Laksa Nyonya atau laksa lemak | Resepi Step by Step Nyonya Laksa | Laksa Lemak

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 25. 08. 2024
  • Hi,
    Uchi sangat suka Laksa Nyonya,atau laksa lemak jadi Uchi research resepi dari pelbagai sumber . Ia adalah resepi Nyonya Peranakan. Rasanya yang lemak, manis , masin seimbang, dgn taupok, fish ball, kerang dan sayur kacang, tauge, dan aroma daun kesum dan bunga kantan, menjadikan rasanya sangat istimewa.
    Nak buat agak rumit, tapi berbaloi. Uchi bust step by step mengikut komponen laksa, iaitu menyediakan stok/air rebusan, membuat paste laksa, memasak kuah, sambal dan penyediaan hidangan gabungan pelbagai komponen. Jom tengok resepi dan bahan-bahan:
    Komponen 1:
    Bahan-bahan paste laksa/rempah ratus:
    Bawang merah kecil (shallots) - 10 ulas
    Bawang putih - 6 ulas
    Cili kering - 10 tangkai (rebus dan buang biji)
    Cili merah besar - 4-5 biji - hiris kasar
    Lengkuas - 1 inci
    Belacan - 2 inci
    udang kering - 1 genggam (direndam)
    Serai - 2 batang
    buah keras (candle nut) - 7 biji
    kunyit hidup - 2 inci
    KISAR HALUS semua bahan di atas, hingga jadi PASTE laksa Nyonya.
    Komponen 2:
    Menyediakan Air rebusan udang dan air rebusan ayam.
    Ayam - tulang atau isi 2-4 ketul, rebus dgn air 500mlm selama 25 minit.
    Air Rebusan Udang - Udang sederhana besar lebih kurang 600-800 gram . Buang kepala, tanggalkan kulit. Isi udang kita devain (buang bahagian hitam tengah tu ).
    Kepala Udang dan kulitnya kita rebus (45 minit) dan kisar halus bersama airnya dan tapis.
    Cara seperti dalam video. Jika tak nak buat rebusan ayam, boleh guna kiub pati ayam.
    Komponen 3 : Memasak kuah laksa:
    Air rebusan dan paste sudah siap, bolehlah memasak kuah laksa. detail seperti dalam video.
    Bahan yg diperlukan, paste laksa, air rebusan ayam, air rebusan udang, santan, daun kesum , bunga kantan, fishball, fishcake, isi kerang, udang, tauhu pok.
    Komponen 4:
    Penyediaan sambal.
    Bahan-bahan:
    Cili kering - 10 tangkai, rebus dan buang biji
    Cili merah besar - 3-4 biji, hiris kasar
    belacan - 1 inchi
    udang kering - 1 genggam
    Limau nipis - 1 biji ambil jus
    Gula dan garam secukup rasa.
    Kisar cili kering, cili merah, belacan dan udang kering. Tumis bahan kisar hingga naik minyak, letak garam dan gula secukup rasa, dan perah air limau nipis.
    Komponen 5
    Menyediakan hidangan laksa nyonya atau laksa lemak
    Bahan-bahan:
    Kuah laksa nyonya
    sambal -yg kita masak tadi
    bihun / mee - terpulang selera
    telur rebus
    isi kerang
    udang yg telah direbus/celur
    kacang panjang - celur
    fishcake
    limaukasturi/limaunipis
    tauge
    timun
    hirisan daun kesum dan bunga kantan.
    Detail seperti dalam video.
    Nampak rumit, tapi senang je sebenarnya. dan berbaloi masa yg kita ambil untuk buat laksa nyonya atau laksa lemak ni.
    sedap sangat, selamat mencuba.
    Jangan lupa subscribe , like, komen dan share!. Terima kasih.
    #laksanyonya #laksalemak #resepilaksa
    #uchiworld #dapurchi #laksa #kuahlaksa #babanyonya
    #resepiviral #resepiaslilaksanyonya #laksasingapore #laksajohor #laksapenang #resepistepbystep #stepbystep #malaysianfood #babanyonyaresepi #laksa #resepimudah #resepiaslilaksa #singaporeanfood #laksarecipe #laksahunter #makananmalaysia
    #laksalemakasli #laksanyonyamelaka #malayfood #chinesefood
    #laksakajang #laksabangi #resepiasli #authenticrecipe #youtuber #youtube #2000subscriber #foodie #blogger #vlog #laksam #laksakelantan #laksasedap #laksaresepimudah

