Ayatul Kursi al-Baqarah ayat 255

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 27. 06. 2022
  • #ayatulkursi #sunnah
    1. Daripada Abi Umamah RA bahawa Nabi SAW bersabda:
    مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ، إِلَّا الْمَوْتُ
    Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardhu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati”. [Riwayat al-Thabarani di dalam Mu’jam al-Kabir (7532)] [Riwayat al-Nasa’ie di dalam al-Sunan al-Kubra (9848)][Hadith ini dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban]
    2.
    عَنْ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا أَبَا الْمُنْذِرِ، أَتَدْرِي أَيُّ آيَةٍ مِنْ كِتَابِ اللهِ مَعَكَ أَعْظَمُ؟ قَالَ: قُلْتُ: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ. قَالَ: يَا أَبَا الْمُنْذِرِ أَتَدْرِي أَيُّ آيَةٍ مِنْ كِتَابِ اللهِ مَعَكَ أَعْظَمُ؟ قَالَ: قُلْتُ: {اللهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ}. قَالَ: فَضَرَبَ فِي صَدْرِي،
    وَقَالَ: وَاللهِ لِيَهْنِكَ الْعِلْمُ أَبَا الْمُنْذِرِ.
    Maksudnya: Daripada Ubai bin Ka’ab, beliau berkata: Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bertanya kepadanya: “Wahai Abu al-Munzir (gelaran Ubai bin Ka’ab), adakah kamu tahu ayat al-Quran apakah yang paling agung?” Aku menjawab: “Allah dan RasulNya lebih mengetahui.”
    Baginda bertanya lagi: “Wahai Abu al-Munzir, adakah kamu tahu ayat al-Quran apakah yang bersama kamu itu yang paling agung?” Aku menjawab: “الله لَا إِلَه إِلَّا هُوَ الْحَيّ القيوم (Ayat Kursi).”
    Baginda menepuk-nepuk dadaku lalu bersabda: “Demi Allah, kamu akan dipermudahkan untuk mendapat ilmu wahai Abu al-Munzir.”
    (Hadis Riwayat Muslim)
    Hadis ini adalah hadis yang paling banyak disebut di dalam tazkirah dan pengajian apabila ditanya kelebihan membaca ayat kursi. Intipati ayat kursi yang mengagungkan Allah serta memuji-Nya dapat memberi syafaat kepada penuntut, dengan izin Nya.
    3. Terpelihara dari gangguan syaitan
    Syaitan merupakan makhluk Allah yang terkutuk dan sering mencari jalan untuk menyesatkan umat manusia. Kita dituntut untuk memohon perlindungan daripada Allah supaya terhindar daripada gangguan dan hasutan syaitan. Selain membaca ta’awuz, antara kaedah lain yang boleh melindungi kita daripada gangguan syaitan adalah dengan membaca ayat Kursi.
    Dalam sebuah hadis, kita dituntut untuk membaca ayat Kursi sebelum hendak tidur. Allah juga telah menjanjikan perlindungan bagi mereka yang membaca ayat ini dengan kehadiran para malaikat yang akan menjaga sehingga waktu pagi. Berikut adalah dalil bagi kenyataan tersebut:
    عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ وَكَّلَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِحِفْظِ زَكَاةِ رَمَضَانَ فَأَتَانِي آتٍ فَجَعَلَ يَحْثُو مِنْ الطَّعَامِ فَأَخَذْتُهُ فَقُلْتُ لَأَرْفَعَنَّكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَصَّ الْحَدِيثَ فَقَالَ إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ فَاقْرَأْ آيَةَ الْكُرْسِيِّ لَنْ يَزَالَ مَعَكَ مِنْ اللَّهِ حَافِظٌ وَلَا يَقْرَبُكَ شَيْطَانٌ حَتَّى تُصْبِحَ وَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَدَقَكَ وَهُوَ كَذُوبٌ ذَاكَ
    Maksudnya: Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW mewakili aku untuk menjaga zakat Ramadhan, lalu datanglah seseorang dan mencuri sebahagian dari makanan tersebut, maka aku menahannya, lalu aku berkata akan membawanya kepada Rasulullah. Di akhir hadis tersebut syaitan tersebut berkata: “Apabila engkau menuju ke tempat tidurmu maka bacalah ayat kursi, kerana (dengan membacanya) akan sentiasa bersamamu malaikat dari Allah yang menjagamu, dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga ke pagi.
    Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Syaitan itu, jujur kepadamu padahal ia (syaitan) adalah penipu.”
    (Hadis Sahih Bukhari no.4723)
    4. Ayat al-Quran yang paling Agung
    Sufyan bin ‘Uyaynah ketika menafsirkan perkataan Ibnu Mas’ud menyebutkan:
    مَا خَلَقَ اللَّهُ مِنْ سَمَاءٍ وَلاَ أَرْضٍ أَعْظَمَ مِنْ آيَةِ الْكُرْسِىِّ. قَالَ سُفْيَانُ لأَنَّ آيَةَ الْكُرْسِىِّ هُوَ كَلاَمُ اللَّهِ وَكَلاَمُ اللَّهِ أَعْظَمُ مِنْ خَلْقِ اللَّهِ مِنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ.
    Maksudnya: “Tidaklah Allah menciptakan langit dan bumi yang lebih agung melebihi ayat kursi. Sufyan berkata: “Karena ayat kursi adalah kalam Allah dan kalam Allah lebih agung dari ciptaan Alah seperti langit dan bumi.”
    5. Imam Ahmad dalam Musnadnya meriwayatkan dari Asma bintu Yazid radhiyallahu ‘anha, ia berkata:
    “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda tentang kedua ayat ini: الم اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَالْحَيُّ الْقَيُّوم (Ali Imran ayat 1-2) dan اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَالْحَيُّ الْقَيُّوم (ayat Kursi)
    ”Sesungguhnya dalam kedua ayat ini ada nama Allah yang paling agung.”
    (Hadis Riwayat Imam Ahmad rahimahullah dalam Musnad, namun sanad didha’ifkan oleh Syaikh Syu’aib al-Arna’uth rahimahullah)

Komentáře •