Cara Campur Minyak Petrol dan Minyak 2T Untuk Mesin Rumput

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 29. 08. 2024
  • Banyak mesin rumput, chainsaw, generator mudah alih dan pelbagai mesin lain perlu minyak campuran petrol dan minyak 2T kerana menggunakan enjin 2 lejang. Ini kerana kebanyakan enjin digunakan bagi mesin-mesin ini bukan jenis enjin 4 lejang seperti kebiasaannya yang menggunakan minyak hitam atau minyak enjin pada enjin. Ikuti cara praktikal cara mencampurkan minyak petrol dan minyak 2T untuk mesin rumput, blower, chainsaw dan semua mesin yang berenjin 2T.
    --------------------------------------------------
    Mengenai Pokok Hijau Channel
    Peminat dan pencinta landskap, kebun, halaman dan pertanian di Malaysia. Kerja landskap, kebun, halaman dan pertanian yang nampak kotor dan biasa sebenarnya memberikan kepuasan sekiranya dibuat dengan penuh tekun serta minat dan sudah pasti menjanjikan seribu kepuasan dan merupakan terapi kepada ramai peminat. Nantikan tips percuma membentuk landskap dan halaman yang cantik terutamanya peminat konsep tropika atau tropical garden atau dikenali sebagai balinesse landscape. Juga tips percuma kebun dan pertanian yang sangat penting untuk membentuk halaman dan landskap yang cantik.
    Selamat berlandskap dan membentuk halaman idaman serta berkebun dan bertani semua!
    sila ikuti Pokok Hijau Channel di media sosial untuk sebarang info terkini
    / pokokhijau.channel
    / pokokhijauchannel
    susbscribe Pokok Hijau Channel di CZcams
    / @pokokhijauchannel

Komentáře • 21

  • @mohammadrizal227
    @mohammadrizal227 Před 2 měsíci +1

    Terima kasih video, senang faham… saya baru beli mesin rumput… saya kosong dalam bab mesin rumput ni…

  • @dsinarmentari2156
    @dsinarmentari2156 Před 8 měsíci +1

    T.kasih berkongsi maklumat

  • @razakhm
    @razakhm Před dnem

    Lebih baik kalau tunjukan sukatan yang sebenar. Misalan 1 lit petrol bersamaan 50ml 2t dan bandingkan dgn kaedah ini.

  • @mohdfirdaussariman8261
    @mohdfirdaussariman8261 Před 11 měsíci +2

    Tcw-3 memang bagus untuk mesin 2 stroke . Pasal Carbon x lekat pada piston . Untuk mesin laman x lama bancuh 20 ml per liter ok tapi kalau mesin kebun rumput tebal isi penuh tangki mesin rumput rpm tinggi Guna Sampai minyak habis x digalakkan bancuh 20 ml sebaiknya bancuh 40 ml . Ini pengalaman saya Pakai mesin

  • @nabeihishak930
    @nabeihishak930 Před rokem +1

    Mantap bro

  • @SaminSikong
    @SaminSikong Před 2 lety +1

    Terima kasih, perkongsian yang sangat bermanfaat. :)

  • @akurien3443
    @akurien3443 Před 2 lety +1

    Saya guna minyak 2t mobil extra semi synthetic mesin rumput saya jadi lebih lancar senang start mudah di hidup enjin rumput.
    Dari saya Muhammad Hanafi.

  • @rexx7187
    @rexx7187 Před rokem +1

    Kalau isi dalam 200ml atau 300ml perlu ikut takat yg disedia kan juga ke untuk 2T?

  • @riankchchannel7670
    @riankchchannel7670 Před 2 lety +3

    Petrol guna diesel atau ron95 bos

    • @PokokHijauChannel
      @PokokHijauChannel  Před 2 lety +1

      guna petrol bos, ron 95/97 takde hal. minyak diesel bukan petrol.

  • @asrolanas_alafasy8236
    @asrolanas_alafasy8236 Před rokem +1

    Minyak tu beli mana bang? .

  • @sjnlanda9429
    @sjnlanda9429 Před rokem +1

    Guna 2T motosikal boleh tak?

    • @akurien3443
      @akurien3443 Před 24 dny +1

      Boleh minyak 2T motosikal untuk mesin rumput.

  • @ikhwanmohd4882
    @ikhwanmohd4882 Před rokem

    Nk tgk belah mana, 25:1 ke 30:1??

  • @amsyarzaim1153
    @amsyarzaim1153 Před 3 lety +1

    Salam bang..saya baru beli mesin rumput bg328..penjual memberi minyak 2T..tetapi dilabel tertulis minyak 2T chainsaw..boleh ke saya guna utk mesin rumput?

    • @PokokHijauChannel
      @PokokHijauChannel  Před 3 lety +1

      boleh, sama saja. kedua botol saya ini satu botol mesin rumput sandang, satu botol chainsaw. saya boleh pakai mana sahaja. campuran petrol dan 2T pun sama

    • @PokokHijauChannel
      @PokokHijauChannel  Před 3 lety +1

      dari segi minyak pula seperti dalam video, minyak 2T chainsaw, mesin rumput, generator dll adalah minyak yang sama. boleh guna takda masalah.

    • @xpdckehidupan752
      @xpdckehidupan752 Před 3 lety +1

      minyak 2t motosikal boleh ke bang,

    • @PokokHijauChannel
      @PokokHijauChannel  Před 3 lety +1

      @@xpdckehidupan752 boleh tp mahal. pakai minyak mesin macam dalam video jauh lebih murah

  • @roslanpataw588
    @roslanpataw588 Před 3 lety +3

    Bang saya guna 2t castrol..25-1 nisbah campuran nya..saya gunapakai dlm 2 tangki...saya buka plug nampak plug tu macam hitam lekat...adakah saya perlu kurgkan sedikit campuran 2t tu?

    • @PokokHijauChannel
      @PokokHijauChannel  Před 3 lety +1

      boleh cuba pakai nisbah lebih rendah. eloknya pakai 2t mesin rumput jual di kedai mesin. murah pun murah, tak silap 5liter dalam rm48