Sains Tingkatan 3 KSSM I Bab 7 Tenaga & Kuasa I 7.2 Tenaga Keupayaan dan Tenaga Kinetik
Vložit
- čas přidán 22. 06. 2020
- 7.2 Tenaga Keupayaan dan Tenaga Kinetik
Hasil Pembelajaran :
1. Menerangkan dengan contoh tenaga keupayaan graviti dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian
2. Mengirakan tenaga keupayaan kenyal dalam konteks kehidupan harian
3. Menjelaskan dengan contoh tenaga kietik dalam konteks kehidupan harian
cuba jawab soalan di sini forms.gle/h1toHSEPdvWTxR1g8
Untuk Cikgu - cikgu nak buat salinan soalan, boleh klik di sini docs.google.com/forms/d/19ptX...
🔴pembetulan (thanks to kenneth)👍
minit ke 14.09
1. soalan bagi tajuk tenaga keupayaan kenyal, 1/2Fx,
F = 30N x = 0.08m
1/2 X 30N X 0.08m = 1.2J bukan 2.4J
maaf di atas kesilapan pengiraan, saya lupa untuk bahagi 2...😅..
thanks👍
#sainsting3 #bab7 #keupayaandankinetik
Alhamdulillah faham cikgu ajar ... doakan saya A untuk UASA 🤲🏻
goodluck! doakan saya jugak...
Alhamdulillah🤲🏻🤲🏻
InshaAllah... All the best utk awak semua💪💪💪
Next sem masuk kelas Sains Tulen jgn lupakan saya😁😁
💪💪
mcm mana?
best sangat video dan penerangan dari cikgu. saya memang guna sepenuhnya ketika di sekolah dan during lockdown. tq so much
Terima kasih atas sokongan👍👍... Semoga bermanfaat ya😊
Terima kasih byk² cikgu. Saya byk gunakan video² ckg utk mengajar pelajar-pelajar saya. Penerangan cikgu sgt jelas, padat dan mudah difahami. Saya mohon cikgu halalkan ye. Saya doakan cikgu terus cemerlang dan diberi kesihatan yg baik. Aamiin
Sama sama cikgu😊😊
Terima kasih sudi guna bahan ini cikgu😊😊
Aamin... Terima ksih atas doa...
video cikgu mmg bagus sngt...saya sebelum ni yg tak faham langsung apa yg diajar dlm kelas tapi lepas tngk video ni mmg faham terus...semoga cikgu terus sukses dan dirahmati selalu...
Alhamdulillah👍👍... Terima kasih💪💪... Share dgn kawan2 ya✌️
Alhamdulillah faham apa yg cikgu ajar harap² dapat A dalam ujian uasa
Cikgu, thx video yg mantap. Rasa ada 1 soalan cikgu lupa bahagi dengan 2, jawapan ialah 1.2. Maaf, sekiranya saya kira skilap.
assalamualaikum cikgu
terima kasih cikgu video membantu sangat sangat
semoga cikgu sihat selalu☺️👍
terima kasih cikgu taufik..saya banyak guna video cikgu untuk penerangan kpd murid, sangat3 membantu. ringkas mudah sangat nak faham. Moga Allah mudahkan urusan cikgu taufik atas manfaat dari video cikgu ni.
Sama sama Cikgu Nur Izyan😊.... Aamin... Terima kasih Cikgu😊
terimakasih cg. saya kongsi dengan ank2 murid saya ya
sama - sama Cikgu... silakan,, semoga bermanfaat ya
best video bantu saya ajar budak2 dgn lebih faham...tq cg taufik
Terima kasih cikgu😊😊👍
tq cikgu. saye baru faham tentang tajuk ni😁
Terbaik LA cikgu...Tak pernah berhenti upload video demi murid2...even cikgu banyak kerja dekat sekolah
Alhamdulillah.... Berkat doa anak2 murid juga ni,😊😁😁👍
trma ksh ckguuu
TQ CIKGU
Welcome👍👍
Terimakasih cikgu.. Video yg byk membantu saya..
