Beli MYVI atau ATIVA? Kita test drive dulu.

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 25. 12. 2021
  • Perbandingan MYVI Lama vs. Baru vs. Ativa.
    Beli yang mana eh?
    Myvi Baru 2022 lwn Myvi Lama.
    Apa perbezaannya?
    Dari Paultan.org
    Unit rangkaian kuasa - enjin sama, kotak gear 4AT ditukar kepada CVT
    Tiada perubahan diberikan pada enjin-enjin yang menjana Perodua Myvi facelift 2022 ini. Model 1.3L dijana oleh enjin 1NR-VE berkuasa 94 hp pada takat 6,000 rpm dan tork maksima 121 Nm pada takat 4,000 rpm. Model 1.5L juga masih digerakkan oleh enjin 2NR-VE berkuasa 102 hp dan tork maksima 136 Nm pada takat 4,200 rpm.
    Kedua-dua enjin berkenaan adalah enjin dari siri NR Toyota/Daihatsu, yang turut digunakan pada model lain seperti Toyota Vios, Yaris dan juga Avanza (pasaran Malaysia) sedia ada. Ia menampilkan kepala enjin DOHC bersama teknologi Dual VVTi dan juga sistem Eco Idle (auto start-stop).
    Bukan itu sahaja, malah apa yang menarik keseluruhan seni bina sistem elektrikal turut diambil dari DNGA (berasaskan Perodua Ativa) bagi memastikan keseluruhan fungsi teknologi termaju pada Myvi ini dapat berfungsi.
    Kotak gear D-CVT ini merupakan antara teknologi terkini dari Daihatsu yang pada awalnya dihasilkan untuk model-model yang akan dibina dari platform DNGA. Penghantaran kuasa dalam kotak gear berkenaan bukan hanya dibuat menerusi pulley dan belting seperti CVT biasa, malah ia turut menggunakan split-gear, pertama seumpamanya di dunia.
    Oh ya, kini tiada lagi posisi 3 dan 2 pada tuil penukar gear (kerana tiada lagi nisbah gear sebenar pada kotak gear D-CVT), tetapi digantikan dengan posisi S dan B. Untuk S, ia akan memberikan mod Sport, manakala B pula adalah untuk memberikan engine braking maksimum bagi digunakan pada situasi seperti sedang menurun bukit.
    Perodua mendakwa bahawa Myvi facelift ini mampu mencapai penggunaan bahan api 5% lebih baik dengan kotak gear D-CVT ini. Model dengan enjin kini didakwa mampu mencapai penggunaan bahan api gabungan 22.2 km/l (dari 21.1 km/l sebelum ini) manakala model 1.5L pula mencapai penggunaan bahan api 21.1 km/l (berbanding 20.1 km/l sebelum ini). Kotak gear baharu ini juga membolehkan Myvi bergerak dalam kelajuan cruising dengan kelajuan rpm lebih rendah, sekaligus memberikan pemanduan yang lebih jimat, relaks dan senyap.
    Bukan itu sahaja, transmisi D-CVT ini juga didakwa memberikan prestasi yang lebih baik dengan mencatatkan pecutan 0-100 km/j 20% lebih pantas dari sebelum ini. Model 1.3L mampu memecut dari kedudukan pegun ke 100 km/j dalam masa 11.5 saat, manakala versi 1.5L yang lebih berkuasa pula mencatatkan masa 10.2 saat untuk pecutan yang sama.
