Reason & Faith

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 27. 08. 2024
  • Korang rasa kalau korang terlahir dalam agama yang lain daripada agama sekarang, korang akan convert atau stay dalam agama tu?
    mlstudios.my
    #zamirmohyedin #ilmiah

Komentáře • 241

  • @yatsue9114
    @yatsue9114 Před 2 lety +6

    bersyukurlah kita lahir sebagai org yg sudah islam

  • @edenrakuen
    @edenrakuen Před 5 lety +128

    When you love someone, you'll simply say because you love that person.you don't need any reasons to justify. so does religion, you'll simply have faith in it even it's unexplainable. It's all about your belief and observations.

  • @abdulrasyid2709
    @abdulrasyid2709 Před 5 lety +2

    Senang je kita sebagai umat islam wajib beriman dengan perkara ghaib. Tujuan Allah menjadikan perkara ghaib untuk menguji keimanan kita. Perkara ghaib termasuk juga Allah swt, malaikat, pahala dan dosa, bukan sahaja hantu semata2.

  • @Labulagi
    @Labulagi Před 5 lety +13

    We’re nothing other than just human being. Byk ilmu kita ni terbatas. That is why we still cant explain something scientifically.

  • @tokesah
    @tokesah Před 5 lety +5

    Alhamdulillah, sebab tu nikmat terbesar adalah nikmat islam dan iman. 👍

  • @RazifOmarMuhammad
    @RazifOmarMuhammad Před 4 lety +5

    "Faith tak memerlukan logik akal utk membuatkan kepercayaan aku tu betul.. " that's where you are wrong buddy. just because you don't have the answers doesnt mean that there is no answer. you have to continue searching.. You are my favourite in ML Studio but your opinion is pretty much the same with sesetengah agamawan yang mengajar manusia supaya tidak berfikir.
    Sedangkan Allah berkali2 menyeru kita supaya menggunakan akal kita yg analitik..
    - 2/44
    - 8/22
    - 11/51
    - 16/12
    - 17/36
    - 25/44
    Yang seharuskan ialah menggunakan akal yg berpandukan wahyu Allah..
    "..afala ta'qilun?" (Then will you not reason?)

    • @fahminezan7252
      @fahminezan7252 Před 3 lety

      Alhamdulillah, nasib baik abg komen mcm ni, saya sependapat dgn abg, nasib ada jugak org yg spendpat sama dgn saya

    • @lilsill5668
      @lilsill5668 Před 2 lety

      Dia berilmu skrg dia membezakan agama dan sains itu sahaja. Dia saintis kot ahli ilmuwan 😅

    • @Epul-ix7fz
      @Epul-ix7fz Před 2 lety

      Zamir pada pandangan sy aqidah dia lebih kepada macam Doktor, saints dan seangkatanya. Maaf.. Dia terlalu mempersoalkan kepercayaan (iman). Dia punya pandangan dah nak ke Arah atheis. Kalau itu pegang an dia teepulang. Dia try hard untuk bagitahu yg dia perlu kan alasan secara saintifik kenapa tuhan itu wujud.

  • @puipegasi2025
    @puipegasi2025 Před 5 lety +38

    terbaik tony stark malaysia

  • @yana9450
    @yana9450 Před 5 lety +6

    I iz amazed by how you emphasize that youll still hv faith even if theres no creations. Wonderful insight!

  • @taufiqshahar6100
    @taufiqshahar6100 Před 5 lety +3

    Tuhan maha adil utk semua makhluk. Akal yg Allah bg menjadi tanggungjawab utk semua makhluk mencari kebenaran dan agama yg benar.

  • @adamamin509
    @adamamin509 Před 5 lety +76

    Zamir jarang tak nice bagi content ✨✨✨✨👍

  • @ahmad.tirmizi_
    @ahmad.tirmizi_ Před 4 lety +1

    Kesimpulannya bersyukur kita yg terlahir dlm islam dan doakan lah sahabat2 kita yg masih belum mendapat islam. Aamiinnn

  • @mohdrazif777
    @mohdrazif777 Před 5 lety +185

    Mukjizat tu sendiri menyalahi hukum alam dengan izin Allah. Kenapa nak jelaskan dengan sains?

    • @Bobby_LSerunai
      @Bobby_LSerunai Před 5 lety +31

      Al-Quran tu sendiri adalah mukjizat. Dr Zakir Naik kata yg 80% kandungan Al-Quran adalah 100% peratus benar. Contohnya, dalam al-Quran, tuhan dah cerita bagaimana keadaan manusia dalam janin sebelum ia dibuktikan melalui sains. 20% lagi tidak diketahui seperti alam ghaib, mukjizat dan sebagainya. Jadi, kalau golongan sasaran dakwah adalah mereka yg tak percaya tuhan. Kita guna sains dahulu nak tunjukkan al-Quran tu benar benar diturunkan oleh Allah dan bukannya karangan manusia. InshaAllah, kalau diorang terus berusaha buat kajian pasal al-Quran, hidayah akan sampai.

    • @MohdSyahmir
      @MohdSyahmir Před 5 lety +12

      Benar, namun kondisi masyarakat sekarang yang terlalu meletakkan sains sebagai suatu ilmu yang tinggi nilainya menjadikan semua perkara perlu dijelaskan melalui sains. Kita juga harus pertimbangkan satu perkara iaitu benarkah sebab dan akibat (causality) yang dipercayai dalam sains sebagai benar itu benar? Misalnya apabila kita melihat api yang menyentuh apa-apa benda akan membakarnya, benarkah api yang membakarnya atau ia tidak lebih sekadar kelaziman yang diperhatikan oleh manusia. Perkara ini bukan saja dipersoalkan oleh orang Islam seperti Al-Ghazali, tapi turut dipersoalkan oleh David Hume, ahli falsafah British. Jadi adakah api yang tidak membakar Nabi Ibrahim itu tidak masuk akal (mukjizat) kerana api membakar perkara lain (hukum alam). Maka, dalam erti kata lain, mukjizat itu hanya kelihatan pada manusia sebagai menyalahi hukum alam, namun ia tetap dengan kehendak Allah yang menetapkan setiap hukum alam yang lain. Wallahualam. Pandangan saya sahaja ya.

    • @Bobby_LSerunai
      @Bobby_LSerunai Před 5 lety +3

      @@MohdSyahmir Setuju. Dan terima kasih atas penjelasan saudara ni.

    • @kiripitt4642
      @kiripitt4642 Před 5 lety

      Sebab wujudnya manusia tamak nak tahu segalanya

    • @santrinni
      @santrinni Před 5 lety +8

      Explanation tu kalau nak sembang dengan orang muslim ok la, sebab kita mmg percaya quran.. Ni kalau kita nak explain dekat non muslim macamana? Dorang bukan peduli mukjizat tu semua.. So kita kenalah research gak dari segi sains..

