Trip Pengkalan Hulu bahagian 1

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 10. 07. 2024
  • Dalam Trip ke Pengkalan Hulu, saya buat video ini dalam 2 bahagian.
    Dalam bahagian pertama, saya mulakan perjalanan dari plaza tol lebuhraya BKE hingga ke pekan Baling.
    #malaysia #need1000subscribers #tankertruck #savetheworld #savegazapalestine #kedah

Komentáře • 3

  • @husnymazlan8155
    @husnymazlan8155 Před 20 dny +1

    Kami pernah melalui Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) iaitu E15 dan juga pekan Baling (Kedah) beberapa tahun yang lalu.
    Di Persimpangan Bertingkat Permatang Pauh Tanpa Tol, ada simpang empat dengan lampu isyarat.
    Susur keluar ke kiri menuju ke Permatang Pauh, Bukit Mertajam dan UiTM cawangan Pulau Pinang manakala laluan terus melalui jejambat menuju ke Gerik (Perak) dan Kulim (Kedah).
    Plaza tol pertama iaitu permulaan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) iaitu Plaza Tol Kubang Semang.
    Selepas memasuki sempadan negeri Pulau Pinang dan Kedah, plaza tol kedua iaitu penamatan lebuhraya berkenaan di Plaza Tol Lunas.
    Selepas dari Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dan memasuki pula Lebuhraya Timur-Barat iaitu Laluan Persekutuan 4 bertindah bersama Laluan Persekutuan 67 sedia ada.
    Berhampiran kilang Merdec, ada simpang tiga.
    Belok ke kiri menuju ke Kuala Pegang dan Sik manakala laluan terus pula menuju ke Kupang dan Baling.
    Di simpang tiga pertama, ada lampu isyarat.
    Laluan terus menuju ke Gerik (Perak), Jeli dan Kota Bharu (Kelantan) melalui Laluan Persekutuan 4 manakala belok ke kiri pula menuju ke Kupang, Baling dan Pengkalan Hulu (Perak).
    Di simpang tiga kedua, ada lampu isyarat.
    Laluan terus menuju ke Hutan Lipur Lata Mengkuang, Baling dan Pengkalan Hulu (Perak) manakala belok ke kiri pula menuju ke Hutan Lipur Lata Bayu.
    Di simpang tiga ketiga, ada lampu isyarat.
    Laluan terus menuju ke pekan Baling dan Pengkalan Hulu (Perak) manakala belok ke kiri pula menuju ke Sungai Limau, Parit Panjang, Sik dan Alor Setar.
    Di pekan Baling, ada simpang tiga lampu isyarat.
    Laluan terus menuju ke Kampung Lalang dan Weng manakala belok ke kanan menuju ke Pengkalan Hulu (Keroh) dan Gerik (Perak).
    Selepas simpang tiga lampu isyarat di pekan Baling, jarak destinasi dalam Laluan Persekutuan 76 antaranya jarak Pengkalan Hulu (Keroh) iaitu 13 kilometer manakala jarak Gerik pula iaitu 62 kilometer.