Ujian Uji Pancar | My-PTP 2.0 | Bukit Sapu Tangan Taman Botani Negara , Shah Alam

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 2. 07. 2024
  • 📸 Uji-Pancar Pra MY-PTP 2.0 📸
    #15/06/2024
    Syukur Alhamdulillah ,
    Walaupun pada awal pagi ini hujan Rahmat turun selebat_lebatnya ,
    Namun akhirnya hujan reda sekitar Jam 7:30 a.m
    Kanda Aziran A Majid 9W2GZX hadir seketika sementara menunggu ketibaan Kanda Chan Yee 9W2TCY . Kanda Aziran tidak dapat turut serta pada hari ini kerana ada tugasan yang perlu dilaksanakan .
    Sekitar Jam 8:45 a.m kami memulakan pendakian menuju ke Puncak Bukit Sapu Tangan , Taman Botani Negara Shah Alam .
    Pendakian memakan masa sekitar 1 jam bermula dari pintu masuk ( bayaran tiket ) .
    Sekitar Jam 9:45 a.m kami selamat tiba di Puncak Bukit Sapu Tangan .
    Penat lelah tidak dirasakan sangat kerana kami sangat teruja untuk menguji pancar . Namun apakan daya , kerana kesilapan teknikal oleh Kanda Mohd Fauzi Jaafar 9W2FYM yang tersalah membawa PTT untuk Manpack Leixen nya , kami terpaksa menguji pancar hanya menggunakan Walkie Talkie sahaja. 😅😅😅
    Apa_apa pun , sesi uji pancar kali ini berjaya jua dilaksanakan dengan kami menerima respon daripada beberapa Rakan HAM . Terima kasih diucapkan buat Rakan² HAM yang telah memberikan respon audio dalam sesi Uji Pancar yang kami laksanakan pada hari ini .
    Sekitar Jam 12:00 p.m kami memulakan perjalanan turun dari Puncak Bukit Sapu Tangan .
    Kami dari Team Bukit Sapu Tangan akan cuba memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang kami lakukan pada hari ini demi menjayakan Program MY-PTP 2.0 yang akan dilaksanakan pada 27 Julai 2024 nanti .
    #9W2FYM
    #9W2TCY
    #9W2GZX
    #9W2PIS
    #9W3SNZ
    Beberapa video akan menyusul di hantaran seterusnya... 😉😉
    Sekian informasi ini daripada saya 9W2PIS , sehingga kita bertemu lagi di hantaran yang berikutnya , 73 ..
    🤣🤣
    #UjiPancarPraMY-PTP 2.0
    #TeamBukitSapuTangan
    #RadioAmatur
    #HobiKami
    😁😁😁😁😁

Komentáře •