Sama sama Cikgu😊😊
Doa kan saya dpt msuk kelas stem ya smua
💪
👍👍💪💪
Best lah
Terima kasih☺️☺️
Saya baru pindah balik dari luar negara, nak catch up dengan silibus sini, video cikgu sangat membatu saya, terima kasih sangat sangat ye cikgu
Alhamdulillah🤲🤲... Terima kasih sudi jenguk video ni... 👍👍... Semoga bermanfaat👍👍
Terima kasih cg , penerangan yg mudah dan jelas 💐 sy byk tgk vds sains cg if sy nk study dan tak fhm 🦋
Alhamdulillah... Terima kasih💪💪... Ada soalan tanya ya
terima kasih tn
terbaik cikgu taufik
Terima kasih😊
15:35
Tq cikgu. Sy share video cikgu ngan anak murid sy.
Terima kasih Cikgu😊😊
Tq cikgu 🙇♂️
Terima kasih😊... Semoga bermanfaat...👍👍
Terima kasih cikgu..sgt mudah d fahami
Sama sama cikgu dan teima kasih😊
Terima kasih cikgu
Sama - sama😀👍...
thx
alhamdulillah terimaa kasih byk2 cg, saya yang tak masuk kelas tak tahu apa terus boleh score exam lepas bljr dr vid ni !!
Terima kasih atas sokongan 💪💪💪
Saya banyak menggunakan video cikgu untuk anak murid saya. Mohon dihalalkan dan terima kasih cikgu
Terima kasih Cikgu😊😊
Alhamdulillah senang nak faham. Doakan saya lulus
InshaAllah🤲🤲🤲...amin
Tak tau nk cakap sbb vid cg MMG membantu 😶😶😶💜
Terima kasih😊😊... Semoga bermanfaat😊😊
Terima kasih cikgu membantu saya mengajar students saya. Mohon share slaid ye
Sama sama cikgu😊
Sy share dgn anak murid sy juga
Sila Cikgu... Terima kasih.. :)
Trm kasih cg, mohon share ye cg
cikgu nk tanya 10 ms -2 tu bila kene letak atau mmg kene ltk
Cikgu terbaik . 👍Harap cikgu blh upload 7.3😆
Terima kasih,,, tekan link ni ya czcams.com/video/59A6Od3DHuY/video.html
video cgu terbaik...saya guna ye...
Terima kasih☺️.. silakan☺️
rumus kira tenaga keupayaan graviti = mgh , kalau ikut contoh yang cikgu bagi , untuk yang jisim tetap , seorang lelaki 50 kg , duduk atas tembok dengan ketinggian 5m , bila cikgu kira , mcm mana cikgu boleh dapat 10ms-2 ?
Rumus nya mgh iaitu jisim x pecutan graviti x ketinggian...
G = pecutan graviti
Iaitu daya tarikan graviti ke pusat Bumi.. (ke bawah)
14:09 tu rasanya 1.2J
Saya dah letak info di description video... Ada pembetulan... Saya lupa bahagi 2 soalan tu 😅
@@CikguTaufikIbrahim oh, tak perasan ada dekat description. Thank you cikgu
14.16 knpe dpt 2.4 bukan ke patutnye 1.2 sbb depan tu ade 1/2
Betul... Saya ada komen sebelum ni😀... Bagus awak fokuss...💪💪💪... Saya silap taip... Maaf ya👍
Cikgu kenapa 1/2x30x0.08 = 2.4?
Bukannya. 1.2?
Aah... Saya baru perasan saya lupa bahagi dua😅... Terima kasih ya Kenneth... 👍... Nnti saya akan betulkan next video... Thanks a lot😊👍
Tak ada masalah, asalkan semua orang tahu 😄😄
Oh ya cikgu saya masih belum faham 1perkara video 7.1 punya iaitu tentang Tenaga keupayaan graviti =mgh
Cara darab kan 10ms-2 bagaimana?
