peguam menang bicara
    Jika hari ini
    Seorang penulis terkemuka
    Jika hari ini
    Siapa saja menjadi dewasa
    Sejarahnya dimulakan oleh seoran GURU BIASA dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.
    Usman Awang

  • @paechannel
    @paechannel Před 2 měsíci +124

    Wife aku seorg ustazah... Setiap tahun bilik rumah kami akan penuh dgn hadiah hari guru dan wife sy akan simpan semua hadiah dan gunakan setiap hadiah yang diberikan oleh students dia. Dan hadiah bkn kaleng kaleng guys.. air fryer, periuk yg mahal (X tahu namanya), botol botol air, drink cup, jug, mugs, coklat, roti, biskut dan sayur sayur pun ada penuh 2 kotak besar ... Setiap tahun dapat sehingga penuh bilik.. terima kasih anak anak Malaysia yang baik dan indah semuanya...

    • @zuzu8376
      @zuzu8376 Před 2 měsíci +16

      Sy yg bkeje sebagai pembantu guru tabika pun tiap tahun dapat hadiah dan ucapan hr guru..hadiah bukan murah2 parents bg.. rasa sgt terharu bila di hargai..ank2 Malaysia mmg baik hati..

  • @user-so2mh2kz3t
    @user-so2mh2kz3t Před 2 měsíci +203

    Agar lebih ramai pemilik channel indonesia menyebarkan konten2 kedamaian. TQ teachers

    • @suree4581
      @suree4581 Před 2 měsíci +14

      Dan juga sahih

    • @mumct
      @mumct Před 2 měsíci +16

      Tapi berita yang hoax juga yang diviralkan.. sampai ke berita perdana... Cara pemerintah mereka mendidik rakyatnya.... Supaya mereka Tak nampak lemah..

    • @adnanmohdtaib4507
      @adnanmohdtaib4507 Před 2 měsíci +10

      Ilmu yg bermanfaat dari guru yg ik 11:39 hlas melahirkan keberkahan kpd murid yg cemerlang sepanjang hayat dan diredhoi Allah.

    • @lalalitamplom9254
      @lalalitamplom9254 Před měsícem

      ​@@mumctdalam masa sama buat rakyat mereka rasa superior dan entitled. Dalam hal ni, aku salahkan media arus perdana..kes ayah ayu tingting tempoh hari pon sampai masuk berita tv, motifnya apa? 😅😅

  • @uminadrah3021
    @uminadrah3021 Před 2 měsíci +84

    Anak2 saya diaorg kumpul duit sendiri untuk beli hadiah hari guru.... tahun ni saya kait kan beg untuk cikgu merekà...

  • @masanumnazhirahmad9457
    @masanumnazhirahmad9457 Před 2 měsíci +135

    Dari jasa. Cikgu mendidik beliau yg budak nakal dulu sudah menjadi seorang yg.berhormat kwsan merlimau melaka...dan beliau berjaya dan menjadi seorang doktor dan ada klinik sendiri..dr akhmal salleh..terima kasih dr bawak cikgu yg nak bersara itu ke umrah

  • @suhaimiabdulmajid3223
    @suhaimiabdulmajid3223 Před 2 měsíci +25

    Saya pesara guru. Sudah 37 tahun saya berkhidmat. Melalui media sosial saya berkesempatan berhubungan dengan anak-anak murid saya. Saya bangga dengan apa yang terjadi pada mereka kini... sesungguhnya pendidikan adalah tugas murni yang membina karektor insan buat generasi akan datang

    • @azwanasamat3813
      @azwanasamat3813 Před 2 měsíci +4

      Terima kasih pendidik anak bangsa. Kerjaya yg memerlukan jiwa pendidik yg ikhlas

    • @normazira1085
      @normazira1085 Před 2 měsíci +2

      Tq for your service sir... seronok kan bila tgk ank2 didik kita berjaya..alhamdulillah

  • @hannuar88
    @hannuar88 Před 2 měsíci +37

    Salam cikgu Tika, Sastra dan Aziz, I am 55yo now and I can clearly remember when I was 6 years old, on my first ever Teacher's Day celebration my mother prepared a gift bag for me to give to my class teacher. This tradition I believe go way back before then. Di Malaysia para guru disanjubg dan dijunjung.

  • @anaksulung6187
    @anaksulung6187 Před 2 měsíci +18

    Yang nak bawa cikgunya pergi umrah itu ialah orang politik kawasan situ yang mana menjadi wakil kawasan merlimau di parlimen melaka Seorang YB yg bekerja utk rakyat ( tentunya hasil didikan cikgu2nya)
    Yang beri barang2 berharga juga seperti barang2 emas dan sebagainya dari kalangan yg berada.
    Yg golongan bawah tak kalah juga..bawa hadiah ikut kemampuan dan keikhlasan..dah jadi seperi budaya jadi ibubapa pun main peranan..Hari Guru semestinya hari yg gembira utk semua..sekurang2nya barangan dari kedai diy eco atau pun buah2an ..apa yang ada di rumahnya..Didikan yg baik.." menghargai dan kasih sayang"
    Guru juga tak berkira dgn murid..hubungan yg baik
    Alhamdulillah..muga Malaysia aman dan diberkati..

