Resepi Ikan Masak Cuka Special | Lauk Pembuka Selera Makan

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 22. 10. 2021
  • Assalamualaikum,hye semua..Kali ni Dayang nak kongsikan resepi lauk Ikan Masak Cuka. Lauk ni memang sesuai dijadikan pembuka selera,sesuai untuk mereka yang rasa tak sedap badan,nak demam ke,tak sedap mulut, takde selera nak makan tapi kena makan jugak kan,juga untuk orang yang berpantang atau berdiet sebab hidangan ni boleh membuang angin dalam badan,bagi badan ringan, menghilangkan loya dan bagus untuk kesihatan juga. Masakan ni rasa masam-masam manis camtu,nak pedas gigit cili padi,ada sayur ala ala acar pun ada,satu masakan dengan pelbagai rasa,try la ye!
    Keluarga Dayang memang suka sangat masak cuka ni atau kami panggil ikan jeruk,kalau Mak masak dia akan buat banyak-banyak dan makan berhari-hati.Lauk ni tahan lama sebab dah masuk cuka,dan kalau masak harini esok baru betul-betul sedap sebab ikan tu dah serap semua kuah,lepastu boleh gigit halia,bawang-bawang semua dan makan biji sawi yang memang banyak khasiatnya tu.Biji sawi ni boleh mengelakkan kanser serviks, mengurangkan kolestrol,baik untuk jantung dan paru-paru juga.Nak tahu lagi khasiat dia boleh google ye,ok jom kita tengok bahan-bahan nak masak cuka ni😊
    Bahan Utama
    Ikan (boleh guna ikan apa saja yg disukai,Dayang guna ikan siakap)
    1 sudu kecil garam halus
    1 sudu kecil serbuk kunyit
    Bahan Lain
    3 sudu besar cuka makan
    2 sudu besar gula pasir
    1 sudu kecil garam halus
    1/2 biji mentimun
    1/2 biji lobak merah@carrot
    2 sudu besar biji sawi
    7 ulas bawang putih
    7 ulas bawang merah kecil
    1 ulas bawang besar India
    1 biji cili merah
    8 tangkai cili padi
    3 inci halia
    2 cawan air
    Tips: Goreng ikan sampai masak jangan garing sangat untuk bagi kuah meresap ke dalam ikan.
    Sebarang urusan rasmi boleh hubungi Dayang kat alamat emel dibawah
    💌daayangsuri@gmail.com
    #ikanmasakcuka
    #ikanmasakasamcuka
    #resepidayangsuri
  • Jak na to + styl

Komentáře • 85

  • @Nazirwahdah
    @Nazirwahdah Před 9 měsíci +3

    Banyak kali dah saya guna resepi ni..memang menjadi & sedap...suka cara penerangan dayang jelas & terperinci...tq dayang ❤

  • @happycandy994
    @happycandy994 Před 2 lety +5

    Wow slh satu my feberet ni memamg sedap msk cuka slain msk asam ni mmg i loike😍

    • @DayangSuri
      @DayangSuri  Před 2 lety

      Yeke,alhamdulillah sama la saya pun suka dari kecik makan mak masak ni

  • @TheKecik84
    @TheKecik84 Před 2 lety +5

    Masakan ni sesuai untuk orang berpantang. Para suami perlu tahu resepi ni, boleh masak untuk isteri..

    • @DayangSuri
      @DayangSuri  Před 2 lety

      Haah,betul tu suami pon boleh masak sebab mudah je tapi untuk berpantang bersalin timun tu tak payah letak ye,cili pon jangan banyak takut sakit perut tuan Doktod

  • @u.n.iklinikkotadamansara4630

    Hari ni kurang sihat . Di tekak ni teringin sangat ni tapi belum
    Larat nak ber diri lama. Nanti dah sihat sikit nak buat. Tq Dayang .

    • @DayangSuri
      @DayangSuri  Před rokem

      Oh yeke,moga cepat sembuh ye,nanti boleh masak,sekali masak boleh makan 3 hari sebab lagi lama lagi sedap masak cuka ni

  • @dapurrx2752
    @dapurrx2752 Před 2 lety +4

    Masakan ikan seperti ini 👌👌👍saya suka sekali. Terimakasih resepnya Bunda 🙏🙏.

  • @santaibersamananai4627
    @santaibersamananai4627 Před 2 lety +3

    Sedap nampak ikan masak cuka nya

  • @tholabulilmi1029
    @tholabulilmi1029 Před 2 lety +2

    Wa'alaykumussalam warrahmatullohi wabarakatuh. Resepi ikan yang sedap kak. Terima kasih resepinya.

