SLIPDISC L4/L5 & L5/S1 - Pembedahan Aku Gagal..!! Ini Sebabnya, Sila Ambil Perhatian Semua..

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 12. 09. 2024
  • Vlog semasa dimasukkan ke ward untuk menjalani prosedur pembedahan dengan kadar segera.. Adakah pembedahan ini berjaya ? Saksikan footage yang sempat aku rakamkan sepanjang aku menjalani prosedur di Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
    #slipdisc #radiofrequency #pleteletrichplasma
    Kalau korang ikhlas nak support channel ini, bolehlah :
    LIKE, COMMENT, SHARE, SUBSCRIBE dan tekan LOCENG untuk NOTIFICATION. Dan sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai Transport Muslim di Bali, Indonesia atau apa2 sahaja yang bolehlah hubungi di email aku :
    1. muzshah_zainal@yahoo.com
    2. chilabaey@gmail.com

Komentáře • 122

  • @megikari3765
    @megikari3765 Před 4 dny +1

    Alhamdulillah.. terima kasih atas perkongsian.. kes hampir sama dgn saya.. saya taip komen ni atas katil hospital pkul 11.57 pm.. baru buat operation RF pada pkul 9.00am tadi.. Alhamdulillah terus dpt rasa perubahan lepas selesai operated.. saya buat RF ni selepas 2 tahun menghidap slipped disc.. suggestion saya kepada yg masih belum hilang sakit walaupun sudah buat fisioterphy lebih setahun cubalah kaedah RF ni.. sgt membantu insyaAllah..semoga kita semua bebas daripada penyakit.. aaminn

    • @MrChilabaeyChannel
      @MrChilabaeyChannel  Před 4 dny +1

      Alhamdulillah. Moga terus sihat selepas menjalani RF. so far Alhamdulillah setakat hari ini, tiada pagi kesakitan yg sukar digambarkan pada mereka yg tidak mengalaminya. Seksa tu menanggung selama 2 tahun. Saya 2 baru minggu pun punyalah azab. Saya doakan saudara cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti sediakala. Insya Allah.

  • @MyPeaze
    @MyPeaze Před 2 lety +3

    Sy kena SD part L3/4-4/5-5/S1...dia punya sakit tu dari pinggang smpai buku lali..tp part betis n buku lali tu xtau nk ckp mcm mna sakitnya..awal bulan 7 sy dh buat epidural injection..tp sakit2 tu masih terasa lg..umur sy baru 32..doa kan sy sembuh ye agar dpt cari rezeki semula..😩

    • @MrChilabaeyChannel
      @MrChilabaeyChannel  Před rokem +1

      Allahuakbar.. Moga terus sembuh bro.. ya doakan yang terbaik utk kesihatan bro.. Siapa yang pernah melaluinya saja yang tahu sakitnya macamana.. Doakan saya juga agar tidak terjadi lagi sakitnya yer bro..

  • @SH4R1LLN4ZRIN
    @SH4R1LLN4ZRIN Před rokem +6

    Sy slipdisk kt l4 dgn l5.. sy x brani 0perate sbb sy tak0t lumpuh sy makinparah kalau x bjaya.. sy dah 4/5 tahun hidup lumpuh sparuh badan.. sy cuba berubat dgn prgi mana² utk mengurut tp xde ap² kesan.. mngkin sy xder rezeki utk bjalan smula.. m0h0n d0akan sy kesembuhan ye tuan/pun..😊

    • @MrChilabaeyChannel
      @MrChilabaeyChannel  Před rokem +1

      Allahuakbar. Sedihnya saya dengar. Kaedah Radiofrequency ni tidak melakukan open surgery, Doc cuma akan cucuk menggunakan jarum dan laser pada disc yg terjejas. Cuma kita tetap akan dibius utk ditidurkan semasa operation itu dijalankan. Lepas operate kita cuma ada beberapa titik kesan dr jarum yang masuk. Insya Allah saya doakan moga saudara diberikan kesihatan dan kekuatan melawan penyakit yg dihidapi.. Saya sangat simpati dengan kisah saudara...

    • @SH4R1LLN4ZRIN
      @SH4R1LLN4ZRIN Před rokem

      @@MrChilabaeyChannel kalau buat kaedah tu ad peluang untuk berjalan lg x??

    • @jawahirothman5914
      @jawahirothman5914 Před rokem

      Allahuskbar!
      Semoga tuan d kurniakan kesembuha😮n jua..
      Sy jg menghadapi masalah yg sama dah beb tahun dan takut unt op 😢

    • @unknown-cc6zc
      @unknown-cc6zc Před 24 dny

      @@MrChilabaeyChannelsaya buat treatment ni minggu lepas. Tapi tulah. Kaki x boleh tegang sangat lepas tu. Beza dgn sblm buat treatment ni. 😢

  • @ninja-lq7vc
    @ninja-lq7vc Před rokem +1

    Pengalaman accident dduk kt hospital selama 2 bulan, hampir 10x kali operation 8 bius penuh 1 spinal and 1 lagi epidural, tahun ni ade lg satu operation last utk bone graft, doakan segalanya dipermudhkn..