  • @abdkarimyan379
    @abdkarimyan379 Před 2 měsíci +46

    Sekolah tidak pernah menyuruh pelajar bawa hadiah. Sekolah hanya bagi tahu parents yang pada tarikh sekian sekian, ada majlis sambutan Hari Guru. Ada juga sekolah yang tidak menyambut pada 16 Mei tepat kerana kadang-kadang bertindih dengan program lain. Jadi mereka memilih tarikh lain aga lebih aman. Hadiah sudah menjadi adat.
    Ada ramai guru yang suka bagi hadiah2 pada pelajar. Paling common, guru bagi sticker untuk dilekatkan di beg atau baju pada pelajar di atas pencapaian harian mereka. Pelajar paling rajin, pelajar paling awal, pelajar paling aktif dan banyak lagi.

  • @masanumnazhirahmad9457
    @masanumnazhirahmad9457 Před 2 měsíci +30

    Ini ikhlas dari hati sir x ada budaya ..ini cara kita menghormati guru sir...walaupun bukan ni kemahuan mereka...mereka pikul tanggungjawab tinggi dan menjadi harapan ibu bapa bahawa anak anak terdidik menjadi harapan di masa hadapan..guru ibarat arkitek yg melengkapi kain putih yg dicorak oleh ibubapa..

  • @maxjojo71
    @maxjojo71 Před 2 měsíci +15

    6 tahun yg lampau sya berkerja kat kantin sekolah.. Tak payah tunggu hari guru.. Hari biasa pun cikgu bagi hadiah cth belanja mkan.. Last menu sya masak fried macaroni utk 40 students 🤫🤫

  • @sweetedufamous3602
    @sweetedufamous3602 Před 2 měsíci +69

    Saya tak pernah beri hadiah kepada guru-guru saya sebab tak mampu. 😢 Guru-guru pun tak marah sebab murid-murid kampung majoriti bukan orang senang. Tetapi ucapan dan sambutan Hari Guru memang diraikan di sekolah. ❤

    • @duniafarrahceria5222
      @duniafarrahceria5222 Před měsícem +3

      Guru sudah dpt gaji dr kerajaan utk tugasnya mdidik anak2 Malaysia, mmg tugasnya begitu. Guru x patut marah pd murid krn hadiah. Malah guru yg patut mberi hadiah kpd murid bila merasakan tugasnya x sempurna spt contoh, byk meeting, byk kursus shingga murid2 x cukup masa bsama guru. saya lah begitu, akan cari masa n bajet utk beri kpd anak2 murid krn merasa tugas selalu x sempurna. Parents yg beri hadiah hanya setahun sekali utk guru, itu x mengapa dan itu masanya parents n anak2 memberi balas kpd jasa guru. sy pun sediakan hadiah utk guru anak2 sy yg 5 org, seorang 10 guru. walaupun hadiah sy beri x seberapa, sy mau anak2 sy bjumpa n ucap terima kasih kpd guru mereka, dan Hari Guru itulah hari specialnya. sy hanya bagi pen dan marker utk anak2 berikan kpd guru, alat itu bagi sy sgt penting utk guru ada n d bawa ke mana sj. sy pun suka sgt kumpul alat menulis dr murid2sy. Syukur atas nikmat Allah berikan, di Malaysia ini.

    • @faiqahinsyirah7351
      @faiqahinsyirah7351 Před 28 dny

      Kalau xde suit walau rm2.40 xpe boleh tulis kad atas kertas buat ucapan. Sy hantar budak sekolah naik van semua average sederhana beli hadiah kt eco shop bg pen atau marker sebatang je sorang cikgu tp selit la nama sikit kt hadiah tu kang cikgu xtau sapa bagi. Kalau kedai rm2. 40 tu marker leh dpt 4,5 dan pen leh dpt 5,6 yg ok so boleh bagi 5 cikgu. Ada budak tu bg coki2 je sebatang letak stiker.. Kita yg tgk pn terfikir kretifnya

  • @TheTompinai
    @TheTompinai Před 2 měsíci +16

    Hadiah yang paling bermakna bagi seorang guru adalah melihat pelajarnya berjaya dengan ilmu yang dia curahkan dan ilmu itu digunakan untuk kepentingan sendiri, masyarakat dan negara.

  • @husainabaziz5692
    @husainabaziz5692 Před 2 měsíci +41

    Assalamualaikum buat semua didalam group ini
    Kita dididik sejak kecil lagi untuk menghormati guru yang menjadikan kita insan yang berilmu
    Dr Akmal Saleh itu seorang Ketua Pemuda UMNO yang membawa gurunya untuk menunaikan ibadah umrah yang ditaja sepenuhnya oleh beliau
    Alhamdulillah
    Thank you for everything
    Aku bersyukur kerana dilahirkan di disini, Malaysia 🇲🇾 tanah tumpahnya darahku
    Salam hormat buat semua dimana jua anda berada
    Sampai jumpa lagi di lain waktu..In Shaa Allah
    🇲🇾 ❤ 🇮🇩

    • @sharifahzatabdullah4090
      @sharifahzatabdullah4090 Před 2 měsíci +4

      Sebenarnya saya kurang setuju murid memberi hadiah kpd guru2. Cukuplah menjadi murid yg soleh, dan berakhlak mulia.

