Video není dostupné.
Omlouváme se.

NAK TUTUP ENGINE, KENA TUTUP AIRCON DULU KE TAK?

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 15. 06. 2021
  • Dapatkan ERILAVIA AIR FRESHENER shopee.com.my/erilavia
    Gear, aksesori kereta dan personal item yang Zakirin guna : linktr.ee/zakirin
    Aircond kereta adalah component paling penting pada rakyat Malaysia kerana iklim yang panas dan lembab sepanjang tahun.
    Aircond adalah mekanisma kereta yang kita takut untuk rosak, jadi apa sahaja nasihat yang kita dengar, kita akan ikut.
    Namun nasihat yang mengikut tajuk video ini, masih relevan atau tak untuk zaman sekarang?
    To some extent, masih relevan. Tapi jawapannya bukanlah singkat seperti yang diharapkan.
    Jadi saya dedicate satu video untuk topik ini.
    Subscribe dan click loceng
    Like video dan komen di bawah
    FOLLOW ZAKIRIN!
    Instagram - / zakirinibnuadam
    Facebook - / zakirin.muhammad.50
    Twitter - / zakirinofficial
    Join Patreon Zakirin untuk dapatkan early access video, merchandise dan lain lain!!! / zakirin
    Support Zakirin di www.buymeacoffee.com/zakirin

Komentáře • 889

  • @iAfiqSyahmi
    @iAfiqSyahmi Před 3 lety +94

    Yes! Yes! Sangat beguna especially untuk owner kereta yang first timer (macam saya 🥺). Mungkin boleh buat series berkenaan tips penjagaan kereta yang ramai orang tidak tahu. Terima kasih! :)

  • @shastri10k77
    @shastri10k77 Před 3 lety +432

    Saya jadikan ini sebagai rutin..
    1. Off radio
    2. Off aircond
    3. Tarik handbreak
    4. Masuk gear P
    Dari zaman pakai keta Kancil 660 sampai skrg pakai x70 pun follow

    • @Raven-uu7lb
      @Raven-uu7lb Před 3 lety +14

      Same 😂

    • @herokox8999
      @herokox8999 Před 3 lety +50

      Tapi jangan dkt traffic light letak gear p ya. Lebih letak gear n kepada kereta auto

    • @shastri10k77
      @shastri10k77 Před 3 lety +10

      @@herokox8999 haha.. itu common sense 😊.. jenis tak kesah kena maki dari Keta belakang

    • @Raven-uu7lb
      @Raven-uu7lb Před 3 lety +27

      @@herokox8999 kalau dah terleka sebab phone nanti bila lampu hijau tiba² kang cuak nak gerak salah masuk gear 🤣🤣🤣

    • @herokox8999
      @herokox8999 Před 3 lety +11

      @@Raven-uu7lb tula, saya banyak kali terkena dkt traffic light. Sibuk main Phone dia pergi reverse kereta dia lagi2 perempuan.

  • @sembangsembang6405
    @sembangsembang6405 Před 3 lety +66

    My wife slalu off aircond kreta dia, kite yg xpernah close aircond kreta sdiri mmg tertanya tanya. Trima kasih atas info dlm video ni. Sgt2 membantu menjawab persoalan saya😂

  • @mrmowasa5617
    @mrmowasa5617 Před 2 lety +61

    Saya off ekon dulu. Baru off enjin. Lepas start enjin pun tunggu enjin panas baru on ekon. Syukur Alhamdulillah, sampai sekarang compressor elok je. Kena rajin bersihkan/tukar cabin filter. Blower pun bersih dan ekon sejuk. Hantar pusat service buat flushing. Jimat beribu dengan kos ratus sahaja.

    • @y0iyoii803
      @y0iyoii803 Před 10 měsíci

      mantappp..

    • @Weltkamp75
      @Weltkamp75 Před 9 měsíci

      Yess sama ja kita tapi saya on blower dulu bagi keluar angin panas dalam ruang ac baru on ac, ikut cuaca persekitaran jugak 😁

    • @Sam-yj6br
      @Sam-yj6br Před 2 měsíci

      biasa kalau nak bagi cuci balik berapa kali dalam sebulan ke 4 5 bulan baru cuci?

