Kota Batu Johor Lama

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 23. 04. 2021
  • Kota Batu Johor Lama mula dibina semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riakyat Shah II (Sultan Johor Ke II). Sultan Alauddin adalah anakanda Sultan Mahmud Shah I dan menaiki takhta selepas kemangkatan ayahandanya pada tahun 1528 di Pekan Tua Kampar. Kota Batu yang terletak di Kampung Johor Lama, Kota Tinggi, Johor antara peninggalan sejarah sewaktu pemerintahan Kerajaan Johor Lama.
    Kota Batu yang dibina sekitar tahun 1540 adalah bagi menggantikan Kota Sayong yang terletak di Hulu Sungai Johor yang dikatakan tidak sesuai sebagai pusat pentadbiran dan perdagangan. Kota Batu merupakan sebuah kota yang sangat kukuh pembinaannya dan amat digeruni oleh musuh tradisional Johor iaitu Portugis dan Acheh. Selain binaannya yang kukuh ia terletak di atas bukit yang menghadap ke Sungai Johor dan sangat strategik dan memiliki jangkauan pandang yang luas dan sangat mudah mengawasi pergerakan musuh yang datang.
    Sultan Alauddin Riakyat Shah II menjadikan Kota Batu sebagai pusat pemerintahan selepas berpindah dari Kota Sayong sekitar tahun 1540. Sewaktu Baginda Sultan memerintah Johor, Kota Batu Pernah di serang beberapa kali oleh Acheh dan Portugis. Pada tahun 1564 Acheh menyerang Kota Batu Johor Lama dan Johor tewas dalam serangan itu. Sultan Alauddin Riakyat Shah dapat di tawan dan di bawa ke Acheh bersama dengan pengikut-pengikutnya. Akhirnya baginda di bunuh sewaktu menjadi tawanan Acheh dan Baginda di gelar orang 'Marhum Shahid Mangkat Di Acheh'.
    Kota Batu dibaiki semula dan dijadikan pusat pentadbiran kerajaan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II Raja Umar) dari 1573 hingga tahun 1578 yang sebelum itu tinggal di Kota Seluyut kemudian ke Pasir Putih. Baginda mangkat pada 1597 di Batu Sawar.

Komentáře • 43

  • @melastikkambing1969
    @melastikkambing1969 Před 2 lety +11

    moga Allah merahmati keturunan sultan dan raja2 melaka dan akn terungkap kembali segala hak dan waris pemiilik kerajaan...amiin yarabbalalamin...

  • @ariffshukor7314
    @ariffshukor7314 Před rokem +5

    sygnya kota tu x dibaik pulih mcm kota melaka..sy dah pergi tempat ni..batu2 tu dibiar tertanam dlm tanah...kn elok dibaik pulih...teringin sgt nk tgok

  • @gogon407
    @gogon407 Před 10 měsíci +3

    Seandainya kota johor trus berdiri disini pasti ia akan menjadi bandaraya yg indah....tak macam jb sekarang tak menarik lansung...

    • @PaehShorts
      @PaehShorts Před 9 měsíci +1

      Hurm dari segi ekosistem.. Mungkin Sungai Johor akan tercemar sebab pembangunan tidak terkawal

  • @adnanabdaziz5156
    @adnanabdaziz5156 Před rokem +3

    Semoga tali barut dan pengkhianat bangsa yang menjadi punca jatuhnya kerajaan islam di balas allah

  • @MsLinda201
    @MsLinda201 Před 2 lety +6

    Baru 2hari lpas saya melawat kwsan ni, tu pun ternampak signboard masa ke teluk sengat. Tempat ni syg x dibangunkan,, jln msuk muzium pun just std lorong motor.. Takda yg mnarik.. Sapa exco pelancungan johor? Nampak sgt mcm x buat kje.. 🙄 🙄 🙄
    Apa pun tima kasih pada channel ni sbab video penerangan yg jelas & video pun mnarik.. Terbaekkk 👍🏼👍🏼👍🏼

    • @uncfriday
      @uncfriday  Před 2 lety

      Betul...state macam tak berapa nak ambil berat, walaupun lokasi ini miliki nilai sejarah yang penting. Muzium yang ada tupun bukan under state tapi fedral...

    • @MsLinda201
      @MsLinda201 Před 2 lety +1

      @@uncfriday nak tggu federal buat mmang lambat laaa.. Tu fungsinya exco pelancungan, kena lah pkir camna nak upgrade, baik pulih & promote tempat ni.. Secara x langsung membantu ekonomi penduduk kg tu jugak.. 😅...

    • @uncfriday
      @uncfriday  Před 2 lety +2

      Tu la...orang kita selalu mata pandang ke luar sahaja...pandai tulis kat luar..."mulanya di sini 1528" tapi tak tahu maksunya kot. Tak payah la cerita ribu-ribu tahu, benda yang 500 tahunpun tidak dihargai...tu pendapat saya la.

    • @norlisaabdulrahman6071
      @norlisaabdulrahman6071 Před 2 lety +1

      memang tempat ni sangat bersejarah... Kerajaan Johor lama yang mewarisi kerajaan Melaka kot...