  • @khey63
    @khey63 Před 5 lety +8

    Ku tinggalkan dua urusan pusakaku "kitabullah" dan habibullah" barangsiapa berpegang teguh padanya tidak akan sesat dunia dan akhirat.

  • @firhanrizani96
    @firhanrizani96 Před 5 lety +172

    aku bersyuur sgt lahir islam. kalau aku lahir bukan islam aku rasa aku takde nak convert ke islam sbb aku ni jenis malas membaca. malas mengkaji.

    • @Naeekhun
      @Naeekhun Před 5 lety +3

      btul. aku pun pernah terfikir bnde yg sme.

    • @explosivemind08
      @explosivemind08 Před 5 lety +11

      Nikmat islam tu memang perlu sgt kita bersyukur

    • @muhammadshamil7341
      @muhammadshamil7341 Před 5 lety +2

      Fuh padu fir

    • @firhanrizani96
      @firhanrizani96 Před 5 lety +1

      @@muhammadshamil7341 haha thanks mil

    • @aelanizlan18
      @aelanizlan18 Před 4 lety +1

      betul.. aku pn jenis yg tk brpa suka mmbaca... apa lg klau mngkaji.. alhamdulillah kita islam

  • @fadhlyshirazy
    @fadhlyshirazy Před 5 lety +5

    Ayat terakhir Zamir tu yang merbahaya. Ayat tu boleh menjadi jawapan kenapa ramai manusia kekal dengan agama yang dia anuti sejak lahir

  • @ifarhan826
    @ifarhan826 Před 4 lety +6

    Aku beza pendapat skit dgn kau bab ni Mir, pada aku Allah SWT berkuasa buat sesuatu di luar hukum Fizik sbb hukum tu pun Dia yg cipta. TAPI, sbb kita ni makhluk yg akal sgt cetek Dia akan buat semua benda berlaku bersebab dan mengikut level otak logik kita. Cause and Effect. Fenomena yg simple2 pun kita masih terkial2 nak kaji buat teori bagai. Tu pun org2 bijak yg buat sbb selebihnya kurg bijak. Nk sampaikan wahyu pun kena ada perantaraan dari manusia terpilih iaitu Rasul, sbb kita mungkin akan terkejut dan xleh terima klau drpd malaikat atau makhluk2 ghaib lain. So pd aku, apa yg berlaku dlm dunia/realm kita ada explanation secara saintifik cuma ia terlalu advance dan kita baru faham setitik je.
    .
    Utk soklan ML Studio; Kalau aku lahir agama lain, konfem aku takkan convert to Islam. Sebab tu Allah lahirkan aku dalam Islam, bcus that's the best thing for me. Hikmah kelahiran Alhamdulillah hihi :D

    • @shahaziemah1798
      @shahaziemah1798 Před 3 lety +1

      Sama ak pn kurang setuju pasal ni

    • @mindari6645
      @mindari6645 Před 3 lety

      hikmah kelahiran ni kenapa tak diaplikasikan kat semua manusia? kenapa untuk manusia tertentu?

  • @HanafiHasim
    @HanafiHasim Před rokem

    Sokong. Kepercayaan itu menuntut kepada keimanan tanpa perlu asbab.

  • @Naeekhun
    @Naeekhun Před 5 lety +63

    bahaya kalo korang terlampau fikir dan terlalu persoalkan, risau nanti boleh jadi gila atau sesat dlm agama.

    • @muhammadhanifalwi1872
      @muhammadhanifalwi1872 Před 5 lety +9

      Kena amek Tau juga bang,nanti bila kena Tanya mampos nak jawab ape.

    • @muhammadhisyamuddinrazali5888
      @muhammadhisyamuddinrazali5888 Před 5 lety +7

      kena ada ilmu lah brader. kalau atheist tanya melopong nak jawab.

    • @acat8042
      @acat8042 Před 5 lety +11

      korang paham x ni dia kata jngan "TERLAMPAU".. bukan jngan pikir langsung..

    • @Naeekhun
      @Naeekhun Před 5 lety +9

      @@acat8042 ko je yg fokus betul² dgn ayat yg aku taip. tahniah.

    • @luqmanariff8166
      @luqmanariff8166 Před 5 lety

      Betul tu

  • @b.mokhtar
    @b.mokhtar Před 5 lety +16

    Favorite speaker 💕

  • @parisan9985
    @parisan9985 Před 4 lety +1

    Reason adalah fakta saintifik berdasarkan bukti yg dapat dilihat dan pengajian berulang, Iman pula berdasarkan percaya dan yakin dlm agama tanpa bukti yg dpt dilihat.

  • @muhdzaimie
    @muhdzaimie Před 5 lety +17

    Kesimpulannya akal manusia tu terbatas...

  • @rahimiridzuan2735
    @rahimiridzuan2735 Před 5 lety +6

    Nk percaya kpada Allah kena kenal Allah dulu..nk kenal Allah kena belajar ilmu akidah tauhid..sbb tu agama jdikan ilmu tauhid ialah ilmu yg mula2 wajib d pelajari drpd ilmu lain..apbila kita belajar sains dgn tmpa kita knl Allah maka akan tumbul la soalan2 yg pelik mcm ni..

    • @hanisskamarolzaman7271
      @hanisskamarolzaman7271 Před 5 lety +1

      Kat mana eh boleh cari kelas ajar tauhid?

    • @aslam5044
      @aslam5044 Před 5 lety +1

      Sebab tu tauhid yang diajar dalam quran ni basic dia surah alikhlas. Sebab manusia ni ada banyak jenis. Ada yang duduk pendalaman ada yang duduk kat bandar2 ilmu. Tahap ilmu orang berbeza2. Contoh mudah, ada orang study addmath sebulan cukup untuk spm. Ada orang study 2tahun pun tak boleh score. Sebab tahap otak orang berbeza2.
      Kembali kepada video diatas. Ada muslim yang tak perlu sebab untuk beragama, ada yang perlu elaborate macam tauhid20. Nak study mana2 pun ok. Basic nya surah alikhlas.

    • @mohdfaez4431
      @mohdfaez4431 Před 5 lety

      @@hanisskamarolzaman7271 nk belajar tauhid time bulan ramadhan pergi ke pondok ar-rahmaniah sik kedah.