@@imkenz3008 ok, tenaga keupayaan graviti ialah tenaga yang tersimpan pada objek pada ketinggian tertentu,
m = mass / jisim
g = pecutan graviti = 10ms-2
h = height / ketinggian
g = 10ms-2 ialah pecutan graviti ke pusat Bumi... Oleh itu ia sentiasa menuju ke bawah (pusat bumi)
Jadi, daya (berat) = jisim (kg) X pecutan graviti (10ms-2)
Contoh : jisim Kenneth 50kg
Tapi berat Kenneth 50kg X 10 = 500N
Ohh... Sudah faham thank you cikgu 😁
Assalamualaikum cikgu,yang 10ms-² mne dapat?
cikgu saya nak tanya mcm mana nak buat soalan nombor 8 tu
terbaik cikgu..👍 minta izin share slide ye..saya ajar murid pekak..perlu translate pada bahasa isyarat..sy share slide cikgu ye..
Terima kasih Cikgu😊😊... Semoga bermanfaat cikgu... Sampaikan salam saya pd mereka😊😊👍
salam cikgu, dalam buku cakap original length-new length tapi cikgu cakap new length - original length, mana satu ya..
Owh... Sebenarnya, kita nk perbezaan panjang sahaja... x itu ialah pemanjangan...
Berapa perbezaan drpd panjang asal
Assalamualaikum cikgu nak tnya yg formula mgh tu yg g mmg kena darab 10 ke g pecutan graviti=10 mcm tu ? Tk berubah? tolong terangkan hehe tq cg
waalaikumsalam... Ya betul... Nilai pecutan graviti tetap... 10 ms-2... Kalau menengah atas nilainya accurate skit iaitu 9.81 ms-2😊
Pecutan graviti ni ialah daya yang menarik semua objek ke pusat Bumi... Jd nilainya tetap sbb kita duk kt Bumi...
Kalau kita duduk di Marikh, pecutan graviti berubah mengikut pecutan graviti planet tersebut..
Cikgu, kalau mahu tukar dari kJ ke J darab berapa?
Okay.. k = kilo, maknanya 10 kuasa 3
Contoh, 1km = 1 x 10 kuasa 3
1 km X 1,000 = 1000 m
Jadi, 1 kJ = 1000J
👍
cg boleh saya tahu formula cari berat bgi soalan keupayaan graviti
Darab dengan pecutan graviti... 10ms-2
Assalamualaikum cikgu, saya nak tanya... Kenapa sebiji buah yang tergantung di atas pokok TIDAK dikatakan mempunyai tenaga kinetik?
Waalaikumsalam... Kerana tiada halaju... Buah tidak bergerak...
Rumus tenaga kinetik = 1/2 mv kuasa dua... V = velocity (halaju)
Buah yg tergantung mempunyai tenaga keupayaan berdasarkan ketinggiannya👍
@@CikguTaufikIbrahim okey, terima kasih cikgu
@@samehahalmunaismail2060 sama sama😊
Buah tidak jatuh ke bawah... Jadi tiada halaju...
Halaju bermaksud sesaran yang dilalui dalam masa tertentu...
Sama sama😊😊
cg knpa di minit 14:5 bole dpt 2.4 joule..saya kurang faham..saya dah taip 1/2 × 30 × 0.08 dkt kalkulator lain jwpn yg keluar
Saya ada letak di description video...ada pembetulan😊...saya lupa nk bahagi 2... Jawapan yg betul 1.2 Joule😊
@@CikguTaufikIbrahim ok trma kasih cg
Assalamualaikum cikgu, 17:33 macam mana cikgu bole dapat 4687500000 j?
cikgu kalau nk kira 10ms-2 kat kakulator boleh ke.
Nilai pecutan graviti tetap... Tak perlu kira😊
okk terima kasih cikgu👍👍
@@amiryusuf1947 sama sama😊😊... Nnti dlm silibus fizik nilainya akan jadi 9.81 ms-2
3:40 cg nak tye kenapa dalam contoh soalan ni dia punya g=10ms-2? mmg g tu nilai dia tetap eh dlm mana ii soalan?