    Sistem keselamatan canggih dengan pemanduan autonomi Tahap 2
    Semua varian Myvi 2022, kecuali model asas 1.3 G, datang dengan pakej asas ASA yang merangkumi sistem Amaran Pra Pelanggaran (PCW), Brek Pra-pelanggaran (PCB atau AEB), Amaran Mula Gerak Hadapan (FDA) dan juga Kawalan Salah Operasi Pedal (PMC). Walau bagaimanapun, pembeli 1.3 G masih boleh mendapatkan sistem ASA, Lampu Tinggi Automatik dan juga Amaran/Pengelak Keluar Lorong dengan pek opsyen yang perlu ditambah wang.
    Manakala untuk sistem ASA 3.0, ia ditambah dengan pengesan kenderaan dua roda (motosikal/basikal, manakala pengesan pejalan kaki telah ditambah pada ASA 2.0) pada PCW dan PCB, serta PCB kini boleh beroperasi dari 4 hingga 120 km/j (naik 20 km/j).
    Malah PCB dan AEB juga kini boleh digunakan tanpa sebarang had, di mana sebelum ini sistem brek automatik tersebut hanya boleh berfungsi sebanyak tiga kali, dan enjin perlu dimatikan dan dihidupkan semula bagi memulakan semula sistem berkenaan. ASA juga kini boleh beroperasi pada waktu malam, tetapi hanya berkesan untuk mengesan kereta yang mempunyai lampu belakang beroperasi.
    Kesemua model yang dilengkapi ASA juga datang dengan Amaran Keluar Laluan (LDW) dan Pengelak Keluar Lorong (LDP). Sistem LDW akan mengesan garisan di atas permukaan jalan raya dan memberikan amaran secara audio dan visual pada pemandu jika ia terkeluar dari lorong. Manakala sistem LDP pula akan membantu ‘menarik’ stereng agar anda kembali ke lorong yang betul.
    Dengan sistem Kawalan Kekal Lorong (LKC) dan juga cruise control adaptif (ACC) membolehkan Myvi diiktiraf mempunyai kebolehan pemanduan berautonomi Tahap 2. Seperti pada Ativa, ACC berfungsi pada kelajuan 30 hingga 125 km/j sambil pemandu boleh menetapkan jarak antara kereta hadapan dengan tiga tahap jarak.
    Sistem ini tidak akan berfungsi pada kelajuan 0 hingga 30 km/j seperti sistem Low Speed Follow, jadi ia tidak akan membantu anda ketika merangkak dalam kesesakan trafik. Model tertinggi Myvi AV turut dibekalkan dengan Pemantau Titik Buta (BSM, dengan amaran bunyi dari buzzer sekiranya lampu isyarat membelok diaktifkan, atau hanya lampu sekiranya tidak) serta Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA).
    #myvi
    #facelift2022
    #ativa
    #myvivsativa
    #myvilawanativa
    #ilovemelaka
    #jgnmnmn
    #kereta
  • Auta a dopravní prostředky