    • @MrChilabaeyChannel
      @MrChilabaeyChannel  Před rokem

      Alluakbar bro.. Seram sejuk bila dengar kisah bro. Saya yg baru sekali masuk OT pun dah taknak dah masuk.. Moga diberikan kesihatan lagi selepas ni.. Insya Allah...

  • @premiersolutions2820
    @premiersolutions2820 Před 2 lety +3

    Radiofrequency bukan pembedahan bro, its non surgical option to disable the nerve temporary tapi after few years pain will normally return. Sebab nerve itu akan hidup balik.

  • @Afeef_Halim
    @Afeef_Halim Před rokem +2

    Salam bang. Sngat menghargai video yg abng buat. Skrg sy dah warded dan masih dalam dilema nk truskan dgn Rf atau fisio shje. Sy telah mnderita akibat slip disc ni dah lama. Video abang sgt positive utk sy truskan ke arah Rf. Cuma sy ade bbrpa soalan ?
    1- Skrg dah 2023. Abg ade start rasa sakit blk x skrg ? Sbb ade sy tgk sakit tu dtg blk after few years
    2 - berapa lama tempoh luka nk sembuh ? Brpe lama kite perlu 'berpantang' ?
    3 - mcm sy anak kcik lg kdang2 perlu berdukung. Punca sy jd nk buat rf ni adalah skrg sy lgsg x boleh angkat berat even 5kg beras pon jd sakit blkg. So soalan sy lpas abg buat operation adekah khidupan kita akan kembali normal dan boleh mnjadi seorang ayah yg gagah untuk anak2 nye ?
    Sy sgt mnghargai jika abg dapat membalasnya.
    Afeef Halim
    25 Jul 23 01:50
    Kuantan Medical Centre

    • @MrChilabaeyChannel
      @MrChilabaeyChannel  Před rokem +2

      Waalaikumsalam. Terima kasih atas sokongan di channel ini. So far Alhamdulillah saya dalam kesihatan seperti biasa setelah beberapa tahun menjalani RF ini. Tapi still berjaga2 jugalah semasa angkat barang yg sangat berat, takleh terus angkat, force belakang kita terus macam biasa. Punca dapatnya slipdisc adalah antaranya (mungkin bukan sebab juga) abg menjaga dua org tua yang sakit terlantar, mula2 dulu arwah abah beberapa tahun, kemudian arwah emak pulak beberapa tahun lepas tu sbb abg seorang jer anak lelaki dlm family, tugasan mengangkat ni memang abg akan handle. Dan paling ketara semasa kita Total Lockdown dan PKP dulu. Bila berada di rumah macam2 benda nak dibuatnya. Angkat itu, repair ini dan macam2 lagi semuanya nak buat. Satu hari tu abg tgh nak angkat barang berat dalam posisi rukuk dan ketika itu terbatuk, teruslah tangkap/sakit di pinggang. Selama 2 minggu sakit dan doctor kata ini adalah symtom slipdsc L4-L5 & L5-S1. Terus refer di Hospital Pusrawi KL atas cadangan member office yg pernah buat RF di sana. Doctor nasihatkan utk segera lakukan RF sebab berat badan abg berlebihan dikhuatiri footloose dan jatuh bila2 masa. Terus masuk ward petang tu dan esoknya RF dilakukan.
      Soalan 1 : Jawapannya - Alhamdulillah dah macam biasa tapi tetap berhati2 semasa mengangkat berat. Angkat tong gas pun dah boleh macam biasa. Senaman atau regangan otot semasa di fisio kena lakukan selalu. Kadang2 tu malas juga nak buat.. Tapi kena buat juga sesekali.. Yg mereka kena balik slipdisc tu antaranya sebab tak berpantang angkat berat dan ttk buat senaman menguatkan otot belakang.
      Soalan 2 : Jawapannya - Luka hanya kesan lubang jarum sahaja, sekejap jer akan baik. Beberapa hari jer akan hilang rasa sengal kat area itu. Doctor akan supply beberapa ubat2an dan patch utk tampal di area tulang belakang kita yg kena slipdisc utk tujuan meredakan dan mempercepatkan kita baik. Pantang tu bergantung pada diri kita dan umur kita. Macam abg doctor berikan cuti selama 2 bulan lebih, ini adalah tempoh appointment doc dan fisio. Fisio mungkin lama sikit tapi kita boleh buat pada hari tidak bekerja.
      Soalan 3 : Jawapannya - Ye boleh faham tu, ada anak kecik memanglah kita akan angkat juga walau macamana pun. So far pengalaman abg setakat hari ni, dengan senaman menguatkan otot yg diajar dan tahap berhati2 semasa angkat barang berat, angkat dengan cara yg betul. Alhamdulillah abg masih menjalani kehidupan seperti biasa sekarang, masih berusaha mengurangkan berat badan, jaga pemakanan dan hidup seperti manusia biasa. Insya Allah dengan Izin-Nya.
      Abg berkongsi sehingga hari ini (25 Julai 2023 - 12:06PM) Alhamdullillah masih dalam tahap kesihatan yang biasa. Keputusan di atas Afeef, Tapi abg banyak rekomenkan pada mereka yg menghidapi slipdisc dan bagi mereka yg takut utk operate terbuka (macam abg) utk lakukan Kaedah Radiofrequency ini).