    • @husainabaziz5692
      @husainabaziz5692 Před 2 měsíci +4

      @@sharifahzatabdullah4090
      Saya setuju, dan bukan suatu
      kewajipan bagi setiap murid-murid berbuat begitu

    • @salmaishaq9512
      @salmaishaq9512 Před 2 měsíci

      ​@@sharifahzatabdullah4090tiada paksaan atau arahan dr atasan utk beri hadiah pd cikgu2 kesayangn mereka. Lihat sj wajah2 murid2 yg mmberi. Senyum dn ikhlas dr hati. Jadi tidak timbul isu atu polemic. Pendek kata itu rezki yg Allah dh izinkn utk guru2 yg Allah sendiri darjatkn kemuliaannya.

    • @shafifharon1008
      @shafifharon1008 Před 2 měsíci +4

      Bukan satu paksaan pun dan bukan satu kemestian pun, jika berkemampuan tak salah pun memberi, terpulang kepada sesiapa pun nak memberi...

  • @hawaukau
    @hawaukau Před 2 měsíci +23

    Dulu masa sekolah rendah / menengah saya hanya tengok dari jauh gelagat kawan² beri hadiah utk guru / cikgu kami & ada suatu hari saya tak hadir sekolah pada sambutan Hari Guru di sekolah sebab segan dengan pelajar² lain. Walaupun saya tak mampu beri apa² hadiah dalam bentuk barangan seketul² utk setiap guru², namun hanya doa saja saya titipkan buat semua tenaga pengajar yg pernah curahkan ilmu utk kami semua semoga dilimpahkan kerahmatan & rezeki kesihatan yg baik serta menjadi asbab utk mudah masuk ke syurga akhirat & semoga guru² non Muslim saya diberikan hidayah oleh Allah SWT utk menjadi saudara baru. Amin.
    Cikgu kegemaran saya semestinya cikgu yg mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Sebab itulah sampai sekarang selalu berikan komen struktur ayat Bahasa Melayu penuh dalam mana² media sosial.

  • @user-rt9wn6vk5o
    @user-rt9wn6vk5o Před 2 měsíci +64

    Guru tak mintak hadiah.. Itu terpulang pada murid ikut kemampuan.. Dlm video tu kan ada 3 kategori murid.. Ada yg bawak buah, sayur itu murid pendalaman.. Ada yg sederhana dan ada anak murid yg mampu berikan jewels..

  • @AnneLaniaz
    @AnneLaniaz Před 2 měsíci +14

    Kalau saya jd cikgu saya nak sayur2 tu 😊. Arwah adik saya dulu selalu dapat hadiah creative dr students dia. Ada yg bg card made from recycled paper & embedded in the card biji2 cili. So, tanam card tu tumbuh pokok cili. Ada sorang chinese student bg kain & design for her baju kurung combination malay chinese indian - kurung moden leher cheongsam guna kain saree.

  • @myramyra8638
    @myramyra8638 Před 2 měsíci +27

    Di sekolah saya tema watak-watak dari filem. Semua guru begitu sporting mengenakan kostum watak-watak tersebut. Guru-guru membuat persembahan untuk murid. Kebetulan kami ada grup busking. Mengenai hadiah pula memang kami tidak mengharap tetapi diberi juga oleh murid-murid. Kami terima seadanya. Alhamdulillah.

  • @amein73
    @amein73 Před 2 měsíci +23

    Aku juga dapat hadiah sempena hari guru. Tapi tak banyak. Dan tak semewah seperti dalam video. Tapi alhamdulillah, yg penting aku mulai sadar bahawa mereka apresiasi ilmu yg aku kongsikan dan aku harus terus berusaha agar mereka lebih faham ilmunya, dan seterusnya berjaya dlm hidup n diberkahi Allah swt.. insha'Allah amin

    • @shima2910
      @shima2910 Před 2 měsíci +5

      Insyaallah cikgu semoga jasa cikgu menjadi asbab di sana...hadiah yg priceless...terima kasih atas pengorbanan

    • @amein73
      @amein73 Před 2 měsíci +3

      @@shima2910 insha'Allah terima Kasih

  • @waksjames
    @waksjames Před 2 měsíci +82

    Bayang kan..ibu bapa hanya perlu faham karekter 2 atau 3 org anaknya saja..tapi guru perlu faham karekter 20 atau 30 org muridnya..begitu besar nya pengorbanan seorang guru..

  • @user-tt4qv5df1b
    @user-tt4qv5df1b Před 2 měsíci +15

    Ibubapa yg ketika kecil terlepas peluang memberi hadiah kpd guru2 disebabkan kemiskinan dan sebagainya, setelah mereka dewasa & berjaya akan cuba MENGGANTIKAN semula moment tersebut dgn menyediakan hadiah2 istimewa buat guru2 anak mereka pula..
    Disebabkan itulah ada ibubapa yg sanggup berhabis wang ringgit demi hadiah hari guru anak2..

  • @cmcm8908
    @cmcm8908 Před 2 měsíci +17

    Masa saya dibangku sekolah, ekonomi keluarga tidak begitu baik,masa hari guru,SY hanya mampu membeli sebiji buah epal UTK guru , lalu menghadiahkan KPD beliau ❤

  • @mimiramlee3705
    @mimiramlee3705 Před 2 měsíci +21

    hari guru di sambut sejak puluhan tahun lalu. sy skrg 44 tahun. sudah 27 tahun tinggalkan alam sekolah.. skrg anak² yg merasakan semangat sambutan hari guru di sekolah..

