3 Jalanraya Paling Best Di Dunia - Malaysia Pun Ada
Vložit
- čas přidán 8. 10. 2021
- 3 Jalanraya Paling Best Di Dunia - Malaysia Pun Ada
Bagi orang yang suka memandu ni, kepuasan tu bukan setakat datang dari drive kereta yang mewah saja. Kalau dia betul-betul suka drive, kereta kancil pun ok je dia tak kisah. Dan lagi satu orang yang suka drive ni dia akan cari tempat-tempat yang jalan dia best lah untuk drive.
First jalan tu kena elok lah, dia tak boleh lah berlubang-lubang teruk sangat. Lepastu jalan tu dia berliku-liku jadi driver rasa puas dapat pusing stering, dan yang paling penting, jalan tu dia mesti ada view yang cantik. Ha, jadi pada geng-geng yang pergi weekend drive dengan kawan-kawan, mesti akan tuju tempat-tampat yang macam ni.
Dan driving ni satu dunia ada peminat dia, dan diorang ni akan bagitahu jalan mana dalam dunia ni yang paling best untuk drive. Jadi jalan ni pun jadi popular, masuk dalam paper dan setiap tahun memang ada orang saja terbang pergi sana, lepastu sewa kereta semata, mata untuk rasa drive dekat jalan ni.
Ada lagi banyak info automotif di
🧰 Website - www.hasbullahsyarah.com
📸 Instagram - / syarahmalaysia
📓 Facebook - / syarahmalaysia
25% Kursus Online SEGALANYA TENTANG TURBOCHARGER
courses.hasbullahsyarah.com/s...
SIAPA SAYA:
Apa khabar semua? Saya Hasbullah, seorang pensyarah kanan di sebuah Universiti Awam. Bidang kepakaran saya adalah Kejuruteraan Mekanikal dan saya mendapat PhD dari Imperial College London dalam bidang Mesin Turbo. Video saya di channel ini adalah berkaitan dengan teknologi kejuruteraan serta pengajaran dari isu-isu semasa.
Jika anda ingin menghubungi saya, bolehlah email saya di hasbullahsyarah@gmail.com. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk membalas email anda. Walaupun ada masanya tak menang tangan, saya tetap akan cuba untuk tidak menghampakan anda. Terima kasih.
Kalau anda suka video ini, jangan lupa tinggalkan komen, like dan subscribe.
#kereta #hasbullahsyarah #enjin - Auta a dopravní prostředky
Dr, saya road work engineer di Jalanraya Timur Barat ini. Semasa itu masih curfew 6.00 ptg ke 7.00 pagi dan keselamatan dikawal selia oleh pasukan tentera dari Jeli ke Gerik. Site Office, worksyop, staff & workers quarters terletak di Puncak Titiwangsa. Office dan quarters tak perlukan aircond...suasana sejuk. Tidur malam pasang sportlight bawah katil sebagai heater. Happy sangat2
Kenapa ye ada curfew?
@@upsial dari zaman kemasukan Jepun ke Malaya. PKM- parti komunis malaya ditubuhkan dengan sokong PKC. PKM aktif dari Singapura ke sempadan Thailand. Banjaran Titiwangsa adalah laluan dan penempatan utama PKM. Apabila British kembali dan Malaya merdeka 1957. PKM makin kuat dan ganas. Pernah bunuh Pesuruhajaya British. Bunuh KPN Malaysia. Kawasan Banjaran Titiwangsa ini kawasan perang ATM dan PKM. Tentera dan polis korban dalam perang ini. Tahun 2.Disember.1989 terjadi Perjanjian Damai di Baling1955/Hatyai1989 antara Malaysia-Thailand-China-PKM. Darurat kawasan banjaran Titiwangsa tamat setahun kemudian
@@upsial masa tu komunis bermaharajalela dlm hutan semenanjung. Suka ambush2 sbb nak henti kan pembinaaan lebuhraya ni.
Termasuk arwah ayah yg berkawal di sana dulu - tentera
@@shaeead9654 Salam takziah. AlFatihah. Semoga ditempatkan bersama2 mereka yang beriman dan beramal soleh. Ameen
Yang paling best saya pernah rasa jln kota marudu - ranau kat sabah, setiap kali balik kampung mesti lalu sana, padahal ada shortcut yg jauh lagi dekat😂 tapi tinggi jalan tu siap ada signboard zone kabut lagi
Org km ka bos...jalan dari marak parak tu
Teringat vlog abg bob yp, waktu dia buat kembara borneo dulu
sia ranau
Hati2 di situ sbb blh accident bila terpegun dgn keindahan banjaran gunung..