    • @muhammadham1202
      @muhammadham1202 Před 4 lety

      ustaz asri sobri. yayasan taklim. banyak video yayasan taklim dalam utube

  • @nurhasyimahasim3580
    @nurhasyimahasim3580 Před 5 lety +17

    Percaya tanpa reason maksudnya percaya membuta tuli ke? Islam ialah agama yang banyak beri kita reason untuk kita kukuhkan keimanan (faith) kita kepada Allah. Tanpa bukti-bukti ciptaan Allah yg blh dilihat dari alam persekitaran kita, tak mungkin kita ada sebab untuk percaya yang Allah itu wujud (dlm Quran, byk ayat Allah yang menyuruh kita melihat penciptaan alam ini bagi mencari sebab untuk percaya kepadaNya).
    Tapi ia bukanlah bermaksud kita perlu persoalkan mukjizat yang Allah berikan kepada Nabi2nya sebab Islam juga agama yang beyond any logical reason bila membabitkan kuasa Allah.
    Hati-hati bila bercakap tentang cara/sebab kita memilih Islam, bimbang kalau tiba-tiba datang maklumat lain yang mungkin salah tentang Islam, dengan mudah je kita percaya hanya disebabkan 'faith' without needing any reason tadi.
    IMO, mereka yang revert kpd Islam kdg2 lebih tinggi tahap iman mereka berbanding mereka yg sedia lahir dalam Islam sebab hati mereka terbuka utk mencari reason hingga menyebabkan lahirnya faith yg kukuh. Mereka yang sedia lahir dalam Islam patut contohi golongan revert ini dalam mencari reasoning & tak hanya take Islam for granted. ❤

    • @shahaziemah1798
      @shahaziemah1798 Před 3 lety

      Saya setuju tu

    • @fahminezan7252
      @fahminezan7252 Před 3 lety

      Saya stuju kakkk, islam tak ajar faith membuta tuli, byk tanda tanda dlm quran yg mngatakan islam tu benar

  • @mohdhafidz6268
    @mohdhafidz6268 Před 4 lety

    tapi alquran sndiri menggalakkan Kita mengkaji alam untuk mengenal tuhan dn menguatkan Iman Kita, tapi xsemuanya Kita boleh observe Dan faham so Kita perlukan faith, sebab tu alquran suruh Kita keep everything in balance,..wassalam.

  • @pdrider7918
    @pdrider7918 Před 3 lety

    Allah is God, Muhammad is one of his messengers. Allah is all knowing all powerful.. Kuasa Dan ilmu Allah melampaui logik akal ..

  • @hakimikim6878
    @hakimikim6878 Před 5 lety +27

    Adakah hanya sebab zamir seorang saintis bercakap soal reason maka korang terus setuju bahawa kepercayaan tak perlukan reason atau sebab? (saya bukan nak rendahkan zamir
    Dia cakap macam tu sebab dia lahir2 dah islam, jadi dia tak perlu cari sebab untuk masuk islam, sebab tu dia cakap kalau dia lahir non muslim mungkin dia tak cari islam.
    Percaya saja tanpa bukti tu ajaran kristian, bukan ajaran islam. Dalam islam, ajarannya selari dengan akal sihat dan ada sebab untuk percaya bahawa Islam itu benar.
    Antara reason untuk percaya islam itu benar ada dalam Alquran dan kisah hidup Nabi.
    Kalau korang tak mampu nak kaji sendiri, korang boleh tengok video pendakwah2 Eropah yang terkehadapan dalam menyeru orang masuk islam. Kenapa Eropah? Kerana mereka kebanyakan nya lahir non muslim kemudian mereka cari kebenaran dengan kaji Islam dan jumpa sebab dan reason kenapa islam lah agama yang benar.
    Kemudian korang punya sebab yang kukuh bahwa Tuhan itu wujud, Muhammad itu utusan Nya, maka apa yang diberitahu oleh Alquran dan Hadis mestilah benar. Keduanya memberitahu perkara yang selari dengan akal, yang akal boleh fikir, satu lagi perkara yang akal tak boleh fikir iaitu perkara ghaib, memang akal tak boleh fikir, ianya tak boleh dicerap oleh panca indera. Perkara ini memang kita perlu percaya sepenuhnya, kerana kita telah percaya bahawa Allah itu benar Muhammad itu benar
    Sekian.

    • @syudabada
      @syudabada Před 5 lety +10

      Reason yang Zamir beritahu ialah standardised pada semua. Bukan semua orang rajin nak mengkaji. Setiap manusia mempunyai faith. Sama ada faith kepada agama atau kepada sains. Kalau dia non muslim dan faith pada agamanya teguh, kau cakap apa pun mengenai Islam, hatinya tetap teguh.

    • @muhdaizat1112
      @muhdaizat1112 Před 4 lety +2

      Zamir gunakan ayat "bagi aku" . Itu kes untuk dia.

    • @kimberlypaing1127
      @kimberlypaing1127 Před 4 lety

      Knpa nak bezakan dgn agama kristian pula ? Kan agama kristian tu kpercayaan. Sma la dgn islam . Korang ada al quran , kristian ada alkitab , selari juga bah dengan akal dan perbuatan. Sprt ya saudara cakap , kepercayaan . Dgn ada nya kprcayaan maka wujudla agama , islam . Bgitu juga laa dgn agama lain . Dalam hal ini kta tak boleh la nak bezakan agama islam dgn kristian masing2 ada aturan-Nya. Setiap agama ada percaya bahawa Tuhan tu hnya satu . Kalau saudara baca bible sama juga kandungan ny dengan alquran dmana selari dengan akal & perbuatan yg baik , jadi tiada masalah nya disitu. Jadi takpayah lah nda bezakan agama islam dan kristian masing2 jaga keamanan sendiri. Sbgai kristian saya maafkan saudara . Sbb di agama kmi , kmi perlu maafkan org yg brsalah dan myayangi musuh2. Agama kita saudara , percya kiamat tu ada , akhirat tu ada sorga dan dan neraka. Shallomm .
      Matius 5:44
      5:44 Tetapi Aku berkata kepadamu: Kasihilah musuhmu dan berdoalah bagi mereka yang menganiaya kamu.
      Lukas 6:35-37
      Konteks
      6:35 Tetapi kamu, kasihilah musuhmu dan berbuatlah baik kepada mereka h dan pinjamkan dengan tidak mengharapkan balasan, maka upahmu akan besar dan kamu akan menjadi anak-anak i Allah Yang Mahatinggi, j sebab Ia baik terhadap orang-orang yang tidak tahu berterima kasih dan terhadap orang-orang jahat. 6:36 Hendaklah kamu murah hati, k sama seperti Bapamu l adalah murah hati."Hal menghakimi
      6:37 "Janganlah kamu menghakimi 5 , maka kamupun tidak akan dihakimi. m Dan janganlah kamu menghukum, maka kamupun tidak akan dihukum; ampunilah dan kamu akan diampuni. n
      *Sama*
      Firman ALLAH SWT: "Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf serta jangan mempedulikan orang-orang yang jahil." (Surah al-A'raf, ayat 199)

    • @hakimikim6878
      @hakimikim6878 Před 4 lety

      @@syudabada
      Reason yg zamir bgtau standardize pd semua? Tp reason yg zamir cakap dalam video tu pasal faith, jd saya cakaplah yg faith dalam islam boleh diperkuat melalui reasoning dan bukti2, yg boleh menjadi iman seseorang mrnjadi kuat. Bukan kepercayaan buta tanpa reasoning dan bukti.

