ANGKER SISTER IN SEMPORNA SABAH! Senarai Hantu Yang Si Hijab Mata Terbuka Boleh Nampak Di Sini

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 11. 12. 2022
  • Kali ni #AngkerSister baru pulang dari Misi Kemanusiaan di Semporna Sabah. Bukan Haze je pergi tapi Hanan pun ikut sekali. Balan-Balan, Hantu anjing, Bola Api, Hantu Air. Semua datang menyinggah.
    Jangan lupa follow kami di social media lain Haze - hazemanhuzir dan Hanan - Soimnell untuk tahu ketahui latest update kami.
    Atau subscribe dan tekan notification button di channel ini.
    Thank you so much korang!

Komentáře • 392

  • @ateeramj
    @ateeramj Před rokem +279

    Part berdoa kena faham makna tu 100% setuju. Sebabnya aku ada pengalaman yang mana adik aku pernah kena rasuk jin. Sblm tunggu peruqyah sampai rumah, aku cuba untuk tenangkan adik aku. Aku cuba baca ayat Kursi. Bacaan aku tersekat-sekat sebab takut punya pasal. Aku kena gelak oleh jin tu. Jin tu siap betulkan bacaan aku. Hanat betul. Hahaha.

    • @azlanbujang
      @azlanbujang Před rokem +17

      Cerita abg menarik lah….setahu sya lah….yg itu Jin islam

    • @ateeramj
      @ateeramj Před rokem +26

      @@azlanbujang Haah. Mmg jin tu Islam. Sebaik² jin itu seperti sejahat² manusia. Wallahua'lam.

    • @hussainyusuf3134
      @hussainyusuf3134 Před rokem

      Kg

    • @faristont4561
      @faristont4561 Před rokem +12

      Hahahaha malu wey kena sekolah di jin 🤣

    • @ateeramj
      @ateeramj Před rokem +28

      @@faristont4561 malu tu tak la bro. Tapi lebih kepada insaf. Hahah

  • @cheezillarahman3603
    @cheezillarahman3603 Před rokem +158

    Di Sabah, amalan tradisi yg di bawa oleh komuniti sabah selalunya seiringan dgn kepercayaan agama dan adat istiadat.. Tidak kira la komuniti tersebut muslim atau bukan muslim.. Namun bagi mereka yg lahir dalam keluarga hasil drpd perkhawinan campur, amalan tradisi sedikit demi sedikit dikurangkan.. Keep it up haze dan hanan!! Hopefully, pengisian seperti ini diperbanyakkan lagi, supaya dpt membuka minda penonton 😊

    • @Daniel_0778
      @Daniel_0778 Před rokem +3

      Yang bahagian simpan mayat lama tu, sama macam tradisi orang dekat sulawesi indonesia.. Tapi kalau tengok map pun sabah memang tak jauh pun dari kepulauan sulawesi.. Mungkin adat dari sana kut…
      P/S : ak orang malaysia, tu ak punya pendapt je sebab ak pernah tengok documentary pasal orang sulawesi tu kat internet..

  • @beezlegacy
    @beezlegacy Před rokem +39

    Mungkin ada yang jenis feed off vibe. Tapi dalam kes aku, waktu aku pergi sabah (bukan semporna) tu memang tak terlintas pun pasal benda-benda anker ni. Aku pergi sebab kawan-kawan nak hiburkan hati aku dan nak bagi semangat kat aku.
    Waktu tu, aku baru pulih dari gangguan. Gangguan ghaib dan ada depression diagnosis jugak. Gangguan ghaib tu aku tak nampak pun, cuma dengar, rasa dan perubahan ketara dari segi sikap, pemikiran dan semangat aku.
    Bila pergi kat sana, mula-mula aku elok je, cuma hari-hari terakhir aku tiba-tiba sakit perut dan badan sampai tak boleh bangun. Rasa berat sangat badan, sampai aku jalan membongkok nak solat. Kawan aku tegur kata 'kau dah kenapa macam nenek tua'.
    Rasa useless, marah dan semua perasaan negatif datang balik. Walaupun depan kawan-kawan aku berlakon , tapi ada je yang perasan kata aku cakap macam tak puas hati dan mata aku tajam.
    Esoknya balik ke semenanjung, aku plan nak singgah tidur sekejap je kat rumah sewa. End up berhari-hari jugak aku kat rumah sewa, sampai family aku dah nak naik kl nak ambil aku. Tapi ada satu hari tu aku nekad jugak keluar dari rumah. Keluar je dari rumah terus kena panic attack, dalam keadaan rasa tak boleh bernafas tu aku drive pergi tempat adik, minta dia drive balik kampung. Dan aku menangis tak tahu sebab sepanjang perjalanan.
    Guess what? Mak aku risau aku tak balik-balik. Jadi dia pergi jumpa ustaz yang ubatkan aku sebelum tu, ustaz tu nampak rupa nenek tua pada gambar aku. Lepas dari tu mak aku beria nak ambil aku balik.
    Benda tu ikut aku balik. Waktu kena gangguan kali kedua, ambil lebih masa untuk pulih. Waktu tu, aku pandang orang pun rasa penat, tapi adik aku kata dia tak boleh pandang mata aku sebab tajam sangat.
    Bila dah ok, barulah dengar cerita-cerita kat sabah memang banyak anker. Siapa yang tak kuat semangat, dalam proses pemulihan, elakkanlah dulu. Betul, semua ketentuan dan kuasa adalah dari Allah. Tapi ikhtiar menjaga kesihatan dan akal juga adalah tuntutan agama. Wallahualam.

  • @beezlegacy
    @beezlegacy Před rokem +26

    Aku pun pernah buat yang macam Hanan buat. Kesnya tayar rosak kat tepi highway, waktu tu hujung-hujung nak masuk maghrib. Kami berhenti kat tepi sekejap je untuk tukar tayar. Tapi waktu tu ada bau bangkai busuk yang lalu.
    Aku baca-baca jugak bila kereta nak gerak balik. Mula-mula ok, tapi tengah jalan aku bau semula. Terus aku singgah di RnR terdekat, buka semua pintu, tingkap dan bonet kereta, sambil baca-baca dan pasang ayat al-Quran. (Aku niatkan dalam hati dan doa supaya kalau benda tu ada, benda tu keluar).
    Tutup pintu semua, gerak parking tempat lain, baca-baca pada air, aku jirus air kat tempat aku bau mula-mula dan kat tempat badan aku rasa meremang.
    Lepas tu gerak, Alhamdulillah dengan izin Allah dah takde bau-bau tu.