I have tried this route until foothills of Mount Kinabalu and to Ranau. Really enjoyed the views and negotiating the corners in fogs.
Sy salah sorang yg betul2 minat drive.. ..tambahan lagi kalau jalan yg ada view cantik.... Selalu kalau nak hilangkan tekanan sy akan drive kat jalan2 yg sy suka...
setuju..antara lebuh raya timur barat ke gerik..antara jalan yg paling best pernah sy lalu..bila smpai d ketinggian maksima d jalan tersebut, telinga akan rasa bengang..😆😂
Berdesing atau berdengung kot. Bengang ni biasanya selalunya dgn member yg tikam belakang.
@@hoonnahhoon6356 bengang pun boleh wahai brother,bengang maksud berdesing mana2 pun boleh.
@@hoonnahhoon6356 😅😆😂blh la mana2 pn..jgn ckp bodoh telinga sudah
Bagi aku la..spanjang duk travel bnyk2 jln kat Malaysia ni..pling aku suka laluan dr Kuala Lipis ke Jerantut..yg tu rasa mcm nk rally drive pn ade..cume kene hati2 ckit kat ada satu sudden slope yg boleh kata 60-70 degree.. kat situ(mase tu kak aku la yg bwk kete) penah hmpir eksiden. kitorg dr atas, sedang elok smpai kat slope tu, tiba2 ada kete muncul dr depan. Dia tkejut dan brek trbabas ke tepi jalan. Yela kn..sbb slope tu tajam sgt..mmg kete kat bwh slope tu mmg xkn nmpk..kita x nmpk diorg, diorg pn x nmpk kite. So kat situ mmg kene slow. Dr bawah kene slow, dr atas pn kene slow. Jarak keseluruhan dia kalau rujuk Google map lbih kurg 50km..mmg enjoy la..
tempat aku belajar cornering atas moto, banyak bakti jalan tu😂
@@alzam3194 terbaiiikkk.. 👍👍
SETUJU Lebuhraya Timur Barat memang cantik. Saya pernah merentasi lebuhraya ini waktu ia mula d buka & d waktu pagi. Pemandangan yg cantik d liputi kabus seperti d luar negara.
Personally, jalan yg terbaik saya pernah lalu and always been my favorite is Kimanis-Keningau dkt Sabah. Dia punya elevation tu almost touch the sky, passing through Banjaran Crocker mmg menguji kereta. Kalau malam mmg tak recommend drive situ sebb kabus tebal almost sepanjang jalan. Give it a try someday :)
Terima kasih atas cadangan 🙏
Finally ada yg mention pasal kimanis. Haha. As sabahan who been using the roads. Totally agree!
Yg saya pernah melalui dari KK ke kundasang dan malam turun ke KK. 😄
( from sea level at KK alll the way up to 1,900M).
Enjoy the panoramic view of the Mount Kinabalu and surround Kundasang.
Next time try the Keningau route.🙏
@@metzmatu8409 Betul. Tahun 2012 saya dan keluarga dah bercuti ke sana. Memang best sangat tengok panorama tu. Terasa macam kat luar negara sekejap 😂 Kalau takda apa2 halangan, plan tahun depan nak bawak keluarga lagi ke sana. Pemandangan sekitar kundasang memang syok habis 😄
Betul bro, corner dengan bukit tu feel dia sedap betul. Tapi, kalau time dah berkabus tu kena berhati hati lebih, pendek kata slow je. Kadang tak nampak apa
Lebuhraya timur-barat
Kimanis-keningau
KK-tambunan
Genting sempah-genting highlands
KK-Kundasang
Balik Pulau - Teluk Bahang
Tapah/Simpang pulai - Cameron Highlands
Fraser Hill
Bukit Fraser best
jalan marak parak .. ranau - kota marudu
Jalan karak-kuala pilah jalan baru, semua coner 😂
Ko power
Kimanis-keningau 👍👍 jalan paling mencabar di malaysia seram jalan tu kalau tidak biasa lalu.
Saya pernah buat trip pusing semenanjung pd thn 2018, 95% jln dalam, 5% highway . Jalan Gerik-Jeli ni mmg salah satu jalan yg sy pilih sbb fakta sejarah dia. View dia pun ngam. Cuma x jumpa haiwan liar & kondisi jalan x brp cun. Sy gerak lepas subuh dari pengakalan hulu, kabus tebal syok, sampai RnR view dia memang lawa. Time tu pun masih x panas lagi x ramai org. Santai-santai drive bukak tingkap, radio stesen thai haha
Awan nano kalau begitu...
radio stesen thai...paling manang boss
lawa tak dinafikan tp jalan banyak lubang dan kayu.. knpa aku ckp mcm ni sbab tiap2 bulan aku ulang alik Kemaman-Penang kalau ad duit aku rela balik ikut Karak lg.. sbab jalan grik byk lori coklat angin mat dok belakang lori lama2 dkt banjaran tu..
