Hibah Rumah

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 17. 05. 2021
  • Pihak kami menyediakan hibah harta tidak bercagar dan hibah harta bercagar. Sila baca sehingga habis bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas sebelum membuat keputusan untuk menghibahkan harta. Terima kasih.
    Q1 : Saya nie perlu buat wasiat atau hibah? Sebab ramai orang kempen hibah, saya agak keliru.
    A : Ia bergantung kepada kondisi tuan / puan. Jika tuan / puan dalam kategori dibawah, maka hibah digalakkan.
    Ada anak perempuan sahaja
    Ada anak angkat
    Pasangan yang tiada anak
    Individu yang belum berkahwin
    Individu yang berpoligami
    Mualaf yang ingin berikan harta kepada keluarganya yang belum Islam
    Membeli harta secara bersama
    Individu yang ingin berikan hartanya kepada sesiapa yang diingini
    Ahli perniagaan
    Jemaah haji
    Individu yang berkahwin semula
    Q2 : Siapakah yang paling kritikal untuk buat hibah?
    A : Mereka yang tidak mempunyai waris faraid lelaki sebagai pendinding . Sekiranya tuan hanya ada anak perempuan, maka sebahagian harta tuan akan diwarisi oleh adik-beradik tuan.
    Q3 : Apakah itu hibah sebenarnya?
    A : Hibah adalah pemberian harta secara kasih sayang kepada sesiapa yang dikehendaki pada masa hidup dan tanpa balasan.
    Q4 : Apakah harta yang boleh dihibahkan?
    A : Harta seperti :
    Hartanah
    Unit trust
    ASB
    AHB
    Fixed Deposit
    Akaun simpanan emas (bukan barang kemas)
    Tabung Haji - tanpa penamaan
    Syarikat
    Q5 : Apakah terdapat harta yang tidak boleh dihibahkan?
    A : Ada, seperti berikut :
    Harta diluar Malaysia
    KWSP
    Harta yang mempunyai susut nilai contoh kereta
    Harta yang tak berdaftar seperti barang kemas, lukisan mahal, etc.
    Harta yang dilarang syarak
    Q6 : Adakah duit bank akan terus terbeku jika pemilik meninggal dunia?
    A : Tidak. Pihak bank tidak akan bekukan duit si mati melainkan waris memaklumkan kepada bank atau terdapat transaksi yang mencurigakan. Boleh jadi waris mengeluarkan wang simati secara maxsima sebanyak 3 kali, bank call tiada jawapan. Maka bank akan sekat transaksi seterusnya.
    Setakat ini, sistem JPN tiada link secara terus dengan bank. Hanya link secara terus dengan JPJ sahaja, maka hanya boleh renew insurans sebanyak selama 3 tahun. Lepas tu JPJ akan minta surat kuasa.
    Q7 : Adakah boleh hibah harta bercagar?
    A : YA Boleh. Tetapi ada beberapa syarat yang harus dipenuhi untuk buat hibah harta bercagar. Teruskan membaca.
    Q : Apakah syarat yang tetapkan oleh syarikat jika nak buat hibah harta bercagar?
    A : Antara syarat utama adalah:
    Pemberi Hibah MESTILAH menulis Wasiat dan melantik syarikat sebagai Wasi Utama.
    Syarikat dilantik sebagai Pemegang Amanah Gantian di dalam Deklarasi Hibah dan Penerima Kuasa Wakil (Attorney).
    Dokumen ini dinamakan PRI HIBAH iaitu dokumen Deklarasi Hibah dan Surat Kuasa Wakil.
    Antara Syarat-syarat Hibah bagi Harta Bercagar:
    (i) Pri Hibah bagi Harta Bercagar hanya terpakai untuk HIBAH DUA HALA sahaja (Hibah yang boleh dibatalkan). Benefisiari atau Penjaga HartamBenefisiari (Bapa atau Bapa Kepada Bapa (datuk) perlu menjadi pihak serta menandatangani Deklarasi Hibah.
    (ii) Penghibah mestilah PEMILIK BERDAFTAR bagi harta bercagar tersebut dan pembiayaan/pinjaman bagi harta tersebut di atas pemilik berdaftar tersebut. (Bentuk pinjaman yang diterima adalah Pinjaman Perumahan, Pinjaman Bertempoh (Term Loan) atau Pinjaman Tetap (Fixed Loan)
    (iii) Keseluruhan jumlah pinjaman dijamin oleh TAKAFUL ATAU INSURANS (Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) atau Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA)) dan ia melindungi keseluruhan tempoh pinjaman. Jika tempoh pinjaman adalah 20 tahun maka MRTT atau MRTA tersebut mestilah melindungi tempoh 20 tahun tersebut.
    (iv) Benefisiari (penerima hibah) akan menerima harta hibah bercagar beserta bebanannya. Oleh itu jika terdapat baki/tunggakan pinjaman maka Benefisiari atau Penjaga Harta wajib menyelesaikannya sebelum pindah milik boleh dilaksanakan kepada Benefisiari selepas Penghibah meninggal dunia.
    (v) Surat Pemberitahuan mengenai Hibah Harta Bercagar akan diberikan kepada institusi yang memberi pinjaman. Pihak syarikat akan menyediakan surat ini dan menguruskan penghantarannya dan Pemberi Hibah perlulah menandatangani surat tersebut bersama dokumen Deklarasi Hibah beliau.
    (vi) Pemberi Hibah dan Penerima Hibah yang dibenarkan adalah seperti berikut bagi hibah harta bercagar:
    Milikan Tunggal (1 nama dan 1 pemimjam), maka boleh dihibahkan kepada sesiapa yang diingini.
    Milikan Bersama (2 nama dan 1 peminjam), maka pemilik yang buat pinjaman sahaja yang boleh buat hibah kepada sesiapa yang dia ingini.
    Milikan Bersama (2 nama dan 2 peminjam), maka hibah antara mereka sahaja dibenarkan.
    (vii) Kesemua dokumen-dokumen berikut adalah wajib disertakan dan as-Salihin hanya akan meluluskan dan memproses arahan Pri Hibah jika dokumen-dokumen berikut lengkap.
    Maklumat lanjut sila klik link ini: hanaffi.com/soalan-lazim-hibah/
    atau
    Jika ada soalan boleh hubungi saya atau join group telegram untuk maklumat lanjut. Klik link dibawah.
    hanaffi.com/telegram