  • @TheLutsinar
    @TheLutsinar Před 2 měsíci +5

    Isteri saya seorang guru, memang sudah menjadi budaya di Malaysia memberi hadiah kepada guru yang mereka sukai, tiada paksaan. Ins Sha Allah guru akan terima pemberian dari murid walau sekecil mana pun kerana nilai hadiah tidak penting. Yang lebih penting adalah usaha untuk memberi. Alhamdulillah ia sudah sebati dalam jiwa kami. Buktinya jika ada yang menghadapi masalah, bencana Alam maka berbondong- bondong orang berdonatasi, bukan setakat di Malaysia tetapi ke Indonesia dan Palestine juga. Syukur Alhamdulillah kami merasa serba sedikit indahnya islam di bumi ini.

  • @ariffgee7882
    @ariffgee7882 Před 2 měsíci +15

    Video yg akhir itu yb dr akmal. Ketua pemuda parti umno. Dr perubatan merangkap ahli politik di malaysia..

  • @Ladyzuely
    @Ladyzuely Před 2 měsíci +17

    Guru2 yg mengajar di sekolah rendah selalunya akan dapat hadiah seperti dlm video yg uol react. Di peringkat sekolah menengah pemberian hadiah lebih selected dan collective. Namun vibes sambutannya masih sangat meriah. Sama seperti sambutan semasa di sekolah rendah

  • @myramyra8638
    @myramyra8638 Před 2 měsíci +22

    Dalam video ini ialah Yang Berhormat Merlimau, Dr Akmal Salleh yg beri hadiah umrah kpd gurunya.

  • @user-ok3vu8dh7s
    @user-ok3vu8dh7s Před 2 měsíci +10

    Untuk pegetahuan cikgu sastra pendidikan dan kesihatan diutamakan diMalaysia sebab itulah guru itu amat dihormati kerana gurulah sumber ilmu.

  • @timuncino
    @timuncino Před 2 měsíci +5

    Belum pernah ada guru Malaysia minta hadiah. Ttp kami selalunya ikhlas sediakan hadiah utk guru2 anak2. Apatah lagi slps tamat belajar sblm melangkah masuk ke Universiti kami berikan hadiah utk cikgu2 sbg ucapan terima kasih atas penat lelah guru mendidik anak kami

  • @wanatin88
    @wanatin88 Před 2 měsíci +8

    setiap tahun hari guru sy akn beli hadiah hasil dri duit tabungan..cuma tringat semasa zaman 90 an kegawatan ekonomi.,x mampu nk beli apa2 tp ibu saya buatkan kuih talam,di bungkus secantik2 nya dan suruh sy edarkan utk semua guru..

  • @yusmayusof5830
    @yusmayusof5830 Před 2 měsíci +9

    Kedai cenderahati seperti DIY, ECO kat Malaysia melanjutkan waktu jualan hingga jam 11 malam semata2 utk waris membeli hadiah hari guru...

  • @gingerteddy618
    @gingerteddy618 Před 2 měsíci +9

    Saya teruja mendengar setiap kali Mr. Aziz melontarkan pandangan sentiasa.

  • @aidajames71
    @aidajames71 Před 2 měsíci +35

    Yg beri hadiah umrah itu adalah ahli politik umno, YB Akmal Saleh. Dia Bagus byk tlg rakyat

  • @suewant9342
    @suewant9342 Před 2 měsíci +5

    Sambutan hari guru sudah menjadi budaya di Malaysia. Jadi para parents dan murid2 masing2 excited mahu memberi hadiah buat guru. Walau hanya sebatang pen merah. Ikhlas anak2 mau memberi buat guru mereka. Tahun ini saya memberi butter cookies dari kedai eco dan alat tulis pen2 dan marker.

  • @tmimi8316
    @tmimi8316 Před 2 měsíci +31

    My late father was a primary school teacher. The Hari Guru's gifts he used to get was so sweet, from their art-drawings of "cikgu" to gifts from their gardens/farms (gifts of the land)

  • @aisha5088
    @aisha5088 Před 2 měsíci +7

    Dah jadi satu amalan, bila hari guru bermakna Fun day...cikgu akan diraikan...kini anak2 mahu menghargai guru sekemampuan mereka...guru tak meminta, cukup dgn menghadiahkan kejayaan dan fokus dlm pelajaran. Tahun ni anak saya menghadiahkan telekung dan sejadah utk guru gurunya. Moga dapat la jugak meraih pahala ibadah utk anak saya nanti...😊

  • @user-cm2ew6ee6v
    @user-cm2ew6ee6v Před 2 měsíci +9

    Sejak dulu lagi tanggal 16/5 dinantikan UTK menyambut hari guru. Bila kita telah berkahwin dan punya anak kita IBU2 telah bersedia UTK sama2 memberi idea pada anak2 yg tidak sabar UTK memberi hadiah pada guru2 mereka❤ mengajar anak2 UTK menghormati guru yg member ilmu & percaya bahawa doa guru2 UTK masa hadapan anak sentiasa dikabulkan oleh Allah SWT

  • @Jack-bd4ep
    @Jack-bd4ep Před 2 měsíci +7

    Bulan disember nanti guru Malaysia naik gaji..ada yang dapat kenaikan rm 350-600 sebulan..hebatkan.Terima kasih warga pendidik.