  • @syahada2110
    @syahada2110 Před rokem +40

    as sabahan, betul lahh tu apa yg kak hanan cakap .. org di sabah (sesetengah) mempercampur adukkan culture dgn agama .. dan sebahagian org terlalu mengikut adat berbanding tuntutan agama sbb lack of pengetahuan agamaa sehingga kann apa yg dilarang agama ituu dibuat juga oleh merekaa...

    • @hanaziaff
      @hanaziaff Před 7 měsíci +1

      yg ni sy stuju, alhamdulillah kmi skeluarga pelan2 buang adat tu. utamakan agama. nauzubillah

  • @cerra_azizi
    @cerra_azizi Před rokem +79

    Sejak mula follow Angker Sister, I try to make it a habit untuk fahamkan dan hayati maksud2 doa yang dibaca sebab bila kita betul2 faham dan hayati maksud doanya, rasa takut tu pun slow2 hilang jugak. Thank you for the insightful knowledge sharing as always!

    • @tasnimrosli6800
      @tasnimrosli6800 Před rokem +1

      I follow.. tpi selalu ingt 3-4 hari ape yg dia cite huaaaaa

  • @magiee1199
    @magiee1199 Před rokem +107

    Assalamualaikum abg haze dan kak hanan saya suka perkongsian ini.....Saya orang sabah....saya memang tahu disabah nie sangat banyak adat resam dan pelbagai sukum kaum yg berlainan adat resam.....dan setiap bangsa itu ada dengan adat resam mereka tersendiri walaupun mereka islam......itu pembawaan dari turun temurun mereka dan pendapat mereka jika sesuatu adat resam itu tidak diikuti oleh keluarga mereka dan kepercayaan mereka akan mendapat sumpah dari nenek moyang (kebusungan) bahasa bajau bahasa asli sabah (ketulahan)
    melainkan jika seseorang itu telah berkahwin dengan bangsa lain secara pelan2 adat resam itu boleh dipertimbangankan agar tidak lagi melakukan adat dan resam seperti itu pada keturunan mereka, tapi jika berkahwin dengan sesama suku kaum pasti dan yakin adat resam itu akan sampai ke generasi seterusnyaaaa.....no judgement ya kawan2 saya orang sabah tapi apa yang saya tahu yg hakikatnya disabah ini memang penuh dengan adat resam dan ada pembawaan yg berlainan meskipun sesama muslim

    • @arrysa4833
      @arrysa4833 Před rokem +3

      Betul dan setujuh sangat!!

    • @miszgreenwich3069
      @miszgreenwich3069 Před rokem +3

      Betul tu. Mak sy juga dari suku kaum bajau dan tinggal di Tawau dahulu. Tapi selepas berkahwin dgn bapa sy (melayu semenanjung), dia tidak lagi mengamalkan adat tradisi turun temurun. Kami kini menetap di negeri Johor dan setiap beberapa tahun akn pulang semula ke Sabah utk melawat keluarga disana. Mereka masih lagi mengamalkan adat tradisi kepercayaan turun temurun krn khuatir akn sumpahan nenek moyang. Sy hormat apa yg mereka lakukan krn kita semua keluarga.

  • @Amairacomel
    @Amairacomel Před rokem +34

    one of educated youtube channel in Malaysia..congrats...teruskan content2 ilmiah + seram mcm ni

  • @theblueskyandrainbow
    @theblueskyandrainbow Před rokem +44

    boleh jugak tambah point tu.. usaha nak sihat sembuh pun dapat pahala, Allah SWT tahu usaha kita nak jaga badan yg diamanahkan untuk kita jaga sebaik mungkin di dunia ni. *self reflect

  • @semestatranding4857
    @semestatranding4857 Před rokem +18

    Dlu2 Tempat kmi pun mmng banyak yg menangguhkan pengkebumian bertujuan utk menunggu semua ahli keluarga sampai, biarpun jauh dr semenanjung.. Tp alhamdulillah skrg sdh ada kesedaran dan pengetahuan utk menyegerakan pengkebumian bg org muslim..

  • @salhahsuhot8018
    @salhahsuhot8018 Před rokem +5

    Tips yang kena berhenti dulu mana² sebelum sampai rumah tu betul. Org² yang berpengalaman punya tips. Saya selalu buat macam ni kalau terpaksa travel malam n kena lalu tempat² angker sikit. Yang penting doa jgn lupa baca sebelum gerak p mana²

  • @daboxyz
    @daboxyz Před rokem +9

    Best laa dia letak gambar² makhluk comel ni. Lagi feel masa tengok video 😊

  • @wieyayaya8542
    @wieyayaya8542 Před rokem +17

    Suka tgok Hanan dan Haze ..super cute , semoga korang sentiasa dimurahkan rezeki ❤️

  • @aliyamaudyenderson6364
    @aliyamaudyenderson6364 Před rokem +5

    Terima kasih upload lagi...saya always tunggu cerita korang,mmng dengar bnyak kali x bosan pon😊

  • @Celine-ck3wo
    @Celine-ck3wo Před rokem +69

    Hello Angker sister & the gangs...I'm Sabahan, so saya mau kongsikanlah sedikit informasi mengenai urban legend atau kepercayaan kebanyakan masyarakat di Sabah mengenai Balan²...for most believe story, balan² ini bukanlah hantu atau invisible creates...tp, mrk ni manusia yg berketurunan balan² ataupun juga org yg mengamal ilmu hitam utk tujuan tertentu sehingga boleh melepaskan kepala mereka drpd tubuh...Mrk yg dipanggil balan² ini, boleh dilihat dengan mata kasar, kerana mereka juga hidup sehari-harian seperti manusia biasa...waktu berkeliaran malam dan berterbangan seperti bola api pun mereka boleh dilihat dengan jelas dgn mata kasar... U don't need to have sixth sense or special ability to see it...and most people say, balan2 xda muncul di sembarangan tempat apalagi duduk di sebelah org...sbb masyarakat kampung percaya balan2 takut akan manusia kerna dia boleh ditangkap...