Komentáře • 69

  • @MuhdIqbal
    @MuhdIqbal Před rokem +3

    Terbaik comparison. Tapi saya perasan pickup ativa dari pegun rasa lg laju tp bila dh kelajuan highway myvi rasa lg rileks, x meneran sgt. Rpm masa 110kmh pun myvi lg rendah dlm 2k

  • @badman5356
    @badman5356 Před 2 lety +6

    Review ler sikit kereta uncle

  • @lokekaryew8408
    @lokekaryew8408 Před rokem +1

    Review yg bagus. Memang fungsi eco-idle tu tak sedap. Default mode harus pada OFF position. Sekiranya pemilik nak, baru ON 😬

  • @mohdnor7068
    @mohdnor7068 Před 2 lety +1

    nice comparison

  • @butterkaya9550
    @butterkaya9550 Před 2 lety +10

    This review is very pratical, coincidence with what most potential Produa buyer currently thinking.
    Right to the dot uncle!

  • @Fallen_Angel17
    @Fallen_Angel17 Před 2 lety

    Ensem jugak abang Don ni ,ngeri jugak makcik nak ambik no henpon abg don ni!!!

  • @tuahjebattt8122
    @tuahjebattt8122 Před rokem +1

    Eco idle akan stop engine bila force breaking sahaja, kalau breaking dengan cara perlahan2 kereta tak akan stop engine.. so tak perlu pun nak off eco idle tue... Cuba warga mg3 facelift cuba, mana yang dah cuba comment jadi ke x

  • @mujiburrahman4599
    @mujiburrahman4599 Před 2 lety +2

    PASAL KERETA MYVI BARU NI PUNYA REVIEW MANTAP SAYA KASI SUBSCRIBE SATU KALI . TQ

  • @mijsnap7797
    @mijsnap7797 Před 2 lety +4

    jalan jauh blk kampung eco idle sy bagi off. nak jaga turbo bila sampai kawasan bandar yg bnyk traffic light. on bila pegi keja ja hadap jamm. nice review uncle.

  • @Jandracula
    @Jandracula Před 2 lety +5

    Nice review uncle👏👏👏

  • @liekepayan2791
    @liekepayan2791 Před rokem +1

    Terbaik I ❤️Melaka Cars

  • @amirulharis9526
    @amirulharis9526 Před rokem +1

    Bagaimana dgn topspeed? Sy suka highway sedap kt myvi atau ativa? Saya dlm dilema antara myvi dan ativa.

  • @belaitniaga8559
    @belaitniaga8559 Před 2 lety

    Kalau kawasan bandar/perumahan ada banyak bonggol, mana yang better ya

  • @MeteorX11
    @MeteorX11 Před 2 lety +1

    Thanks bang..teruskan buat video perbandingan cenggini

  • @simeoneon75
    @simeoneon75 Před 2 lety +6

    MyVi comel. Ativa ganas. :)
    MyVi ada lelah sikit. Tak sangka kereta pun ada masalah lelah. Mantap review ni.

  • @ultimatewarrior4630
    @ultimatewarrior4630 Před 2 lety +2

    klau boleh, semua beli. Myvi lama, Myvi Baru dan Ativa...semuanya bagus. Padu dan Mampu milik. Kereta Perodua mmg mantap termantap.... 👍👍👍💪💪💪💖⭐⭐⭐⭐⭐⭐

  • @gudgirlz87
    @gudgirlz87 Před rokem +2

    Saya harap dapat masuk enjin myvi dalam ativa😂

  • @mohdrafizal1836
    @mohdrafizal1836 Před 2 lety +4

    Alza baru harga murah sikit dari ativa kot 🤭

  • @ridzuanh71
    @ridzuanh71 Před 2 lety +12

    Eco idle tak sesuai di malaysia dgn cuaca panas, bila engine off, a/c pun ikut off. Wear and tear pun atas battery dan starter pun terjejas. Saya memang off eco idle.

    • @avvince
      @avvince Před 2 lety +9

      Itu cuma pendapat diri sendiri saja. Engineer buat eco idle tu dah ambil kira risiko cuaca dan sbginya utk ketahanan a/c. Tahulah engineer nak buat mcm mana utk atasi masalah.

    • @ridzuanh71
      @ridzuanh71 Před 2 lety +2

      @@avvince En drive kereta apa?

    • @hafizmiau
      @hafizmiau Před 2 lety +1

      macam sy bawak Ativa, echo idle skg agak better quality dia sbb battery n starter dia lebih heavy duty berbanding kereta biasa. xde masalah utk wear n tear dia. cuma ya lah. bila nk buat replacement tu agak mahal berbanding kereta biasa. tp berbaloi sbb dia heavy duty

  • @arjunakaseh9303
    @arjunakaseh9303 Před 2 lety +1

    antara myvi dan ativa, yg mana bagi feel best drive, sama ada dalam bandar, dan perjalanan jauh..

    • @iLoveMelakaCars
      @iLoveMelakaCars  Před 2 lety +6

      Ativa mostly. Tapi bila layan corner baring..... Myvi menang 👍

  • @rajajothivelu356
    @rajajothivelu356 Před 4 měsíci +1

    sir, please talk about the cabin size between Ativa or Myvi..thanks

    • @iLoveMelakaCars
      @iLoveMelakaCars  Před 4 měsíci +1

      Ativa very much bigger. Suitable for tall family members. Esp if they are 6ft or above.