  • @redzonenakadnassabah2149
    @redzonenakadnassabah2149 Před 2 lety +1

    saya pn bru buat oprate tu bro.. tdk tahan sakit di kaki kanan dr blkg paha smpai betis.. hrp ok la lps ni

    • @MrChilabaeyChannel
      @MrChilabaeyChannel  Před 2 lety +1

      Alhamduliilah dah settle dah yer.. Harap lepas ni terus sihat.. So far saya sejak operate bulan 4 tahun lepas hingga sekarang takde lagi rasa sakit. Cuma exercise yg di ajar tu kena selalu buat.. Dan jangan angkat barang berat selama yang boleh.. Saya lepas 6-7 bulan baru cuba2 angkat yg berat sikit.. Tapi tak boleh selalu takut jadi semula slipdisc tu..

  • @Ariffin8787
    @Ariffin8787 Před 3 lety +1

    Slipdisk sakit tuu..thanks kongsi xperience bro

    • @MrChilabaeyChannel
      @MrChilabaeyChannel  Před 3 lety

      Sama2 bro.. Memang sakit bagi yang pernah mengidapnya.. Dah tak fikir apa dah, fikir nak baik jer...

  • @idayantee2022
    @idayantee2022 Před 2 lety +1

    Nebes abg dgr muzik tu..fuhhh suspen ceq😁

    • @MrChilabaeyChannel
      @MrChilabaeyChannel  Před 2 lety +1

      Jangan nebes, saya lagi nebes yer time tu.. Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. Hingga sekarang Alhamdulillah kesihatan saya masih baik dan tiada lagi kesakitan yang dialami.

    • @idayantee2022
      @idayantee2022 Před 2 lety +1

      @@MrChilabaeyChannel alhamdulillah.. allah takdirkan sembuh dengan izinNya...

    • @MrChilabaeyChannel
      @MrChilabaeyChannel  Před 2 lety +1

      @@idayantee2022 Alhamdulillah.. Tapi kena jaga2 juga kalau nak angkat berat2.. Kena ada cara yang betul.. Terima kasih atas kunjungan di channel tak semenggah saya ni yer..

  • @dhnpump4204
    @dhnpump4204 Před 11 měsíci +1

    Salam bang nak tanya, sy alami sakit pinggang selepas main bdminton balil je rmh rasa tak boleh menegak. Nak membongkok ja. Jadi esoknya sy rasa macm nak menegak dngn cara paksa terasa sakit tapi belah kiri ja punggung dngn belkang. So sy tak tahan sy pegi urut kretek tu dkt kg-kg. Alhamdullilah okla tak membongkok dah cum dlm masa 4hari ni tak sembuh sembuh lagi bagian kiri tp d punggung. Klau mcm ni slipdisc juga ka bang?. Maaf bertanya

    • @far93East
      @far93East Před 6 měsíci

      Pegi check tu bro. Saya macam tu la kena lepas main bola takleh berdiri tegak. Keesokannya check hospital buat MRI memang slip disc

  • @franmon678
    @franmon678 Před rokem +1

    Anak saya spinal surgery pun failed. Dah jadi OKU sekarang.

  • @IbrahimSofea
    @IbrahimSofea Před 2 lety +1

    Salam bang. Sy masih lagi under physio. Kalau lepas physio masih tak baik, doktor akan buat MRI, dari situ tengok macam mana. Sakit dia tak boleh bawa bincang. Malam ni je dah 2 biji ubat tahan sakit sy telan 😢 Doakan sy ya bang..

    • @MrChilabaeyChannel
      @MrChilabaeyChannel  Před 2 lety

      Allahuakbar.. Abg doakan semua berjalan lancar.. Selalu sangat makan ubat tahan sakkt pun tak bagus sebenarnya.. Kalau sama juga baiklah jumpa semula doctor dan minta pandangan/solution utk pulih..

  • @missbid
    @missbid Před 10 měsíci +1

    GWS Tuan..

    • @MrChilabaeyChannel
      @MrChilabaeyChannel  Před 10 měsíci

      Alhamdulillah dah embuh seperti sediakala, tapi kena berpantang utk angkat berat lebih.. Kena banyak berhati2 lagi utk saya lepas ni..

  • @fariszalmohdrashid6017
    @fariszalmohdrashid6017 Před 4 měsíci +1

    salam.bang saya ada masalah di l5 and s1...bang selepas operted tu rase sakit die mcm mana n macm mana dgn pegerakan kita....sebab saya akn jalani pembedahan dalam masa terdwkat ni kurang dari dua minggu...blh tlg sharekan x

    • @MrChilabaeyChannel
      @MrChilabaeyChannel  Před 4 měsíci +1

      Waalaikumsalam bang. Alhamdulillah so far tiada lagi kesakitan yg dialami hampir 3 tahun ni. Dah boleh jalani kehidupan macam biasa bang. Angkat barang berat pun boleh tapi kena hati2 sikit. Kena slow2 sikit masa nak mulakan angkat. Nanti akan diajar cara senaman regangan lepas dr operation. Itu kita kena amalkan utk kuatkan otot pinggang kita. Sekali sekala kena juga buat. Alhamdulillah saya dah boleh ride jauh dgn motor besar ke Thailand. Pergi balik 2000km (+/-) selama 5 hari tahun lepas. Tahun ni ke Patthalong/Hatyai ride lagi.Takde pulak ada apa2 yg tak diingini berlaku pada saya. Insya Allah. Saya doakan abang pun diberikan kesihatan lagi selepas operation.