  • @duckyjr4275
    @duckyjr4275 Před 2 lety +7

    Best la nada, information dan editing kau bro. Very informative dan m dlm masa yg sama tak boring.
    Auto subscribe 👍

  • @alifaiman0821
    @alifaiman0821 Před 3 lety +19

    itu yg sy amalkan , sebelum off enjin-off semua yg perlu di offkan , supaya bila nk start kereta suhu tak terkejut beruk .

  • @donwandemarco1826
    @donwandemarco1826 Před 3 lety

    Liked and subscribed!! Trima kasih utk info video ini! Lotsa respect! From Singapore

  • @91sweetgurlz
    @91sweetgurlz Před 2 lety +1

    Mmg win content abam nie.. terbaekk.. santai tp bermanfaat sgttt… setujuu bab turn off aircond.. start keta,, buka tingkap dlu sekejap.. then bru turn on aircond.. habit yg baik bak kate abam nie 😁

  • @abdulhalimjusoh2109
    @abdulhalimjusoh2109 Před 3 lety +1

    Terima kasih bro! Memang berguna dan banyak manfaatnya untuk diri aku setiap kali tonton dan dengar apa yang telah kamu sampaikan... Tapi kpd org lain aku tau.. Bagi aku jika apa yang kamu kongsi itu benda yang aku sudah tahu ianya akan lebih meyakinkan lagi tapi sebenarnya banyak lagi yang aku tak tau... Ini sebab nya aku ikuti video kamu... Terima kasih bro...

  • @jimmycastelliano4871
    @jimmycastelliano4871 Před 3 lety +2

    aku punya habit, nk off enjin, off ekon dulu pastu bukak angin lua baru off(biarkn cabin ventilated dgn angin lua).nk start kalo kete kena jemur tgh panas, biar pntu trbukak dulu.start enjin baru on blower(ekon msh off)

  • @arthurjunan4701
    @arthurjunan4701 Před 2 lety

    Info sungguh bernas, penerangan terang dan jelas. Sangat membantu. Syabas bro👍

  • @wingcommander1794
    @wingcommander1794 Před 3 lety +16

    saya masih pakai kereta proton saga tahun 1994 ... saya memang tutup aircon sebelum off engine ... itu memang penting

    • @mrmowasa5617
      @mrmowasa5617 Před 2 lety

      Petua tu sanpai sekarang masih berguna. Ekon pun masih elok tak pernah tukar kan? Hanya service saja untuk kekal barang original. Kalau tak jaga elok-elok banyak pula kosnya nanti.

  • @qnengineeringsystem
    @qnengineeringsystem Před 3 lety +11

    sya suka content ni...trusknn lanjutkn content² yg menarik tntng automotif👍👍👍🔥

  • @hasnizamhaliza8317
    @hasnizamhaliza8317 Před 3 lety +3

    Masa awal start tu mmg perlukan current yg kuat sbb tu radio pn nampak teroff sbbkan voltage xstabil.. Bila voltage xstabil ni la boleh rosakkan brang elektronik.. Sbb tu ada org guna capacitor dan grounding utk stabilkan voltage... Klu janakuasa kt kilang2 sawit pn akan gunakan capacitor bank yg besar sbb kilang sawit produce eletrik sendiri dari boiler dan generator tp kdg current xstabil yg selalu menyebabkan kerosakn brg elektronik kt kuarters kilang

  • @amiruljeffry
    @amiruljeffry Před 2 lety +6

    First time tengok content abang, memang terbaik. Santai dan ada unsur lawak. Auto subscribed. Lagi satu dah nak penghujung video, baru perasan pemegang mic tu. Win betui 🤣🤣

  • @ramahbintang3531
    @ramahbintang3531 Před 3 lety +31

    2:27 cara parking dia lagi efficient 1 parking muat 2 kete pandai betul sape parking camtu 😅

  • @shawnshawn109
    @shawnshawn109 Před 2 lety +1

    tutup aircond dan radio sebelum matikan enjin kereta bukan habit yg baik tapi ia habit yg wajib dilakukan. ini bagi mengelakkan kita terlupa untuk mematikan suis aircond, blower dan radio sebelum menghidupkan enjin keesokan harinya sehingga boleh menyebabkan jangkahayat bateri kereta lebih pendek. ia juga bagi mengelakkan berlakunya litar pintas sekiranya terdapat titisan air di dalam sistem aircond yg mengenai motor blower dan pcb.