    • @uncfriday
      @uncfriday  Před 2 lety

      Kerajaan Johor Lama raja-rajanya dari warisan Kesultanan Melaka namun zuriatnya berakhir bila Sultan Mahmud Shah II mati di bunuh oleh Laksamana Megat Sri Rama.

  • @hajiahjiahairi2139
    @hajiahjiahairi2139 Před 9 měsíci +1

    mencari keturunan moyang saya saldik bin kobong berhijrah ke philippines asal usul dia johor lama mempunyai adik bernama Samuddin bin kobong.

  • @khayodot2692
    @khayodot2692 Před 8 měsíci +1

    Kisah sejarah Klasik Alam Melayu memang best🎉

  • @putradrone
    @putradrone Před 2 lety +1

    Terima kasih atas info dan footage yang sangat menarik.

  • @munawarharun
    @munawarharun Před 2 lety +2

    Ucapan terima kasih atas video yang cantik dan huraian kisah yang disampaikan.😊 terbaik

  • @zizieartpaint6786
    @zizieartpaint6786 Před rokem +1

    Mantap...terima kasih atas ulasannya...

  • @mohdzin3634
    @mohdzin3634 Před 2 lety +1

    Just to study, TQ share

  • @yusriharanoutdoors
    @yusriharanoutdoors Před 3 lety +2

    Mantap sahabat

  • @suardisuardi5473
    @suardisuardi5473 Před 10 měsíci +1

    Johor selango erat kaitannya dengan orang Bugis ketika dahulu kala

  • @JalakLenting1963
    @JalakLenting1963 Před 2 lety +2

    Pencerahan yg amat jelas t.kasih pihak admin ..sy SUKE sejarah kerana sy asal dri Melaka ..kejatuhan Sultan Melaka kerana sejarah di serang Olih Portugis 1511..dan lari ke Bentayan..

    • @uncfriday
      @uncfriday  Před 2 lety +1

      T/k saudara Azman Wahab, sejarah kita milik kita, kalau bukan kita hendak diharapkan siapa lagi.

  • @mrbabuntat8609
    @mrbabuntat8609 Před 2 lety +2

    Terbaikkk info & footage. Minta izin utk reuse sedikit footage sebagai latar lagu berkaitan johor lama. Video sekadar suka2. Akan saya kreditkan channel tuan.

    • @uncfriday
      @uncfriday  Před 2 lety +1

      Tiada masalah boleh sahàja terima kasih tuan.

  • @alikhidzam3749
    @alikhidzam3749 Před rokem +1

    Wow

  • @nazefa3812
    @nazefa3812 Před 10 měsíci +1

    Sultan Ali Jalla Abd Jalil Syah(Raja Umar) bkn dari darah keturunan KeSultanan Melaka. Baginda hnyalh suami kpd Raja Fatimah binti Sultan Alauddin Riayat Syah II.

  • @rkiranarana5796
    @rkiranarana5796 Před 10 měsíci +1

    Maksudnya sultan yang memerintah Kote tinggi name.sebenar.sebelum di angkat jadi sultan.yang memerintah Johor lame?1.dan name sultan ke 2 ape namanya.kerna anakndanya di kirim dari Riau kejohor baru.anakndanya.dari sultan pertama.tengku sapran.dan sultan ke dua.anakndanya Tengku Mariam.1909.

  • @alfaizalms4135
    @alfaizalms4135 Před 2 lety

    Mcri keturunan tok dalang berasal dari Johor lama hijrah ke Borneo

  • @rkiranarana5796
    @rkiranarana5796 Před rokem +1

    Siapa nama asli Sultan pertama dan kedua kerna anakndanya ada diriau diketika itu 1909 anakndanya di kirim dari Riau kejohor baru Tengku syapran dan Tengku Mariam. 🙏🙏🙏🙏🙏

    • @nazefa3812
      @nazefa3812 Před 10 měsíci

      Tak paham apa maksud yg nak disampaikn ini saudara?

  • @muhammadfitrymyyusubmdyusu7265

    👌👌👌👌🌟🌟🌟oo

  • @rafidahyahya9329
    @rafidahyahya9329 Před rokem +1

    jalan nak masuk kesini ada makam dayang kalau saya tak silap

    • @uncfriday
      @uncfriday  Před rokem +1

      Ada makam bidan kan...

    • @rafidahyahya9329
      @rafidahyahya9329 Před rokem

      @@uncfriday owhh yelah dh lama x kesitu.. lupa.. ya betul makam bidan.. seram juga masa melawat makan tu..

    • @uncfriday
      @uncfriday  Před rokem

      Makam yang dikenali Makam Bidan menurut ceritanya adalah Makam Temenggong yang di bunuh oleh Laksamana Tun Abdullah Jamil lebih kurang tahun 1678 semasa zaman pemerintahan Sultan Ibrahim Shah II. (Rujukan Buku Sejarah Johor - Buyung Adil Edisi Semakan) Wallah hua'alam

    • @nazefa3812
      @nazefa3812 Před 10 měsíci

      ​@@uncfriday, pembetulan; bkn nama Laksamana Tun Abdullah Jamil, tp Laksamana Tun Abd. Jamil. Nak tanya, knp makam Temenggung itu dinamakn dgn nama makam bidan?

  • @roslanroslan2498
    @roslanroslan2498 Před 3 lety +1

    Jom nanti kita pergi semberong