    • @sakurablossom3836
      @sakurablossom3836 Před 2 měsíci +2

      awak operation mcm mna ye? doc buang disc yg terkeluar tu ke? sama saya pon L5-S1 bln 8 ni operation..selepas operation awak mcm mana?

    • @fariszalmohdrashid6017
      @fariszalmohdrashid6017 Před 2 měsíci

      @@sakurablossom3836 yup buang disc yg da rosak tu then gangi plate n ikat screw ...alhamdulilah syukur pada allah ..mmg mula tu saya takut n xnk buat operation tu tp selepas buat semua yg saya pikir alhamdulilah allah jauhkn...nasihat saya tu jgn degau ckp org luar yg xlalui masalah ni..sebab semua tu akan wat mind set kita lemah...saya alhamdulilah keluar hospital xbetongkat n blh jalan sendiri...so far sakit xde la teruk n mengangu sgt...lepas sebulan saya da bosan duk makan tido saya da mula wat keje sikit2...skung ni lagi la makin aktif...so nasihat saya benda kalau blh memudaratkan n effect ke tempat lain jgn takut nk wat operated yek...insyallah allah permudahkan semuanya....mintak restu mak ayah insyallah

    • @MrChilabaeyChannel
      @MrChilabaeyChannel  Před měsícem

      @@sakurablossom3836 Alhamdulillah hampir 4 tahun tiada lagi kesakitan. Dah boleh buat kerja macam biasa. Angkat berat pun dah boleh cuma cara mengangkat tu kena berhati2. Angkat dgn cara yang betul. Bawak motor jauh2 sampai ke Koh Samui Thailand bagai dah. Operation saya menggunakan kaedah Radiofrequency (cucuk jarum laser) tanpa pembedahan terbuka.

  • @microjuniorchannel4963
    @microjuniorchannel4963 Před 3 lety +1

    Ok siap

  • @jejakapilu2892
    @jejakapilu2892 Před 2 lety +2

    Salam bang, sy pn pernah kna slipdisk.L5 S1, 28 mei 2021 sy operate.. Alhamdulillah smpai skg rase sakit dh hlg cme rase kebas kt 3 jari kaki belah kanan msh kebas wlaupn x kuat. Doc dh x smbg sy pnye follow up, last bln mac 2022 je.. Cme sy ada mengalami kejang otot kt blkg paha n betis kanan (laluan rasa skit slipdisk dulu). Cme dlm ati ni rsau kot2 slipdisk dtg balik sbb doc ckp, sape2 yg pernah kna slipdisk peratusan utk kna blik dlm 25 % dr org normal. So, soalan sy, abg ada kejang2 otot x kt area dr paha smpai btis? Kerap berlaku kt sy kdg2 smpai 2,3 kali sehari. Bila dtg kejang, automatik 1 bdn akn tiba2 berpeluh mcm berlari 1 pdg bola.. Apa2 pn trma ksh krn sudi berkongsi pglman..

    • @MrChilabaeyChannel
      @MrChilabaeyChannel  Před 2 lety

      Waalaikumsalam. So far dah lebih setahun 1 bulan ni abg takde pulak rasa apa2 yang dirasai oleh bro. Tapi senaman yg diajar tu still buat tapi tak selalu. Selalunya abg akan buat bila ada buat kerja2 berat atau angkat barang berat. Bawa kereta lama 2-3 jam straight pun so far ok, tapi kedudukan duduk tu kena tegak sikit. Naik motor pun ok. Tapi awal2 dulu ada jugalah kejang2 betis. Tapi sekejap jer, tak selalu pun. Itu pun sebab sejuk dan abg pakai stoking masa tidur hingga sekarang..

    • @sakurablossom3836
      @sakurablossom3836 Před 2 měsíci

      awak buat operation mcm mna ye? doc buang disc yg terkeluar tu ke? saya bln 8 ni operation utk buang disc L5-S1.. takut tapi dh tak tahan sakitnye..skarang awak mcm mana ye?

  • @FendiHensem-xg9uh
    @FendiHensem-xg9uh Před rokem +1

    Abang rasa 16 masih ok ?

  • @mohsyaifulnazar5368
    @mohsyaifulnazar5368 Před rokem

    Bang mau tanya, abang ini karena HNP atau Bulging disc di L4,5,S1 nya? ada degeneratif disc nya ke?

  • @fbsshow5542
    @fbsshow5542 Před 3 lety +1

    blh buat rakaman dalam bilik operation ehh...