Komentáře • 10

  • @sharimuhamad5905
    @sharimuhamad5905 Před 5 měsíci

    Alhamdulillah. Saya akan hubungi Tuan dlm masa terdekat utk selesaikan urusan hibah. Terima kasih.

  • @hwafi1671
    @hwafi1671 Před rokem +1

    Hibbah rumah kpd isteri mcmane klu isteri yg mati dulu? Klu bercerai mcmne, kluar rmah sehelai spinggang suami dibuatnya nt..

  • @kamalarifin3423
    @kamalarifin3423 Před 2 měsíci

    Jika tiada apa2 surat hitam-putih berkenaan pemberian / hibah rumah dr seorg datuk kpd seorg bapak, bolehkah saksi2 (akuan bersumpah) yg pernah mendengar kata2 seorg datuk td tu digunapakai?

  • @gambler9650
    @gambler9650 Před 2 měsíci

    Hibah blh buat di pejabat tanah kn

  • @_azstudio
    @_azstudio Před rokem

    Salam. Jika saya buat dgn tuan atau mana2 org. jika org yg mengurus tu hilang, meninggal tak dpt dikesan mcm mana. adakah dokumen yg dah dibuat hibah tu akan saya dapat? dan kemana ssaya perlu pergi utk menukar harta tersebut jika yg mengurus tu mcm sy ckp diatas

  • @mrri8166
    @mrri8166 Před rokem

    Apa beza trustee dengan amanah raya berhad, adakah amanah raya ni bawah kerajaan
    Adakah beza harga dokumentasi ?

  • @malinamatdaud160
    @malinamatdaud160 Před rokem

    berapa kos hibbah tak pahamm sy dgn suami br beli rumah loan 35 tahun ..suami nama pertama sy nama kedua ..sy nak suami hibbahkn umah ats nama sy

  • @khairilmahmud8048
    @khairilmahmud8048 Před 3 lety +1

    Adakah hibah boleh dicabar? oleh pewaris faraid lain

    • @hanaffiidris5223
      @hanaffiidris5223  Před 3 lety

      cabar siapa2 boleh cabar jika dokumen yang dibuat tidak selari dengan undang-undang.
      bila dicabar cabar, hibah boleh terbatal.

    • @nurulaidachehamid4976
      @nurulaidachehamid4976 Před 2 lety

      Adik 👨‍👩‍👧🌹