    • @hakimikim6878
      @hakimikim6878 Před 4 lety

      @@muhdaizat1112 zamir gunakan 'bg aku' ? Kalau kita rasa pandangan seseorang tu salah, tak boleh ke kita nak betulkan?

  • @iskandarzulkarnain17
    @iskandarzulkarnain17 Před 5 lety +35

    Agama kepercayaan,sains pembuktian.

    • @mosamuel7708
      @mosamuel7708 Před 5 lety +7

      Sains aq rasa lebih sesuai kita kata pemerhatian drpd pembuktian

    • @MohdSyahmir
      @MohdSyahmir Před 5 lety

      Agama (melalui wahyu) juga membuktikan kebenaran, dengan jalan mengajak manusia untuk berfikir (افلا تتفكرون). Dan agama juga membuktikan kebatilan ajaran-ajaran agama lain (yang percaya kepada tritunggal, berhala dll.) Agama dan sains, kedua-dua memerlukan satu perkara penting dalam jiwa manusia iaitu akal untuk membuktikan kebenarannya.

    • @asrizalasril75
      @asrizalasril75 Před 5 lety

      agama islam adalah petunjuk bagaimana untuk kita berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat. Ia juga membantu kita untuk mengetahui perkara di alam ghaib dan mengenal kan kita siapa pencipta dan pentadbir alam ini..sains pula menerangkan bagaimana Allah mentadbir alam ini..Contoh dalam bab hujan.. sains menerangkan bagaimana Allah menurunkan hujan pada manusia.

  • @parkjaemin7493
    @parkjaemin7493 Před 4 lety +2

    Sbb tu kita org muslim tolong la diorg yg non muslim,tak sampai hati la tengok kawan2 aku yg baik2 pengakhirannya ke tempat siksaan..aku sayang diorang..

  • @hetches09
    @hetches09 Před 5 lety

    Aku percaya dengan reason. Aku percaya kpd Islam dgn reason ia agama yg terbaik dr segi sumber, teks dan pelaksanaan.. bagi aku the best faith is with reason. Sebab tu ada saja2 orang2 yang mendapati apa yang mrk imani mempunyai reason yang tak kukuh serta bercampur baur, dia akan belajar dan mengkaji sehingga menemui suatu kepercayaan yang mempunyai reason/ alasan yang kukuh dan terbaik lalu menganutinya..

  • @vin5253
    @vin5253 Před 3 lety +1

    Agama lain pun sentuh apa yang Zamir sentuh. Sebagai seorang Kristian, aku pilih kekal dengan agama kelahiran aku satu sebab ianya masuk akal bagi aku. Kedua, agama ini minoriti di Malaysia dan jadi minoriti menuntut aku berada di luar zon selesa dan memperkuatkan diri aku. Ketiga, aku kaji kebenaran agama lain dan aku rasa agama lain tak sesuai dengan aku. Keempat, masyarakat merupakan cerminan kepada agama itu. Jadi itu antara sebab kenapa aku kekal dengan agama kelahiran aku.

  • @lelakikelawarofficial4461

    Sebab tu kenapa solat tu penting, kenapa perlu jaga 5 waktu, kenapa perlu berpegang teguh pada tali agama (Quran/Sunnah). Sebab reason ni smua is the key, kunci hubungan kita dgn sang pencipta. Sebab "iman" ni bukan soal "otak" tapi soal "hati". Otak umpama "racun", dan hati umpama "mangsa" yg lemah. Maka wujudlah "Islam" sebagai penawar/solusi utk control 2 benda ni which is yg kita panggil "nafsu"

    • @arifzuhayri7230
      @arifzuhayri7230 Před 2 lety

      ohhh. Patutlah allah cakap quran tu buku untuk orang yang berfikir. Betul2

  • @al-syifa4145
    @al-syifa4145 Před 2 lety

    Allah SWT jaga kita, In Syaa Allah.

  • @thenorthernspectral
    @thenorthernspectral Před 5 lety +3

    Aku percaya tuhan tu wujud sebab molekul dlm dna aku tak dibina dgn sendirinya

  • @ikhwanshah1489
    @ikhwanshah1489 Před 5 lety +10

    2:06 lawak budak nerd 😂. Anyway nice content Zamir! Enlightening as always. 👍

  • @zahranali2147
    @zahranali2147 Před 2 lety

    Dalam perbahasan teologi islam (ilmu tauhid dan kalam), reasoning is necessary to establish faith.
    Pertama sekali, kita kena tilik alam ini yang berubah-ubah seterusnya berpermulaan. Maka wajib pada aqal ada yang memulakannya/menciptakannya. Dan yang menciptakannya itulah kita panggil sebagai Pencipta.
    Kemudian, adakah Pencipta itu berpermulaan? Maka jika pencipta itu berpermulaan, maka akan terbit tasalsul (infinite regress) yang abstract (wujud). Mustahil. Maka tidak boleh tidak atau wajib pada aqal kita, Pencipta itu mesti tiada permulaan. Infinite regress yang berupa amrun iktibari (perkara yang jenis pengetahuan sahaja, bukan betul betul wujud), maka ia tidak mustahil seperti nilai decimal pai yang tak terhingga. Tapi actual existing infinite regress is impossible.
    Setelah itu, kita establish kewujudan Nabi Muhammad (belum ada manusia yang inkari kewujuduan nabi muhammad). So, nabi dakwa dia adalah rasul dan bawa perutusan wahyu dari Pencipta Alam yang namanya Allah. Pembuktiannya adalah mukjizat. Maka mukjizat yang berlaku disaksikan oleh manusia ketika itu, dan disampaikan beritanya kepada kita melalui susur galur orang yang ramai (mutawatir)/testimonial by others, yang tak boleh kite inkarkan kerana ramainya. Seperti kewujudan World War 1 and 2 dan lain lain lagi.
    Setelah itu, kite mengimani nabi sebagai rasul dan membenarkan segala yang dibawa oleh baginda, termasuk berita berita seperti syurga neraka malaikat lauh mahfuz, nabi nabi terdahulu, mukjizat nabi terdahulu dan sebagainya.
    So, islam tidak meyuruh percaya sahaja, akan tetapi, disuruh kita berfikir dan buat reasoning. If solely faith, without a reason, then no reason for doubt.

