Resort Tasik Chini - Keajaiban Alam yang Ditinggal dan kian dilupakan

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 14. 02. 2024
  • #ResortTasikChini #TasikChini #TasikCini
    Tasik Chini: Keajaiban Alam yang Ditinggal dan kian dilupakan
    Tasik Chini merupakan tasik air tawar kedua terbesar di Semenanjung Malaysia. Dengan kawasan seluas 12,565 ekar, Ia merupakan tapak rizab biosfera pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan dari UNESCO pada tahun 2009. Pengiktirafan ini menunjukkan kepentingan Tasik Chini sebagai kawasan alam semulajadi yang perlu dijaga dan dihargai. Dan hari ini, aku nak kongsikan bagaimana keadaannya sekarang
    Perjalanan ke Tasik Chini dari kawasan perumahan felda chini hanya mangambil masa sekitar 5 minit ke 10 minit.
    Antara tarikan utama Tasik cini adalah Pemandangan yang Memukau dengan airnya yang tenang, dikelilingi oleh pemandangan bukit-bukau yang menenangkan. Terdapat 138 spesies flora daratan dan lebih daripada 300 spesies vertebrata bukan akuatik. Tasik ini juga menjadi rumah kepada 144 spesies ikan air tawar. Selain itu, Legenda mengatakan bahawa Tasik Chini adalah versi Malaysia untuk Loch Ness. yang popular lengan kisah naga, dan bandar kuno Khmer yang kini tenggelam di dasar tasik dan dijaga oleh makhluk mistik.
    Antara aktiviti2 yang boleh dijalankan ketika mengunjungi Tasik Chini dahulunya, antaranya ialah Memancing, Menyusuri tasik dengan bot, melihat burung-burung liar, Trekking Hutan dan lawatan ke perkampungan Orang Asli Jakun dan belajar tentang budaya mereka.
    Dari berbualan ringkas dengan security guard yang bertugas, kata beliau pengawal hanya ditempatkan disini pada 4 bulan kebelakangan ini. Sebelum itu kawasan ini ditinggalkan sepenuhnya tanda sebarang penjagaan dan seliaan hampir 4 tahun semenjak awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan akibat wabak covid. bukan sahaja ditinggalkan, malah menambah burukkan lagi keadaan bila ada orang-orang yang tidak bertanggungjawab mencuri dan mengambil peralatan serta perkakasan elektrik seperti aircond, compressor, cable elektrik dan lain-lain. Beliau pernah 2 kali terserempak dengan orang asli yang cuba mencabut cable-cable untuk dijual kepada pemborong barangan lusuh. malah ada juga yang menyamar sebagai pemancing tetapi ironinya tiada pancing yang dibawa sebaliknya membawa gergaji besi.
    Aku yang membesar disini, melihat Tasik Cini pada 3 fasa. Fasa pertama pada ketika keindahannya berada pada tahap kemuncak dengan airnya yang gelap ditutupi dengan ribuan pohon teratai. Kemudian aku sempat menyaksikan Tasik Chini dalam fasa kerakusan manusia meneroka dan memunggah hasil bumi dengan pembalakan dan aktiviti perlombongan batu bijih di bukit bukau sekitaunya sehingga menyebabkan airnya bertukar kewarna kuning berlumpur dan teratai yang dahulunya memenuhi permukaan tasik khirnya tiada lagi. Dan kini aku sempat berada pada fasa ia dilupakan sehingga tiada lagi orang membicarakan tentangnya walau setelah 4 tahun ditinggalkan.
    Tasik Chini adalah permata semulajadi yang perlu dijaga dan dihargai. Ada kedengaran ura-ura yang tempat ini bakal dihidupkan semula dengan pendanaan geran dari kerajaan, namun masih belum dapat dipastikan. Namun, selaku anak tempatan aku masih berharap agar kawasan ini dapat dibangunkan semula seperti dulu. Setidaknya generasi-generasi baru setempat dapat merasai keriangan yang kami pernah lalui dulu dengan aktiviti berkayak, main jetski, mandi-manda dengan pelampung batang buluh, memancing, pusing-pusing tasik dengan bot, memetik biji teratai, dan macam-macam aktiviti lagi.
    Semoga babak ini dapat menggambarkan perubahan yang dialami oleh Resort Tasik Chini dan memberikan penghormatan kepada tempat yang pernah menjadi tempat kebahagiaan bagi ramai orang.
  • Jak na to + styl