Ya betul... Daya graviti nilai tetap💪💪
Cg sy nk nom cg boleh? Sbb sy nk tnya knp jwpn sy lain dgn gf tu..
Boleh PM saya di fb, Mohd Taufik Ibrahim👍
Kenapa kena darab dengan10ms kuasa negatif dua?dan kenapa tau jisim adalah 10ms kuasa negatif dua kalau tidak tulis?
10 ms-2 ialah nilai pecutan graviti...
Rumus tenaga keupayaan graviti,
= mgh
m - jisim
g - pecutan graviti
h - ketinggian
Pecutan graviti adalah daya tarikan graviti ke arah pusat Bumi... Inilah daya yang menarik semua objek ke pusat Bumi...
Semua objek akan jatuh ke bawah disebabkan daya tarikan graviti
ouh maksudnya
mgh=Fs
berat X Pecutan Graviti X ketinggian = daya X sesaran
#1KG=10N
contoh:
1Kg X 10m/s X 1M = (1 Kg X 10 N) X 1 M
10=10 #
heehe blur sikit part 6:53 tu soalan 1 kenapa dalam rumus kerja tetiba ada pecutan hehe
macam mana nak kira 10 ms-2 tu kalau nak tekan kalkulator ?
Tekan 10 je... ms-2 tu unit sahaja☺️
Sebuah helikopter menjatuhkan kontena berjisim 510 kg pada ketinggian 2000 cm dari tanah. Hitung halaju kontena tersebut sebelum ia mencecah tanah. Bantu saya cikgu...😢😔
Boleh ke page FB saya, Cikgu Taufik Ibrahim... Saya ambil gambar mesengger cara pengiraan ok
Maaf ya bertanya kalau trampolin pun dikira (daya keupayaan kenyal) ke cikgu?
Betul cikgu... Trampolin ada spring.. ada tenaga keupayaan kenyal😊
@@CikguTaufikIbrahim Thank you cikgu actually saya sebenarnya student...but thank you sgt2 cikgu utk perkongsian video2....🤗🤗🤗👍🏻👍🏻👍🏻
@@Norhayati-lx8sd owh ye ke😅😅... Sama sama😊😊😊👍
Cikgu adakah tenaga kinetik sama dgn tenaga graviti
Tak sama...
Pecutan graviti adalah tarikan oleh graviti Bumi ke Pusat Bumi... Ada nilai tetap iaitu 10ms-2
Tenaga kinetik adalah tenaga yang dimiliki oleh objek yang bergerak. Tenaga Kinetik bergantung kepada jisim dan halaju objek tersebut
Cg yg V tu wajib dlm ms^-1 ke
Ya betul.... Halaju dalam unit ms-1👍
Saya rasa cg ni akan dijemput tv3.. sbb femes😅
Alamakkk...xde la.. ramai lagi cikgu2 yg hebat di luar sana.... Saya ckgu biasa je😅
salam cikgu, acceleration ms-2 tu memang kekal 10 je eh
Ya betul.. itu adalah pecutan graviti... Nilai tetap...
Cikgu kenapa kenderaan berat seperti jentera berat berhalaju rendah tetapi mempunyai tenaga kinetik yang tinggi?
Ok, tenaga kinetik bergantung kepada 2 faktor... 1. Halaju, 2. Jisim
Semakin tinggi halaju semakin tinggi tenaga kinetik
Semakin tinggi jisim semakin tinggi tenaga kinetik
Rujuk formula tenaga kinetik, = 1/2 mv kuasa 2😊😊👍
@@CikguTaufikIbrahim terima kasih cikgu
Sama sama😊
Aslm cgu , cara kira halaju dgn laju berbeza ke ?
Kalau laju rumusnya jarak bahagi masa, kalau halaju sesaran bahagi masa.... Beza jarak dan masa... Jarak - jumlah perjalanan yg dilalui drpd titik mula hingga akhir...
Sesaran - jarak teringkas antara titik mula dan akhir
14:10 cikgu, betul ke jwpn 2.4J?