  • @bungamekalya6799
    @bungamekalya6799 Před 2 lety +1

    Yumyumyum... thanks for sharing resepi.hope saya dapat belajar memasaknya nanti.😍😍😍😍

  • @yrcooking
    @yrcooking Před 2 lety +3

    Enak banget masakan nya kak, bisa nih buat ide masakan sehari hari

    • @DayangSuri
      @DayangSuri  Před 2 lety

      Iya boleh buat masakan harian,mudah saja dan enak rasanya,tq ya

  • @laniaodong3553
    @laniaodong3553 Před 2 lety

    Mmg sedap...sgt manafaat...rasa lpr ni...tq utk prkongsianya...sukses slu n sht2slu..👍👍💪

  • @patmoh4204
    @patmoh4204 Před 2 lety +2

    Bagus recipe Puan. Terima kasih.

  • @phiean2493
    @phiean2493 Před 2 lety +1

    Sedap sangat...

  • @SalwaAtikah
    @SalwaAtikah Před 2 lety +1

    Wah, menyelerakan betul. Terus teringin tengok. Yummy.

    • @DayangSuri
      @DayangSuri  Před 2 lety

      Cuba masak sis,senang je tak jemu makan😀

  • @sarahmawardi9756
    @sarahmawardi9756 Před 2 lety

    sedapnya ikan masak cuka...

  • @naninurainni6531
    @naninurainni6531 Před 2 lety +1

    Sesuai mkn dgn nasi panas2..yam2.telan airlioq..

  • @siralyn205
    @siralyn205 Před rokem

    Assalam sayangku.. baru nmpk video ni😝
    Esok nk cuba .

  • @SrislametKitchen
    @SrislametKitchen Před 2 lety +1

    Waalaikum salam kak. ikut nyimak resepi kakak yang spesial ini. Salam silaturahim ya kak.
    Semoga tetap sehat dan sejahtera.

    • @DayangSuri
      @DayangSuri  Před 2 lety

      Terima kasih ya, moga kamu juga sihat sentiasa

  • @sakurachinta9137
    @sakurachinta9137 Před 2 lety +1

    Ikan masak cuka ni memang sejak zaman berzaman sedap ,betoi kalau x sihat ja makan ikan cuka ni teruih berselera.la ni macam viral pula.along tengok org pakat dok masa resepi lama ni.. allhamdulillah resepi lama tak.dilupan..telioq dah Along tengok ni🤤🤤

    • @DayangSuri
      @DayangSuri  Před 2 lety

      Musim resepi lama kembali kot along,hehe

    • @sakurachinta9137
      @sakurachinta9137 Před 2 lety

      @@DayangSuri sungguh la jadi viral resepi ni 🤗

  • @enyusof7070
    @enyusof7070 Před 2 lety +2

    Salam puan ,memang sedap puan masakan itu ,kalau saya makannya pon bertambah ,aaminn ,

    • @DayangSuri
      @DayangSuri  Před 2 lety

      Masakan orang lama memang best,simple je

  • @khoirudinchannel9130
    @khoirudinchannel9130 Před 2 lety

    Mantap resepnya bunda sobat hadir berkunjung semoga bermanfaat

  • @zaihamid78
    @zaihamid78 Před 2 lety +3

    Alhamdulillah..
    Tkasih bunda share resipi yg sedap..
    Semoga bunda sekeluarga sihat walafiat selalu 🌷👍

  • @rusaly126
    @rusaly126 Před 2 lety +5

    Memang berselera tengoknya lagi masih mendidih

    • @DayangSuri
      @DayangSuri  Před 2 lety +1

      Kaan,hehe nanti boleh cuba, tq Rus Aly

  • @pakmaun9312
    @pakmaun9312 Před 2 lety +1

    Wahhh mcm tau jaa . Baru tghr td mkn ikan masak cuka.. mmg baik la resepi sis hari nie.

    • @DayangSuri
      @DayangSuri  Před 2 lety

      Hehe, kebetulan tu pak maun,tq ye

  • @syazlinadlinaidrus5271
    @syazlinadlinaidrus5271 Před 2 lety +1

    Dah cuba mmg sedap. Terima kasih 🌻🌻🌻

  • @abi-asriishak
    @abi-asriishak Před 2 lety +1

    Peberet niiii😋😋😋 terus lapaq nasi😀

    • @DayangSuri
      @DayangSuri  Před 2 lety

      Orang utara punya lauk tradisi ni kan,ujan-ujan ni memang lapaq nasi sedia-sedia 😅

  • @ymasea25
    @ymasea25 Před 2 lety +3

    Salah satu menu kegemaran saya, memang sedap 😊 TK

  • @agustinab4476
    @agustinab4476 Před 2 lety

    Sedapnye

  • @triastutik1513
    @triastutik1513 Před 2 lety +1

    Sedapnya 👍👍👍

  • @JomMasak
    @JomMasak Před 2 lety +2

    Memang special ni, tengok pun dah terliur ni haaa😍

    • @DayangSuri
      @DayangSuri  Před 2 lety +1

      Hehe,tak jemu makan masak cuka ni kak JM, family Dayang suka ikan jeruk camni kalau takde idea nak masak apa😄

  • @indoindian373
    @indoindian373 Před 11 měsíci

    Mantap 👌

  • @huraiapong2239
    @huraiapong2239 Před 2 lety +1

    Sedap yaaa sis Dayang...