    • @nazathalia4539
      @nazathalia4539 Před rokem +1

      Mmg wujud ya

    • @Celine-ck3wo
      @Celine-ck3wo Před rokem +1

      @@nazathalia4539 Not sure...but, sure the Evil can turn to anything shape 😅

    • @manisajumin5273
      @manisajumin5273 Před rokem +2

      Betul ... Balan2 ni sesuatu yg boleh dilihat dgn mata kasar ..

    • @jessicajamain9640
      @jessicajamain9640 Před rokem +4

      Yeap betul. Can be seen with naked eyes, x perlu sixth sense. My brother pernah nampak yg bebola api... Masa tu ada 3 orang dalam kereta and semua diorang nampak benda tu

    • @masaklemakciliapii
      @masaklemakciliapii Před rokem +4

      Sama sis . Di semenanjung pun begitu tapi kami panggil penanggal . Dia bukan hantu tapi manusia . Dia takut kena tangkap sbb kalau dia ditangkap manusia yg sebenar akan mati . Org semenanjung kata penanggal biasanya cari org baru bersalin . Dia makan uri ..

  • @mommyloki8303
    @mommyloki8303 Před rokem +7

    Pernah tgk juga pengebumian org sabah yg anaknya meninggal. Mmg agak luar biasa bagi saya, ada mcm khemah kecil sebelum dikebumikan tu. Saya siap ambil gambar lg tp ini di Kota Belud.

  • @Sh-cr8wp
    @Sh-cr8wp Před rokem +1

    Alhamdulillah bagus haze..
    Moga Allah sentiasa memberi kita hidayah dan taufiq nya hingga akhir hayat. Aamiin..
    Doakan mental sy kuat untuk teruskan hidup..
    Sy scroll je video2 nasihat. Tp rasa tenteram bila tonton video ni.. rasa ada harapan untuk terus hidup.

  • @suttinisaleh9680
    @suttinisaleh9680 Před rokem +6

    Thanks for sharing Haze dan Hana.Good to know other country hve their own culture.

  • @wewenang5167
    @wewenang5167 Před rokem +5

    Basically adat yang diorang amalkan ini sama seperti adat yang orang Melayu Semenanjung dulu pernah amalkan sekitar tahun 60an dan 70an. Tapi sejak 80an dan kebangkitan semula islam di semenanjung amalan tu dah boleh dikata pupus dah, kalau ada pon hanya di pelusuk pedalaman je. Dulu kat sini pon ada amalan tunggu sampai 4-5-7 hari baru tanam. Tapi sekarang dah tak ada dah.

  • @nasuhasuherman580
    @nasuhasuherman580 Před rokem +2

    Bestnya! Kita dok ulang siri Angker Sister je ni. ❤❤❤

  • @muhammadsyahiran6199
    @muhammadsyahiran6199 Před rokem +4

    Best ep nie.. klo blh smpai 30 mnit pon xpa. Hahahahaha . Apa yg aku dpt baca doa2 fahamkn dgn makna skali. Aku slalu bca doa naik knderaan tp mkna xtau pon. After this aku akn hafal.

  • @nadirahbaharudin1878
    @nadirahbaharudin1878 Před rokem +6

    early morning dapat noti from TTYL podcast, petang dapat noti from Haze channel pulak. you guys made my day!!

  • @abyllaamjah2170
    @abyllaamjah2170 Před rokem +6

    thank you ulasan pasal fahami makna doa tu. tak kira la tarannum kita gempak mana pon, tetap kena faham dulu baru dia jadi powerful la kan

  • @TikaSab
    @TikaSab Před rokem +1

    Betul tu Nell.. Berdoa, solat, mengaji.. Memang kena faham makna... Apa pun seremmm juga hantu² di sana ya.. Moga segala usaha kalian diberkati Allah swt. Amiinn

  • @sarahmai8119
    @sarahmai8119 Před rokem +3

    Tak pernah tak best angker sister ni 😍 betul tu mind kita mainkan peranan, walaupon sy tak pernah jumpa Cik 'Tu' (alhamdulillah harap kekal begitu selamanya)

  • @ariffarhanawalluddin1744

    I could relate, as I've been disclosed this story since I was a kid. It's kinda scary when you grow up with families that have a sense.

  • @a.yina.
    @a.yina. Před rokem +2

    finally vid baru !

  • @jurif7207
    @jurif7207 Před rokem +2

    always tunggu angker sister😍😍😍tq haze n hanan

  • @aryasueraiyya720
    @aryasueraiyya720 Před rokem +6

    mcm kampung sy kat sabah bersepah pontianak bertenggek atas bumbung rumah..kdg tu satu rumah tu sampai 2 3 ekor ha tenggek nye..sy yg duk merantau nie pun tiap kali balik kg rasa nebess je nk tido pun rasa takut je😅..akn rasa aman waktu ramadhan jela..masuk 1 syawal rancak balik 😂

  • @shalilieza2710
    @shalilieza2710 Před rokem +1

    Tq cos upload story ...sngat Di tunggu2..👍👍👍👍😁

  • @flynnmaknae8743
    @flynnmaknae8743 Před rokem +3

    Baru je tengok video lama haze... Ada pulak baru... Trus tngok. Hehehe

  • @liya71
    @liya71 Před rokem +5

    Terbaik pesanan haze n hannan. Keep up the good work!

