Ust Azhar Idrus- Minyak Wangi & Minyak Rambut ; Alkohol

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 6. 01. 2012
  • [Tauhid Salaf] .
    .
    .
    ***
    -Ustaz Azhar Idrus ( Original )
    Minyak Wangi.
    Alkohol yang dicampur ke dalam bau-bauan (minyak wangi) ialah diambil daripada proses tindakan kimia bijian dan kayuan. Daripada bijian tersebut disebut "alkohol Ethyl" dan daripada kayu disebut "Methyl". Semua alkohol termasuk dalam kumpulan karbon (C-OH).
    Alkohol Ethyl dibuat daripada bijian dan cecairnya yang telah diperam dan dijadikan bir dan wine atau disebut arak.
    Selain daripada itu Ethyl digunakan juga sebagai bahan campuran dalam minyak yang digunakan untuk lampu-lampu makmal dan jentera-jentera traktor dan sebagainya.
    Ini dilakukan untuk mengurangkan pencemaran udara.
    Alkohol Ethyl juga digunakan sebagai alat pemandu ubat (preservative/ubat tahan) ubat antiseptik untuk melawan kuman, ubat gosok atau minyak angin untuk urat saraf atau terseliuh.
    Alkohol jenis ini juga digunakan untuk dimasukkan ke dalam minyak wangi, maka jika digunakan untuk dimasukkan ke dalam minyak wangi untuk menyerbak keharumannya.
    Seperti yang kita fahami bahawa alkohol jenis Ethyl ialah najis dan sekiranya kita menggunakan bahan-bahan yang dicampur dengannya seperti minyak wangi, maka jika dibawa dalam solat tidak sahlah solat kita menurut satu pendapat dan dimaafkan menurut satu pendapat yg lain..
    Namun begitu menurut Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman telah mengeluarkan Fatwa bahawa minyak wangi tersebut hukumnya harus dipakai walaupun dalam sembahyang.
    Wallahu a'lam.
    ~
    ..ustaz, bagai mana dengan tapai ubi n pulut?.. mengikut kajian kandungan alkohol tinggi...
    -Ustaz Azhar Idrus ( Original ) alkhohol dalam tapai hanya haram dimakan bila sampai tahap maksima yaitu disimpan sampai beberapa minggu.. maka pada ketika itu haramlah memakannya kerana ada sifat memabukkan..
    By: Facebook fanpage

Komentáře • 5

  • @tebuanrentung4582
    @tebuanrentung4582 Před 4 lety +4

    Trima ksih uai... Trjwab suda persoalan di kepala ni asik was2 je dgn mnyak rmbut myk wngi...

  • @multioutdoorchannel
    @multioutdoorchannel Před 2 lety +2

    Alhamdulillah.. Sangat lega hati saya terjawab sudah.

  • @mohdredzuan130
    @mohdredzuan130 Před 10 lety +4

    Terima kasih atas penjelasan..lega dgr :-)

  • @leoleon-zp9uv
    @leoleon-zp9uv Před rokem +1

    Terjawap juga akhirnya.. Terima kasih ustaz

  • @ziaulhaqq2202
    @ziaulhaqq2202 Před rokem

    Sy beli sabun mandi nicotinamide yg ada mengandungi 2 jenis alkohol sb sabun mandi ni bau dr jenama perfume mahal..tula xtau 2 jenis tu yg najis atau tidak..klu Ustaz Azhar Idrus ckp dlm skincare alkohol bole mati minum maka sy lega la mngkn alkohol dlm sabun sy guna ni bkn brasas dr najis..