Rinjani 100 2024
Vložit
- čas přidán 25. 06. 2024
- Ini adalah vlog perjalanan dan pengalaman kami berlima untuk menyertai acara Rinjani 100 ultra. Aku, Cikgu Azwhere & Aisyah dari Kuantan, Abg Jas dari Johor Baharu dan Wan dari Klang.
Rinjani 100 adalah satu acara larian di Gunung Rinjani. Peserta dikehendaki mendaki hingga kepuncak gunung setinggi 3726 meter dari paras laut dan turun semula ke garisan penamat dalam jangka masa yang telah ditetap kan mengikut kategori masing-masing.
Terdapat 5 kategori jarak disediakan, 162km, 100km, 60km, 36km dan 27 km. Walaubagaimana pun kategori 27km tidak sampai kepuncak. Cikgu Azwhere daftar 60km, aku, Abg Jas, Aisyah 36km dan Wan 27km
Persediaan telah berjalan seawal November 2023 lagi, pendaftaran event, pembelian tiket kapal terbang, urusan penginapan dan pengangkutan semasa di Lombok. Termasuk juga latihan dan persediaan mental dan fizikal. Untungnya masing-masing memang pelari-pelari denai(trail runner) yang tegar dan biasa dengan regim latihan untuk larian denai.
Untuk penginapan dan pengangkutan aku menggunakan khidmat Jan Lombok. Seorang ejen pelancongan di Lombok. Mengenali Jan sejak tahun 2016 lagi. Khidmat terbaik.
Sudah dua kali aku mendaki Rinjani sebelum ini. Yang pertama trip Sembalun-Senaru (3 hari 2 malam), yang kedua Sembalun-Torean (3 hari 2 malam). Dan untuk kali ini Sembalun-Sembalun (14jam).
Apa yang aku boleh katakan tentang event ini ialah sangat mencabar bagi aku yang cuma seorang pelari denai yang biasa-biasa sahaja. Di tambah pula tahap ketinggian 3000 metar lebih yang mana tahap oksigen lebih nipis jika dibandingkan dengan dibawah. Memang akan mudah semput.
Repeat tahun depan???? Insyaallah. Sekian
Terbaiik❤
See u again ❤
Nice!!
Nice
Keren banget bang
Mantap👏
#basobare
Terbaik lah landscape footage pokmie!
Hebatnye!! 🎉
Nak tanya, 37km ni setiap CP ada COT ke? Kalo trenin trail 15km bole ke lepas yek
Keren bang, itu rekam pakai kamera apa hp kok terlihat tajam gambarannya
Kamera nyata mahal
Dji action 3
Bukan kaleng kaleng kamera . Mantaap ditonton.