  • @syi9306
    @syi9306 Před rokem +1

    Good sharing haze... And Hannan.. kitew buka minda dengar citer. Sbb ini kat Sana

  • @lynnlan198o
    @lynnlan198o Před rokem +26

    Alhamdullillah Terima kaseh Haze angker sister ❤ dgn penerangan nya faham lah budaya org2 laut disana. Jgn ambil kesah dgn org yg negative thinkers janji kami faham apa yg terangkan oleh kalian ❤️🇸🇬🇲🇾

    • @norhatikasattah
      @norhatikasattah Před rokem +1

      Dorang just barged in to my family house. Interview some of my cousin there. Bahasa sabah dorang tak faham sangat bila explain terus buat content and cerita. What my cousin mean is ada kenduri 7 hari. Bukan simpan mayat. Now everyone is kecam our whole adat keturunan. This is all fake and content je. Nak semua orang buat next episode dorg kat some miskin country like us . Please la respect orang tengah buat kenduri meninggal. If really buat bantuan takde la datang record pastu upload without our consent. 💔

    • @arrowshooter67
      @arrowshooter67 Před rokem +2

      @@norhatikasattah boleh terangkan lagi tak kak, dan akak boleh cuba perbetulkan apa yg dorang salah faham pasal budaya tu.. Nak marah dorang pun memang dorang tk faham bahasa sabah itu tak boleh nak elak lah kan... Dan kalau boleh akak senaraikn lah satu persatu point yg dorang sebut tu adalah salah.. Pasal kemarin 3hri belum kebumi tu betul ke, saya pun tk percaya 100% lgi ni jadi kalau ada orng yg tahu dan sudi perbetulkan apa yg salah lagi bagus kan kak.. Tak perlu nak saling ego menuding jari. Kalau dorang salah akak boleh tlg perbetulkan, dan walau budaya yg dilakukan tu salah dan mahupun salah dari segi islam sekali pun, xperlu nak malu sama² lah kita perbetulkan perlahan² diri kita sendiri dan saudara kita... State lain pun sama macamtu juga sebelum munculnya ramai para pendakwah² ustaz² berceramah kitorang pun jahil ilmu agama juga cuma, pelan² perbetulkan dan nasihat saudara mara kalau budaya tu salah dari segi agama. Takut kak esok lusa kena hisab sebab tak menuntut ilmu agama dan, tak tegur tegur saudara mara yg salah... Menuntut ilmu agama ni dituntut kak tak sama macam ilmu sains atau math tak dituntut di akhirat kelak, tak payah tunggu akhirat dalam kubur pun dah kena seksa.. Sekian. Harap akak bacalah dan terima dengan berlapang dada jika ada yg menyinggung perasaan akak.. Dan saya harap sangat² akak tolonglah perbetulkan apa yg kitorang salah sangka atau salah faham psl budaya akak tu.. Setiap negeri juga ada budaya yg bercanggah dri segi agama cuma kami perlahan² cuba untuk hilangkan.. Dan last point mungkin waktu dorang masuk tu dorang dah minta izin dgn orang yg dekat luar rumah ke kot kan, saya hanya cuba untuk husnuzdhon dalam islam juga dituntut untuk bersangka baik sesama manusia dan terdapat pahala jika kita berbuat demikian.. Sekali lagi harap akak tak terasa lah.. Dan saya doakan kampung tersebut perlahan² berubah maju dari segi kewangan dan pendidikan Aamiin Ya Rabbal Alamin.. And last sekali maafkanlah jika perbuatan dorang tu ada menyinggung perasaan keluarga akak.. Bagi saya biarlah malu sekarang daripada tiada rasa malu langsung maknanya kita masih sedar yg kita salah drpd org yg buat salah tapi tak merasa buat salah... Sekian pendapat dari saya. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 😊 Salam dari timur kak @hazemanhuzir

    • @r6857
      @r6857 Před rokem

      @@norhatikasattah
      Maksudnya, tiadalah jenazah dalam kain di ruang tamu itu ya. Aduh, Haze dan team kena buat pembetulan ni.

  • @nurulatikajk
    @nurulatikajk Před rokem +14

    Aku sbg orang Tawau pun baru tau boleh pulak begitu yaa, yang part simpan mayat sampai seminggu tu. Mungkin bahagian pedalaman sana kali begitu yaa caranya. Baru tau.

    • @nurulatikajk
      @nurulatikajk Před rokem +14

      And this remind me to one experience, masa aku kecik dlu, ntah umur berapa. Aku ikut macik aku laki dia orang semporna asal Pulau BumBum. Dlm rumah dorg, ada ni katil yg siap ada kelambu di hujung ruang tamu. Biasalah kan rumah kampung, kurang bilik tapi ruang tamu luas. Jadi malam tu semua tidur di ruang tamu. Dan ntah jam berapa tu, aku terbangun. Bila aku toleh katil yg ada kelambu tu, aku ternampak bayang2 dua orang. 1 lelaki 1 perempuan dlm kelambu tu, tengah duduk dan bercerita. Aku dgr suara dua orang ni lagi ya tapi aku ndak pasti apa dorg cakap. Aku ingatkan orang betul tidur dlm tu. Jadi aku biarkan jak la. Tidur balik. Pagi tuu, aku ntah kenapa p tu katil pastu intai2 dlmnya. Dlm kelambu tu ada sisir, bedak, minyak rambut semua atas bantal. Tiba2 abang sepupu aku tegur, dia bilang jgn kacau tu katil ya sbb itu katil nenek moyang dorg. Aku tnya siapa tidur situ kalau mlm. dia bilang tiada siapa. Jadi aku pun terus mcm terkebil kebil. Tapi time tu masih bdk2 lagi kan jadi ndak berapa peduli. Tapi sampai sekarang masih teringat-ingat tu pengalaman. Itu laa last aku p sana.

    • @aszamtv4119
      @aszamtv4119 Před rokem

      @@nurulatikajkaku ni org kampung tg dlm video dorg tu.. aku pun nak tahu juga dari mana sumber dorg dapat sampai boleh simpan mayat seminggu tu… dorg ni dtg kampung tu ambil gambar video semua konon2 bantu org miskin rupanya ni dorg buat.. apa yg dorg ni sembang tak sama dgn apa yg ada kat kampung tu… mcm2 hantu dia nampak plak tu yg x boleh blah.. nak kata kampung kami tu berhantu la… dorg ni yg hantu sebenarnya… dtg2 kampung org tiba2 nampak hantu sdgkan org duduk situ dah berabad2 xde pape…

  • @elvenchang8486
    @elvenchang8486 Před rokem +21

    Seronok dgr tiap Kali Kak Hanan citer 😁 best of the series from this channel 👍 btw editing makin seram ye 😅 👍 good job abg Haze, Kak Hanan n semua yg terlibat dlm Siri Angker Sister. Jgn lambat upload next video Angker sister 🤭

  • @sabmolly
    @sabmolly Před rokem +39

    19:20 part hanan cakap baca doa sekali baca makna/ translate tu mmg betul pun. selalunye kenape ayat2 yg kite baca tak berkesan sbb kite tak phm ape yg kite baca. dalam kelas fardhu ain sy, ust penah cakap bukan sekadar baca tp kena paham makna. kalau nak kuat lagi feeling tu baca translate dia. baru berkesan doa/bacaan kita. sekadar perkongsian.