  • @2besyaki
    @2besyaki Před 3 lety +310

    Aku suka abg ni punya konfiden, content bagus tersusun. Dan letak meme tu win.

    • @notpropersona3085
      @notpropersona3085 Před 3 lety +24

      Jgn lupa, mic pasang kat penyikat rambut

    • @sufianraimi9843
      @sufianraimi9843 Před 3 lety +5

      Stuju trjumpa kt video suggestions trus subscribe sbb mmg manfaat

    • @zaim4349
      @zaim4349 Před 3 lety +3

      bila ada meme tu jadikan vid ni lagi menarik

    • @muhamadfaiz3386
      @muhamadfaiz3386 Před 3 lety

      @@sufianraimi9843 ?

    • @oyen9476
      @oyen9476 Před 3 lety +2

      @@notpropersona3085 mic pasang kt penyikat rambut mmg rare.hahahhaa

  • @rosyaime984
    @rosyaime984 Před 3 lety +4

    Tuan Zakirin, moga dilimpahkan rezeki. Bagus sangat2 tuan buat video gini. Saya yakin, dengan content tuan, tuan jadi top utuber automotive di Malaysia.
    Nak tanya, kalu kereta sambung bayar ni, apa pro and cons dia ye?
    Axia 2016, bulanan rm430. Berbaloi ke?

  • @bukhaariahmad2433
    @bukhaariahmad2433 Před 3 lety

    ni baru betoi penjelasan yang benar...abg ni memang tau bab mekanikal kereta..bkan kaleng kaleng...stgh org buat review keta tpi komponen pon x kenal..intake pon leh kata extractor....

  • @taufiqalhakim30
    @taufiqalhakim30 Před 2 lety

    sbelum ni sy x brp minat dgn bro ni. Tp slalu lalu kt youtube dn slalu trtengok, lama2 bole terima dan best tu dtng. Tp bang, kancil drag test tu nk sngt tngok..

  • @rashidisnin
    @rashidisnin Před 2 lety +8

    Ada sebab sebenarnya kena tutup aircond terlebih dahulu semasa nak start engine.tujuan utama adalah nak kurangkan "load" bateri semasa nak start engine.voltage bateri paling tinggi digunakan semasa start engine.maka jika aircond Masih hidup semasa start engine makan load bateri Akan bertambah.maka jangka hayat bateri Akan berkurangan........

  • @PiratesKnight
    @PiratesKnight Před 2 lety +18

    Off A/C blower, off radio dah cukup.. A/C button tak perlu on off, (biar ON pun takpe). A/C button tu untuk trigger ac compressor. Compressor hanya akan trigger jika blower on dgn A/C button on sahaja. 2 input ni on baru compressor triggered dan bg load kat enjin dan bateri. AC button tak bg load pada bateri time start/cranking. tapi blower bagi load tinggi time start/cranking. Skang lg senang dan canggih. bubuh je kat auto mode..

    • @Az-ov1ti
      @Az-ov1ti Před 2 lety +1

      Betul sy off selector blower tu je. X per off button ac, kalau slalu tekan ac tu takut switch tu plak rosak

    • @merecikhawau636
      @merecikhawau636 Před rokem

      itu yg aku lakukan selama ni bro.. alhamdulillah aircond berjalan lancar.. tiada masalah

  • @c4prlm4st3r
    @c4prlm4st3r Před 3 lety +8

    Masa off mmg xde masalah. Yg jd masalah time nak start.

