PMX DS ANWAR BUAT PENGUMUMAN MENGEJUTKANKAN PREMIER SARAWAK!

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 12. 09. 2024
  • Malam tadi berlabuhnya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 dengan Sarawak selaku tuan rumah muncul juara dengan merangkul 76 pingat emas, 55 perak dan 70 gangsa.
    Perdana Menteri memuji prestasi cemerlang dan luar biasa dipamerkan semua atlet yang bertanding pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang bermula secara rasmi pada 17 Ogos lalu.
    Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semangat juang tinggi yang dipamerkan setiap atlet berkenaan telah membawa kepada kejayaan memecahkan beberapa rekod kebangsaan pada temasya kali ini.
    Beliau sekali gus ‘mencabar’ kontinjen Bumi Kenyalang supaya mempertahankan kejuaraan itu dalam edisi akan datang di Selangor pada 2026.
    “Sarawak dapat pertahankan prestasi ini atau tidak, kita lihat pada (SUKMA) 2026 nanti.
    “Hebat Sarawak ini… ini baru semangat Segulai Sejalai (bahasa Iban yang bermaksud ‘Berjalan Seiringan’)
    “Tahniah juga kepada Wilayah Persekutuan yang memberi saingan sengit dan pada saat akhir, Sarawak catat kemenangan sebagai kontinjen terbaik,” katanya.
    Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan SUKMA 2024 di Stadium Perpaduan, di Kuching, malam tadi.
    Lebih membanggakan, beliau berkata, di sebalik perjuangan untuk meraih kemenangan dalam acara ditandingi, atlet tetap bersaing bersama semangat perpaduan serta menjalinkan hubungan akrab dengan atlet dari kontinjen lain.
    “Semangat kesukanan dan perpaduan sangat hebat ini yang kita hendak pupuk. Kadang-kadang kita dengar ada (sukan) antara negeri, jabatan, wilayah, sekolah dan universiti terlalu sengit.
    “Semangat ini perlu dikekalkan dan ini yang disebut sebagai ihsan dalam MADANI… tahniah anak Sarawak dan semua kontinjen kerana menunjukkan perpaduan yang sangat tinggi,” katanya lagi.
    Turut hadir ialah Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof serta Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
    Selain itu, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah; serta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
    Ini merupakan kali keempat Sarawak muncul juara keseluruhan SUKMA selepas edisi 1990, 1992 dan 1994.
    Sementara itu, Wilayah Persekutuan menamatkan saingan pada SUKMA 2024 di tempat kedua dengan membolot 75 pingat emas, 65 perak dan 72 gangsa.
    Anwar turut mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri dan semua pihak terbabit atas kejayaan penganjuran SUKMA 2024 yang disifatkan beliau sebagai antara terbaik pernah dianjurkan di Malaysia.
    “Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anak-anak yang mencatat kemajuan, bekerja bertungkus lumus, guru, pendidik, pelatih dan seluru
    Sumber Video
    1. YT DS ANwar
    2. harapandaily.c...
    #malaysia #dsanwaribrahimpm10 #penutupansukma2024
    Join this channel to get access to perks:
    / @oraitnopochannel

Komentáře • 146