Komentáře • 45

  • @chefadichannel442
    @chefadichannel442 Před 3 lety +3

    Resepi step by step nyonya laksa terbaik perkongsian.

    • @UchiWorld
      @UchiWorld  Před 3 lety

      Hi Ched adi, selamat mencuba, tq singgah.

  • @kyokokims8980
    @kyokokims8980 Před rokem +1

    Tgk dato rizalman n chef wan buat mcm byk giler step....terus down xjadi nk buat ..alih2 jumpa youtube uchi ni ..nmpk senang je nk buat...go girlss...meh kita try sama2 buat ..thnx uchi kongsi resepi

  • @arashfamily7192
    @arashfamily7192 Před rokem

    Sy dh buat sedap. Terima kasih kongsi resepi

  • @elnielianimayor5026
    @elnielianimayor5026 Před 3 lety +2

    Teringin nk makan...tgu pun dah terliur

    • @UchiWorld
      @UchiWorld  Před 3 lety

      selamat mencuba, pasti sedap. tq singgah ke mari.

  • @hafizunnaili7332
    @hafizunnaili7332 Před rokem

    Tuan Mimi suka sangat makan laksa nyonya

  • @zulkifliishak4792
    @zulkifliishak4792 Před 2 lety +1

    terbaik

    • @UchiWorld
      @UchiWorld  Před 2 lety

      Tq singgah ye, mohon sudi cuba resepi kami, tq.

  • @amirhamzah1976
    @amirhamzah1976 Před 3 lety +1

    Terbaik

    • @UchiWorld
      @UchiWorld  Před 3 lety

      Terima kasih singgah, seamat mencuba!

  • @elnielianimayor5026
    @elnielianimayor5026 Před 2 lety +1

    Thanks for sharing

  • @naimahmohdnoor8973
    @naimahmohdnoor8973 Před 3 lety +1

    Terbaik , senang nk follow

    • @UchiWorld
      @UchiWorld  Před 3 lety

      cuba tau, and beri feed back, selamat mencuba..

  • @zalinahmohdyusof8733
    @zalinahmohdyusof8733 Před 3 lety +2

    Nampak sangat sedap

    • @UchiWorld
      @UchiWorld  Před 3 lety

      Hi Zalinah, tq sudi singgah, selamat mencuba resepi kami.

    • @sceneandseenful
      @sceneandseenful Před 3 lety

      Uchi punya intro tu betul, rumit tapi rindu nak makan laksa nyonya

  • @zuxedon1114
    @zuxedon1114 Před rokem

    Iove it.

  • @FrankieCheah-fk8um
    @FrankieCheah-fk8um Před rokem +1

    Kuah ini memang Recipi Curry Mee Penang.. Kulit udang yg goreng dengan bawang purih yg 12 biji, Tulang atam 3.ekur yg harga rm 4.50 ,belacheng goreng, gula batu, chicken stock.. Miss out Susu Carnation 1 Can.. Ok.. Gd job. ! Recipi sudah jadi Laksa Thailand.. Ok.!

  • @corinacorina4870
    @corinacorina4870 Před rokem

    Lama x makan laksa nyonya..

  • @FrankieCheah-fk8um
    @FrankieCheah-fk8um Před rokem +1

    Di baiki.. Tulang ayam 3.ekur ,rebus buat kuah Curry Mee.. Ok.