  • @azaharrazak6
    @azaharrazak6 Před 4 lety

    Carilah aku di awalnya ada, di akhir tiada, akhirnya.

  • @MohdSyahmir
    @MohdSyahmir Před 5 lety +5

    Maaf, kita perlu berbeza pendapat di sini ya Tuan Zamir. Iman (faith) dalam Islam tak ajar penganutnya percaya (belief) membuta-tuli. Perkataan “iman” tu sendiri dalam Islam bermaksud: untuk menjadikan diri seseorang aman (secure). Kita mesti beriman atas dasar taakulan (reason) sebab kita makhluk yang berakal. Kita tidak seperti kambing yang percaya bahawa pada hari pertama pukul 9.00 pagi tuannya akan beri ia makan. Hari kedua pun begitu, hari ketiga pun begitu. Tapi hari keempat, tuannya meninggal dunia. Maka, ia tak berhenti mengembek kerana percaya tuannya akan baginya makan jam 9.00 pagi. Iman menuntut kepada taakulan, secara idealnya. Tapi harus ditegaskan di sini, tahap akal manusia juga berbeza-beza. Ada manusia yang tak perlukan taakulan untuk beriman, sebab keyakinannya terhadap sesuatu tu memang sudah utuh. Macam seorang wanita tua yang ternampak Imam Fakhruddin al-Razi dengan anak-anak muridnya lalu bertanya, siapakah dia itu? Lalu seorang daripada anak muridnya berkata, itulah dia Imam Fakhruddin al-Razi, beliau ada 1000 hujah kewujudan Tuhan. Wanita itu membalas, maka dia punya 1000 keraguan tentang kewujudan Tuhan. Imam Fakhruddin al-Razi yang dengar perkara ini pun berkata, itulah iman seorang wanita tua dan ia adalah iman yang asli (imān al-‘ajā’iz). Maknanya tidak perlu akan taakulan. Tuan perlu bezakan kefahaman pada istilah “faith” dengan “īmān” kerana pada sesetengah kamus, mereka memberi maksud kepada faith iaitu kepercayaan tanpa sebarang bukti. Ini salah menurut Islam kerana dalam tradisi Islam itu, tuan tak akan jumpa kepercayaan membuta tuli kepada Al-Quran. Kerana itu, ulama menulis beratus-ratus kitab membuktikan kebenaran Al-Quran dan ahli sains muslim seperti Ibn Al-Haytham dan Al-Biruni juga menulis bukti rasional kenabian Nabi Muhammad untuk menolak hujah Muhammad al-Razi (doktor) yang menolak perlunya kenabian.

    • @makkaroni123s
      @makkaroni123s Před 5 lety +1

      Bagaimana tuan nak jelaskan tentang para sahabat terutamanya Abu Bakar Assiddiq ketika mana Rasulluah cerita tentang Isra'Mikraj....ramai yang ragu2 sebab cerita itu seakan2 tak masuk akal...sahabat yg setia menerima nya secara yakin apa yg Rasulluah cerita tu benar tanpa banyak tanya..masa tu ilmu sains pun x berkembang lagi..

    • @mohdrazif777
      @mohdrazif777 Před 5 lety +2

      @@makkaroni123s kalau aku la kan, aku percaya Rasulullah tu benar sebab peribadi baginda. Tak pernah bohong berpuluh tahun tiba-tiba nak bohong pulak. Selain tu, yang cakap macam ni biasanya orang gila (sebab cerita tak selari dengan akal manusia), tetapi sahabat-sahabat yang dah hidup lama dengan baginda yakin baginda bukan orang gila. Jadi alasan yang tinggal ialah baginda betul2 cerita apa yang baginda dah lalui dan baginda tak pernah berbohong setiap kali baginda bercakap.

    • @MohdSyahmir
      @MohdSyahmir Před 5 lety

      @@makkaroni123s Terima kasih atas soalan yang dikemukakan tuan. Kalau menurut kefahaman saya, dalam sirah, Rasulullah SAW menyampaikan pengalaman baginda kepada kaum musyrikin Mekah terlebih dahulu, kemudian ada yang menyampaikannya kepada Saidina Abu Bakar. Tatkala mendengar, beliau menjawab, فأشهد لئن كان قال ذلك لقد صدق, iaitu maka aku bersaksi, jika itu adalah ucapannya (Rasulullah SAW), maka itu sesungguhnya benar. Dan kita boleh tafsirkan di sini bahawa lafaz لئن (jika) yang digunakan tersebut menunjukkan beliau percaya dengan bersyarat iaitu jika itu ucapan Rasulullah SAW. Bermakna di sini, masih terdapat pertimbangan akal yang dilakukan oleh Saidina Abu Bakar untuk membenarkan apa yang disampaikan oleh kaum musyrikin Mekah tentang Rasullullah SAW. Dan saya juga setuju dengan pendapat @Mohd Razif bahawa para sahabat kanan yang mengenali akhlak Rasulullah SAW tidak perlukan lebih banyak pembuktian kerana ia terbukti secara sendiri dengan akhlak baginda yang mereka kenali, malah akhlak yang dipamerkan oleh baginda sebelum wahyu pertama diturunkan kepada baginda. Saya nak cuba sampaikan, berfikir sejenak dengan akal itu bukan tanda kita tidak yakin atau ragu atau menolak kebenaran wahyu dan mukjizat, tapi ia adalah fitrah manusia sebagai makhluk yang berakal sebelum sampai kepada keyakinan. Wallahualam.

  • @KobauMerahBerlago
    @KobauMerahBerlago Před 5 lety +5

    First time tgk zamir gelak kuat haha

  • @AyinNazrin23
    @AyinNazrin23 Před 5 lety

    Dalam byk2 agama dalam dunia ni aku rasa Agama Islam je yang menyediakan rukun dan garis panduan dalam menjalankan ibadah kehidupan.. Tanpa rukun ini kita boleh digelar sesat. Antara rukun
    dalam rukun yang disediakan sebagai contoh rukun iman itu sendiri meminta kita percaya..

