SELAMAT HARI PAHLAWAN 2021 by MR Hakimi

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 29. 07. 2021
  • Hari Pahlawan merupakan satu hari khusus untuk memperingati jasa para pahlawan yang dilihat berbakti mempertahankan tanah air kelahiran mereka di beberapa negara. Ia biasanya disambut sempena hari kelahiran seseorang pahlawan, atau hari kepahlawanannya.
    Hari Pahlawan di Malaysia disambut setiap 31 Julai. Pelbagai acara diadakan sempena Hari Pahlawan ini bagi mengenang jasa semua pasukan keselamatan tidak kira tentera atau polis sebelum dan selepas Malaysia merdeka. Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
    Sempena Hari Pahlawan, acara letak kalungan bunga oleh pemimpin negara iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri serta ketua pasukan keselamatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan ketiga-tiga cabangnya serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bertafakur selama seminit di hadapan Tugu Negara berhampiran Panggung Aniversari, Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Acara tradisi ketenteraan tiupan “Last Post” dan “Rouse” serta deklamasi sajak juga dilakukan di hadapan tugu. Acara-acara keagamaan seperti majlis bacaan doa selamat, yasin, tahlil dan sebagainya juga diadakan di Masjid Negara

Komentáře •