  • @user-tt4qv5df1b
    @user-tt4qv5df1b Před 2 měsíci +75

    SEMUA sekolah di Malaysia DILARANG menyuruh murid/pelajar memberi hadiah hari guru..
    NAMUN kebanyakkan anak murid/pelajar TETAP membawa hadiah utk guru2 mereka..
    🎁🎉🎁🎉🎁🎉🎁🎉🎁🎉🎁🎉🎁🎉

    • @hjrazali9593
      @hjrazali9593 Před 2 měsíci +21

      Inilah budaya Malaysia yang sentiasa menghargai jasa guru. Anak-anak diajar menghormati guru

    • @asharimatyassin9158
      @asharimatyassin9158 Před 2 měsíci +7

      Bagaimana sambutan hari guru
      Di indon atau brunei atau singapura ye

    • @erniehadi605
      @erniehadi605 Před 2 měsíci +5

      ​@@asharimatyassin9158betul..ingin tahu juga terutama dari Indonesia.. bagaimana sambutannya di sana teacher trio?

  • @roselynna9736
    @roselynna9736 Před 2 měsíci +5

    Jasa seorang guru tak kan mampu di balas.. mereka adalah tunjang hidup kami..segala kesenangan yang ada pada kami hari ini..adalah hasil didikan mereka selama ini.. terima kasih cikgu2 tersayang..hanya Allah dapat membalas jasa mereka.

  • @azizarahim74
    @azizarahim74 Před 2 měsíci +6

    Setiap kesimpulan kata dari mr.Ajiz mmg sy akan tunggu.. sungguh to the point and padat serta tepat.. love it.. 👍🏻👍🏻

  • @noraarahman
    @noraarahman Před 2 měsíci +5

    Harga menghagai berterima kasih dan mengenang kebaikan seseorang adalah adab yang baik. Sikap ini telah lama diserapkan kpd setiap murid. Alhamdulilah

  • @yatierasul
    @yatierasul Před 2 měsíci +26

    Di sekolah saya, kami disediakan beg shopping IKEA oleh ahli persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) bagi memudahkan kami mengisi hadiah2 yg diterima dari murid2..idea yg baik kerana memang banyak sampai tak muat beg shopping tu utk isi hadiah😁

  • @mawarmerah9794
    @mawarmerah9794 Před 2 měsíci +4

    Dari sisi lain, pemberian hadiah kpd guru adalah bentuk didikan secara halus buat anak2 utk menghargai org2 yg berjasa kpd mereka, dan cara meluahkan rasa syg terhadap guru2.

  • @salinabintisaid8877
    @salinabintisaid8877 Před 2 měsíci +20

    Ya cikgu setiap kali sambutan hari guru, sudah menjadi kebiasaan anak2 murid memberi hadiah kpd guru2nya. Guru2 tidak pernah meminta apa2..tp jika mendapat hadiah, itu adalah rezeki yg guru2 perlu hargai. Bg sy seorg guru, hadiah yg paling bermakna adalah melihat kejayaan mereka. Jom cikgu dtg Malaysia lihat sdr suasana sambutan hr guru di sini

  • @pongan18channel85
    @pongan18channel85 Před 2 měsíci +7

    Pada hari terakhir semester saya berikan hadiah2 buat pelajar2 saya yg terbaik n istimewa...saya tolak apa saja yg mereka ingin beri...bukan kerana sy tidak ikhlas tetapi kerana tahu mereka ank2 yg msh tiada kerja dan hrpkn sesuatu dari ibubpa....ada yg susah sy berikan belanja...sekadar kenangan.

  • @AsmaAdnan-lu8rh
    @AsmaAdnan-lu8rh Před 2 měsíci +14

    🌿 Assalamualaikum salam pagi Mr Sastra Mr Aziz Ms Tika 🌷 kalau kalian jadi guru di Malaysia pasti jadi cikgu yg disayangi😊 semoga sihat-sihat selalu ya🌿🐦

  • @norlizamokhtar1662
    @norlizamokhtar1662 Před 2 měsíci +8

    Budaya bagi hadiah kpd cikgu ni dah lama sejak dulu² lg. Tiada paksaan. Sll kami pesan tak perlu bagi apa² kat cikgu. Tp murid2 ni bagi juga. Stok pen & marker pen tak pernah habis, sebab di beri tiap² tahun oleh murid.

  • @ejaiskandar7675
    @ejaiskandar7675 Před 2 měsíci +11

    salam dari johor,malaysia..selamat hari guru untuk cikgu2 bertiga juga seluruh dunia..terima kasih kerana sabar dlm mendidik anak2 bangsa menjadi org yg berguna..guru umpama lilin yg berkorban membakar diri demi menerangi org lain..

  • @yongsofia5905
    @yongsofia5905 Před 2 měsíci +4

    Ayah saya seorang guru. Masa saya kecil,hari guru itu hari paling bahagia buat ayah. Pernah dapat 3 kotak penuh berisi hadiah dan ayah selalu dapat award cikgu paling sporting😍

  • @pakbusujm7551
    @pakbusujm7551 Před 2 měsíci +5

    Benar.. Kakak Saya Guru yg pernah bertugas diSekolah diDesa pun.. Setiap pulang ber Cuti ke Rumah Kami diKL.. akan dibekalkan dgn berbagai jenis barangan dari Kampung berupa kueh muih dan makanan hasil kampung seperti.. Pisang Ubi Buah2 dan lain2 sebagai tanda Penghargaan dari Ibu Bapa anak2 Muridnya..
    Hal itu telah berlaku dan menjadi Amalan dan Kebiasaan sejak lebih 30 tahun 9:38 dahulu lagi..