  • @zamri1325
    @zamri1325 Před 3 lety +2

    Sya suka chanel zakirin ni sbb dia santai je,rileks beri penerangan dan mudah faham juga best je bila lyn ,semoga maju jaya zakirin,sya dah subs

  • @ez22009
    @ez22009 Před 3 lety

    Channel Yang bagus. Selalu bagi good advise 👍

  • @wipedoutchannel9493
    @wipedoutchannel9493 Před 2 lety

    First tgk video abg ni , auto subscriber , Mantul kali .. setiap penyampaian dan susunan video tu saya bagi 5 Markah .. hehe

  • @nazmihaikal9855
    @nazmihaikal9855 Před 3 lety

    Aku suka brader ni punya konten. X mcm konten kereta yg lain. Semua serius nau. Brader ni sempoi, lawak janji mesej sampai

  • @VivoVivo-vr7vi
    @VivoVivo-vr7vi Před 2 lety

    Maklumat yang bagus dan bermafaat utk semua.terbaik brooo.👍👍👍

  • @ArdianShah-mx5sy
    @ArdianShah-mx5sy Před rokem

    Tips yg memanfaatkan sepenuhnya kepada semua orang
    Good job bro 👍

  • @JosepJosep-zq7jt
    @JosepJosep-zq7jt Před 3 lety +7

    Bestlah tips sya pun pakai toyota lama setipa kali off engine aircond pun saya off sekali

  • @azizanm2
    @azizanm2 Před 3 lety +27

    Don't worry, even old car, semua aircon compressor ada delay ON. Bila dah hidup engine, baru compressor start. Sy pandu satu kereta dari 1996 hingga 2016 (20 tahun), kereta model tahun 1985. Total mileage 680,000 km. Biasanya sy tak pernah tutup aircon masa off atau start engine. Tak pernah ada masalah. Rekod service aircon... pernah sekali tukar cooling coil bocor dan compressor jam. Maklumlah umur kereta pun dah 30 tahun.

    • @piratedprivacy9052
      @piratedprivacy9052 Před 3 lety +5

      Key position pada ON, Interior Blower akan Running walaupun kereta belum Start dan Compressor belum rotate.
      Ini tentu akan tax pada Battery & mungkin Starting nya...

    • @noob_mechanic
      @noob_mechanic Před rokem +2

      Off aircnd dulu supaya crankshaft dan camshaft dapat relax dulu sebelum off engine dia punya rpm akan turun dan slow down pada 750....kalau off engine semasa aircond on....die punya rpm masih tinggi (1000rpm) dan tiba2 off engine saya rasa tak baik untuk engine dan juga gearbox walaupun takde masalah pada kereta anda.

    • @mirzaizudin7433
      @mirzaizudin7433 Před 4 měsíci

      1.battery akan selalu makan,kalau selalu x tutup ac/blower fans
      2.walaupon ade relay sebelum start,kadang2, kita x tau condition ac atau blower

  • @ainulmardhiah5916
    @ainulmardhiah5916 Před 3 lety +22

    Teruskan membuat konten automotif bang saya support abang dari belakang 💪

  • @azamshari4565
    @azamshari4565 Před 2 lety +11

    7:06 pedal minyak pun minyak, pedal brek pun minyak jugak, TERBAIK!!!

  • @cikguauto5441
    @cikguauto5441 Před 2 lety +2

    Saya seorang guru automotif,, rutin saya tak pernah nk off ekon dan off segala benda sebelum tutup suis... Tahyol semua tu habit tutup ekon..

  • @mohdjoharichannel
    @mohdjoharichannel Před 3 lety

    Ok, terima kasih bro zakirin, info yg diberi. Salam dr mohd johari channel.

  • @diananapiah6980
    @diananapiah6980 Před 3 měsíci

    Membantu sgt,dpt la info kne pegi service air cond jgk

  • @mrmanrich1013
    @mrmanrich1013 Před 3 lety

    Mantep👍🏼👍🏼saya mmg ajar driver sya off dulu smua sblom matikan enjin

  • @mizick4270
    @mizick4270 Před 2 lety

    content terbaikkk !! support dengan tak skip ads haha

  • @mizanman6788
    @mizanman6788 Před 2 lety

    Bagus teruskan..ilmu yg bermanfaat

  • @vistoludassinawa8578
    @vistoludassinawa8578 Před 3 lety

    Mantap..best dan terbaik..info yg sangat2 berguna

  • @gulaitulang8586
    @gulaitulang8586 Před 3 lety +1

    Sangat membantu teruskan. jika ada. infomasi terbaru

  • @asraf3652
    @asraf3652 Před 2 lety +5

    Sy pakai saga kotak... Mmg jarang nk tutup aircond.... Malas nk tutup... Biar start2 sejuk beku... 🤣🤣🤣🤣 Yang penting aircond kena tiptop.. servise selalu... Kete stock runner beli barang hari2... Tahan lasak.. 🥰 tapi terbaik content abg ..👍👍👍😊

  • @shikinjasman6621
    @shikinjasman6621 Před 2 lety

    Tq tips yg bagus...klau akk terlupe ttup a/c...bos bising...so klau dh guna keta...fhm2 je..OFF SEGALANYA...tapi keta iswara..selalu service aircond...tinggai sejarah je..tapi byk budi ditaburkn abg is...akk...hihihi..tq bro.