  • @norainiahmad6370
    @norainiahmad6370 Před 2 lety +1

    Tetima kasih Dayang Suri

  • @zuza_993
    @zuza_993 Před 2 lety +1

    Sdpnya resepi ni..tq

  • @suzanazana2358
    @suzanazana2358 Před 2 lety +1

    Sy seminggu sekali mmg masak lauk ne...ank2 pon suka..tp cepat lapoo..sbb masam..selain ikan ..ayam pon boleh..ikan masin pon boleh semua sedap

    • @DayangSuri
      @DayangSuri  Před 2 lety

      Sama la saya pun kalau lauk ni tangan tu nak mencedok nasi je kerjanya,susah nak benti makan,hancuss diettt😂

    • @suzanazana2358
      @suzanazana2358 Před 2 lety

      @@DayangSuri ..mak sy ckp..ini lauk masakkan org banjar..lagj satu masakan sahang ikan haruan bako..betoi diet pin hilang..mkn penuh nikmat..

  • @dapurmamahasan
    @dapurmamahasan Před rokem

    Wah sangat menarik resepnya ikan dimasak dengan biji sawi... terimakasih sudah berbagi resep masakan yang lezat sekali bunda

  • @samatsaangat4802
    @samatsaangat4802 Před rokem

    Cara awak ni sama dgn resepi akak saya InshaAllah saya cuba

  • @MeutiaMalahayati
    @MeutiaMalahayati Před 2 lety +1

    Menu sedap sekali 😍

  • @nanajajararachannel1380
    @nanajajararachannel1380 Před 2 lety +1

    Memang membuka selera...saya selalu gak masak macam ni..ikan siakap..wahhhh..berapa ribu tuu..hehee

    • @DayangSuri
      @DayangSuri  Před 2 lety

      Oh yeke,masakan ni resepi orang lama,ikan Dayang beli murah je takde ribu-ribu pun,belas belas ringgit je

  • @muhammadazmir4002
    @muhammadazmir4002 Před 2 lety +1

    Japg sy masak utk berbuka.tq🤞

  • @sharifahmaimunah6298
    @sharifahmaimunah6298 Před 2 lety +1

    Menyelerakan yum2 😋

    • @DayangSuri
      @DayangSuri  Před 2 lety

      Hye kak Sharifah,baru teringat kt akak tadi,ada dah komen,hehe

    • @sharifahmaimunah6298
      @sharifahmaimunah6298 Před 2 lety +1

      @@DayangSuri penonton setia dayang

    • @DayangSuri
      @DayangSuri  Před 2 lety

      Haha,itula kalau akak xmuncul rindu tu,tq kak moga murah rezeki selalu

  • @MamiWai
    @MamiWai Před rokem

    Barusan udah masak tenggiri semalam.

  • @sitizubaidah460
    @sitizubaidah460 Před 2 lety +1

    🥰🥰🥰👍👍👍

  • @SalamahAbdWahid-wm2eg
    @SalamahAbdWahid-wm2eg Před 2 lety

    Share tq

  • @izahrazak2210
    @izahrazak2210 Před 9 měsíci

    Timun tukar ke terung boleh ke?

  • @azizabdullah9870
    @azizabdullah9870 Před rokem

    Cuka boleh ditukar dgn asam limau

  • @sofeanuranna
    @sofeanuranna Před rokem +1

    Salam! Kalau tak letak biji sawi boleh ke? Sbb tkdkkk 😅

  • @Adiemama39
    @Adiemama39 Před rokem

    Sedap x guna ikan kerapu atau mangrove jack

    • @DayangSuri
      @DayangSuri  Před rokem

      Sedap sangat sangat tu,ikan apa pun boleh guna resepi ni

  • @cucumber7878
    @cucumber7878 Před 2 lety +2

    Resepi yang menghakis kolestrol dan sangat menyelerakan jika demam atau TIADA selera. Terima kasih atas perkongsian

    • @DayangSuri
      @DayangSuri  Před 2 lety

      Betul,takde selera lauk camni je boleh makan pun...sama sama

  • @touchmenhalilintar3509
    @touchmenhalilintar3509 Před 2 měsíci

    Share

  • @edisusanto905
    @edisusanto905 Před 2 lety +2

    Efiso