Komentáře • 13

  • @sampoi3438
    @sampoi3438 Před 4 měsíci +2

    Baru tahu juga resort ni dh tidak beroperasi lagi...cantik tempatnya

  • @pokjaksr
    @pokjaksr Před 23 dny +1

    dulu membesar di lipis thn 90an.. cukup famous tasik chini serata negara smpai semua org simpan impian nk datang sini..
    tapi tu dulu la.. skrg tak ada lagi dah orang bercerita psl tempat ni.
    senasib la dgn taman negara jerantut. orang dah lupakan slow2

  • @kastollika
    @kastollika Před 4 měsíci +3

    😅huuuuhuuhuu sedeyvtengok tasik

    • @DDADtv
      @DDADtv  Před 4 měsíci

      tu la.... 😪

  • @MrFree123abc
    @MrFree123abc Před 24 dny

    rakyat semua dah ada kenderaan mudah pergi ke mana-mana tempat2 lain yang menarik..berbanding dulu banyak yang bergantung dengan pengangkutan awam seperti bas..

  • @chookanglim-br8tj
    @chookanglim-br8tj Před měsícem +1

    Sedihlah😢sakithati😢mau nangis😢mcm tpt👻😢

  • @noorsuhaidanoorsuhaida7685
    @noorsuhaidanoorsuhaida7685 Před 4 měsíci +2

    Sedih kan...

    • @DDADtv
      @DDADtv  Před 4 měsíci

      anak bongsu koi sekali pun tak pernah merasa gi ke tasik chini. yg sulung aritu pun bawak time dia baru 2 tahun. rasanya takde ingatan jugak lagi time tu. 😪

    • @noorsuhaidanoorsuhaida7685
      @noorsuhaidanoorsuhaida7685 Před 4 měsíci

      Samalah.. yg bongsu ni tak sempat bwk pi tasik..yg lain sempat la jgk..bawak main taman, bg ikan mkn..

  • @krafbersamaku5685
    @krafbersamaku5685 Před měsícem

    Dah jadi tempat paranormal cari hantu bertandang.

  • @salahuddinmajid2309
    @salahuddinmajid2309 Před 4 měsíci +2

    Pahang negeri terbesar d semenanjung malaysia.sangt bnyk tempt smla jadi yg menarik dan boleh d ketegahkn utk kwsn pelancongan serta pendpatan sektor pelancongan utk negeri dan peluang pekerjaan utk ank temptan.bila tgk keadaan babgunan dan tmpt d tinggalkn dpt d bygkn kos kerugian berjuta d laburkn pda masa ianye d bangunkn.sbgai anak pahg aku harap sangat kerajaan negeri bertindklah or buat sesuatu perubhn..ian bemar kos utk baik pulih smula tmpt ni memg menelan belanja juta dinggit.kerajaan negeri boleh bekerjasama dgn mane² cmpny luar utk bangunkan kmbali tasik chini ini.atau serahkn kpda mane² cmpny yg layak utk itu.semoga suatu hari nanti tasik chini akan kembali menjadi kwsn pelancongan yg terkenal serta menambh ekonomi wrga tempatn.

    • @DDADtv
      @DDADtv  Před 3 měsíci

      Setuju. Kadang kadang saya rasa sektor pelancongan dalam negeri ni sering di anak tirikan. Walhal kalau diurus dengan baik saya rasa boleh jadi punca pendapatan negara yang besar juga.

    • @easthawkdrag5566
      @easthawkdrag5566 Před měsícem +1

      pkp je punca dia. lps tu jahanam sbb punca suasana pentadbiran yg x stabil.