Baru minggu lepas lalu lebuhraya timur barat....kualiti jalan agak teruk...banyak tar yg kasar beralun dan berlubang....patut kena perbaiki turapan tar....
Sebelah hentian titiwangsa yg berbukit tu dah negara thailand dah
Jalan Jeli-Grik memang best..memori masa drive Satria Neo nk pergi politeknik di Ipoh..masa naik nk sampai titiwangsa tu bleh test torque keta..yg best masa trun titwangsa drop gear je kerja kurang tekan minyak 😁..Rindu Ipoh
ada satu jalan yg paling terbaik prof tak sebut,semua org tahu jln ni,tp x semua pernah melalui jln ni,hanya org2 yg terpilih je yg melalui jln ni.....semoga kita semua melalui jln yg paling bermakna ni,jalan tersebut adalah jalan menuju kebenaran,insyaAllah kita semua bakal melalui nya.....jgn marah,just bergurau utk kebaikan,peace✌️✌️✌️🙏🙏🙏
Jalan kat kampung-kampung kecik kat UK lagi best, muat-muat satu kenderaan sahaja. Silap haribulan jumpa kenderaan dari arah bertentangan, salah satu kenderaan kena reverse.
Tapi view dia memang excellent. 👍🏻👍🏻👍🏻
betul tu 😀
Btul tu kak. Klau ada traktor kt dpan, jnuh. Tngu le ada break, traktor ketepi bru la dpt ptong
Betul, nak ke tepi pun tak boleh sebab tak ada space langsung, siap ada tembok batu.
Mcm kg saya je
Saya tinggal di Baling Kedah. Bila nak balik kampung di selatan semenanjung,saya akan lalu highway timur-barat ni. Baling-Grik.. memang enjoy bila lalu jalan tu. Pemandangan yang sangat cantik.
@@ayiekd43 bang long Burma ayahanda Tiger ka😁
@@ayiekd43 InshaAllah 17 Oktober ni saya akan lalu jalan tu memandangkan kerajaan dah beri kebenaran merentas negeri..😅😅
betul tu , pemandangan indah dari grik ke baling memang cantik...
saya pernah melalui Stelvio Pass tu, tapi naik bas dari Milan ke Zurich memang cantik view dia. Insyallah ada rezeki yg melalui Lebuhraya Timur Barat tu, terima kasih prof 👍
Kalau plan nak pergi, bergerak lah pagi sebab nanti korang dapat tengok kabus meliputi hutan dengan udara sejuk.
Saya nak tambah lagi satu jalan,iaitu jalan dari Tasik Kenyir ke Aring Kelantan. Jalan ini pemandangan cukup menarik kerana bersebelahan dengan Tasik Kenyir dan mempunyai banyak selekoh2 yg cantik. Tapi di waktu malam jalan ini agak menyeramkan, sebab terlalu gelap kerana tiada perkampungan orang.
Titiwangsa rest stop memang best view
Tak dinafikan lebuh raya timur barat mmg best layan corner.. Cuaca pulak segar..
Yes. Dapat kereta baru, akan lalu kali ke 3. In Shaa Allah.
Salam.betul jalan Titiwangsa tu mmg jalan yg sgt mecabar dan seronok drive kat situ..saya baru je lalu kat situ sebab saja2 nak lalu masa balik kampung isteri di kelantan..mmg betul.nasib kami baik perjalanan kami terhenti ditengah jalan sebab ada gajah tgh lepak tgh jalan..haa..bukan selalu blh jumpa gajah ni..nasib baik la tu jumpa binatang besar ya amat tu..tp sy kecewa la..syg jalan yg best mcm ni...maintanance jalan mcm lansung xda..berlubang sana sini.teruk sgt kdg2 potong stim baru nk laju sikit terlamggar lobang besar.jkr kene la ambik tindakan..sayang jalan yg seronok macam ni keadaannya Ya rabbi...teruk.
Jalan Bukit Grik mmg terbaik,dua kali nampak hantu,masa 2 drive pukul 3pagi.. pengalaman yg paling best dan xdpt lupa sampai bila2..
Dia usik cm mana tu?
6:50 mak ayah org Kelantan,kerja Kedah,klau nak balik Kelantan mesti lalu sini,betul jalan liku liku, pemandangan kt perhentian banjaran Titiwangsa mmg cantik klau pukul 8 pagi sbb matahari tengah terbit n kabus kabus buatkan suasana ala cameron pun ado 🍇👍
Mau cuba jalan bagus, rekomen pergi jalan "PAN BORNEO" sarawak..check point start
Dari Sibu-Kapit..naik turun bukit, sampai telinga rasa berdesing..