  • @syahirulnaim670
    @syahirulnaim670 Před 4 lety +1

    Nak patahkan hujah non muslim terhadap mujizat nie adalah dengan persoalan yg menunjukkan kefahaman terhadap logik bahawasanya logiknya terbatas contoh "kenapa umat islam sujud menghadap ka'abah? Allah dalam tu ke? Bagi persoalan kenapa kita tgk tv dalam tv tu ada org ke? Xdekan sbb org yg dlm tv tu terhubung dengan menggunakan siaran tv jadi ka'abah ini adalah pusat untuk manusia berhubung dengan Allah tidak bermakna Allah di ka'abah..Allah ada tidak bertempat tidak ada masa kerana Allah wujud sebelum kedua-duanya

  • @caturzero
    @caturzero Před 4 lety

    bagi aku ... setiap argumen based on dua benda : either axiom atau statistical evidences .... axiom ni adalah sesuatu premis yg tidak dapat ditolak kebenarannya ... jika kita diberikan satu isu untuk diselesaikan .... dua perkara tersebut mungkin yg penting bagi kita fokuskan untuk mendapatkan titik noktah dalam argumen kita ... tak kisah la mana satu yg kita pilih ... in the end ... isu macam ni la ( faith and reason) yang akan lebih buatkan diri kita jadi lebih wise dan tahu bahawa setiap org ada kelemahan masing - masing ... kalau kita tak percaya wujudnya tuhan ... kitalah tuhan itu ...

  • @sayanghae
    @sayanghae Před 3 lety +1

    Kalau tak perlu akal. Baik baik buang jelah dalam longkang. Buat apa tuhan cipta akal kalau ia bertentangan dengan penciptaannya sendiri.

  • @Muhd_Faiz
    @Muhd_Faiz Před 5 lety

    Penerangan zamir mudah utk aku faham..

  • @fauzanklanx1779
    @fauzanklanx1779 Před 5 lety

    Dari Allah Dan Nabi Muhammad Saw semua benar ....Dari sains boleh berubah Dan manusia lainnya boleh terima boleh tolak

  • @alfarishaziq1429
    @alfarishaziq1429 Před 5 lety +1

    Aku pelajar agama tau....... Dalam Aku belajar ada yg bab aku belajar ada yang bab pasal ilmu ghaib tau....... Bnde ni termasuk dalam ilmu ghaib...... Aku nak terangkan kat sini takleh sbb penerangan dye pnjang....... Senang korang cari org berilmu yg mahir ilmu ghaib dlam agama Islam......

  • @kureganitimurids-mughals7726

    Allah hantar mukjizat based kepada keadaan semasa yang dihadapi oleh para nabi......sekiranya seseorang nabi itu berhadapan dengan sihir dan yang tak logik akal, Allah akan hantar mukjizat seperti pembelahan laut , tongkat jadi ular......kepada nabi muhammad saw, kaum Quraisy amat berbangga dengan syair , jadi Allah jadikan Quran lebih ditandingi dalam aspek segi tersebut sampai semua pembesar Quraisy takjub dengan kecantikan ayat Quran sedangkan diorang tau yang Nabi Muhammad SAW bukanny penyair pun....

    • @nabeeldin3544
      @nabeeldin3544 Před 3 lety

      yes, btol tu. yahudi pandai medical jadi nabi isa datang sembuhkan penyakit. jadi org yahudi beriman lh.

  • @MrMrmymy
    @MrMrmymy Před 4 lety

    Kena belajar MAKRIFATULLAH

  • @lxmed
    @lxmed Před 5 lety

    For me, if i was born as non muslim, i will definitely revert to Muslim. i have my own reasons not based on the muslim behavior but based on all book that claim to be "word of god".

  • @zakisahlani6101
    @zakisahlani6101 Před 5 lety +4

    tula maksudnya iman.. percaya tanpa reason...

    • @MohdSyahmir
      @MohdSyahmir Před 5 lety

      Iman maksudnya untuk menjadikan diri seseorang itu aman (aman daripada akar kata yang sama dengan iman dalam bahasa Arab). Iman perlukan kepada taakulan, tetapi keraguan tak perlukan kepada iman kerana ia bertentangan. Untuk menjadikan diri kita aman, kita perlu fikir munasabah sesuatu dan kemudian kita letakkan kepercayaan, baru aman jiwa orang yang beriman. Wallahualam.

  • @AimanNazri
    @AimanNazri Před 5 lety

    Dalam we call it perkara sam'iyyat. Means perkara yg tak boleh lihat. So kita xboleh nk reason benda tu sebab ia diluar dr kemampuan pancaindera kita. So kita kena tahu apa batasan kita dalam menuntut ilmu fardhu kifayah ni. Kuasai dulu ilmu fardhu ain.

  • @mohdfaez4431
    @mohdfaez4431 Před 5 lety +5

    bahaya ni.. dalam masalah tauhid pun kita perlu untuk menyatakan alasan dan bukti atas kewujudan Tuhan. sebab ianya akan membawa kepada masalah taqlid. bagi yang tonton video ini jangan sekadar telan sahaja. belajar tauhid kemas dulu. sekadar perkongsian daripada hamba yang cetek ilmu ini. wallahualam.

  • @hanisskamarolzaman7271

    iman adalah mutiara~~

  • @aqilhakim8794
    @aqilhakim8794 Před 2 lety

    masih ramai yg tak paham ape yg ZM cube sampaikan.. Takpe.. Betul la Orang kata.. Orang2 jahil ni dia prasan dia pandai.. Depa kalau bukak je dalam hati dh niat nk carik salah.. maka salah la diorang jumpa.. tanpa dngar betul2.. Manusia

  • @shahalqadiri2919
    @shahalqadiri2919 Před 5 lety

    Dalam penghujahan dalil Aqidah ada juga penghujahan dalil Aqli(akal). Cuma kena ikut disiplin dan metodologi, ilmu yg membicarakan tentang ini ialah ilmu kalam. Ada yang kata hujah ulama Kalam sudah lapuk kerana hari ini sains moden sudah jauh berkembang berbanding Kalam, mereka ini tidak sedar bahawa ulama Kalam tidak hanya menggunakan sains (atau dalil dari indera) sebagai hujah, tetapi yang lebih utama adalah dalil aqal yang menjadi penafsir kepada data yang dicerap oleh indera. Dalil aqal lebih asasi daripada dalil sains, kerana akhirnya sains itu sendiri adalah tafsiran aqal saintis terhadap fakta. Untuk mendalami isu berkenaan dengan maqam aqal & sains dalam penghujahan, boleh rujuk Mawqif Al-Aql Shaykh Mustafa Sabri.

  • @afixmazlan9941
    @afixmazlan9941 Před 3 lety

    Allah yg cipta alam semesta,Allah juga yg cipta Hukum Fizik.Allah juga yg boleh lawan Hukum fizik.So jgn campur adukan Agama dan Sains/Fizik.

