SOUTUL AMAL - BARISAN HADAPAN (VIDEO MUZIK RASMI - VERSI PKP )

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 27. 08. 2024
  • Bismillah...
    Dengan nama Allah al-Hafiz dan as-Salaam...
    Barisan Hadapan ini ialah karya berbentuk penghargaan dan motivasi kepada barisan hadapan negara demi memberi semangat kepada mereka yang sedang berhadapan dengan ancaman penyakit yang mengundang maut dan karenah manusia yang bermacam ragam.
    Tidak salah untuk kita menggelar mereka sebagai MURABITUN yang bertungkus lumus, bersengkang mata, mempertaruhkan nyawa, mengorbankan rasa dan masa demi mengekang ancaman wabak berbahaya ini daripada terus merebak dan melumpuhkan negara dari segenap segi.
    Secara ringkasnya, Barisan Hadapan ini menyimpulkan 4 perkara.
    Pertama: EMPATI.
    Kedua: PENGHARGAAN.
    Ketiga: MOTIVASI
    Keempat: HARAPAN.
    Keberanian mereka adalah sifat terpuji yang wajib kita hargai. Walaupun basah bermandi keringat, namun para wira negara ini terus bersemangat mengerah kudrat. Dan keringat itulah saksi dan bukti pengorbanan mereka. Walau apa jua cabaran yang mendatang dan menghalang.
    Sebenarnya setiap orang adalah barisan hadapan tapi keutamaanya berbeza-beza. Jadi dalam menghadapi wabak covid 19 ni boleh dikatakan frontliners atau barisan hadapan kita seperti para doktor, jururawat, petugas keamanan, polis,tentera, askar, bomba, pihak keselamatan dan juga NGO-NGO kebajikan juga boleh dikatakan barisan hadapan yang melakukan support ataupun sokongan moral kepada petugas-petugas barisan hadapan kita ni.
    Ujian emosi dan psikologi seperti berpisah dengan keluarga dan insan-insan tercinta ialah sesuatu yang sangat berat dan dahsyat. Hatta ada yang terkorban dalam keadaan rindu yang menggunung kepada anak-anak, isteri dan ibu bapa tercinta. Allahu Akbar!
    Walaupun begitu, putus asa dan harapan bukan suatu pilihan di dalam memerangi wabak yang ganas dalam diam ini. Semoga para Barisan Hadapan terus tabah dan gagah menempuhinya.
    Hanya Allah Ar Razzaq, Allah Al-Ghani, yang mampu memberikan ganjaran yang sebaik-baiknya iaitu keredhaan Allah dan syurganya yang tertinggi.
    Lantunan bertahan dan terus bertahan, berkorban dan terus berkorban pada penghujung lagu ini bukanlah maksudnya kami mahu memaksa. Bukan! Bahkan suatu dorongan semangat dan harapan supaya para wira sejati ini terus bertahan.
    Jazakumullah Khairan Jaza' kepada para pahlawan kasih sayang ini dan mudah-mudahan Allah memberikan ganjaran yang tertinggi kepada mereka semua dan harapan kami, untuk kita semua:
    "La Taqnatu Min Rahmatillah!"
    Janganlah kita berputus asa daripada rahmat Allah! Ini kerana putus asa itu selamanya bukan satu pilihan! Kita perlu terus bertahan, berikhtiar, berusaha supaya maqasid syariah yang 5 ini dapat kita pertahankan. Demikianlah yang tersurat.
    Manakala yang tersirat, sebenarnya para guru dan ibu bapa juga adalah barisan hadapan. Mereka ialah barisan hadapan yang menjadikan kita, kita yang sekarang. Terlalu besar pengorbanan mereka! Bahkan berapa ramai yang telah terkorban demi kelangsungan hidup kita! Berapa ramai guru yang menderita demi masa hadapan kita. Bahkan para alim ulama yang tanpa jemu berusaha menyelamatkan Akhirat kita!
    Malah tiap-tiap kita juga sebenaranya ialah barisan hadapan yang menjalankan Fardu Kifayah mengikut posisi dan kondisi tanggungjawab masing-masing. Semoga kita dapat melaksanakan amanah keluarga, negara dan agama ini dengan sebaiknya. Amin.
    Harapan kami, semoga para pendengar, peminat, penyokong dan sesiapa sahaja yang mendengar lagu ini akan rasa termotivasi, rasa bersemangat, tidak berputus asa, akan terus bersangka baik dengan Allah SWT dan akan terus berikhtiar berusaha semampunya untuk menjayakan misi "kitajagakita" ,"kitamestimenang" ,"stayathome" dan sebagainya.
    Hayatilah: #BarisanHadapan daripada kami #SoutulAmal. Terima kasih kerana terus setia menyokong dan mempedulikan kami. Setiap Kita ialah, #DutaKasihSayang.
    SOUTUL AMAL - BARISAN HADAPAN
    Berani mara ke hadapan
    Terpuji khidmat bakti kalian
    Keringat saksi ketulusan
    Bersemangat terus bertahan
    Kalian barisan hadapan
    Nyawa rela dipertaruhkan
    Demi cita kesejahteraan
    Demi cinta kalian berkorban
    Berpisah dengan yang tercinta
    Menderu hujan airmata
    Yakin janji Tuhan
    Pasti bukan dusta
    Ganjarannya pasti ada
    Kalian barisan hadapan
    Nyawa rela dipertaruhkan
    Demi cita kesejahteraan
    Demi cinta kalian berkorban
    Kalian wira sejati
    Berkorban demi pertiwi
    Tak mungkin terbalas bakti
    Hanya Tuhan Maha Pemberi
    Berpisah dengan yang tercinta
    Menderu hujan airmata
    Yakin janji Tuhan
    Pasti bukan dusta
    Ganjarannya pasti ada!
    Bertahan dan terus bertahan
    Berkorban dan terus berkorban
    Doa kami untuk kalian
    Putus asa bukan pilihan.
    Lirik: Firdaus Sahiddin, Megat MS
    Lagu: Firdaus Sahiddin, IM Fakhrul, Abu 'Aasim, Abu 'Affan
    Penerbit: Dr Megat Suhaimi Megat Idrus
    Susunan Musik: Alfa Booty Kesuma
    Studio: Rumie Music Lab (RML)
    Jururakam: Ratno Junaidi Arifin
    Penyunting Video: Mohd Najib Amin
    Dengarkan di Platform Digital:
    backl.ink/1423...

