Amalkan Penghulu Istighfar : Saiyyidul Istighfar

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 10. 11. 2019
  • Assalamualaikum wbt,
    Membaca sayyidul istighfar memiliki banyak manfaat. Berikut beberapa di antaranya.
    1. Masuk Syurga
    Dalam hadis yang merupakan lanjutan dari hadis di atas, Rasulullah bersabda
    مَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا ، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِىَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ وَهْوَ مُوقِنٌ بِهَا ، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ ، فَهْوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ
    Ertinya: “Barangsiapa mengucapkannya pada siang hari dan meyakininya, lalu dia mati pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk penghuni syurga. Dan barangsiapa mengucapkannya pada malam hari dalam keadaan meyakininya, lalu dia mati sebelum waktu pagi, maka dia termasuk penghuni syurga.”
    Ya, syurga dijanjikan bagi orang yang membaca sayyidul istighfar ini baik di siang hari mahupun malam hari.
    2. Diampuni Dosa
    Istighfar adalah bacaan yang berharap agar kita diampuni dosa-dosanya oleh Allah SWT atas kesalahan dan khilaf yang terjadi. Bacaan ini menandakan betapa kecilnya kita di hadapan Allah. Kita, manusia, adalah tempatnya khilaf dan salah. Dengan membaca istighfar, kita berharap dosa-dosa kita itu diampuni.
    3. Bentuk Syukur atas Nikmat Allah
    Dalam bacaan sayyidul istighfar tersebut juga terdapat pengakuan atas nikmat yang diberikan Allah SWT pada kita. Membaca istighfar ini juga merupakan bentuk wujud syukur manusia pada Allah ta’ala.
    4. Dicintai Allah
    Allah berfirman: “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri.” (QS.al-Baqarah: 222).
    Ya, Allah senang terhadap orang yang yang beristighfar dan memohon ampun pada Allah. Sebab dalam istighfar itu terkandung makna bahawa manusia ingin menjadi lebih baik. Dengan mengakui kesalahan yang telah terjadi dan berniat untuk tidak lagi mengulanginya.
    5. Mencegah Azab
    Firman Allah seperti termaktub dalam QS. Al-Anfal ayat 33: ”Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.”
    Keutamaan orang yang memohon ampun pada Allah SWT adalah dapat terhindar dari azab. Sebab Allah tidak akan mengazab umatnya yang bertaubat dan memohon ampun.
    6. Memperlancar Rezeki
    Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda,”Sesungguhnya seorang hamba boleh tertahan rezekinya kerana dosa yang dilakukannya.”(HR.Ahmad, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah).
    Dosa-dosa yang kita lakukan boleh menjadi penghambat kelancaran rezeki kita. Oleh kerananya, dengan membaca istighfar dan memohon ampun pada Allah, semoga dosa-dosa yang kita lakukan itu dapat dihapuskan.
    7. Membersihkan Hati
    Istighfar dapat membersihkan hati kita. Banyak hal yang dapat menyebabkan hati kita menjadi kotor. Dengan beristighfar diharapkan hati kita bisa menjadi bersih.
    Seperti dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda,”Apabila seorang mukmin melakukan suatu dosa, maka tercoretlah noda hitam di hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkannya dan beristighfar, maka bersihlah hatinya.”(HR.Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Tirmidzi).
    8. Ketenangan Batin
    Istighfar adalah bentuk pengakuan atas segala dosa dan kesalahan yang kita perbuat. Hanya dengan memohon ampunan-Nya, batin kita bisa menjadi tenang.
    Follow kami di :
    Subscribe : bit.ly/2PojsYG
    Facebook : tiny.cc/wsm0fz
    Instagram : bit.ly/2qRn7UE
    Al-Haq Studio Production 2019

Komentáře • 20

  • @RadiMasvut-wr2ou
    @RadiMasvut-wr2ou Před 10 měsíci

    Allahuma soliala sayidina muhammad..

  • @izzulzuhaily6637
    @izzulzuhaily6637 Před 2 lety

    Alhamdulillah share

  • @zaitondaud2967
    @zaitondaud2967 Před 2 lety +1

    Terima kasih share

  • @hamizahamzah2228
    @hamizahamzah2228 Před 2 lety

    Allahuakbar

  • @annisaaliya7655
    @annisaaliya7655 Před 4 lety +1

    Barakallaahu Fiykum saya suka video nya, Jazaakumullaahu Khayraan

  • @ikasuhartika9141
    @ikasuhartika9141 Před rokem

    Ya allah angkatlah penyakit di tubuh saya dan mata saya lancarkan pengobatannya sampai bisa melihat lagi Aamiin

  • @user-cw5lq8wx1q
    @user-cw5lq8wx1q Před 2 lety

    “Aamiin’Ya’Rabb’alamiin”

  • @salamsukadengarsalashamhit7012

    Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT atas segala limpah kurnianya

  • @enisumarni2718
    @enisumarni2718 Před rokem

    Ampunilah segala kekhilapan kami, jauhkan keluarga kami dari siksa api neraka🤲🤲🤲

  • @ryzalalmarazy2076
    @ryzalalmarazy2076 Před 4 lety +1

    Saya menunggu suruh Al-mulk yg 2 jam.. untuk di ingat

  • @melaniaongguk7309
    @melaniaongguk7309 Před 2 lety +1

    Y Allah semoga diampuni dosa dibukakan pintu rezeki masukkan rezeki diberi kesihatan di permudahkan urusan di panjangkan umur Aamiin Ya Allah Ya Rabbal Alamin semoga dapat berkongsi dengan orang tua dan anak yatim piatu Aamiin

  • @MohamadAbuhasan-c
    @MohamadAbuhasan-c Před rokem

    Saya mahu kenal lebih erti kehidupan utama agama Allah SWT dan Rasulullah..izin kan hamba pertunjukan dari Allah SWT

  • @user-xz5fn5hn9h
    @user-xz5fn5hn9h Před 2 lety

    ♥️♥️♥️

  • @syahuroyahya5992
    @syahuroyahya5992 Před 2 lety +1

    Ya Allah ampuni segala dosa²ku.berilah hamba kesihatan yg sempurna.Amin.

  • @miminsuherman5385
    @miminsuherman5385 Před 2 lety

    4

  • @hamizahamzah2228
    @hamizahamzah2228 Před 2 lety

    Bismillah.Alhamdulilah.izinkan kami bertaubat bersungguh2 sblum kematian kami ya Allah.izinkan kami menyebut kalimahلاالاح الله
    sebelum kematian kami Ya Allah.pilih lah kami sebagai hamba2 yg diredhaiMu.segala puji2 hanya utk mu Ya Allah.terima kasih ya Allah.Aamiin

    • @suyatmimami9735
      @suyatmimami9735 Před rokem

      Ya Alloh ya Roob,Ampunilah dosa..dosa.masa laluku bukalh pintu taubtku,sucikanlh hati ku,bersihkanlh jiwa raga ku yg berlumurm dosa yaAlloh maafknlh kesalhn hambamu iniAamiin

  • @mamipermana663
    @mamipermana663 Před 2 lety

    AA

  • @abdsaffar9872
    @abdsaffar9872 Před 2 lety

    Terima kasih share