  • @normaidamohddalip3071
    @normaidamohddalip3071 Před rokem +2

    Wlkmmslm Wbt,Hi Haze & Hanan..
    Yeaahh,
    Ada kisah lagi Angker Sister...
    Suspen gilaa...
    Ayat Hanan cam hilang sabar jer..
    Aduyaiii 😀,
    Kita memahami sangat2

  • @NoraLiza-qh7iw
    @NoraLiza-qh7iw Před rokem +12

    Betul ustaz ckp kawasan yg kotor memang mengundang makhluk2 halus ibarat memang kesukaan mereka.Harap2 pihak berkuasa tempatan amiklah tindakkan yg sewajarnya.Harap ada pihak2 yg bg kesedaran pada masyarakat setempat utk jaga kebersihan.Sedih keadaan itu pun melambangkan identiti Malaysia.

  • @uzemayhy1525
    @uzemayhy1525 Před rokem +6

    dia mcm ni...
    kemarin = yesterday
    kemarin dulu = 2 hari lepas
    mungkin dia ckp "kemarin dulu"

  • @fuziahmohidin9470
    @fuziahmohidin9470 Před rokem

    Mlm td tgk sikit dh nmpk entiti dlm video tu,terus stop sbb sorang dlm rmh 😅,ptg ni ank ada disebelah,sambung tgk ..suka tgk video2 haze ni...

  • @zakiyyahzaidi6273
    @zakiyyahzaidi6273 Před rokem +1

    Noti squaddd.. Yeayyy!!

  • @elibygaming6297
    @elibygaming6297 Před rokem +1

    Semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan korg semua .. Aamiin

  • @bah1rah
    @bah1rah Před rokem +1

    Nak lagi ep informative macam ni 🙌

  • @finkpink7562
    @finkpink7562 Před rokem +7

    Kalau disebelah pantai barat tu kami panggil balan2 tu B kuasa 2. Klu sblh2 sini jenazah akan cepat2 dikebumikan. Rasanya mmg adat sbelah2 pantai timur bgitu.

    • @NetBattler
      @NetBattler Před rokem

      Nk tergelak pun ada jugak ni 😂

  • @gahinashanyno8554
    @gahinashanyno8554 Před rokem +3

    Part yang dia cakap kalau ada benda menumpang dalam kereta tu and turunkan kat rnr atau petrol station tu betul. Saya ada pengalaman sama. Cousin saya yang boleh nampak benda benda macam hanan ni pernah buat mcm tu bila ada tumpang kereta dia. masa tu makhluk tu duduk kat belakang dengan saya. nasib dia bagitahu saya pada keesokkan hari nya, kalau tak. confirm saya menangis. hahaha.

  • @vincedawinz411
    @vincedawinz411 Před rokem

    Nanti lain kali masuk daerah lain lagi di Sabah angker sister...tq atas perkongsian.

  • @ariefmikael8038
    @ariefmikael8038 Před rokem +6

    Bang nanti boleh ke cerita lepastu lukis sekali gambar2 hantu yang hanan tu nampak... Baru menarik😂

  • @mainjegame7968
    @mainjegame7968 Před rokem +3

    Ok. Habis. Nnt upload cpt ckit. Xlarat nk tunggu. 🤣

  • @amirnawawi
    @amirnawawi Před rokem +2

    Menarik!

  • @sitifatinnajwaabdrahim8609

    Tq abg haze 👍👍👍

  • @oniborhan7689
    @oniborhan7689 Před rokem

    Terbaik Hazeman Huzir

  • @peetzzZ
    @peetzzZ Před rokem +5

    awallll.
    banyak betul eh collect story angker dari sana 😂

  • @sirappandan
    @sirappandan Před rokem +14

    Balan-balan tu bukan asalnya orang kan? Orang yang mengamalkan ilmu balan-balan.. siang2 dia orang seperti biasa. Tapi bila malam jadi balan-balan.. tapi Angker Sister Hanan nampak balan-balan waktu siang jugak.. boleh orang tempatan share fasal balan-balan? Terima kasih haze and angker sister.. semua sharing best. Misi Impactive Team makin menarik dgn kehadiran angker sister Hanan. Keep it up, guys!

    • @Siomey88
      @Siomey88 Před rokem

      Asalnya keponakan Tante Widya

    • @abelongemrazis4393
      @abelongemrazis4393 Před rokem +5

      Nak kongsi pendapat sikit.
      Rasanya Balan-balan / penanggal ni ada dua versi..
      1. Makhluk jin yang merupa dengan kepala dengan usus berjuntaian..
      2. Pengamal ilmu yang apabila nak berbuat onar, akan menjadi kepala sebegitu jugak..
      Kalau disemenanjung , biasa dengar makhluk ni dikisahkan akan cari katak dikawasan kampung sawah padi. Tak mengganggu tapi akan beri tindak balas untuk hampir dengan orang kalau buat bunyi atau panggil. Versi satu lagi ialah pengamal ilmu syaitan lah.

    • @nasirramli3601
      @nasirramli3601 Před rokem

      @@Siomey88 Wong jowo mungkin

    • @Siomey88
      @Siomey88 Před rokem

      @@nasirramli3601 eeeeeeee mana adalaaaaaaaa.😫😫 kita orang omey.grrrrrr

    • @shajam8659
      @shajam8659 Před rokem

      Ya yg mengamalkan ilmu hitam ajaran syaitan. Klu siang dia org MLM mula.dah keluar.