Tambahan lagi jalan berliku-liku mcm ular kena palu💯👍
btoi doc.. LTB tu lain maciammm feel dia.. smpai hri ni duk teringat. fuh! tnggu boarder buka ja ni.. 😆😆
Setuju!!! One of the best road di Malaysia. Dulu sewaktu bertugas saya selalu lalui jalan ini dari KB ke Ipoh atau ke Baling sebelah malam. Pernah hampir nak terlanggar keluarga gajah melintas jalan. Pernah juga saya diikuti hantu “pontianak” dari Jeli ke Grik. Yg seram tu, saya tengah bawa kereta sports convertible(bumbung terbuka), dia ikut hampir satu jam, dua kaki sahaja atas kepala saya!!! Sampai terdengar bunyi kain dia di pukul angin atas kepala saya… fun giler!!! 😅😂🤣
Seram..
Memang best drive kat lebuhraya timur-barat lagi lagi pegi time sejuk memang sejuk gila kat hentian titiwangsa
Memang best jalan Grik ni...dekat Sabah, jalan Kimanis-Keningau, KM-Ranau pun boleh tahan...
Kuala Betis (Gua Musang) - Lojing - Simpang Pulai. 20thun dulu mmg best berkabus, skrg kureng ckit tapi still boleh layan
Ye prof. Betul tu. Saya sorang drpd org yg mcm itu. Suka sgt travel terutamanya guna kenderaan darat. Saya rasa stres saya hilang dan semua mslh saya hilang bila drive jauh² ni. Sbb saya mmg suka drive. Apatah lagi kalau drive jauh². Sbg cth terdekat dari tempat tinggal saya ke Bintulu yg jaraknya 600km dan kalau lebuhraya sini mmg tak secantik yg ada di semenanjunglah. Tp sekarang ini semakin seronok kalau lalu highway sbb ada yg dah siap sepenuhnya dan bila sampai corner² tu fuh. Bestnyer drive sambil layan lagu, borak² ngan family. Tengok view kira kanan. Kpg² org dan singgah di R&R. Aduh! Rindunyer nak travel drive jauh² zmn sebelum covid. Tk sbr nak drive jauh lagi lpsni prof. Thnk you utk info yg prof bagi tu
Genting pun best, corner sana sini 😂
In Shaa Allah bila boleh rentas negeri nnti akan lalu lebuhraya timur barat tu, Perlis to Kelantan
nice 👌👌
Lebuhraya timur barat tu best..view best, jalan besar..tapi keadaan jalan agak teruk..ada part yg licin dan lompang2..kadang2 tengah cornering ada lubang..tapi memang kena enjoy, bukan nak laju2..
20 tahun ulang alik highway timur barat... Memang puas drive... Sesekali singgah di rnr puncak banjaran atau Tasik Temenggor.. memang best....
jalan best dari Kota KInabalu ke Ranau di Sabah, permandangan gunung ganang, kalau drive pada awal pagi dan musim sejuk tebal embun dia fog lamp mesti on, corner pun tajam
kena pergi tu
Sedap drive ke mana2 dan tenang hati, bila kereta baru beli dan jalanraya baik...😋😜✌
Alhamdulillah baru merentas baru2 ini, atas tujuan kerja, sedap bawak antara 70-90km/je tak laju tak perlahan, Tumpat-SP lebih kurang 5jam, santai ja, betul menarik untuk dicuci mata, kalau ada rezeki jumpa gajah melintas, hari tu tak jumpa lah, hehehehehe, yang pasti selalu on waze atau Google maps, bagi senang tahu, rupa bentuk jalan di sana, tips saya lah, nanti boleh rentas negeri, jalan kalut2 bawa kereta, relaks ja, jangan terlalu laju, jangan terlalu perlahan, nikmati pemandangan ya
Perghh mengamit kenangan.. Dulu boleh kata tiap2 kali konvoi selalu naik gunung jerai sebab dekat.. Mmg felling dia best sgt2... Sejak2 pandemik dah lama x naik gunung jerai Lagi2 masa skrng ni hujan x menentu takut gak tanah runtuh baru2 ni jd balik..
Pastu raya haji jalan2 kelantan best.. Jalan tu sesuai jalan waktu petang ja.. Malam risau skit lori pun banyak jenis lampu kaw2 pya sport light depa bagi..
Apa2 pun terima kasih Dr. Senaraikan jalan2 kat Malaysia skali d antara jalan terbaik...
