Kutip Siput Sedut dalam Sungai Buat Masak Gulai | Resepi Tok Kelantan

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 5. 09. 2024
  • Gulai Siput Sedut atau biasa kita panggil Masak Lemak Siput Sedut ini merupakan makanan kebiasaan orang kampung di Kelantan kerana bahan-bahan dia mudah didapati berdekatan rumah. Dalam episod ini Richard dapat mempelajari Gulai Siput Sedut ikut cara orang kampung di Kelantan dengan pemandangan aestetik zaman dahulu di sekitar Rumah Singgora
    Jika anda berminat untuk merasai Gulai Siput Sedut atau masakan-masakan ala kampung yg lain, bolehlah hubungi Che Mat untuk tempahan sebelum datang ke Rumah Singgora.
    📍 Lokasi: Rumah Singgora,
    Lot 860 Kg Air Deras Jalan Tengku Maasum,
    Mukim Padang Enggang Pasir Hor, Lorong Masjid,
    15150 Kota Bharu, Kelantan
    ☎️ Nombor Telefon: 019 - 900 9535
    Siri Resepi Tok kali ini kembali dengan wajah baru iaitu Richard sebagai pengacara. Kini Resepi Tok akan menerokai negeri-negeri di Pantai Timur. Bermula dengan Resepi Tok Kelantan.Negeri Kelantan ini penuh dengan tradisi, seni budaya yang tersendiri dan semestinya kaya dengan makanan dan manisan.
    Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
    Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti CZcams, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
    Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.

Komentáře • 295