RM3.23 juta diperuntuk bagi Program Jiwa Murni MINDEF di seluruh negara

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 6. 09. 2024
  • KUALA LUMPUR, 18 Jul - Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) telah menerima peruntukan sebanyak RM3.23 juta bagi melaksanakan Program Jiwa Murni Kementerian Pertahanan (PJM KEMENTAH) untuk tahun 2024 meliputi 91 skop kerja di seluruh negara.
    Program itu merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pertahanan (MINDEF) selaras dengan Teras 4 Pelan Strategik MINDEF (PSM) 2021 - 2025 bagi meringankan beban golongan asnaf dan fakir miskin yang telah dikenal pasti dari seluruh negara.
    Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, PJM KEMENTAH dilaksanakan selari dengan prinsip dan aspirasi Malaysia MADANI di bawah Kerajaan Perpaduan.
    “Seperti kita sedia maklum, terdapat beberapa nilai dalam aspirasi Malaysia MADANI yang selari dengan PJM, antaranya membawa kesejahteraan kepada masyarakat,
    “Saya percaya melalui usaha ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyumbang kepada nilai-nilai yang sepatutnya diamalkan oleh penduduk,” katanya semasa Majlis Pelancaran PJM KEMENTAH di Kota Tinggi, Johor pada Rabu.
    Mohamed Khaled berkata, program tersebut dilaksanakan dengan harapan masyarakat mengamalkan nilai-nilai baik selain MINDEF sendiri memberi pendedahan kepada orang ramai bahawa ATM memberi perhatian terhadap kebajikan mereka.
    “Masyarakat akan sentiasa mempunyai nilai untuk menghargai berterima kasih kepada yang datang dan memberi bantuan,
    “Jika masyarakat tidak mempunyai nilai itu, kemungkinan ATM tidak akan datang membantu di masa hadapan,” ujarnya.
    Dalam masa yang sama, Ahli Parlimen Kota Tinggi itu menjelaskan, amat penting masyarakat setempat sama-sama menjaga keamanan kawasan masing-masing.
    Menurutnya kerana, tugas menjaga keamanan di dalam negara tidak boleh diserahkan semata-mata kepada MINDEF atau anggota tentera.
    “Rakyat juga perlu memainkan peranan mereka. Sebab itu apabila anggota tentera turun ke lapangan, penduduk perlu lebih menghargai peranan dan tanggungjawab anggota ATM,
    “Penduduk perlu sama-sama membantu dan hargai peranan ATM dengan sama-sama menjaga keamanan kawasan supaya berada dalam keadaan aman dan selamat,” jelasnya lagi.
    Sementara itu dalam majlis yang sama, Mohamed Khaled turut menyerahkan Mock-up Cheque peruntukkan pembaikan rumah bagi pelaksanaan PJM KEMENTAH Johor kepada 5 orang penerima.
    MINDEF dalam kenyataan memaklumkan, bagi keseluruhan projek di sekitar Johor untuk tahun ini, jumlah peruntukan yang diberikan adalah RM603,637.10 dan melibatkan seramai 24 penerima dari Simpang Renggam, Parit Sulong, Batu Pahat, Pasir Gudang dan Muar.
    “91 skop kerja berkenaan meliputi kerja-kerja bina baru, senggaraan dan pembaikan rumah asnaf veteran ATM, masjid atau surau, bangunan awam seperti dewan dan pusat komunit,
    “Kerja-kerja bagi program tersebut mengambil tempoh 3 bulan bermula penghujung Julai ini dan dijangka siap pada penghujung bulan Oktober 2024,” jelas kenyataan itu lagi.
    Pada tahun 2021 hingga 2023 sebanyak 380 buah PJM telah dilaksanakan di seluruh negara dengan kos berjumlah RM7.12 juta.
    Manakala bagi tahun 2024, sebanyak 91 PJM akan dilaksanakan merangkumi kos RM3.23 juta.
    Turut hadir, Panglima 7 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Mohamad Suria Mohamad Saad, Ketua Jurutera, Brigedier Jeneral Ts. Shahruddin Mohd Noh dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sedili, Muszaide Makmor.-airtimes.my
    Video: Ihsan Kementerian Pertahanan
    #pertahanan #RAJD #TDM #PJM #Mindef #airtimes

Komentáře • 1

  • @NHSrider
    @NHSrider Před měsícem

    Hi semua saya dari Indonesia ✋🏻