  • @syazmimizakaria6656
    @syazmimizakaria6656 Před rokem +1

    comel haze

  • @azmiomar9330
    @azmiomar9330 Před rokem +1

    Best.. episode Kali ni...

  • @marziana84
    @marziana84 Před rokem +1

    Best betul.pengajaran yg pasal makna doa tu cuit hati saya. Ada je doa sy hafal tp tak betul2 hafal makna.tq.lepas ni saya nak upgrade.

  • @daisyjung755
    @daisyjung755 Před rokem

    WOOWWWWW MANTAP LA 🙌🏻🙌🏻🙌🏻

  • @shafiqnafiy
    @shafiqnafiy Před rokem +3

    Menarik betul episod ni ya haha... Siapa weh tinggal hantu berlumpur dalam flight tu?

  • @MrCyberizal
    @MrCyberizal Před 5 měsíci +1

    17:38 actually betol , fakta tue. saya pernah memandu dari simpang pulai ke KL melalui jalan lama gopeng, tanjung malim, kuala kubu baru, rasah.. x salah saya tahun 2005 camtu, jam 11mlm.. masa tue on the way balik dari site kerja. masa tu saya memandu proton satria lama stail mivec tue.. disebabkan saya penakut kalau hantu tue duduk dalam kereta (kalau kat luar saya xde masalah) maka seat belakang saya penuhkan dgn lcd lcd , printer2 dan spare part komputer dgn alasan xnak bagi depa nie duduk belakang. pastu tingkap satria kan besar luas, maka saya bukak dua dua . sampai aja saya kat area pekan rasah, lalang tinggi2 x salah saya lebih tinggi dari tinggi saya (170cm). sewaktu melalui jalan raya otw ke serendah.. tiba2 stereng berat giler. saya pon sound , alamak time camni lah nk pancit tayar.. saya pon parking kat tepi jalan ,, bukak high beam. saya terus usha tayar. eh dua dua tayar okay. saya usha tayar belakang pon okay. lepas tu saya usha keliling, disebab cahaya lampu kuat terang, boleh nampak saya dikawasan jirat cina.
    lalu saya bergegas pulang.. masa mahu meneruskan perjalanan, stereng saya makin berat rasanya, tapi bukan mcm stereng fluid yg bocor(tu akan ada sound bising).. saya tegur perlahan, nk tumpang pon tumpang lah janji jgn tunjuk rupa.. dok diam.. lama gaklah sampai aja kat peronas serendah (dah tutup sebab operasi habis jam 1100 rasanya), saya bukak semua pintu dan tegur camnie. saya nk ke toilet, turunlah, sakit tangan nie pegang stereng. tumpang sampai sini ajalah yer. saya pon pie toilet petronas pastu dalam 5minit saya balik ke kereta, masuk dalam dan try pandu. humang aii ringan jer.. masa parking tu mmg saya x matikan enjin. bila saya start pandu rasa normal jer. lalu saya teruskan perjalanan ke rawang dan KL.. mmg true story demi Allah.. antara lain pengalaman saya ialah driving di LPT1 masa 3 hari baru bukak. drive jam 2-3AM.. huhu sepanjang perjalanan cermin kereta depan kene langgar burung atau yg seumpama.. heran saya xkan burung aktif malam malam. tapi itulah nampak mcm burung.. pastu setiap 15-20minit nampaklah dari jauh lampu brek merah kereta depan saya.. setengah jam jumpa satu kereta hehe scary giler.. anyways masa tue zaman awal 20an jadi rajin lah driving..

  • @noorfatihahnatashabihamohd8887

    Yeahhh!!! tshirt angker sister 😍😍😍
    #realsakasisters

  • @idahsabri6394
    @idahsabri6394 Před rokem +2

    klau tempat femes balan2 ada sana kb/ kota belud . and tmpat angker juga ada kt jalan nk p kundasang . next time Angker sister boleh la explore hehh ,,😂😂

  • @pandaeyes96
    @pandaeyes96 Před rokem

    Alamakkk sister fokus dekat baju tuu dari first sampai habis 😍😍 nakkk

  • @jaizarulrohayu44
    @jaizarulrohayu44 Před rokem +1

    Always favorite

  • @nazilahwahid3024
    @nazilahwahid3024 Před rokem +5

    saya beaufort - semporna jauh gilaa mgkn jgak 12jam atau lbh baru smpai klu naik kereta..budaya sana dgn sabah sebelah beaufort lain..kebanyakan sini brunei bisaya kedayan dll..kena dtg sini jgak lps ni😍

  • @muhammadrabbani9349
    @muhammadrabbani9349 Před rokem +27

    Aduhai rasa sekejapnya lah content angker sister ni... Nak tunggu next video kemahin rasa lama... Kalaulah content nya 1 hour... nikmat... Terima kasih menyeri waktu senggang yg sepi nih.... 👍

    • @NetBattler
      @NetBattler Před rokem

      Penatla haze nk kene edit 🤣

    • @pasta8055
      @pasta8055 Před rokem +1

      @@NetBattler bkn haze ada editor ke? Nama ape tah xigt..dye selalu sebut nama editor dye dlm vid..mase ramai org sound haze jgn insert jumpscare dlm vid..dye ckp editor dye yg buat..

    • @yatiyana1691
      @yatiyana1691 Před rokem

      @@pasta8055 akim kan editor dia??

  • @rusman5193
    @rusman5193 Před rokem +3

    Moga chaanel maju terus
    Smpi 1juta subscriber
    Sonok tgk korg sembg cloteh gmbira

  • @sitinorliyana6324
    @sitinorliyana6324 Před rokem +1

    Wah baju angker sister👏

  • @user-gi5nr4wf2y
    @user-gi5nr4wf2y Před rokem +7

    Tu kampung PATI kak. 90% yg duduk kat situ org asal dr negara seberang, Filipina. Sy membesar kat Semporna. Habis SPM sy blah. Klu local yg bukan PATI, x mcm tu kak. 😂

    • @StaryzHelios
      @StaryzHelios Před rokem +2

      Patut la mcm style filipina, aduyai.. mcmana mereka boleh bertapak kat sabah????