  • @jawarockjaearock7806
    @jawarockjaearock7806 Před 2 měsíci +3

    Semoga cikgu2 dan guru2 seluruh Malaysia dan Indonesia terus menabur bakti dengan jaya agar anak2 bangsa terus maju kehadapan dan menjadi manusia yang bertanggungjawab memajukan negara dan agama serta menjadi manusia berguna...

  • @juneseth
    @juneseth Před 2 měsíci +5

    Guru seumpama ibu bapa kedua kepada anak2, jesteru itu mereka sangat di sayangi dan di hargai. Semoga semua guru2 sentiasa berada di dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt, aamiin aamiin aamiin ya rabbal'alamin ❤

  • @hairolomar715
    @hairolomar715 Před 2 měsíci +2

    Memang begitu lah senario apabila tiba setiap rahun pd tanggal 16 Mei...semua murid dan plajar amat mnyangjungi insan yg bergelar guru...Alhamdulillah rezeki sy sdah ditentukn Allah utk mnjadi seorang guru ..trima kasih ats segalanya ...

  • @sazlinzainuddin1894
    @sazlinzainuddin1894 Před 2 měsíci +3

    As Salam cikgu semua.. Alhamdulillah anak2 yg dididik utk menghormati guru. Semoga sekecil2 tanda ingatan dari murid2 mampu menambah semangat para guru mendidik anak2 kami. Hanya Allah yg dpt membalas jasa cikgu..

  • @yusnitay5104
    @yusnitay5104 Před 2 měsíci +4

    Mmg begini caranya ank² mrd meraikan guru²nya.mesta bawa beg besar utk isi hadiah❤

  • @TungauMelayu
    @TungauMelayu Před 2 měsíci +4

    budaya seperti ini untuk mendidik warna mlaysia dari peringkat awal untuk selalu memberi dan menderma. alhmdulilah sebab itu keterbiasaan ini menjadi identiti rakyat malaysia yang suka memberi.

  • @shasan73
    @shasan73 Před 2 měsíci +17

    Di Singapura Teachers’ Day present ada price cap… tak salah tak lebih dari $10-$20? Sebab tak mahu ada favouritism or bribery gitu… kalau harga present mahal kita kena report/ declare to Principal…

    • @yanna_shariff98
      @yanna_shariff98 Před měsícem

      Haah....sy ada tngok dekat podcast oklestgo...

  • @AsmahYacob-kr4ny
    @AsmahYacob-kr4ny Před 2 měsíci +8

    Sebenarnya saya rasa, kita yg memberi ni rasa lebih seronok Dan teruja dari yg menerima

  • @andromedacrew3533
    @andromedacrew3533 Před 2 měsíci +4

    Sejak ibuku kecil lagi budaya memberi hadiah kepada guru ni ada.. tanpa perlu di minta..

  • @johanamansor1352
    @johanamansor1352 Před 2 měsíci +3

    Di 🇲🇾 yang namanya guru akan terus kekal sampai bila2,macam aruah besan tetap dipanggil cikgu meski sudah lama bersara,comelkan☺️

  • @syukrihasan75
    @syukrihasan75 Před 2 měsíci +6

    Tidak diwajibkan memberi hadiah, tetapi pelajar yg merasa ingin beri hadiah kepada guru kesayangan masing-masing 😅

  • @kakn1918
    @kakn1918 Před 2 měsíci +5

    Saya pernah dapat hadiah penuh bonet kereta iswara. Pernah dapat buah bacang. Paling banyak pen dan marker. Bertahun2 saya tak beli pen. Apa pun kita raikan hadiah dari semua murid2.

  • @muhamadkhairulazuatbinhami5994
    @muhamadkhairulazuatbinhami5994 Před 2 měsíci +2

    Terima Kasih... Alhamdulillah.....SELAMAT HARI GURU JUGA BUAT CIKGU BERTIGA...❤❤❤❤❤

  • @ismamaisarah854
    @ismamaisarah854 Před měsícem +2

    Guru2 tak mengharapkan hadiah dari murid. Tak memaksa murid2 utk beri hadiah. Tapi ini cara kami menghargai guru2 yg byk berjasa mendidik ank2.

  • @tripplebea2336
    @tripplebea2336 Před 2 měsíci +3

    Suka banget t-shirt Mr Sastra. Masa peperiksaan, bole pakai..😅

    • @AboutSastra
      @AboutSastra  Před 2 měsíci +3

      Semua rumus Math ada 😃😂😂

  • @fadzilhamid8415
    @fadzilhamid8415 Před 2 měsíci +8

    Good mornink trio.....hari ni weekend. Kami sedang bercuti....santai2 sambil tonton trio...

  • @aznamshafawee
    @aznamshafawee Před 2 měsíci +10

    Tahun 70an dulu aku bagi kad ucapan buatan sendiri dgn hadiah sebotoi ayaq 'oren bodo' harga lima blaih duit ja.

