Resepi Jelly Kelapa Muda | Sukatan Cawan

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 7. 09. 2024
  • Resepi Jelly Kelapa Muda (10 bekas):
    Bahan-bahan :
    Air kelapa muda - 3 cawan
    Air biasa - 1 1/2 cawan
    (kalau air kelapa ada sikit shj, tambah dengan air biasa, pastikan campuran kedua-dua air kelapa dan air biasa cukup 4 1/2 cawan)
    Gula - 5 sudu makan
    Daun pandan -1 helai disimpul
    Agar-agar tali - 10g
    Isi kelapa muda - topping
    Cara-cara :
    1. Masukkan air kelapa muda, air biasa, dan agar-agar tali ke dalam periuk dan biarkan mendidih.
    2. Selepas agar-agar larut, masukkan gula dan daun pandan. Biarkan mendidih sekali lagi.
    3. Sediakan bekas/ tupperware untuk jelly.
    4. Masukkan bancuhan jelly ke dalam bekas dan bolehlah masukkan sedikit isi kelapa muda sebagai topping.
    5. Biarkan sejuk ditempat biasa dahulu, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3 jam sebelum dihidang.
    Selamat mencuba!!
    Jangan lupa like, subscribe, comment dan share video ain elas..

Komentáře • 81