Saya ada mention di deskripsi video... Ada kesilapan skit...lupa bahagi 2😅
How to get the 10ms-2
Itu adalah kuantiti tetap, pecutan graviti 10 ms-2, kalau dalam fizik nilainya lebih tepat iaitu 9.81 ms-2...
Nilai tetap kerana daya graviti yang menarik semua objek ke pusat Bumi adalah sama
cikgu...boleh terangkan tak soalan yang cikgu bagi tu yang no 8... sbb saya kira dapat 37822.5J tpi jawapannya 3788.5...sy ni otak slow skit bab ii kira ni hehe
ok.. macam ni pengiraannya ya...
Rumus tenaga kinetik : 1/2 mv kuasa 2
diberi halaju, v = 44.3kmj-1 kita tukar kepada ms-1 iaitu 44300m / 3600s = 12.31ms-1
diberi berat W = 500N, kita tukar kepada jisim, m iaitu 500N/10 = 50kg
masukkan dalam rumus,
1/2 X (50kg) x (12.31)kuasa dua
= 3788.4 Joule
@@CikguTaufikIbrahim ok terima kasih cikgu 😊
@@shahrinalina4911 sama sama... ;)
Buayan anak HAHAHA
👍👍👍
cikgu...yang unit "M G H" tu ikut English eh?
Ya betul,
m = mass (jisim)
g = gravity
h = height (ketiggian)
@@CikguTaufikIbrahim oh...terima kasih cikgu!
Sama sama😊
cg boleh saya tau dia memang kena darab 10ms tu ke cg?
Kena tgk rumus... Kalau melibatkan daya mesti kena darab dengan 10... Itu adalah nilai pecutan graviti Bumi💪
6:58 bukankah kerja tu
W = fs
= (1200kg x 10N) x 40m ?
Ya betul...
Kerja = Daya X sesaran
Kerja = (Jisim x graviti) X sesaran
Kerja = (1200kg x 10ms-2) X 40m
14:11 tu cmn blh jdi 2.4? Sy punya 1.2, cmn tu cg xfhmm😭😭
Betul 1.2J tu... Saya ada mention pada description video...saya terlupa bahagi 2... Jadi 2.4 bahagi 2 = 1.2J😊 maaf atas kecuaian 🙏
Cikgu... Yang 8:07 itu kan...knapa yg 252.6 kJ tu ditukar kpd 252600J???????
Sbb unitnya kilo Joule.... Kena darab 1000, sebab 1 kilo = 1000... Contoh 1kg = 1000g...💪
@@CikguTaufikIbrahim owhhh...ok.ok cikgu...terima.kasih yaa cikgu😀😍
@@FaisalKhan-ju7ui orait...😊.. sama - sama...💪
Cikgu Dalam Bab 7.1 cg cakap kerja=daya X sesaran W=F s kenapa 7.2 ni pulak kena tambah pecutan graviti sebelum ni Tak pun
Ok, macam ni ya,
Tgk kepada rumus,
Kalau soalan beri nilai daya dalam newton, terus guna w= F x s
Kalau diberi jisim, jisim bukan daya, berat ialah daya, jadi rumus berat ialah berat = m x g
Berat = jisim x pecutan graviti
Sebab tu kena darab pecutan graviti...
Jadi, kerja, W = F x s @ W = (m x g) x s...
@@CikguTaufikIbrahim ok faham cikgu terima kasih dengan perkongsian cikgu☺️
@@abdullahhashim7562 sama - sama... Semoga bermanfaat👍😊
Halaju boleh tak dalam bentuk perpuluhan?
Boleh je... no problem💪💪
tenaga keupayaan kenyal dan tenaga keupayaan elastik ada berbeza tak?
kenyal=elastik, benda yang boleh diregangkan dan kembali kepada bentuk asal
ya betul tu.... Elastik sama dengan kenyal... Elasticity = Kekenyalan
18:35 mcm mn blh jdi 0.1?