  • @zuzu8376
    @zuzu8376 Před 2 měsíci +3

    Ya Allah istimewanya hadiah yg adik tu bg, sayuran kampung..good job dik👍👍

  • @zamriharun1421
    @zamriharun1421 Před měsícem +2

    Ada murid yg jumpa minta cg tadah tangan dan dia mendoakan kebaikan dan kesejateraan ...amiin

  • @sarizaayu4718
    @sarizaayu4718 Před 2 měsíci +19

    Beri hadiah pada guru memang sejak dulu lagi zaman sy sekolah pun begini. Umur sy skrg 48 thn. Arwah ayah sy pun dulunya cikgu, bila hari guru kami adik beradik tak sabar nak buka hadiah yg ayah dapat

    • @lizaabubakar4710
      @lizaabubakar4710 Před 2 měsíci +3

      Di malaysia anak2 selalu memberi hadiah kepada guru dulu2 kami dididik memberi sebagai hadiah utuk guru yg telah mendidik dan menghormati guru. Dulu2 pun saya disekolah begini skrg umur saya sudah 49thn.

  • @user-rz7dw2gx7c
    @user-rz7dw2gx7c Před 2 měsíci +3

    Sambutan hari guru dan murid2 memberi hadiah itu sudah menjadi kebiasaan. Malah sudah menjadi budaya kami di malaysia. Sejak ibu saja dulu pun dh buat perkara tu. Hinggalah kami adik beradik. Dah habis sekolah dh pun 😂. Anak2 kami nnti pasti akan meneruskan budaya ini juga. Kmi sudah terapkan sejak kecil lagi 😊😊😊

  • @yusofaziz4649
    @yusofaziz4649 Před 2 měsíci +5

    Iya, budaya ini sejak dari lama dulu , tiada paksaan.

  • @shima2910
    @shima2910 Před 2 měsíci +5

    Ye anak2 lebih banyak masa di sekolah... pagi petang
    Anak kak nak SPM tahun ni cuti sekolah pun ada kelas...pengorbanan guru
    Kita peranan parent support dari belakang
    Respect is earned not given

  • @jajazack1311
    @jajazack1311 Před 2 měsíci +25

    Guru² tak pernah mengharapkan apa² dr pelajar utk bawa apa2.. cukup sekadar kejayaan dr mereka semua.. tp kalau dapat, itu rezeki.. akak dapat hampir 50 batang pen! 😂😂😂

    • @yusmayusof5830
      @yusmayusof5830 Před 2 měsíci +3

      Betul2 untung kita xyah beli marker pen Dan pen merah.. alhamdulilah

    • @jajazack1311
      @jajazack1311 Před 2 měsíci +3

      @@yusmayusof5830 betul.. pen marker dapat banyak..paling sukaaaaa

    • @yusmayusof5830
      @yusmayusof5830 Před 2 měsíci +1

      @@jajazack1311 depa Tau..cikgu depa paling sengkek penmaker...pinjam merata.. hahaha

    • @jajazack1311
      @jajazack1311 Před měsícem

      @@yusmayusof5830 tak pun.. banyak je maker.. 😝

  • @anjangsadangitam2184
    @anjangsadangitam2184 Před 2 měsíci +2

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

  • @azidinzidin9234
    @azidinzidin9234 Před 2 měsíci +2

    Dahulu, masa anak2 ku dari Tadika sampai Sek. Menenggah aku kirimkan Bunga, Kad Ucapan dan Kek dalam beg Goodies kepada semua Guru Subjek.. x mahal pun, cuma suka2 sahaja. Kini, anak2ku sudah besar study d Universiti semua krna jasa guru mreka.. maka, bagiku mereka wajib dikenang sampai bila2...

  • @HambaAllah-rd4hh
    @HambaAllah-rd4hh Před 2 měsíci +1

    I still remembered when we were in Form 5, our physic teacher who is a strict & fierce told us during Teacher's Day in 1978, if you really appreciate me then please ensure that all of you passed my subject in MCE (Malaysia Cerificate of Education) exam. Yes surprisingly all the students passed her subjects either with excellent marks or just passing marks. We took her word as a challenge and we proved it. Thanks to all our teachers & lecturers who had taught us a good lesson and maje us a good citizens.Regards from Malaysia.

  • @jfacademy3911
    @jfacademy3911 Před 2 měsíci +3

    Sebagai guru kami tak pernah minta hadiah dari murid2 tapi pada hari guru....ya Allah banyaknya hadiah sampai tak larat nak bawa balik.

    • @alisabran4277
      @alisabran4277 Před 2 měsíci

      Murid2 menghargai jasa cikgu kepada mereka,mbentuk jati diri mereka,apa2 pun selamat hari GURU buat semua guru2 yg ada didunia ini,tampa anda tiada la yg bijak pandai

  • @arlizaramli3196
    @arlizaramli3196 Před 2 měsíci +6

    Salam bahagia cikgu2 semua,,, ceria kmu bertiga,, ❤🎉

  • @ttasmirah9002
    @ttasmirah9002 Před měsícem +3

    Itu yg ngasi hadiah Umroh.. dia sukses sebagai seorg doktor lulusan dr Russia.. dia juga politikus dan ahli dewan..

  • @lizaabubakar4710
    @lizaabubakar4710 Před 2 měsíci +4

    Ya ada juga cikgu memasak dan memberikan kepada kami 1 kelas dan makan sama2 .