    • @MrChilabaeyChannel
      @MrChilabaeyChannel  Před 3 lety +2

      Tak boleh bro.. Ni footage lepas keluar OT dan baru je masuk semula ke ward.. Kalau dalam bilik OT kena minta hospital keluarkan video semasa operation tapi kena bayar lah..

  • @utiubis963
    @utiubis963 Před 2 lety +3

    Salam bang,,, operation Okey tak,,,,bace tajuk video mcm gagal,,,tapi semuanye berjalan dgn baik ea,,,Lepas operation sampai sekarang mcm mne rasenye,,,mintak pandangan ye

    • @MrChilabaeyChannel
      @MrChilabaeyChannel  Před 2 lety +1

      Waalaikumsalam. Alhamdulillah so far dah 1 tahun 3 bulan sejak operate kesihatan saya macam sediakala. Dah boleh buat kerja2 berat. Angkat barang berat sikit pun ok. Tapi tak berani angkat yg berat2 sangat macam almari ker, paling berat pun angkat treatmill running. Harap terus diberikan kesihatan. Lari pun dah boleh sikit2. Sebab buat PRP (Pletelet Rich Plasma) utk lutut. Utk slipdisc 100% recover.

    • @utiubis963
      @utiubis963 Před 2 lety +1

      Terima kasih bang response,,,RFA dgn bedah buat lebihan disc tu perkara yang berbeza kn,,,abg buat yg RFA kn,,,jadinye lebih bagus RFA la drpd bedah

    • @utiubis963
      @utiubis963 Před 2 lety

      *buang lebihan disc

    • @MrChilabaeyChannel
      @MrChilabaeyChannel  Před 2 lety

      @@utiubis963 Yer abg buat Radiofrequency Method. Tak perlu bedah terbuka, cuma beberapa jarum akan dicucuk di disc yg bermasalah. Sebab abg atau semua org takut utk dibedah, dan ada rakan kerja pun buat method yg sama. Dia yg rekomen kat abg dan terus abg buat appointment seminggu lepas makan ubat tahan sakit dari klinik.

    • @utiubis963
      @utiubis963 Před 2 lety

      Terima kasih banyak ye infonya

  • @nizalhakim5379
    @nizalhakim5379 Před rokem +1

    Assalamualaikum, bang saya baru saja 2bulan buat treatment mcm abang. Skrg masih dalam fisyo. Saya nak tanya berape lama abang recory dan sihat mcm biasa selepas operatetion?

    • @MrChilabaeyChannel
      @MrChilabaeyChannel  Před rokem

      Waalaikumsalam. So far lepas 2-3 bulan atau pun lepas habis fisio tu abg dah boleh bekerja seperti biasa. Cuma kena pantang sikitlah, takleh angkat barang2 yg berat2.. Senaman yg diajar tu kena selalu buat.. Lagi2 kalau dah start kerja, buat seperti yg diajar nanti. Takleh lama sangat duduk, limitkan sejam jer, lepas tu bangun dan jalan2 sikit, lepas tu sambung semula kerja. Setakat ni Alhamdulillah abg dah macam biasa, ada sekali2 tu kalau buat kerja angkat barang melebih2 tu akan rasa sikit sengal2 tapi bukan sakit masa awal2 slipdisc dulu, maklumlah dah tua pun abg ni.. Abg doakan kamu juga sempat sembuh dan seperti biasa.. Insya Allah..

  • @vaymonel5690
    @vaymonel5690 Před 2 lety +3

    Tu Dokter Sallehudin abullah ke Bang.

  • @syahrilsimon2510
    @syahrilsimon2510 Před 4 měsíci

    bang, mcm mana keadaan skrg?

  • @asfaizalhasran6260
    @asfaizalhasran6260 Před 2 lety +1

    Assalamualaikum.
    Saya slipdisk c4, c5 kesannya pada sebelah kiri badan, tangan kebas, sakit mcm dipulas2, sakit blkg pada belikat, rasa tegang dada sampai belakang. Adakah kaedah pembedahan akan sama kaedah tuan?

    • @MrChilabaeyChannel
      @MrChilabaeyChannel  Před 2 lety +1

      Waalaikumsalam, tidak kira di mana effectnya slipdisc kita, kaedah RF ini boleh saja dilakukan. Ini sebenarnya kaedah terbaik bagi mereka yg takut pembedahan terbuka. Macam saya yg sekarang ni mengidap diabetes tahap awal.

  • @tiemtom1143
    @tiemtom1143 Před 2 lety +3

    Salam bagai mana keadaan kesihatan sekarang? Saya juga telah operation l4 L5..

    • @MrChilabaeyChannel
      @MrChilabaeyChannel  Před 2 lety

      Walaikumsalam, Alhamdulillah so far sakit saya hilang dah.. Takde langsung sakit, cuma tak berani sangat nak angkat barang yang berat2 lah.. Exercise yg di ajar kena juga buat 2-3 kali sekarang.. Operation kaedah apa hari tu yer?