  • @asrizalasril75
    @asrizalasril75 Před 5 lety +2

    faith tanpa dalil dan reason akan buatkan kepercayaan kita terhadap sesuatu akan lemah dan mudah goyah..Sebab itu kita belajar dalil aqli dengan dalil naqli bila berkaitan tentang keimanan. Ia akan meningkatkan faith kita pada islam..

    • @makkaroni123s
      @makkaroni123s Před 5 lety

      kalau nak kepercayaan dengan reason...susah...sbb mcm mana kau nak buktikan kepercayaan syurga neraka? kewujudan malaikat? kewujudan benda ghaib...semua tu kita percaya dgn dalil alquran sahaja...sbb tu sahabat dulu percaya pada rasulullah tanpa sebab...

    • @johnlabu9827
      @johnlabu9827 Před 5 lety

      @@makkaroni123s dlm dua kalimah syahadah ade ada ayat"aku bersaksi"...

    • @makkaroni123s
      @makkaroni123s Před 5 lety +1

      @@johnlabu9827 yes...sebab tu perkataan "aku bersaksi" tu adalah sumpah setia untuk percaya Allah dan Rasul tanpa persoalan...walaupun pada logik akal manusia tak boleh nak capai

    • @johnlabu9827
      @johnlabu9827 Před 5 lety

      @@makkaroni123s bagus2..tp bg saya,saya tak suka beriman secara membuta tuli..saya muslim bukan sebab mak ayah saya muslim,tapi saya muslim sebab memamg saya tau saya ni muslim..so saya x percaya demgan keimanan membuta tuli..jd saya 'bersaksi' dengan ilmu pengetahuan dan mata hati bahawa tiada tuhan selain Allah dan nabi Muhammad utusan Allah

    • @Epul-ix7fz
      @Epul-ix7fz Před 2 lety

      Pandangan atau pegangan zamir pada saya nak ke Arah atheist,Dia bercerita pasal keimanan (faith) atas dasar percaya semata2, Dia tak akan percaya bagaimana tuhan dah cerita kan dala Al quran bagaimana alam ini terjadi dan pekara2 lain yg kita wajib tahu. Pandangan dia terhadap kepercayaan agama sama dgn ahli atheist dan ahli Sains yang lain.

  • @mohdarifharis12
    @mohdarifharis12 Před 3 lety

    siapa belajar tasawur tahu tu naruli semulaji manusia

  • @Barbosa863
    @Barbosa863 Před 2 lety

    i like u👍🎁from sabah

  • @affahiyah6750
    @affahiyah6750 Před 5 lety +4

    Dgn sesama muslim blh la ckp percaya je la . Tapi kalau gini cara kau jawab atau nak yakinkan dgn non muslim. Hmmmm

    • @aslam5044
      @aslam5044 Před 5 lety

      Kan... sebab tu last skali zamir cakap, mungkin kalau dia lahir2 dalam agama lain dia sendiri tak akan cari islam. Mungkin scientis memang berfikiran macam tu.

    • @mohdrazif777
      @mohdrazif777 Před 5 lety +1

      Sebab dia tiada jawapan kalau non-muslim tanya. Aku rasa la.

  • @m.Amirrudin-00
    @m.Amirrudin-00 Před rokem

    Assalammualaikum der zamir. Nanti kita lepak borak borak santai kongsi pengetahuan jom.?

  • @MuhammadIqbal-xn8zh
    @MuhammadIqbal-xn8zh Před 5 lety

    Sama juga macam hadis palsu kelahiran nabi. Dr Rozaimi ada sebut banyak kisah2 keajaiban kelahiran nabi muhammad adalah palsu. Kita sebagai umat Islam tak perlu kisah keajaiban yang menakjubkan untuk percaya nabi tu penyampai wahyu kepada ummat. Agama ni bukan berdiri diatas magic dan benda2 yang menakjubkan tetapi kebenaran yang hakiki pada Al-Quran dan hadis nabi. Kalau betul lah dengan kisah-kisah keajaiban kita boleh jadi beriman, maka orang yahudi akan jadi lebih beriman dari kita sebab mereka ni Allah dah tunjukkan pelbagai keajaiban daripada rasul-rasul mereka. Tapi realitinya mereka tetap melawan rasul dari golongan mereka sendiri.

  • @lifestraveller3790
    @lifestraveller3790 Před 4 lety +1

    Apa ZM cakap tu betul,sebab saya teringat ada ustaz ceramah.Dia sindir,dia kata,lebih kurg camni,"kena ada alam baru percaya Tuhan ke?kalau takde alam macamne nk buktikan kwujudan Tuhan?"
    Akhirnya,itulah faith(kepercayaan),sebagaimana disebut ZM,kita percaya je.

    • @arifzuhayri7230
      @arifzuhayri7230 Před 2 lety

      kalau allah ckp Allah ade permulaan, quran tu betul ke?

    • @aqilhakim8794
      @aqilhakim8794 Před 2 lety

      @@arifzuhayri7230 ape bende kau mengarut ni😂

  • @hassanuddin9927
    @hassanuddin9927 Před 3 lety

    Orang² islam dari pada tua sampai lah muda dekat lah diri mu dengan ilmu alquran wa sunnah..kenapa aku cakap dari tua sampai muda..sebab orang tua² sekarang BUTA ISLAM TULI AGAMA PENUNGANG AGAMA ISLAM..pada yang muda dekatlah diri mu dengan ilmu agama..islam tak datang dengan kitab alquran dan hadis..islam datang dengan alquran hadis kitab syrahul tafsir syrahul hadis fiqh tassawuf..nahu sorof dll..ikut turutan sanad nabi sahabat tabiq tabiq in ulamak salaf...yg muda harus belajar..pada yg tua masam bau tanah lekas lekaslah bertaubat..