  • @mamayayalaa155
    @mamayayalaa155 Před 2 měsíci +4

    Suami sy guru..tiap tahun sy tertunggu2 apa murid akan bg kat suami..bkn sbb apa..sbb sy suka baca kad2 yg diorg bagi..dari sana sy tau suami sy guru yg macamana..anyway,suami sy guru disiplin..ahahhaaha

  • @TRACKMAKAN
    @TRACKMAKAN Před 2 měsíci +8

    Terima kasih react juga permintaan saya. Selalunya anak murid bg hadiah pada cikgu favourite klu semua tak mampu.. Sekarang di Malaysia mula cuti sekolah sampai Isnin 2 jun 2024

    • @zuzu8376
      @zuzu8376 Před 2 měsíci

      @TRACKMAKAN..Isnin 3 jun..

    • @TRACKMAKAN
      @TRACKMAKAN Před 2 měsíci

      @@zuzu8376 terima kasih betulkan

  • @mariatiariffin3512
    @mariatiariffin3512 Před 2 měsíci +1

    Itu lah cara kami menghargai guru kami, guru di ibarat seperti ibu dan ayah di sekolah. Acara hadiah dan pertunjukkan selalu nya ada lah hasil usaha anak² murid sendiri. Ini semua ada lah hasil dari alumni² yg sejak berpuluh tahun dulu. Itu sbb nya walau sudah berjaya anak murid nya tidak pernah lupa pada cikgu mereka. Guru ada lah org yg mesti di hargai, kerana dari mereka kita semua mendapat ilmu. Mereka ada lah telaga ilmu untuk anak² murid semua.Selamat hari guru utk semua guru² tercinta& kami sayang cikgu...alfatihah juga utk cikgu yg telah pulan kerahmatullah.

  • @Cikmoon_
    @Cikmoon_ Před 2 měsíci +2

    ya memang ini sudah jadi budaya di Malaysia..namun ia nya tidak wajib utk memberi sesuatu..namun what can be better to bring your teachers smile when you bring a gift to your beloved teacher.. saya masih ingat thun awal 2000 an.. hadiah seketul sabun ataupun mug utk setiap cikgu itu sudah cukup mewah utk dibuat hadiah

  • @user-gu1og5nl6v
    @user-gu1og5nl6v Před 2 měsíci +4

    Di m'sia ke mana saja kamu pergi jika orang tahu kamu adalah guru kamu akan di hormati

  • @shaizh2879
    @shaizh2879 Před 2 měsíci +1

    Sy pernah jadi guru tambahan di sekolah & yes hari guru adalah yang paling istimewa, anak-anak murid akan kasi apa pun seikhlas hati mereka untuk kami. Dari pengalaman sendiri sy terima pen, pemadam, pensil, jajan & even duit belanja sekolah yang dia kumpul sbg hadiah untuk sy 😭😭😭 Setiap satunya sy hargai walaupun ada yang sy rasa serba salah nak terima tapi mereka bertegas untuk memberikan itu sbg hadiah hari guru

  • @zubirmat5872
    @zubirmat5872 Před 2 měsíci +2

    Hahaha...kadang2 anak lebih mendengar kata guru drpd ibubapa. Itu lah pentingnya guru 😂😅

  • @Felix-wy5hk
    @Felix-wy5hk Před 2 měsíci +3

    Budaya anak-anak indonesia tawuran sama sekolah tapi disebaliknya di msia guru di hargai

  • @rofidahassan7062
    @rofidahassan7062 Před 2 měsíci +2

    Didikan terbaik hasilkan ank2 yg cemerlang memberi implikasi kepada sesebuah komuniti, organisasi dan kesejahteraan sesebuah negara...insya Allah

  • @shafrinamokhtar
    @shafrinamokhtar Před 2 měsíci +1

    tepat sekali cikgu Azis. Moral! memberi penghargaan kepada guru2 dengan senang hati dan gembira tanpa paksaan daripada sesiapa pun

  • @Ruriko.Y
    @Ruriko.Y Před 2 měsíci +3

    sekolah menengah saya ada satu tradisi. lokasi sekolah di atas Bukit Nanas (di kaki Menara KL) jadi setiap tahun kelas akan beri sebiji nanas kepada guru kelas. nanas dalam tin pun boleh 😂kalau murid mahu beri hadiah lain, it's up to them. tapi setiap tahun guru kelas pasti akan bawa balik sebiji nanas sempena Hari Guru

  • @qaqa9685
    @qaqa9685 Před 2 měsíci +2

    Skolah rendah meriah sambutan Hari guru dgn cgu2 dpt hadiah .masuk skolah menengah sambutan Masih meriah tp hadiah tu dah kurang mgkin student dah remaja xbrapa NK excited NK BG hadiah, cuma BG ucapan je KT cgu2 ..😊

  • @zeedozeedo2277
    @zeedozeedo2277 Před 2 měsíci +5

    Selamat pagi cikgu Sastra, cikgu Tika dan cikgu Azis. Semoga ceria selalu

  • @mohdrahimee2350
    @mohdrahimee2350 Před měsícem

    Ibu bapa juga turut bersma menaikkan semangat untuk anak2 memberi hadiah kepada guru bg memupuk rasa hormat dan menghargaai guru2 mereka.. In syaa Allah supaya berkah ilmu ya n respect.. Selamat Hari guru

  • @hazrinaharun9963
    @hazrinaharun9963 Před 2 měsíci +1

    Saya mengajar anak2 umur 4-6 thn...kami tak mintak hadiah2 itu semua....tapi ibubapa mereka telah ajar hargai guru..hari guru 16/5 tapi tetap terima hadiah selama 2,3 hari selepas itu .hadiah tidak mahal tapi itu lah cara mereka menghargai kami...