Doa Tasbih Kaffarah

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 5. 11. 2022
  • #nurimanchannel #tasbih kaffarah #kifarah
    Apabila setelah selesai majlis sama ada majlis ilmu, mesyuarat dan sebagainya tidak terus bangun dan meninggalkan masjli berkenaan. Sebaik-baiknya kita sudahi majlis itu dengan Tasbih Kaffarah dan surah Al-Asr supaya majlis berkenaan diampunkan Allah jika terdapat kesilapan atau dosa sepanjang perjumpaan itu.
    Maksud kita membaca surah ini, adalah agar kita ingat bahawa demi masa manusia itu sesungguh dalam kerugian, kecuali orang yang beriman, beramal soleh, berpesan-pesan pada kebaikan dan kesabaran.
    Adapun amalan membaca Surah Al-Asr sebelum mengakhiri suatu majlis mungkin diambil dari amalan para sahabat Nabi SAW ini:
    At-Thabrani telah menyebutkan daripada Ubaidillah bin Hafs berkata: “Dua orang sahabat Rasulullah SAW apabila mereka berjumpa, mereka tidak pernah berpisah melainkan salah seorang membaca Surah Al-Asr sehingga akhirnya, kemudian mereka saling memberi salam antara satu sama lain”

Komentáře • 6