  • @mohdbasyar8703
    @mohdbasyar8703 Před rokem

    part yg buang haba bukak tingkap tu betul utk kurgkn stress a/c..tp lebih efektif dan effisien kalau cari tempat redup berteduh dlu dlm 2-3 minit sambil menikmati kesyahduan a/c..kompem a/c lpstu sijuuuukkk

  • @danialfathi3033
    @danialfathi3033 Před 3 lety

    Wahhhhh first time tengok content brader ni. Sumpah menarikkkk!!! Done subscribe!!!

  • @MQ-wj7fg
    @MQ-wj7fg Před 3 lety +11

    Dua² pun boleh. Tapi org yg pandai jaga barang hargai barang dia tahu mana yg patut dia buat dulu.

  • @hishammohamad8776
    @hishammohamad8776 Před 3 lety

    Sya ada 4 biji kereta Perodua kancil, Proton Iswara, Persona 2008 dan Serena C27. Smpi skrg sya dah menjadi habit matikan air cond dlu dan equitment kereta sebelum matikan enjin...

  • @azizanm2
    @azizanm2 Před rokem +1

    Aircon system memang dtg dgn compressor delay start. Semua Relay akan cut off sebab starter coil capacitor dah sedut semua power dari batteri. Itu sebab radio pun off kejap. All this tak perlu ECU pun. cuma guna simple electonic cuicuit dan mechanical. Byk kenderaan juga guna vacuum sistem.

  • @ahmadzapin5494
    @ahmadzapin5494 Před 2 lety

    Assalamualaikum, terima kasih dgn perkongsian yg bermanfaat..

  • @syafiqsuperdry6319
    @syafiqsuperdry6319 Před 2 lety +16

    dia sangkut mic kat sikat je . hahaha

    • @izwanabdullah97
      @izwanabdullah97 Před 3 měsíci +2

      Bru prsan 😂

    • @hoko4987
      @hoko4987 Před 2 měsíci +1

      😂hhhh tajam juga mata kau😂😂😂😂

  • @onechange94
    @onechange94 Před 3 lety

    bagus. sy walaupun muda lg. sy da lama amalkan matikn aircond dlu sblm matikan enjin. akhirnya ade pakar y bckup.hehe..terima kasih bang

  • @nurfaidhisadiq6525
    @nurfaidhisadiq6525 Před 2 lety

    Ak off AC bukak blower sebelum Smpai tempat nak berhenti. At least nak angin suam2 baru matikan enjin. Nak jaga cooling coil supaya x kotor.

  • @norhidayah8938
    @norhidayah8938 Před 2 lety

    Sy suka..bnyak ilmu dpt👏👏

  • @mahadzirmohammadnoh7824

    Baik tgok channel ni dr layan tiktok tu semua..penuh info

  • @majidmahmodo6054
    @majidmahmodo6054 Před 3 lety

    tq bro. ilmu yg manafaat

  • @salimdee6805
    @salimdee6805 Před 2 lety +1

    Saya punya habit tetap off kn ekon sblom stop kn injin. And start kn injin dulu sblom on kn ekon. Saya pun ada pendapat saya sendiri. Tq juga sebab ada review sebegini. Selamat bro ✌

  • @Zaman45I.D.G.A.S
    @Zaman45I.D.G.A.S Před 3 lety +6

    Aku pakai kereta dah bh 20thn.. dr awal lg aku dah amalkan rutin ni. Mmg kereta akan lbh terjaga dan takkan ada masalah wiring atau aircond. Lg 1, kalo jenis yg suka cucuh usb plug kat pencucuh rokok tu, elok cabut sebelom mati enjin. Itu pon punca2 masalah dgn wiring kereta. Nak percaya boleh tak percaya pon sy tak paksa.

