JOM LEPAK DI KUANTAN PICKERS & KEDAI KOPI | SEPERTI BERADA DI ZAMAN DAHULU | UNIK DAN KLASIK

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 7. 09. 2024
  • #channel20sen
    Kuantan Pickers & Kedai Kopi ini tidak asing lagi bagi mereka yang tinggal di sekitar bandar raya Kuantan. Kedai yang terletak di No 20, Jalan Besar, Kuantan mempunyai kelainan dan keunikan di samping menjadi salah satu tarikan kepada pelancong.
    Bagi anda yang ingin ke kedai ini tidaklah sukar untuk mencari lokasinya, kerana kedudukannya di deretan kedai lama tidak begitu jauh dari Menara Kuantan 188.
    Berkunjung ke Kuantan Pickers & Kedai Kopi ini anda akan merasai suasana pada era tahun 50 an dan 60 an, kerana kedai ini berkonsepkan retro dan klasik. Dahulunya kedai ini adalah sebuah kedai menjual ubat dan menjual tiket bas.
    Menurut pemilik Kuantan Pickers, saudara Nazrul Zuber bersama rakan niaganya, mereka memulakan aktiviti pengumpulan barang barang lama di samping menjadi tempat komuniti berkumpulnya para peminat barang lama.
    Pelbagai barang-barang antik seperti pinggan mangkuk, permainan kanak-kanak, kerusi meja, bekas makanan, botol minuman, piring hitam, Ghramaphone dan lain lain lagi yang dikumpulkan turut dipamerkan di kedai tersebut.
    Sambil menikmati makanan anda dapat melihat dan menghayati barang barang lama yang dipamerkan di situ.

Komentáře • 5

  • @sharonleong7120
    @sharonleong7120 Před rokem +3

    Menarik dan terbaik sekali lagi. 👍👍👍❤️❤️❤️

  • @GamingZone-dc4uw
    @GamingZone-dc4uw Před rokem +3

    Best tempat2 mcmni,lagi2 tempat2 lama yg penuh nostalgia

  • @suarimi590
    @suarimi590 Před rokem +3

    Wow 🥺🥺🥺 menakjubkan sekali masyallah hebat nya

  • @DraBlm3335
    @DraBlm3335 Před rokem +3

    @3:29 part tahan maki tu adoiii 🤣. Teringat DoReMi masa Re mintak kerje. Memang nak kena dia tu.

  • @BadrohaBadroha
    @BadrohaBadroha Před rokem +2

    Xtahu pula ada kedai ni kat kuantan.nnti bole la try pergi.betul2 mengamit memory