Lemang Segera Cara Mudah Menggunakan Acuan Stainless Steels

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 4. 05. 2020
  • Lemang ini tetap kekal aslinya terasa lemak santannya, bau daun pisangnya dan aroma harum daun pandan. Tiada bezanya dengan lemang yang dimasak dengan buloh asli, lemang teknik moden ini juga ada rasa berlemak, pecah minyak dan gareng untuk hidangan keluarga dan tetamu.
    Kebaikannya lemang yang sudah siap masak boleh disimpan dalam bekasnya dengan menutup tudungnya dan disimpan dalam peti sejuk (freezers). Apabila hendak makan atau ada tetamu boleh dikeluarkan untuk di steam (kukus) semula dan dipanaskan dalam oven, microwave atau frayer.
    Disini saya kongsi cara mudah membuat lemang segera untuk keluarga menggunakan daun pisang, daun pandan dgn bekas acuan 'stainless steels" dari puan Jay Song facebook. / 706488193489281
    Bekas acuan lemang "stainless steels" black pepper ini mudah di beli dan diperolehi di kedai perkakas dapur stainless steels. Tahan karat dan tiada kesan tindak balas kimia utk kesihatan keluarga.
    Resepi Teknik Moden Masak Lemang Segera Guna Acuan Stainless Steels
    Bahan-bahan:-
    1) Beras pulut - 2kg (Untuk 20 orang makan)
    Sukatan pulut 3/4 dari paras acuan stainless steels (Bekas simpanan black pepper)
    2) Santan 200ML - 2 kotak
    2) Acuan stainless steels - 8 biji (untuk 20 orang makan)
    Ukuran saiz (5" panjang x 2 1/2" dia. ukuran bulatan).
    Bekas simpan black pepper ini boleh dibeli di kedai perkakas dapur stainless steels
    Harga sebiji bekas simpan black pepper ini antara RM7.00 - RM8.00 sebiji.
    Tahan karat dan bebas dari kesan tindakan kimia.
    3) Daun Pisang - dipotong persegi mengikut saiz acuan
    4) Daun Pandan - dipotong bulat mengikut saiz acuan
    - dilipat simpul untuk dimasukkan dalam air rebusan kukus.
    5) Corong Plastik atau sudu untuk masukkan beras pulut dalam bekas acuan.
    6) Air - untuk rebusan dan kukus.
    7) Garam - di masukkan kedalam santan dan digaul sebati secukup rasa.
    Cara Memasaknya sila layari video tutorial saya - Puan Jay Song.
    Wasallam.

Komentáře • 10

  • @danielakmal8468
    @danielakmal8468 Před 3 lety

    Terbaikk lah pakcikkk

  • @mimiatieqa6028
    @mimiatieqa6028 Před 4 lety

    Terbaiklaaah pakcik 😘😘

  • @kakwaa7319
    @kakwaa7319 Před 3 lety

    tak salah pun nak mencuba rezeki kan milik allah...jadi kita kongsi lah rezeki tu sama2..
    terbaik lah pakcik...

    • @amienkg8mlk
      @amienkg8mlk  Před 3 lety

      آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن Semuga dipermudahkan .

  • @mksmart1903
    @mksmart1903 Před 3 lety

    Mana nak dapat kan acuan lemang ni

  • @andeka72
    @andeka72 Před 4 lety

    Abis la tauke lemang

    • @amienkg8mlk
      @amienkg8mlk  Před 4 lety

      Insya'allah rezeki Allah itu luas terbentang bagi semua insan yg ada, tutorial ini hanya untuk memudahkan penggemar lemang utk menyambut Syawal Aidul Fitri bersama keluarga yg mana musim Covid 19 ini menyukarkan utk memperolehi lemang buloh dibawah PKPB (perintah kawalan pergerakan bersyarat). Tiada negatif elemen..... mudah-mudahan bermafaat buat semua. Salam Ramadhan.

  • @fivexaljai6571
    @fivexaljai6571 Před 4 lety

    What food is this. Is it delicious?

    • @amienkg8mlk
      @amienkg8mlk  Před 4 lety +1

      Laxevif Ra - This food is called Lemang, originally is cooked using bamboo. Lemang is a Southeast Asia traditional food that made from glutinous rice, coconut milk and salt.