  • @nafeejawawi
    @nafeejawawi Před 4 lety +1

    Nk share sikit,
    Adakah kita berhajat kepada bukti akal utk membuktikan kewujudan Allah, ye.. Perlu... Sbb ape, kite berada pada zaman yg jauh dgn nabi, zaman yg sgt berhajat kepada dalil akal (scientific evidence). Adakah ini perkara baru? X sebenarnye... Ulama' 2 islam dah susun hukum akal mengikut kecerdasan mereka bukan saja2.Zaman sahabat, sahabat x memerlukan dalil ini kerana kuatnya iman mereka menerima dakwah nabi.satu keadaan, seorg paderi ajak muslim berbahas tntg tuhan (almighty god), muslim tersebut mengeluarkan dalil al-quran, adakah paderi tu akan menerima dgn mudah? Ofc la tak... Die akan pertikai you with your quran , i with my scripture, is it different? So, disebabkan ini la berhajat nye manusia hari ini terhadap hukum akal, semua terkandung dlm ilmu tauhid, ilmu pintu masuk kepada agam islam. Allahu a'alam

  • @h_d.1639
    @h_d.1639 Před 5 lety

    Setuju sgt ✅

  • @zairiliskandar4310
    @zairiliskandar4310 Před 3 lety +1

    Antara reason kenapa syurga dan neraka tu wujud adalah kerana ia terdapat dalam Quran.
    Reason kenapa Quran tu benar kerana ia di sebar oleh utusan Tuhan, iaitu Muhammad s.a.w.
    Reason kenapa Muhammad s.a.w itu utusan Tuhan kerana pelbagai aspek seperti kejujurannya, mukjizatnya dan berita tentang masa depan yg mustahil di dapati tanpa bimbingan wahyu.
    Reason kenapa mukjizat dan berita tu mmg betul ada adalah kerana ianya disampaikan secara riwayat yg mutawatir, iaitu ramai periwayatnya sehingga adalah tidak logik jika mereka menipu.
    Wallahua'lam

  • @ikmalriduan1687
    @ikmalriduan1687 Před 5 lety +2

    Aku setiap malam terpikir mcm thu siapa cipta tuhan banyak lagi lah aku pikir bende yg x logik pasal thu.

  • @mohdnasirbinyusoff2940

    Aku setuju 200%

  • @MYSPACESIS
    @MYSPACESIS Před 5 lety

    Boleh refer Ustaz Wan Hizam tentang isu ni. penerangan dia mudah dihadam. Tapi kena bernanah jugak la.

    • @muhammadham1202
      @muhammadham1202 Před 4 lety

      ustaz asri sobri daripada yayasan taklim. penerangan yang menarik serta mudah difahami.

  • @mohdarifharis12
    @mohdarifharis12 Před 3 lety

    semula jadi

  • @damnfqryy
    @damnfqryy Před 5 lety

    nais zamir

  • @fareezaizat8684
    @fareezaizat8684 Před 4 lety

    So adakah maksudnya percaya pada Allah dan islam tanpa perlu tau sebab2nya atau hanya sebab tu agama mak ayah kita dn tu yg diajar dr kecil?? Kalau camtu apa jaminan kita akan kekal dgn Islam bila ada dakyah atau pengaruh luar yg cuba menukar kepercayaan agama kita?? Sebab tu ‘reason’ tu perlu utk membenarkan kepercayaan kita...TAPI bukan semua dalam agama kita perlukan sebab, perkara syariat yg akal tak mampu fikir kita hanya ikut sami’na waata’na....tp tentang Allah, kenapa kita percaya Allah tuhan tu kita perlukan sbb berlandaskan kemampuan akal kita utk berfikir/proses tanda2 yg diberikan dalam kitabNya dan dari rasulNya...serta dari alam sekeliling, bnyk tanda2 Allah dah letak pd alam ni utk kita percaya pada keagungan dan keesaanNya....kalau kepercayaan sekadar ikut2an tok nenek maka kita takkan mampu utk terangkan kebenaran kepercayaan kita, maka boleh jd mudah utk kepercayaan kita tu goyah dan runtuh....ni sekadar pandangan saya

  • @fatinmohamad6444
    @fatinmohamad6444 Před 5 lety

    امر تعبدي .

  • @mrb0rne073
    @mrb0rne073 Před 4 lety

    Kepercayaan tanpa rasional - Buta
    Rasional tanpa kepercayaan - Kontang
    matlutfhi90

  • @hazimsuhairi4486
    @hazimsuhairi4486 Před 5 lety +24

    Kenapa abang zamir selalu pakai baju sama?

  • @faridmuslim7778
    @faridmuslim7778 Před 4 lety

    Yg last tu. Hmm...

  • @faqirhairul1140
    @faqirhairul1140 Před 2 lety

    Allah yang cipta sains....kenapa nak kena guna sains untuk kenal Allah🤣🤣🤣

  • @mohamadazrin2502
    @mohamadazrin2502 Před 5 lety

    ADA BEZA KE SEBAB DENGAN REASON? Haha

  • @muhammadhakim8950
    @muhammadhakim8950 Před 4 lety

    O camtu

  • @welcometolife4237
    @welcometolife4237 Před 4 lety

    He think he know everything

  • @mohamadyasin1319
    @mohamadyasin1319 Před 4 lety

    kenapa dua benda ni tak boleh selari? mcm tak betul bagi aku. sorry bang..hahaha

  • @generasimuda4939
    @generasimuda4939 Před 5 lety

    Belajar laa ilmu ketuhanan dan kaji isi al-quran, nanti dot lee jwapnya..

  • @paanstudios311
    @paanstudios311 Před 5 lety

    #tonystarkMY

  • @abdullahabbas6372
    @abdullahabbas6372 Před 5 lety

    Idk y but time 2:06 ni aku gelak... Tup-tup Zamir pon gelak😂😂😂 berdekah matt

  • @amirbino5598
    @amirbino5598 Před 4 lety

    Nak buat permintaan. Boleh x buat video pakai sweater lain pulak. Haha

  • @malayneum
    @malayneum Před 5 lety +3

    aku ex muslim dah convert ke atheism. ada sapa nak tanya aku soalan?

  • @faizalyahya
    @faizalyahya Před 5 lety +2

    Astaghfiruallah

  • @faridmuslim7778
    @faridmuslim7778 Před 4 lety

    Kenapa tak ada masa nak mengkaji? Apa yg kau sibuk sangat?
    Believing without reason is absurd

    • @kitaboleh9378
      @kitaboleh9378 Před 4 lety

      It is hard to find something if you yourself don't know what you are finding

  • @suzurangenji1777
    @suzurangenji1777 Před 5 lety +1

    Lol ..dia ni ustaz ker??

    • @farizdinie8900
      @farizdinie8900 Před 5 lety +3

      Tak tengok vid sampai habis ke?

    • @firulsea
      @firulsea Před 5 lety +3

      Kena jadi ustaz baru boleh cakap pasal agama ka ?

    • @suzurangenji1777
      @suzurangenji1777 Před 5 lety

      @@farizdinie8900 saya tak ckp yg tak suka dia..saya cuma tanya cara dia bercakap..lol

    • @sleepydeens
      @sleepydeens Před 5 lety +1

      Dia bukan ustaz, dia speakers. As long as dia berpegang teguh pada ajaran islam, selagi dia percaya kitab al-quran, selagi dia percaya bahawa tuhan ada satu, inshaallah iman dia kuat.

    • @luqeh98
      @luqeh98 Před 5 lety

      @@suzurangenji1777 orang tanya lain jawab lain haha