    • @tiemtom1143
      @tiemtom1143 Před 2 lety

      @@MrChilabaeyChannel selepas 2 then lebih saya mula sakit...kaki membengkak... Jika berjalan atau berdiri lama.... Saya sudah redha

    • @mohdkhairil9745
      @mohdkhairil9745 Před 2 lety

      @@MrChilabaeyChannel o

  • @haziqrazali3023
    @haziqrazali3023 Před 2 lety +1

    nak tanye selepas operation ade rasa sengal2 kat belakang.. brape hari ye rasa sengal2 tuu nk hilang ??

    • @MrChilabaeyChannel
      @MrChilabaeyChannel  Před 2 lety +1

      Lepas operation rasa sengal di belakang itu biasa. Tapi selepas beberapa sessi fisio, kebiasaanya akan hilang, Macam saya sengal tu makan masa kurang dr 5 hari. Fisio yg digunakan cara Elektrotheraphy pada awalnya, kemudian akan ditambah dengan penggunaan ais. Selepas tu baru akan dilakukan senaman..

  • @afifanuar224
    @afifanuar224 Před rokem

    operate kt hospital kerajaan brapa kos ?

  • @abdulhayy1666
    @abdulhayy1666 Před 2 lety +1

    Bang, Boleh tau berapa hari total warded (from day of operation) utk prosedur ni?

    • @MrChilabaeyChannel
      @MrChilabaeyChannel  Před 2 lety

      Antara 5-7 hari lepas operation bro.. Yg buat lama tu utk fisio. Yg fisio tu penting sbb ada method fisio (elektrik/ais/warmer) pd hari kedua lepas operation.Macam saya 5 hari dah boleh balik dah, fisio awal2 seminggu 2 kali lepas balik rumah. Lepa tu minggu2 seterusnya akan berjarak kena datang buat.

  • @nurfarishaedreena6587
    @nurfarishaedreena6587 Před rokem +1

    Assalamualaikum, sya nak tnya, sya ada mslh sakit dipinggang dah nak dekat setahun skit tu, sakitnya Mula dri pinggang smpai melarat di bhgian punggung sehingga rasa kebas smpai ke betis. Jadi better ke sya buat lazer? Dan ada effect ke pda msa hadapan after Lazer? Sya 50/50 sama ada nak buat lazer atau pun tak tkut msa akan dtg jdi lgi teruk. Minta saranan dri en.

    • @MrChilabaeyChannel
      @MrChilabaeyChannel  Před rokem +2

      Waalaikumsalam. Bergantung pada Cik/Puan juga sebenarnya. Banyak kaedah yg disarankan untuk slip disc ni. Macam saya memang takut operation secara terbuka, jadinya rezeki saya untuk dapat tahu ttg kaedah Radiofrequency\Laser ni dari kawan office yang mengalami sakit yang sama. Ianya cuma jarum laser sahaja yang dicucuk di bahagian yg terkesan. Macam saya disarankan segera utk operation RF ni sbb berat badan saya berlebihan dan dikhuatiri saya akan footloose (kaki tak merasa apa2) dan akan jatuh terduduk sekiranya disc tersebut terkepit teruk. Alhamdullilah dah hampir 2 tahun, tiada lagi kesakitan dan effect lain setakat ini. Saya dah boleh angkat barang berat tapi still kena berjaga2 dan kena selalu juga buat senaman yg diajar selepas operation tempohari.

    • @nurfarishaedreena6587
      @nurfarishaedreena6587 Před rokem +1

      Terima kasih ye en utk penerangan nya, sedikit sebanyak dpt jgk sya memikirkan sama ada nk buat lazer or tak. Harap sya dpt sembuh seperti sedia kala. Begitu jgk dgn en. Aamiin.

    • @MrChilabaeyChannel
      @MrChilabaeyChannel  Před rokem +1

      @@nurfarishaedreena6587 Insya Allah. Kita usaha mana yg boleh. Selebihnya akan ditentukan oleh Allah. Kita tawakal dan cari cara utk sembuh. Saya doakan awak pulih seperti sediakala dgn apa saja rawatan yg dibuat nanti, saya cuma kongsikan pengalaman dan sakit saya sekiranya dpt dijadikan panduan saja utk org ramai.

    • @nurfarishaedreena6587
      @nurfarishaedreena6587 Před rokem +1

      @@MrChilabaeyChannel terima kasih en di ats kata² semangat yg en berikan. Baru ada rasa semangat sikit utk bangkit. Terima kasih bnyk².

    • @MrChilabaeyChannel
      @MrChilabaeyChannel  Před rokem

      @@nurfarishaedreena6587 Sama2. Itulah tujuan youtube saya ini diwujudkan. Bukan utk menjadi duit tetapi tujuan berkongsi pengalaman, pengetahuan, apa yg boleh dibuat, apa yg tak perlu dibuat, apa2 saja mengikut diri saya. Ini adalah salah satunya, mengenai penyakit yg dialami. Secara tak langsung dapat memberi info ttg slipdisc. Insya Allah.Terima kasih atas kunjungan dan komen di channel saya yang tak semenggah ni Cik/Puan.

  • @ammarsulaiman5048
    @ammarsulaiman5048 Před 2 lety +1

    Assalamualaikum nk tnya bro slip disc ni klau dh koyak dan kita tak rawat boleh menyebabkan disc tu semakin tergelincir tak .