    • @aml2333
      @aml2333 Před rokem

      agak dah. di sbh ni berapa kerat je yg original sabah dan ada ic. yg di kg halo tu ada ic ke tidak tp bebas duduk di msia(masih Malaysia ke sbb tukar kpd wilayah kan) dah bergenerasi pun duduk sana

    • @user-gi5nr4wf2y
      @user-gi5nr4wf2y Před rokem

      @@StaryzHelios Masuk secara haram naik bot. Acane boleh lepas border tu wallahualam. Sy sndr pun x tau. Sbbnye yg sy tau border kne jaga ketat, kita x mau tuduh, sbb x nmpk. Jadi dosa pulak. Biasa pihak polis tangkap pun esok lusa mai lagi. Dah macam kita pulak bagi pakej percutian bagi depa balik kampung

    • @user-gi5nr4wf2y
      @user-gi5nr4wf2y Před rokem

      @@aml2333 Betui, dah beranak pinak, siap claim kewarganegaraan. Hmm

  • @idamaznan1759
    @idamaznan1759 Před rokem +4

    Nanti Angker Sisters trylah pergi Kalimantan, dengar dekat sana ade mcm2 kisah mistik, nnti trylah pergi, sekalipn xpelah sbb nk tau jgk betulke? huhu😅

  • @abgz1206
    @abgz1206 Před rokem +1

    Pulak dah 😂😆🤣semuanya mcm dableh nampak hantu? Sama plk description semuanya 🫣apa2 pn #staysafe❤

  • @nasirramli3601
    @nasirramli3601 Před rokem +1

    Senang betul kakak comel ni nampak hantu dan penunggu 🤪

  • @redvelvet1782
    @redvelvet1782 Před rokem

    paling tertunggu2 😆

  • @rakhiyah2307
    @rakhiyah2307 Před rokem +1

    👍betul dik jangan takut kepada makhluk takutlah kepada pencipta makhluk, Al-khaliq...

  • @iyatira
    @iyatira Před rokem +1

    i plan nk pergi lagi ke semporna next year. mesti i akan teringat2 wish good luck naik flight nk ke semporna tu. huhu.

  • @martinitinimartinitini1090

    Terbaik lh

  • @niami5964
    @niami5964 Před rokem +1

    Nice sharing ❤️

  • @aynyeqinqimiqi4829
    @aynyeqinqimiqi4829 Před rokem +3

    Di Sabah memang ada sebahagian penduduk yang masih belum terdedah dengan Islam yang sebenar, itulah realitinya.

  • @milktea2640
    @milktea2640 Před rokem

    Kenapa cute sangat opening tuu

  • @keikarchannel4352
    @keikarchannel4352 Před rokem

    Bestnya dapat tengok macam akak.

  • @ayahyusufchannels
    @ayahyusufchannels Před rokem +1

    rasa akak ni hijab terbuka... tp cerita mantap.. welcome to Sabah

  • @PangkeOppege
    @PangkeOppege Před rokem +12

    Nanti edisi Sarawak pula okay? 😁

  • @drdavesandhu2657
    @drdavesandhu2657 Před rokem

    Terbaik citer ni

  • @hashikinmansor5638
    @hashikinmansor5638 Před rokem +4

    Eh eh. Kemain laju eh aku click bila nampak video haze😂😂

  • @amalinaselamat4487
    @amalinaselamat4487 Před rokem

    Aduhhh nyesal tengok malam2. Seramm weyhhh😂

  • @ryuxalexei6096
    @ryuxalexei6096 Před rokem +1

    Uwuuuuu haze nmpk sado la.. 👁️👄👁️ btw rambut haze rebonding?

  • @mohdadib7719
    @mohdadib7719 Před rokem +5

    Assalammualaikum. semua. selawat dulu semua

  • @hale0210
    @hale0210 Před rokem

    nice episode 👍🏻👍🏻👍🏻

  • @are39shah
    @are39shah Před rokem +1

    Xpernah x menarik kisah yang dikongsikan oleh haze dan hanan....keep strong....sakasister sentiasa support.....sabah pun byk hantu ye smpai dalam flight pun ade

  • @XmollyL0L1
    @XmollyL0L1 Před rokem

    Baca yassin tu macam pernah buat.. masa spm setiap pagi baca yassin lepastu ada satu ayat yg berakhir dengan يُؤْ منوُنَ. Lepastu kitaorang berhenti kejap selitkan doa atau macam kita nak ketenangan dlm menjawab soalan, kuatkan ingatan kita macam tu..

  • @maryann1646
    @maryann1646 Před rokem

    Geram pulak tgok rambut haze..

  • @somethingwrong6131
    @somethingwrong6131 Před rokem

    Wow bgitu pulakan timur sabah..saya dri barat sabah..sorry inda mampu mau round2 sabah..tdk cukup duit..
    Mmg tau psl balan2 sma bola2 api..biasa tu 🤣🤣 selalu kna cerita..
    Btw tq visiting sabah👍

  • @alianatasha251
    @alianatasha251 Před rokem +3

    sebbbb tu la aku sukaaa gilerrrr content hazeman ngn angker sister ni 😭 . bbykk menda bru kita dpt belajar

  • @salzeeanna
    @salzeeanna Před rokem +9

    Thanks korang share byk info tentang Semporna. Tp sedih eh bila bdk2 situ bergelumang dgn hidu gam. Otw ke tempat kerja aku dulu, ada jgk aku nampak org2 lelaki kat tepi jalan hidu gam, terhoyong hayang kat tangan ada plastik dlm ada gam.. Sedih tgk. Kalau tgk bdk2 mau aku nangis kot.. Hati tisu aku ni.

    • @msrayya
      @msrayya Před rokem +3

      Diorg ni mcm ada pusher dh dlm pulau tu..dulu budak2 tu xreti guna duit skrg dh pandai minta duit sbb nk beli gam tu lah😬😬😬 n mostly dlm tu bukan original bajau laut dlm tu sulu pati tu hah duk berkampung Kat situ juga..

    • @salzeeanna
      @salzeeanna Před rokem +1

      @@msrayya kesian eh generasi akan dtg yg dah spoil. Myvfren yg tgl kat Sabah ada cakap.. Setengah2 penduduk belah2 pendalaman dan area2 mcm ni ada yg takde IC sbb dorang bkn penduduk asli Sabah.