Persamaan tenaga kinetik... 1/2 X 0.2 X v2
0.2 X 1/2 = 0.1
cikgu, macam mana dapat 3600 saat 17:11
Kena tukar masa 1 jam kepada saat... 1 jam bersamaan 3600 saat👍
assalamualaikum
utk soalan 8, saya dapat jawapan 3,785.75 J kenapa ya?
Waalaikumsalam cikgu... Saya guna 2 titik perpuluhan....
Halaju = 44.3kmj-1
= 44300 m / 3600 s
= 12.31 ms-1
W = 500 N = 50kg
Tenaga kinetik = 1/2 mv kuasa 2
= 1/2 (50kg) (12.31) kuasa dua
= 1/2 (50) (151.54)
= 3,788.5 J @ 3,789 J
@@CikguTaufikIbrahim terima kasih cg
TERIMA KASIH CIKGU. SAYA PUN PELIK MASA SY NAMPAK JAWAPAN. LEPAS TU , SY KIRA 3 KALI. DAPAT JWP SAMA JUGA. TERIMA KASIH @Azlina Abdullah ATAS PERTANYAAN SOALAN INI.
Cikgu nk tanya mcm mna nk cari Jisim pulak
Soalan mcmana tu?
Cikgu saya nk tanya soalan tapi soalan tu berkait
Soalan apa ya? Boleh je tanya😀
@@CikguTaufikIbrahim tak pa la cikgu...saya dah bincang dengan cikgu sains saya... terima kasih cikgu
Cikggu jawab saya cikgguuu kenapa boleh jadi 2.4??? Yang 14:11 tuuuu😭
Saya tersilap tu...saya ada mention kt description video... Saya lupa bahagi 2🙏
13:41 cikgu cikgu kenapa 3kg x 10? Sepuluh tu apa eh
10 itu nilai pecutan graviti... Kena tgk rumus... Kalau tenaga keupayaan, mgh... Sbb sbb objek akan ditarik oleh graviti Bumi dengan pecutan 10 ms-2...
@@CikguTaufikIbrahim
Jd kalau tulis 3kg x 10 ms sekali boleh juga ke cikgu?
Assalamualaikum cg
nak tanya dalam soalan no 5 kuiz , kenapa saya dapat jawapan 1.5 J bukan 15 J
Waalaikumsalam...
Tenaga keupayaan = mgh
m = 200g = 0.2kg
g= 10
h = 750cm = 7.5m
Tenaga keupayaan = 0.2 x 10 x 7.5
= 15 J
Kenapa kena darab ngan 10 ?
Tq cg smbung pulai 😀
ok... nilai 10 meter per saat tu pecutan graviti Bumi..
maknanya, tarikan ke pusat graviti Bumi..
nilai sebenar ialah 9.81 meter per saat...
Jadi tarikan graviti ini lah yang menyebabkan semua objek akan jatuh ke bawah, gunung ganang tidak tercabut dari bumi dan sebagainya...
Berat kita sebenarnya kena darab dengan 10 meter per saat. Contoh jisim kita 50kg, berat kita darab dengan 10 jadi 500N... sbb jisim x 10 = berat (daya )
kalau kita di Bulan, tarikan graviti Bulan rendah, kira-kira 1 per 6 daripada 10 meter per saat, sbb tu boleh terbang di Bulan...
InshaAllah minggu depan saya akan muat naik..
8:17 knp saya dpat 42.1 cikgu
erm...tak logik ketinggian KL tower cuma 42 meter... Ketinggian batman drpd permukaan bumi maknanya ketinggian kedudukan Batman di puncak KL Tower... 😊... Cuba tgk unit... Betul tak awak masukkan semua data dalam formula Tenaga keupayaan graviti = mgh..
Tenaga keupayaan graviti = 252.6 kJ = 252600 J
Jisim = 60 kg
Graviti = 10 ms-2
@@CikguTaufikIbrahim jwpn masih sama, ke cara saya tkn kalkulator salah?
@@CikguTaufikIbrahim cikgu, nk tukar unit kJ ke J mcm mna
@dinow8180 darab dengan 1000
cikgu nak tanya , kenapa minit 18:42 tu kena punca kuasakan jawapan tu