Terbaik prof.. Tak bosan dengan penerangan prof😁😁😁
Prof memang best. First timer tengok prof terus jatuh cinta sebab Prof ini anak Malaysia; East-West-Highway terus nombor 1.🤔😁✅
Highway Karak pun best Dr....paling best lyn corner...mcm ketagih..😅😅
betul bro...masa kawan kerja bawak lori dulu memang kerap lalu ,...rasa ngantuk terus hilang, layan corner kalau dah sampai situ,
yang lagi best main dengan kereta yang takut nak amik corner, mencicit tinggal,
@Khartikeyen Satheraman Jgn risau boss hantu xde moto atau kete nak ikut kita yg tgh layan corner kat sana ... 🤣🤣🤣
@Khartikeyen Satheraman org2 yg layan coner lagi hantu daripada hantu ori😁😁😁
@Khartikeyen Satheraman hantu kat jalan Karak lama dari Gombak ke simpang Bentong. Highway Karak dah takde hantu. Lori hantu banyak🤣🤣 selamba je potong kita naik bukit.
Lagi2 bawak motor. Mcm aku dari Dungun-Kl selalu jugak ride pergi belajar dulu. Jalan dari Gambang ke Temerloh paling bosan, mengantuk mata lurus jer jalan. Masuk jer Karak syok layan corner, dgn sejuk pulak tu🤣
jalan timur barat ni, kalau jalan elok mmg bagi sy mmg jalan ni sgt sempurna. semua corner2 yang ada mmg sgat best layan dgn motor atau kereta. corner yang landai dan luas.. tapi itulah jalan agak teruk rosak. sampai rosak balljoint kete sy hahaha..
Dulu time belajar kat kelantan.biasa lalu jalan Timur barat. setiap cuti semester ulang alik Naik kereta.memang best . I selalu dengar ramai tak suka jalan tu. tapi I lebih suka drive kat situ banding dgn highway biasa .
Kat Sabah ada satu bypass menghubungkan Kota Marudu ke Ranau. Mmg cantik jln dia. View dia pun cantik
jln marak parak
Banyak lubang
Kalat MY ni satu je, kalau kereta 1.0L TURBO diorang akan tanya boleh naik turun Genting ke 🤣🤣🤣. Takkan hari-hari pergi situ kan. 🤣
Ntah, soalan kuno dulu2, axia pun ada kat genting tu, estima kalau naik genting pun slow gak
Naik motor c70 kepala petak pun bole je naik turun genting, masa zaman ponteng sekolah dulu² 😂,
Agreed 😅✅
@@khairulgaming4662 C50 C70 masa Jepun mula² R&D dulu dia dah test naik gunung kat Jepun tu. 3x~4x lagi mencabar dari Genting Highlands. Sebab tu namanya Supercub.
Thanks prof bab jalan last😭🙏🏻sy memng rindu nak drive sana lgi sbb syiok
Btw thanks prof sbb sudi like🙏🏻 sy ingt sy sorang je yg berangan stiap kali lalu jalan tu😂
Paling best jalan berliku yang saya pernah drive di Jalan Song -Kapit terletak di Sarawak, ada view Sg Rajang. Underated but worth the drive..berbukit anda byk corner. Pakai motor pun layan.
Selalu guna jalan lebuhraya Timur Barat ni bila blk kg diKelantan Jeli,memang best pemandangan pun cantik tak bosan
Always there to support Prof, love you prof
fuh terima kasih 🙏
Hadirrrr!!! Hahaha… akhirnya Dr sebut jgk jalan Highway Grik tu… Wife kelantan + Sy (sg petani) mmg mainan sy tu.. apa yg xpernah jumpa, gajah, kancil, ular sawa melintang jalan, babi hutan dgn keturunannya.. cuma2 dia btul2 best start dri Kupang (Baling) smpi Dabong (Jeli) tu sedap layan selekoh…bestttt
Jalan raya berserta pemandangan cantik dari Pahang ke Terengganu ikut laluan tepi laut... Santai dan cantik .
Jalan ke Terowong Menora tu best👍
Lg syok kalau manual
Sbnrnya jalan yg terbaik ialah "Jalan Yang Lurus" spt dlm surah Al-Fatihah. Gurauan yg benar. Jgn marah...😜
Sy suka jln ni min... Sy baru je lalu Xsampai seminggu lg ....kebetulan hari hujan dan jam pn sudah pukul 7 mlm kat RnR Titiwangsa...memang membeku kat atas motor la sy hari tu...