    • @msrayya
      @msrayya Před rokem +2

      @@salzeeanna mmg pun tu yg susah nk bgi bantuan sbb terlalu ramai PATI dlm tu.. bukan xnk tlg tp klu tlg mkin menjdi la beranak pinak dh tu jenayah Makin tinggi😬😬

    • @msrayya
      @msrayya Před rokem +3

      @@user-tc6wu8bz7l saya org tawau..😜😜bukan org sbh xnk tlgkan tp Makin ramai pastu jenayah mkin tinggi kes isap/jual dadah..pencuri/bunuh mcm Philippines nnt klu dibgi muka😅😅

    • @salzeeanna
      @salzeeanna Před rokem

      @@msrayya oohh..

  • @arrowshooter67
    @arrowshooter67 Před rokem +11

    Nampak macam banyak lagi perkara yg perlu dibincangkan balik pasal cara misi ni dijalankan 😬 Sorry abg haze nampak macam ada banyak miss communication kat sini, ada macam kurang adab sikit apa apa pun kalau kita pergi rumah orang seeloknya mintaklah izin nak buat apa² dan cuba utamakan tuan rumah.. Dan tunjukkan akhlak yg baik.. Maksudnya kena banyak bercakap lah dengan dorang atau contoh nak masuk rumah orang tu bagilah salam, atau nak record tu minta izin lah at least sepatah dua kata, wlpn perlu cakap banyak kali dan nyatakan sekali sebab macam record tu sebab apa biar dorang faham dulu supaya dorang tak rasa kita kurang adab datang² tanah orang terus rakam tanpa cakap apa²... Kerana orang yg bijak sesungguhnya adalah orang yg memahami.. Bagi saya kj bagus bab² adab ni percakapn pun lembut dan sopan pandai ambil hati org.. Abg haze nanti boleh tiru pergaulan kj nanti..

  • @crlnjn9093
    @crlnjn9093 Před rokem +15

    Ok as a Sabahan i just want to point out about the balan² one ja lah
    I dont think balan² will follow u all the way from Tawau i mean balan² is something tht people yg tiada 6th senses pn buli nmpk so sounds a bit sus lah. And they will not disturb anyone yg tiada related mcm mengandung,period or etc. Balan² ni jga tidak senang² mau dekat atau nmpkkan diri mereka dgn mnusia sbb drg ni sbrnya penakut and sometimes people always caught them during the night so klau siang² sdh nmpk tu mcm nda logik skit i think kaka nmpk ni bukan balan2 kot 😬 maybe bnda lain sbb balan2 ni manusia jga so mata kasar mcm haze tu pn boleh ja nmpk actually but they didnt right? So i dont think its balan² ,maybe u mistook tht balan² is a ghost but actually they are not ghost. but eventually i think maybe bcause not all malayan know the background of balan² so they mistook it as a ghost or u just make random story to attract viewers

    • @yecly
      @yecly Před rokem +13

      It's the law of belief.
      Pada Hanan yang memegang bahawa adanya makhluk tidak kasat mata, yakni bangsa jin yang berkebolehan merupakan wujudnya kedalam apa jua bentuk yang ia kehendaki.
      Mau balan2, kuyang, kalindahau, atau apa saja jenisnya dimata seseorang manusia mengikut kepercayaan masing-masing.
      Pada kepercayaan kamu, ianya mahkluk hidup, biar manusia yang salah memakai ilmu dan sebangainya. Tapi mengikut keyakinan muslim, ia hanya seekor jin yang merentas ke alam manusia, sedang merupa menjadi sesusuk bentuk sesuai keinginan dia sahaja. Apapun bentuknya.
      Kerana itu, jika ia hanya ingin hanya si Hanan yang dapat melihat bentuk jadian itu, maka hanya Hanan seorang yang dapat melihatnya. Begitu juga jika ia ingin dilihat oleh kelompok atau seseorang, maka hanya mereka yang dipilih sahaja boleh melihat. Atau diberi kelebihan dari Tuhan untuk melihat secara tidak sengaja.
      Itu kepercayaan si Hanan menurut saya.

    • @crlnjn9093
      @crlnjn9093 Před rokem

      @@yecly thts why in my words i said 'maybe bnda yg kaka nmpkk ni bukan balan²' so i assume maybe si hanan ni tdatau rupa balan² yg sbnrya

    • @yecly
      @yecly Před rokem +2

      @@crlnjn9093 Di semenanjung makhluk semacam balan2 menjadi bebola api boleh nampak klo terbang diwaktu malam. Jika dia berhenti, baru nampak bentuk kepalanya.
      Tp mcm sudara bilang, klu nampak org, dia lari atau hilang.
      Bentuk api itu juga boleh menjadi petanda ada orang menghantar/melepas "ilmu". Klu ini, bahaya. Klu kena, sakit la kita. Tak kena pada yg dituju, tp terkena kita pula.
      Kedai makan slalu mcm ni.

    • @helychristina3479
      @helychristina3479 Před rokem

      Betul bola api jg sebagai sihir org Dan ada 1 lg sejenis hantu jg. Balan2 ni selalu bunyi saja kedengaran.

    • @yecly
      @yecly Před rokem +3

      @@helychristina3479 Boleh tnguk video si Khairul Jamain, dia boleh pg set up khemah di pantai Simpang Mengayau, Kudat. Sorang2! Gila juga dia ba. Tidur situ dia. Kenak la malam2 tu. Habis dengar ada yg lg pusing khemah lah, terbang atas celah2 pokok lah. Masa dia mau tidur.
      Boleh dengar cerita dia.
      Orang situ suda larang, dia mau juga. Langsung kena. Hahaha...

  • @AbuQalaq
    @AbuQalaq Před rokem

    wahhh nak beli merchhhh

  • @zurainimdnayan8033
    @zurainimdnayan8033 Před rokem

    comelnya hanan.. cantik sebenrnya hanan ni

  • @snaizatma8059
    @snaizatma8059 Před rokem

    best nya team heliza

  • @senhaku03
    @senhaku03 Před rokem

    Attractive nya abang Haze ni..😋😋 🇧🇳