    • @MrChilabaeyChannel
      @MrChilabaeyChannel  Před 2 lety +1

      Waalaikumsalam. Maaf baru perasan ada comment pada post saya ini. Saya rasa ia akan lebih teruk dan akan kacau/tersentuh pada saraf utama. Bila dah kena saraf utama nanti pasti akan rasa lebih sakit dan tak selesa pada setiap anggota badan kita. So far Alhamdulillah slipdisc masih baik sehingga sekarang yang dah dekat 1 tahun sejak operation. Setiap disc kita tu, akan beri kesan pada bahagian2 lain pada badan kita. Macam saya antara L4/L5 & L5/S1 kesan dia pada kaki kanan. Lenguh, nak duduk tak boleh, nak baring lama tak boleh, sangat2 tak selesa. Nak buat kea lagilah. Dan dikhuatiri kita akan jatuh sebab kaki kita tak akan rasa apa2 bila sampai masanya. Nak menangis pun ada, macam2 rasa. Harap bro dapat buat rawatan segera.

    • @missmayy92
      @missmayy92 Před 2 lety +1

      sama laa kaki sy tiba2 x rasa apa2 kebas lenguh mencucuk2 tpi sy trpaksa jln jugak sbb kena tiba2 kt masjid.. bila dipaksa mmg menangis dlm hati jelaa.. lpstu dua tiga hri dia baik.. lpstu sminggu kmudian salah dduk kena pulak😩 tpi sy xsure sbb slip dics/ sbb tulang belakang sy bengkok sbb kaki sy xsama pjg sejak lahir.. 2014 dlu bru start pgg bengkok tpi skit je still blh bergerak aktif tpi skrg umur 30an di thun 2022 ni bru effect pda kaki😣 dlu dh 2kli buat appoiment nk operate tpi asyik x jdi.. esk bru nk jumpa dr pakar ortopedik utk kali ketiga.. tpi sy takuttt n risauuu😢 semoga Allah prmudahkan urusan kita smua

    • @mingaming4076
      @mingaming4076 Před 2 lety

      @@missmayy92 boleh saya tahu bagaimana keadaan anda? Tulang belakang bengkok anda tu berapa darjah???

    • @missmayy92
      @missmayy92 Před 2 lety +1

      @@mingaming4076sejak sy buat rawatan chiropractics dh ok skit.. ada part yg x blh lipat kaki dh blh lipat.. jln pun dh blh.. cuma msih ada rasa semut2 sakit urat kt kaki.. sakit tu mcm on off.. tpi area pgg mmg skit n cpt lenguh.. Dr ckp tulang punggung sy yg tak sama tu dlm 30drjah.. itu yg effect kt tulang lumbar bengkok.. tpi badan sy xnmpak senget pun bahu

  • @gtr988
    @gtr988 Před 2 lety +1

    Aslmkm bang..buat pembedahan dekat hospital kerajaan ke kat mene?

  • @KhalidKhalid-nr3gj
    @KhalidKhalid-nr3gj Před rokem +1

    Salam tuan ..dr pakar yg buat tu nama ape ...

    • @MrChilabaeyChannel
      @MrChilabaeyChannel  Před rokem

      Waalaikumsalam. Dr.Sallehuddin Abdullah - Orthopaedic and Spine Surgeon (Hospital Pusrawi Kuala Lumpur)

  • @dinaazahra9341
    @dinaazahra9341 Před 2 lety +1

    Fisioterapi lebih murah Dan berkesan..no need surgery...

    • @MrChilabaeyChannel
      @MrChilabaeyChannel  Před 2 lety

      Condition time tu dah parah. Terpaksa buat juga. Alhamdulillah company cover. Dan Alhamdulillah sampai setakat hari ini, condition saya sihat seperti sediakala..

    • @muhamadhisyam6927
      @muhamadhisyam6927 Před 2 lety

      Dina awk by fisio kat mana?

    • @Geministarz94
      @Geministarz94 Před rokem +2

      Dina.. Setiap tahap slip disc ni tak sama. Kalau awk setakat buldging disc, fisio shj dh ckup. Tp kalau disc tu dh bersentuhan ataupn ade annular tear dan tekene pd bhgian saraf tunjang fisio tak membantu lngsung.

    • @tengkuhazwansaddam9659
      @tengkuhazwansaddam9659 Před rokem +1

      Sebab tu biar pakar yang berbicara..kite ni setakat bac google..dengo org promote terus pegang jadi batu asas

    • @mohsyaifulnazar5368
      @mohsyaifulnazar5368 Před rokem

      @@Geministarz94 saya buldging disc L4,5,S1 cepat capek.. bagaimana itu ya? kalo duduk cepat penat

  • @muhammadfazli8869
    @muhammadfazli8869 Před 3 lety +1

    Slip disc effect sampai ke lutut ke?
    Tq atas info

    • @MrChilabaeyChannel
      @MrChilabaeyChannel  Před 3 lety

      Tak bro, cuma lepas di X-ray tulang rawan saya dah agak nipis. So sekali buat doktor nasihatkan. Sbb masalah berat badan dan saya kuat join marathon..

