25 June 2024

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 24. 06. 2024
  • Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Kuantan mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang telah menghadiri siri 9 program kursus ini dengan jayanya bermula April 2024 hingga semalam!
    Anda semua hebat! Semog ilmu yang diperolehi bermanfaat! Terima kasih untuk penglibatan semua.
    Program Upaya Bakat Komuniti dan Program 4IRPSH merupakan inisiatif yang amat penting dalam mempersiapkan masyarakat kita untuk menghadapi cabaran dunia yang semakin maju dan kompleks. Melalui program-program ini, kita bukan sahaja berusaha untuk meningkatkan kemahiran teknikal dan profesional para peserta, tetapi juga memupuk semangat kerjasama, inovasi, dan kreativiti yang amat diperlukan dalam era Revolusi Industri Keempat.
    Terdapat 7 kursus bagi Program Upaya Bakat serta 2 kursus 4IRPSH kelolaan Kolej Komuniti Kuantan melibatkan 160 orang peserta dari kalangan komuniti setempat dalam negeri Pahang, yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, kaum serta bakat dan potensi kemahiran yang berbeza.
    Tahniah semua!
    “Kolej Komuniti Kuantan Peneraju Komuniti Berilmu dan Berkemahiran”.
    #kursuspendek
    #MalaysiaMADANI
    #welovepolycc
    #KKKuantanDekatDi❤
    #UnitPSH

Komentáře •