  • @sceneandseenful
    @sceneandseenful Před 3 lety +1

    💕💕💕

    • @UchiWorld
      @UchiWorld  Před 3 lety

      Hi Hani, tq datang singgah; :)

  • @FrankieCheah-fk8um
    @FrankieCheah-fk8um Před rokem +1

    Lihat bahan dan bumbu kamu.. Kerang Segar, Taufo Pop, fish cake, fish ball,, lagi miss out, sotong kembang yg se kg rm 33 , teluh puyuh 20 biji, yg rebus,. In lah Penang Champion Curry Mee atau Mee Curry.. Ok

  • @FrankieCheah-fk8um
    @FrankieCheah-fk8um Před rokem +1

    Di baiki.. Bubuh Santan Segar. Dan Susu Carnation 1.Can. ok.

  • @ristapuspitarini3158
    @ristapuspitarini3158 Před 2 lety +1

    Nice 😍😍

  • @afidahmudzamil8214
    @afidahmudzamil8214 Před 2 lety +1

    Tq uchi, nt akak nak buat gak. Hari tu makan kawan buat sedap. 😁

    • @UchiWorld
      @UchiWorld  Před 2 lety

      tq sudi singgah. selamat mencuba yea.

  • @hafizunnaili7332
    @hafizunnaili7332 Před 10 měsíci

    Mimi jay jay kawan rapat dengan uchi

  • @fartinitini437
    @fartinitini437 Před 2 lety

    👍👍👍♥️♥️♥️

  • @naimahmohdnoor8973
    @naimahmohdnoor8973 Před 3 lety +1

    Dh subs 👍😋💓

    • @UchiWorld
      @UchiWorld  Před 3 lety

      terima kasih...selamat mencub resepi kami yea, moga dirahmati Tuhan.

    • @rabeahahmat3431
      @rabeahahmat3431 Před 2 lety

      Tulis resepi laksa nyonya

  • @wawawahab8284
    @wawawahab8284 Před 7 měsíci

    Xpayah pakai rempah kari ker

  • @yantichong7944
    @yantichong7944 Před 2 lety +1

    Hello, kalau boleh Tanya ini penyediaan Untuk berapa orang?
    TQ

  • @lolidoom
    @lolidoom Před 2 lety +1

    Same mcm mi kari tak? Ni yg biasa kita makan kat food court mall mcm tu ke? Sy confused

    • @UchiWorld
      @UchiWorld  Před 2 lety +1

      mee kari yg mcm ni tu biasa mee kari style nyonya

    • @lolidoom
      @lolidoom Před 2 lety

      @@UchiWorld ohh jdnya ni mi kari melayu version la

  • @FrankieCheah-fk8um
    @FrankieCheah-fk8um Před rokem +1

    Too Chef.. Ini bukan Laksa Nyonya.. Ini ialah laksa Thailand yg bubuh Sanran segar.. Kuah dia curry mee, tetapi di atas buat perhiasan Lakda Penang., tibun, bungah kantan, cabai merah yg potong.. Penang Lakda tidak bergitu, jangan salah faham..

  • @antashadiana
    @antashadiana Před 2 lety

    Hai Kak Uchi, kalau guna spagetti boleh ke kak? Sbb stok spagetti banyak kat rumah hehehe

  • @adilahmohdzain3799
    @adilahmohdzain3799 Před 2 lety +1

    Jangan membazir bahan-bahan masakan. Pastikan habis kita guna. Saya pulak yang rasa sayang pada bahan yang tak habis dituang ke periuk. Kadang-kadang memang bersangka baik, mungkin tak terakam dalam video.

    • @oneheartlady
      @oneheartlady Před rokem +1

      Tak lah sis.. semua bahan macam kerang dan udang tu sikit masuk dalam kuah.. sikit sebagai hiasan akhir