Daging Harimau Menangis | SAJI

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 7. 09. 2024
  • Ada banyak daging korban kan? Jom cuba Resepi Daging Harimau Menangis. Confirm menangis sebab sedap sangat 🤤
    Bahan-bahan Perapan:
    500 gm daging lembu (dihiris panjang dan tebal)
    2 sudu besar bawang putih (dicincang halus)
    1 sudu besar halia (dicincang halus)
    4 sudu besar Sos Berperisa Tiram SAJI
    3 sudu besar Kicap Lemak Manis SAJI
    1/2 sudu besar Kicap Lemak Masin SAJI
    1 sudu besar sos ikan
    2 sudu besar gula perang
    2 sudu kecil lada hitam tumbuk
    Sedikit Minyak Masak SAJI
    Bahan-bahan Sos Pencicah Thai:
    1 sudu besar beras (disangai dan ditumbuk kasar)
    4 biji bawang Merah (dimayang)
    20 biji cili api
    3 ulas bawang putih
    3 sudu besar serbuk cili
    3 sudu besar gula kabung
    2 sudu besar Sos Berperisa Tiram SAJI
    2 sudu besar sos ikan
    2 biji limau nipis
    60ml air suam
    60ml air asam jawa
    Secukupnya daun ketumbar (dihiris)
    Cara Membuat:
    1. Satukan bahan perap kecuali Minyak Masak SAJI dan gaul sebati dengan daging. Perapkan semalaman atau sekurang-kurangnya 30 minit.
    2. Panaskan Minyak Masak SAJI dan bakar daging sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
    3. Sejukkan daging dan boleh dihiris nipis.
    4. Untuk sos, sangaikan beras pulut sehingga keperangan dan tumbuk kasar. Ketepikan.
    5. Sangaikan pula cili api,bawang putih dan ditumbuk kasar. -.
    6. Di dalam mangkuk lain, masukkan Sos Berperisa Tiram SAJI, gula kabung, air suam, dan jus limau nipis. Kacau sebati hingga gula kabung larut.
    7. Masukkan cili api dan bawang putih tadi, serbuk cili dan kacau sebati. Perasakan mengikut
    citarasa anda.
    8. Masukkan daun ketumbar, kacau dan sedia untuk dihidang.
    Nota: Taburkan beras pulut ke dalam sos semasa hendak dihidang. Elakkan masuk awal
    supaya beras tidak kembang.
    #ProdukKeluaranFGV
    #SAJIdiHati
    #ResipiSAJI

Komentáře •