Jrtb ni legend bang😆😆sya selalu lalu jrtb ni,sbb famili kt Kb 😆😆mmg enjoy,cuma kereta kne prepare baik2,sbb jauh juga jln ni,dlm 113/118km cmtu la😆😆 view cun,time hujan atau lepas hujan,kabus tebal,kdg2 ada gajah kot kt tepi jalan
terima kasih prof EPISOD kali ni sgt best.. sbb meremang bulu roma saya bila prof masuk kan sekali lebuhraya yg ada dekat negeri saya dan dekat dengan kampung saya 😁 kisah² disebalik bermula nya lebuhraya ni.. banyak saya dengar sendiri dari orang² tua yang pernah berkerja disitu pada zaman itu. berlaku nya sejarah hitam masa itu
musuh² adalah komunis.. jalanraya tu walau dah siap sepenuhnya.. dia x beroperasi 24jam pada zaman itu, hanya buka jam 7 pagi hingga 7 mlm kalau x silap saya.. info satu lagi, sebelum covid melanda setiap bulan pasti ada geng motor superbike n kapcai ride to titi wangsa.
Yer bro...dulu klu nk gi Penang dari Kelantan kena drive siang hari jer...pos2 askar bnyak siap ada roadblock kt atas jambatan tasik banding oleh pihak askar... view mmang cantik2 😎😎
@@muhdzaain4420 iya btol bang.. viewer atas tu sangat cantik, air paip dia pom macam ais dah kalau sape² pernah singgah situ di malam hari..
info satu lagi, orang zaman tu x semua ada kenderaan.. yang dari JELI nak ke GRIK PERAK, hanya menumpang kenderaan track askar dan sesiapa yang lalu ketika itu nak menuju ke laluan yang sama..
Communist letak senjata thn 1989, tengku yg tandatangan di Thailand, kalau x silaplah...
Sebut lebuhraya timur-barat, ingat dulu terserempak gajah tgh2 mlm
Jalan Karak, Jalan Puncak Alam, Jalan Grik, Jalan Bukit Tunku, Jalan Bukit Putus.. Adalah Jalan Paling Best.
Jalan puncak alam tkde ape dah skrg, awal2 sbln membangun ye mungkin skrg jalan tu hantu pn takut
Salah satu jalan yang saya suggest best dekat malaysia ialah jalan Jamaluang. Bagi saya lah. Banyak selekoh. Seronok layan. View memang terbaik
Masa duduk taiping,3/4 kali lalu lebuhraya timur barat,ikut sepupu dan member blk kelantan..klu kaki layan corner mmg best jln tu.. dpt kereta yg mantap2 plak..tp bahayanya sbb kita akan leka layan corner smpi x sedar kereta makin lama makin laju.. kenangan duduk taiping 2005-2007..
Nak lagi betul feel layan pastikan drive manual 🙂 . Memang lagi syokk laa . Pergi naik cameron pun layan jugak
Bila Prof dh msokkan dlm youtube, harap pihak kerajaan pandang serius lah pasal jalan ni.. Tolong tambah baik keadaan jalan ni.. Sayanglah kalau org dulu dulu dh buat elok, tpi kita sekarang x jaga dia.. Repair lah jalan yg terok tu.. Kalau boleh jgn tampal saja.. Tolong buat turapan baru.. Betol kata Prof, kalau nak nikmati permandangan, lalu pada waktu siang.. Tapi kalau inginkan cabaran boleh llau waktu malam.. Aku salah seorang yg minat jalan extreme ni.. So aku selalu akan pilih malam.. Sbb boleh layan seram, layan sunyi, untung2 ada gajah . Tak kisah lah malam atau siang.. Tolong berwaspada... Wife aku org kelantan, boleh dikatakan sebelom PKP dulu, setiap bulan aku lalu jalan ni..
Betul Prof.
Saya setiap bulan dari Kedah ke Terengganu. Kdg mlm, kdg siang. Dah jd biasa dgn spjg laluan di lebuhraya timur barat ni. Saya pandu Ford Fiesta Sport 1.6 dan mmg best bila speed. Paling seronok bila ambil corner.
Tapi masih hairan, kenapa kerajaan tidak baiki jalan raya ini dgn baik. Ini adalah laluan utama dan penting.
Cuma perlu berhati-hati pd waktu tgh mlm dan pagi krn lori muatan ringan dan berat sangat banyak dan mereka sangat perlahan. Kabus tebal di pertengahan membuatkan pandangan menjadi sgt terhad yg mana hanya mampu tekan 15km/h. Lebih sukar lagi jika hujan.
Lagi satu, waktu ini adalah waktu haiwan liar keluar berburu. Termasuklah yg paling kerap kita akan jumpa ialah gajah.