    • @muhammadfazli8869
      @muhammadfazli8869 Před 3 lety +1

      @@MrChilabaeyChannel
      Oo.. Gitu bang. Sy pun baru Arthroscopy lutut, and #meniscustear & jahit.
      Sy ada kwn, dia slip disc gak.. Dia risau sbb kena operate. Kalo guna cara Laser boleh juga ke @ tengok keadaan?
      Sbb ramai risau gelisah Open Operation

    • @MrChilabaeyChannel
      @MrChilabaeyChannel  Před 3 lety

      @@muhammadfazli8869 Kaedah Radiofrequency ni sebenarnya utk mereka yg takut untuk lakukan operation secara terbuka. Cuma jarum sahaja yg digunakan pada slipdisc yg bermasalah.. So far Alhamdulillah sampai sekarang ni takde apa2 masalah atau rasa sakit dah.. Tapi still kena juga berpantang tak boleh angkat beban yg terlebih dan kena lakukan senaman utk kuatkan semula otot dan tulang belakang kita.. Ini pun 2nd opinion juga sebenarnya.. Lepas tu ada member pun guna cara dan doktor yg sama, Alhamdulillah sampai sekarang masih sihat... Sebab tu abg try kaedah ini.. Insya Allah kita usaha..

  • @Refnie
    @Refnie Před 2 lety +1

    assalammualaikum.. bole sy tau en buat rawatan apa? injection epidural ke?

    • @MrChilabaeyChannel
      @MrChilabaeyChannel  Před 2 lety +2

      Waalaikumsalam. Saya mengalami Slipdisc bulan April tahun lepas. Kaedah rawatan/operation yang dilakukan adalah secara Radiofrequency (tiada operation terbuka, cuma menggunakan jarum laser pada disc yg terjejas) dan PRP (Pletelet Rich Plasma) untuk join lutut (tulang rawan) saya yang agak nipis. Slipdisc saya terjejas pada L4-L5 &S1. Jadi tiada luka bedah dengan menggunakan kaedah ini.

    • @Refnie
      @Refnie Před 2 lety

      terima kasih dgn video ni..sy baru lps klua hospital pusrawi..buat kaedah rawatan RFA L4/L5 & L5/S1 juga serta Hip Scope..video ni byk sy keberanian sebnrnya..tq en

  • @fmckomputer9049
    @fmckomputer9049 Před 2 lety +1

    ntah mana yang gagal (Pembedahan Aku Gagal)

  • @kamarulzamanmohamad4833
    @kamarulzamanmohamad4833 Před 2 lety +1

    Salam, boleh saya tahu berapa RM kos rawatan.

    • @MrChilabaeyChannel
      @MrChilabaeyChannel  Před 2 lety +1

      Waalaikumsalam. Saya guna insurans office. Kalau ikutkan untuk RF (L4/L5 & L5/S1) hari tu anggaran kos (RM20K - 25K). Kalau cash doctor akan berikan diskaun lagi..

    • @kamarulzamanmohamad4833
      @kamarulzamanmohamad4833 Před 2 lety

      @@MrChilabaeyChannel TQ atas info

  • @mohdhafizz3636
    @mohdhafizz3636 Před rokem +1

    Bang berapa kos buat?

    • @MrChilabaeyChannel
      @MrChilabaeyChannel  Před rokem

      Saya guna insurans office, kos utk operation Radiafrequency dan PRP (Platelet Rich Plasma) utk lutu saya hari tu +/- RM33K. Kalau utk slipdisc, bayar cash Doc akan beri diskaun around +/- RM20K-RM25K kalau tak silap saya..

  • @FansMylaKawaii
    @FansMylaKawaii Před rokem +1

    Kesian nak bedah tapi gagal🙃

  • @wanshikinwanrazif9972
    @wanshikinwanrazif9972 Před 2 lety +1

    Berapa kos buat operation ni?

    • @MrChilabaeyChannel
      @MrChilabaeyChannel  Před 2 lety

      Saya pakai insurans bro. Tapi sekitar RM35k juga utk slipdisc (radiofrequency) dan lutut (Pletelet Rich Plasma)..

    • @255nurruzainibintimdradzi3
      @255nurruzainibintimdradzi3 Před 2 lety +1

      @@MrChilabaeyChannel salam boleh tau 35k tu total bil ke stay kat wad semua atau 35k tu kos rawatan sahaja?

    • @MrChilabaeyChannel
      @MrChilabaeyChannel  Před 2 lety +1

      @@255nurruzainibintimdradzi3 Walaikumsalam. Termasuk semua kos dari awal check up hingga discharge ward. Dan follow up / fisio lepas tu.

    • @255nurruzainibintimdradzi3
      @255nurruzainibintimdradzi3 Před 2 lety +1

      @@MrChilabaeyChannel terima kasih byk..semoga sentiasa sihat

    • @MrChilabaeyChannel
      @MrChilabaeyChannel  Před 2 lety +1

      @@255nurruzainibintimdradzi3 Sama2.. Sekadar berkongsi pengalaman. Sekiranya kita bayar secara cash, ia akan lebih murah berbanding guna insurans. Doc sendiri yg akan berikan diskaun tersebut.