MACAM NI RUPANYA 'PERANGAI' ORANG MALAYSIA?! - Jelajah Malaysia 2022

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 7. 09. 2024
  • 5 PERKARA AKU BELAJAR SEMASA KEMBARA JELAJAH MALAYSIA (2022)
    1. Silaturrahim Pintu Rezeki.
    Bila kita niat baik nak jumpa orang tanpa skeptikal, orang akan meraikan gila-gila, lagi-lagi di luar bandar, peramahnya lain macam!
    2. Cari Persamaan, Rai Perbezaan.
    Saya perasan, bila saya cuba cakap dialek utara atau pantai timur, mereka cukup suka & meraikan kami dengan gembira. Bila kita meraikan cara mereka, mereka sangat hargai.
    3. Jadi Penerima Yang Baik.
    Orang Malaysia sangat suka memberi, mereka akan kecil hati kalau kita menolak pemberian. Mereka akan gembira kalau kita terima & doakan mereka yang baik-baik di hadapan mereka.
    4. Meraikan Tetamu.
    Orang Malaysia ni sangat suka raikan tetamu, lagi-lagi orang yang mereka suka & percaya. Kalau mereka dah suka, dia suruh duduk rumah dia seminggu! haha
    5. Malaysia ni cantik rupanya.
    Kalau bajet nipis nak travel, ambil je basikal yang tergantung dalam rumah, atau start enjin motor, atau campak baju dalam kereta & mulakan kembara.
    Mulakan je dengan apa yang ada & mula explore. Banyak tempat cantik kat Malaysia ni.
    Kesimpulannya,
    Kalau kita suka buat baik dengan orang lain, tak payah bawa duit banyak pun.
    Kami ready RM5,000 je untuk 5 orang travel selama 3 bulan.
    2 Basikal, 1 kereta viva & 1 van.
    Total belanja? Tak habis pun RM5,000 tu, sebab orang-orang Malaysia belanja makan & tempat tidur hampir setiap hari.
    Sepanjang kayuhan, ramai yang hulur duit, termasuk yang kenal atau tak.
    Saya buat kira-kira, totalnya hampir RM10,000!
    MasyaAllah Tabarakallah.
    .
    .
    .
    Tuan puan yang mulia..
    Tak payah plan lama-lama.
    Just. Go.
    Bismillah.
    Ahmad Isa
    #JiwaKembara
    #HidupLuarBiasa

Komentáře • 36

  • @hujanmalam3451
    @hujanmalam3451 Před rokem +7

    Setia menanti episod jiwa kembara .. bile lah nak kluar yg baru Ustad .. setiap hari ni tgu ..

  • @mohdfareez1619
    @mohdfareez1619 Před rokem

    Mana episod baru nieee..lama dh menunggu

  • @nikanina6563
    @nikanina6563 Před rokem

    sudah lama menghilang ustad ahmad ,,,masih ternanti episod seterusnya..semoga ustad kmbali upload bideo,,,

  • @sharifudinainin883
    @sharifudinainin883 Před rokem

    Assalammualaikum.
    Soyap yo !!! dah tak ado cito ko.

  • @ezforme5882
    @ezforme5882 Před rokem

    bang episod baru mana da 4 bulan berlalu hmppp.

  • @Fadhli887
    @Fadhli887 Před rokem +1

    Assalamualaikum bang.. sepi lama sampai 3 bulan.. rasa rindu dah bertandang, ni yg mai komen ni.. video mana bang video? Jangan sampai sy yg upload video baru ye 😂

  • @itqanprintingservices8189

    dah xda video baru ka?

  • @ninipija820
    @ninipija820 Před rokem

    Eh dah lama ni tak da video baru ke??

  • @yusofhusni7808
    @yusofhusni7808 Před rokem

    Trmksh Ustaz! Selamat menjalani Ibadah puasa Ramadhan untuk tahun ini! Kami menunggu video nya program Jiwa kembara ...!

  • @kakiwar6982
    @kakiwar6982 Před rokem

    Kenape lama xde update ape2 ya?

  • @jeffryfamily
    @jeffryfamily Před rokem

    dah 4 bulan tak upload video

  • @mynamenoahbotak9244
    @mynamenoahbotak9244 Před rokem +1

    mana video barunya ustaz& ustazah....2bulan dah ni🤣

  • @shafiqabdhamid4096
    @shafiqabdhamid4096 Před rokem

    Masih menanti

  • @mohamadjafribinhamzah3485

    Kenapa lama tak keluar dah video terbaru ni..... JENUHNYA kami semua menunggu...

  • @zuri1378ify
    @zuri1378ify Před rokem

    Episod 95.🙋

  • @zie-cp7ou
    @zie-cp7ou Před rokem

    Alhamdulillah..terharu tengok ramai yang bagi sokongan d setiap tempat 👍..

  • @AcikaYamada
    @AcikaYamada Před rokem

    tengah tunggu episod 95 ni. lama lagi ke bang hehehe

  • @mad_abujann2114
    @mad_abujann2114 Před rokem

    Salam bang dan semua...jelajah malaysia ni xlengkap rasanya klo xjejak ke sabah srawak..jgn lupa kne jejak basikal ke sabah dan serawak okay..kt sna pasti seronokkk...smoga dipermudahkan sgala urusan 🤲

  • @mohdsalleh6130
    @mohdsalleh6130 Před rokem

    Episod 95 mana bang...jelajah malaysia x menarik langsung.

  • @vandetamalaya4865
    @vandetamalaya4865 Před rokem

    Seronoknya sya nak kasuh basikal travel

  • @imranazmin1025
    @imranazmin1025 Před rokem +1

    Sbb org ramai kenal, aku pon kayuh basikal jugak tapi kawasan rumah je

  • @mattesya313
    @mattesya313 Před rokem +1

    bang , ade plan nk buat kembara Borneo x bang ? Sabah Sarawak

  • @itqanprintingservices8189

    kemna menghilang??

  • @cucutokwan3842
    @cucutokwan3842 Před rokem

    Ok ke bang kalau kayuh jauh naik fat bike ?😊

  • @rosnaniismail3421
    @rosnaniismail3421 Před rokem +1

    Tunggu & terus menunggu episod seterusnya....😁😁

  • @kaknr8242
    @kaknr8242 Před rokem

    Assalamualaikum dik mat. Bila la nk siar next episode kembara tu. Tak tertanggung rasa rindu dan dengar cerita selanjutnya.

  • @muhamadhazri9434
    @muhamadhazri9434 Před rokem

    Bang episode 95 bilanya nak kluar, xsabo dah ni

  • @mfmn90
    @mfmn90 Před rokem

    Mana episod 95 nie...lama dah tunggu😭😭

  • @FaddVLog
    @FaddVLog Před rokem

    Awal² nampak kak azrina dekat minit 0:23 ni..

  • @mustafakamalmamat824
    @mustafakamalmamat824 Před rokem

    bila nak sambung.. pi mekah

  • @abge78
    @abge78 Před rokem

    Minit 0.44 pak wan ngn uzair

  • @fitrisiren9337
    @fitrisiren9337 Před rokem

    Tuan adakah jelajah kembara malaysia ini sampai ke sabah dan sarawak ..

  • @fiqreesharom3978
    @fiqreesharom3978 Před rokem

    Mne basikal legend bang??awat tak bawak…😅

  • @atlantico...4402
    @atlantico...4402 Před rokem

    Ak kayuh bsikal maen2 kat bukit jaa,,,