Komentáře • 29

  • @mediasoutulamalrecords
    @mediasoutulamalrecords Před 2 lety +1

    Terima kasih semua atas sokongan padu pada karya-karya kami ❤

  • @AszuraAs
    @AszuraAs Před 3 lety +5

    Tahniah Shoutul Amal. Dari zaman sekolah, lagu-lagu Shoutul Amal penguat semangat motivasi saya untuk belajar bersungguh-sungguh. Sehinggalah ke usia tua dan masih lagi belajar dan belajar namun tak terduga, saya melalui fasa pembelajaran semasa pendamik melanda negara dan dunia. Teruskan berkongsi lagu-lagu positif seperti ini. Terima kasih #frontliners Malaysia. Semoga Allah membalas pengorbanan kalian.

  • @oneh3183
    @oneh3183 Před 3 lety +6

    Menitis air mata dengar nasyid ni dengan penuh penghayatan

  • @aminrezqy
    @aminrezqy Před 3 lety +5

    Alhamdulillah

  • @duanbuhari
    @duanbuhari Před 3 lety +1

    Tahniah Soutul Amal.. Lagu yg sungguh terinspirasi

  • @amirulamirul2736
    @amirulamirul2736 Před 2 lety +2

    Salam Soutul Amal.SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR MASYAALLAH INSYAALLAH TABARAKALLAH AAMIIN LAILAHAILALLAH MUHAMMAD RASULULLAH ALLAHUMA SOLI ALA MUHAMMAD WAALA ALIHI WASOBIHI WASSALAM TAHNIAH SOUTUL AMAL DAN TABIK PDRM ATM RELA DAN BARISAN HADAPAN YANG LAIN

  • @zaibidahabdullah2746
    @zaibidahabdullah2746 Před rokem

    AllahuAkbar.Besarnya pengorbanan kalian. Allah ada bersama kita.

  • @Mursyidi-rm5qj
    @Mursyidi-rm5qj Před 3 lety +3

    👍👍👍

  • @hiedahahmad621
    @hiedahahmad621 Před 4 lety +7

    Lirik yg sgt menyentuh hati & memberi kesan.. ..

  • @ahmadmursyidi7353
    @ahmadmursyidi7353 Před 3 lety +4

    👍👍👍 meremam bulu roma

  • @Sokaini
    @Sokaini Před 3 lety +4

    terbaik soutul amal

  • @CikguAddreen
    @CikguAddreen Před 3 lety +2

    Terbaik sahabat Ustaz Firdaus 😁

  • @ctrosnahazmi4667
    @ctrosnahazmi4667 Před 3 lety +1

    Tahniah soutul amal👏👏❤️..

  • @zahey97
    @zahey97 Před 4 lety +7

    Sedihnyaaaaaa😭

  • @Humble97
    @Humble97 Před 4 lety +9

    Terbaik SA 👍🏻👍🏻👍🏻💪🏻

  • @rostammalek2339
    @rostammalek2339 Před 4 lety +7

    Mengesankan

  • @yaakut
    @yaakut Před 4 lety +5

    Syahdu 😢

  • @rostammalek2339
    @rostammalek2339 Před 4 lety +7

    Mengesankan.

  • @fadli11227
    @fadli11227 Před 4 lety +7

    terbaik soutul amal 👍🏻👍🏻👍🏻 ❤️❤️

  • @abdullahrokiah6504
    @abdullahrokiah6504 Před 4 lety +6

    Terbaik Soutul Amal

  • @CahayaHatiProduction
    @CahayaHatiProduction Před 4 lety +7

    Terbaik sangt SA❤️❤️❤️❤️. Mantop ,tersentuh.. 😭

  • @muiszainodin1208
    @muiszainodin1208 Před 4 lety +4

    Terbaik Shoutul Amal💖💖💖👍🏻👍🏻👍🏻

  • @muhammadsyaaban4814
    @muhammadsyaaban4814 Před 4 lety +6

    Terbaik 👍👍👍

  • @zaibidahabdullah2746
    @zaibidahabdullah2746 Před rokem

    Best je lagu ni..sedihnya😭

  • @zulfadhlizbr6013
    @zulfadhlizbr6013 Před 4 lety +3

    Power SA.....Menusuk

  • @abdulmuhaimin6428
    @abdulmuhaimin6428 Před 4 lety +4

    Terbaikkkk

  • @ainnur7456
    @ainnur7456 Před 4 lety +4

    👍👍❤

  • @atehje
    @atehje Před 4 lety +3

    Mantap SA

  • @amalloyo397
    @amalloyo397 Před 4 lety +6

    👍👍👍