  • @AMINAMIN-ix6vi
    @AMINAMIN-ix6vi Před 2 lety +2

    Uncle ativa kalau berhenti tngh idle rasa tak gegar dia mcm bezza dan axia ? Myvi vs ativa mana uncle rasa tak gegar

  • @danieltay1052
    @danieltay1052 Před rokem +2

    Ativa ni enjin dia gegar kuat ke? Mula2 nak beli Ativa, dgr cerita enjin Ativa bergegar, potong stim!

    • @MuhdIqbal
      @MuhdIqbal Před rokem +2

      Masa idle je gegar sikit, masa drive ok je, in fact rasa lg senyap & selesa banding dgn myvi.

  • @oonminloong9929
    @oonminloong9929 Před 2 lety +1

    Thanks for sharing. Hows the handling between Myvi and Iriz👍

  • @SinceNov2006
    @SinceNov2006 Před 2 lety +8

    For daily driving with a distance of 100km (80% highway and 20% jalan biasa/kampung). Which would you recommend? is it Ativa better or new myvi suitable for this situation?

    • @iLoveMelakaCars
      @iLoveMelakaCars  Před 2 lety +10

      If you want your drive on highway to be quieter - Ativa.
      But, you can also soundproof the myvi.
      If you want to enjoy driving the winding roads fast - myvi.
      The Ativa can't take corners at high speeds well.
      No remedy for Ativa here 😢.
      If you drive at normal speeds.
      Then no difference.
      Do checkout the built quality of both cars, it's quite different.
      Good luck 🍀

    • @jakson_lim6579
      @jakson_lim6579 Před 2 lety +5

      Nak roadrax murah
      Ativa
      Nak tinggi
      Ativa
      Kecuali enjin ativa getar
      Saya rasa ativa is good

    • @farishmzn
      @farishmzn Před 2 lety +1

      @@iLoveMelakaCars im assuming built quality for ativa is a lot better?

    • @iLoveMelakaCars
      @iLoveMelakaCars  Před 2 lety +1

      Lots

    • @farishmzn
      @farishmzn Před 2 lety +2

      @@iLoveMelakaCars well crap. now it basically means that ativa is the current best value for money car but at a slightly higher price point. myvi is kinda at a sweet spot but like you said, the interior is a bit tacky now compared to 2017

  • @atulahmad8758
    @atulahmad8758 Před 2 lety +1

    Sgt2 membantu. Terbaik 👍

  • @tsf1685
    @tsf1685 Před 2 lety +1

    Eco idle,owner GR Yaris pun menyampah sistem tu😅😅

    • @iLoveMelakaCars
      @iLoveMelakaCars  Před 2 lety +1

      😂

    • @iLoveMelakaCars
      @iLoveMelakaCars  Před 2 lety +2

      Bang boleh saya review gr yaris Abang, tak Dapat kete 😢 nak reviu

    • @tsf1685
      @tsf1685 Před 2 lety +2

      @@iLoveMelakaCars Eh2,Uncle saya x ada GR Yaris😅😅.Maksud saya review di luar negara.

    • @iLoveMelakaCars
      @iLoveMelakaCars  Před 2 lety +1

      Oh... 😅

  • @kmrl735
    @kmrl735 Před rokem +1

    Belih myvi 2023..😆😆😆

  • @user-zh5cf6dr4k
    @user-zh5cf6dr4k Před 2 lety +1

    Beli 2

  • @mohammadhamdanmatsabadi4416

    What is your height uncle?

  • @blacktom6321
    @blacktom6321 Před 2 lety +2

    Kesian yg kena panggil tua bangkak 😂

  • @MrMizi7
    @MrMizi7 Před 2 lety +2

    Top speed sapa win bang?

  • @tiadanama6755
    @tiadanama6755 Před rokem +1

    Aircond myvi baru sejuk x

  • @derynening5237
    @derynening5237 Před 3 měsíci

    KfMfbkkzfjsm