Pada pandangan saya bg mereka yg ingin drive di laluan ini, lebih baik dan selamat pd waktu siang.☺
Content hari ni menarik jugak... selalu cite pasal kereta, enjin n teknologi.. kali ni pasal jalan raya... best dapat tahu...👍👍👍
Sentiasa hadir ke kelas Prof
Pandainya muda2 dah prof
jgn lupa jalan dari Relau ke Balik Pulau dekat Pulau Pinang. jalan situ pun berliku liku n ada pemandangan yg best 👍
Yg jln gerik jeli tu risau waktu mlm terserempak dgn lembaga yg cantik. Tapi kt situ mmg cantik la view dia.
💜💜💜
Selalu lalu jalan gerik pantai timur ni prof, tapi keseronokan memandu n layan kona ni sekarang la.. jalan dah elok. Dulu punya jalan ya ampun..
Alhamdulillah,rezeki jalan diturap semula..Boleh lalu lagi ni.
@@zafifisehabudin7010 ya bang 😊 saya cerita tu awal 90an..
Prof. Hasbullah tidak rujuk apa2 text dalam semua videonya munkin dia ada photografic memory.Memang best menontonnya.
pasal dh lalu tu bang...mybe lebih 2 kali...org laki kalo memori bab jln lmbat expired😂😂😂
Oooo satu perkongsian yang menarik. Elok sangat jalan-jalan yang dianggap merbahaya tapi kelihatan unik dan "rare" harus dikekalkan struktur semulajadinya agar menjadi daya tarikan pengunjung. Dulu ditempat saya terdapat sebatang jalanraya yang sungguh mengerikan kerana meragut banyak nyawa kerana lekukan dan ketinggian jalanraya tersebut yang mengerunkan. Kini jalan ini telah beberapa kali dinaiktaraf sejak tahun 1980-an dan menjadi hub perniagaan; perusahaan dan pendidikan yang maju dan moden. Kenangan jalanraya "berhantu" telah lama lenyap sejak awal tahun 1990-an. Semua tinggal kenangan. Masa terus berjalan dan perubahan terus dibuat demi pembangunan dan kehendak masyarakat setempat🙏🇲🇾🌹
saya frequent driver jalan Gerik - Jeli...bole kata tiap2 bulan mmg akan terserempak dgn gajah...kalau dapat resurface balik jalan tu mmg syok gila...
Terbaik prof👍♥️
a.k.a "Hairpin" dgn "B-Road"😎
Kawan saya ckp thousand corner dkt Thailand pun best prof. Boleh pergi bermula dari Tak, Mae Hong Son kemudian lalu Pai dan singgah ke Golden triangle iaitu titk pertemuan sempadan Laos, Thailand dan Myanmar.
Selain lebuh raya timur-barat dari Gerik di Perak ke Jeli di Kelantan, jalan lama dari hulu Langat ke jelebu atau dikenali sebagai KKIC pun best untuk enjoy prof. Jalan dia pun x teruk sgt. Cuma, kena hati2 sebab geng2 basikal pun selalu lalu jalan ni
malaysia sy dh pusing abis…semua dh jalan…paling cantik bg sy gerik ke kangsar…jalan lenggong tp kena lalu waktu pagi 👍
Yes, memang best Lebuhraya Timur Barat. Dah lama tak lalu, ada rezeki inshaAllah nak repeat..
Terbaik.
Jalan KK ke Kundasang pun cantik juga.. KK ke Keningau dan Tenom ke Sipitang juga cantik.. 😍 Melalui banyak banjara n gunung..
Biasa lalu di jln tu tapi banyak pulak pilak poney berkeliaran😁😁😁
@@imanmanimanman7667 kalau d labuan pilak kami langgar sja tu 😂
@@Aaron44447 🤣🤣🤣kejamnya kamu....berapa org dah kamu langgar pilak poney😁😁😁
Jalan KK ke Kundasang salah satu terbaik dgn pemandangan cantik berbukit bukau dilatari Gunung Kinabalu sambil layan selekoh.
Setuju, Gerik - Jeli ialah jalan tercantik, nombor 1 bagi saya.
2. Tol Ipoh - Tol Kuala Kangsar, Perak
3. Tamparuli - Kota Belud - Kundasang - Tambunan - Penampang, Sabah
4. Tanjung Tokong - Teluk Bahang - Balik Pulau - Teluk Kumbar, Pulau Pinang
5. Simpang Pulai, Perak - Gua Musang, Kelantan - Kuala Berang - Terengganu
Macam biasa, tak pernah skip video prof🤩
Terima kasih 🙏
Sentiasa Hadir… 🥰
Setuju Dr, berapa tahun lepas ikut pakcik, anak dia kawin org ganu, kiteorg gerak dari grik.. Mmg best jalan timur - barat ni, even jadi co-pilot pakcik, lgsg x drive pon, tapi mata segar dok feel jalan tu
memang impian sy nak drive kat smua lebuhraya kat Malaysia, termasuk sabah sarawak punya.