  • @jimin2423
    @jimin2423 Před 3 lety

    lawak tp bernas..pencerahan yg bagus..goodjob broo🤜🤛

  • @edast.6120
    @edast.6120 Před 2 lety +2

    i always skip this type of video content, but this brother keep me watched till the end, earned new subscriber! Good job bro! 🤣🤣

  • @dirarockyramli1119
    @dirarockyramli1119 Před 2 měsíci

    😂best cara penyampaian...saya girl biasa malas nak dgr pjelasan baku kaku je..y ni trbaik...i follow 🎉

  • @bbbbbb692
    @bbbbbb692 Před 3 lety

    Oiiii aku jadi happy bile tegok kau punya intro happening betol

  • @syawalhashim9491
    @syawalhashim9491 Před 2 lety +1

    Dari tak tahu apa.. jadi seronok nak tahu.. nice bro

  • @crackscreen3983
    @crackscreen3983 Před 3 lety +1

    Da tgk video channel brader ni bbrp kali tp ni bru subscribe.. Dr dlu pelik tgk mic dia..awat terpacak2 cmtu..rupanye mic dia lilit kt sikat 😅😂

  • @zofezyat
    @zofezyat Před 2 lety

    Good job review nie .....lawak2 jugak gambar meme tuu yerr win 😅

  • @hafizroslan08
    @hafizroslan08 Před 3 lety +24

    6:06 kancil drag test 🤣🤣😅🤣🤣

  • @mr.richest9362
    @mr.richest9362 Před 3 lety +1

    okay dah like dan subcribe. terbaik cara penyampaian bossku.. 🤣🤣🤣

  • @idrischedin8265
    @idrischedin8265 Před 3 lety

    Tksh..infomasinya.👍👌

  • @mdsyafeq
    @mdsyafeq Před 3 lety +15

    Sentiasa Padu bang 💪💪💪💪💪🔥🔥

  • @tr6864
    @tr6864 Před rokem

    Saya ada myvi latest + saga vvt + exora 1st model 2009. Proton start enjin bila terus pasang aircond compressor tunggu 5-6 saat dulu baru on. Myvi dia tiada protection. Start enjin saja on aircond compressor pun trus on. Kena main butang a/c secara manual

  • @leospinelinen5868
    @leospinelinen5868 Před rokem

    Kalo saya, seblm off enjin, off AC, biar blower pusing seminit utk buang air pada sirip cooling coil baru off blower utk jaga jangka hayat cooling coil. Setkan tahap blower n tahap kesejukan secara seimbang utk jaga jangka hayat compressor ❤❤

  • @kataonly9233
    @kataonly9233 Před 2 lety

    My favourite CZcamsr! Keep it up bro ❤️

  • @bcinc4070
    @bcinc4070 Před 2 lety

    Terbaikk & mantapp...layak dpt subcribe👍👍👍

  • @imiqaf
    @imiqaf Před 2 lety

    saya selalu sewakan kereta,customernsy ramai jenis tak suka tutup aircond kereta dahulu sebelum tutup/start enjin.

  • @razalyyunus
    @razalyyunus Před 3 lety +6

    Btul apa yg bro ni ckp. Berdisiplin lah skit..keta kita bkn smua modern..

  • @HambaAllah-ye9yr
    @HambaAllah-ye9yr Před 3 lety +3

    Isteri saya lepas jumpa channel zakirin, eh dia pulak yg ngajar kita 🤣

  • @alfonsodialbukaki6366
    @alfonsodialbukaki6366 Před 2 lety +2

    Content baik..walaupun saya serba serbi dh tau pasal kereta..tp dengan rendah diri mendengar pendapat tuan..

  • @simonchee5930
    @simonchee5930 Před rokem

    Padu explanations... Thank you.

  • @barika3709
    @barika3709 Před 2 lety

    bagus geng senang faham..

  • @MyMomSayNoDota
    @MyMomSayNoDota Před 2 lety

    bagi sy, klu dah ada button tu, tekan jelah. klu mmg dah x perlu, baik xyah letak button tu, kan. lg pun, x suka time nk start, radio on off on. pelik rasa.
    contoh engineering pelik. rmh sy sambungan dinding retak (konkrit). beli buat aduan, dia ckp, kne bukak tingkap supaya rmh x panas sgt. besi atas tu x kembang kuncup. dah tau design rmh tu mcm tu, kenapa x buat lubang atas tu terus nk elakkan besi tu panas sgt.

  • @carbonzero_xenginebersihpr2088

    mantap infonya bosden👍🏻👍🏻

  • @uwaisahmad1330
    @uwaisahmad1330 Před 3 lety

    Canti mic sikat bang ,ape² pon infom terbaik n bermanfaat

  • @Chingryuzaki86
    @Chingryuzaki86 Před 3 lety +2

    Aq rasa terhibur tengok tips ni sebab yg buat content ni kelakar 😂

  • @izamamin8409
    @izamamin8409 Před 3 lety

    Alhamdulillah..ni lah habit sy dr dulu guna keta.

  • @fazly2397
    @fazly2397 Před rokem

    First time intro kau rilek hahaha loveyou

  • @mrazharnoordin
    @mrazharnoordin Před 3 lety +1

    Saya ada idea, apa kata abang buat video cerita sebab apa teknologi bateri kereta (kereta conventional bukan kereta elektrik) tak berkembang contohnya macam pembangunan enjin kereta, kereta Ativa saya keluar kilang dengan wet bateri lagi....

  • @mizy11
    @mizy11 Před 3 lety +17

    2:17 Namunnn

  • @rafinahworldchannel5415

    Tq info sangat bernas

  • @azmim9321
    @azmim9321 Před 2 lety

    Aku suka chanel ni..bagus

  • @akmalhasan6468
    @akmalhasan6468 Před 3 lety +1

    fuh bang, video macam zaman2 study dulu ar.. vlogger tahun 2010

  • @mohamadizzuddin7068
    @mohamadizzuddin7068 Před 3 lety +28

    Nak highlights kan yg siapa beli proton saga mmg AC macam peti ais.. setuju tak? Aku jarang la naikkan cooler ,😅

    • @mielakna1333
      @mielakna1333 Před 3 lety

      Setuju..aku Pakai masuk 9 taun baru aircorn kurang sejuk

    • @shakiryiskandar1800
      @shakiryiskandar1800 Před 3 lety

      Hahaha , aku buli je kereta proton ni , tak pernah off pum aircond , tingkap pum jarang bukak 😅😅 off enjin tak pernah off aircond pum ,

    • @nicole66552
      @nicole66552 Před 2 lety

      Tu pasal. Cooler aku buat low habis. Kalau malam sedap sejuk walaupun low habis. Macam peti ais oh kalau buat high

  • @rlenkzdieyana8814
    @rlenkzdieyana8814 Před 2 lety

    Mantap bro..terima kaseh...

  • @chiechristovlog4734
    @chiechristovlog4734 Před 2 lety

    Bosku, buat video perbandingan body kereta lama dan kereta baru. Mana yg lagi tahan. Dulu body kereta tebal tebal dan keras, sekarang tin cola.

  • @muhammad4085
    @muhammad4085 Před rokem

    terimakasih share ilmu

  • @nurkay5055
    @nurkay5055 Před 3 lety

    Terima kasihhh.....

  • @iqbalyusoff8291
    @iqbalyusoff8291 Před 3 lety

    Terbaik tips.. sy tutup dulu ac baru matikan engine dah jadi habits dah..😅

  • @SuperArtInc
    @SuperArtInc Před 3 lety

    Myvi wife dulu battery setahun kong . Dia biasa amal mati ekon radio... Nak start on kunci 5 saat baru start..
    Lepas kawin saya advice masuk kunci terus start . Nak mati enjin terus matikan kunci.. dah lebih 2 tahun skrg batteri belum ganti.

  • @rafinahworldchannel5415

    Wah....info sangat berguna tq sangat2

  • @SyukDiyChannel
    @SyukDiyChannel Před 3 lety +2

    *Next vid Buat ngam² 8minit @ lebih bleh banyak sikit iklan masukk🤩🤩*

  • @fakribasya8321
    @fakribasya8321 Před 2 lety

    Steady Tuan Zakirin..mantulll