27 thn dah berulang alik dr K.Kangsar ke K.Terengganu, tak sangka laluan ini antara terbaik di dunia....bagi kita biasa je
Semua jalan ni mesti best kalau drift kan😋
Mount Haruna
North Kanto region
Rasanya ada jalan kat Malaysia yg jrg orang gune pahtu banyak corner tapi lupa nama tempat (dan berhantu👻)
Touge
Kalau malaysia mesti penuh sampah geng rempit kereta dan motor konvoi
Highway timur barat tu mmg best nk drive. Tp itulah klau dh sangkut blkg lori 2 3 bijik mmg pisang. Lagi satu, sebelah sempadan perak tu jln agak teruk...
Terkenang kembali saat mula2 dapat kerja di Penang... waktu tu awal tahun 90an mmg kerap lalu jalanraya timur-barat tu... mmg bila drive tu boleh hafal selekoh2 bermula di Grik hingga Jeli tu... tak kira siang atau malam selalu je drive ikut jln tu... mmg terbaik pemandangannya dan puas melayan selekoh2nya... kampung saya di Rantau Panjang, Kelantan dan org rumah saya di Penang. Sekarang dah kurang sikit lalu sbb org tua kat kampung dah meninggal dan kudrat terutamanya mata dah tak seperti dulu. Kalau drive situ pun cuma waktu siang, mlm tak berani sbb mata dah kurang clear.
Best 👍🏽
Nk sambungan fast and furius
Alhamdulillah esk boleh rentas negeri dah. PM baru umum td.
Highway Timur-Barat last saya drive Jun 2020, mmg best layan corner..
Timur-Barat laluan lazim saya dari tahun 1997 hingga 2007. Kalau eastbound, part paling best masa kita approaching jambatan pertama Pulau Banding. View masa kita nak turun dari bukit tu menghampiri tasik memang stunning.
👏👏👏👏👏👍👍👍😍💕💕💕💕💕
Alhamdulillah..baru je balik kampung minggu lepas dari perak ke kota bharu..lalu Titiwangsa x pernah x singgah...dari anak umur 5 bulan sampai umur 5 tahun..lalu singgah Titiwangsa ambil gambar buat kenangan...😙😙😙
Lebuh raya Timur - Barat saya lalu utk balik kampung setiap tahun.. (IPOH - BESUT) 😁
Lebuhraya timur barat, lalu bnyk kali terserempak pak belang, gajah, tapir & macam² lagi... Tapi R&R sana makanan utara & pantai timur boleh dapat. Sedap, tambahan kat sana boleh dengar diorg borak dalam bahasa yang bercampur Kedah-Perak-Kelantan sikit... Pelik di dengar tapi boleh paham
Saya memang suka drive.. Pernah buat kerja gila...drive dari Kuala Terengganu - Bandar Penawar, Kota Tinggi non stop... Cruising santai santai...memang best..
Bang cuba la jln yong peng ke paloh memang oadu coner dia💪💪
Jalan paling cantik so far yg pernah drive adalah Jalan Baling - Gerik...view dari Gerik ke Baling memang lawa...dan pernah sekali di Aceh, tumpang kereta dari Banda Aceh ke Medan...pun view sgt lawa xterkata..
Bg sy lah prof, enjoy sebenar adalah apabila dpat tngok garisan tepi jalan berwarna merah beselang putih waktu tekan pedal minyak n blip downshift😂
Check point Titiwangsa tu, view superb. View hutan yg bergunung ganang seluas mata memandang dengan kabusnya, dah la sejuk. Rindu nak lalu jalan tu. Pastu ada air terjun kecik semulajadi tepi2 jalan kalau korg perasan la😁
Ada juga jalan yang boleh layan corner seperti jalan kuala klawang.. dari seremban naik kuala klawang kemudian tembus ke ulu langat. Cuba try test
Slalu lalu hgwy tumur-barat tu, mmg best. Penah tersempak sekumpulan gajah melintas, keta dpn bole hon, gajah tu mengamuk. Nsib baik gajah tu 'warning' je..huhu
Wah memang kebetulan.. trip sekolah yg paling best pun setakat ni dekat kedah. Dari kelantan..😙
Bukan sebab permandangan dia je.. tapi pergi pulak dengan geng2 yg masuk air semua😂.. berkaraoke sampai ke malam dlm bas😂
Baru tahu yg jalan lebih raya timur-barat ni antara lebuh raya yg best dekat Malaysia😆