Nasi Ambeng Jawa Johor Resipi dan Sejarahnya

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 13. 10. 2021
  • Nasi Ambang
    oleh Azah Kumasi
    NAK CERITA SIKIT UNTUK ANAK-ANAK SERTA RELATIF KLAN SAYA;
    Wes mangan opo urung? Maksudnya; Dah makan ke belum?
    Bukanlah orang Jawa jika tidak tahu asal-usulnya apa itu Nasi Ambeng. Dengan saya ber-binti-kan Haji Kumasi pasti agak saya ini orang Jawa.
    Asal ninda lelaki saya; embah/kiai Haji Dainuri Bin Hj Othman adalah dari Sala Tiga Jawa Tengah bersempadan dengan Bandung. Almarhum adalah seorang yang dikenali di daerahnya, boleh dikatakan adalah seorang bangsawan ternama.
    Yang menariknya, embah saya sanggup merantau jauh ke Malaya ketika dia berusia lewat 30an (sekitar tahun 1918-1920). Beliau datang ke Malaya, semata-mata mencari tunangnya sejak kecil lagi (iaitu Mak Tok saya Hjh Saleha Bte Haji Alias).
    Di Malaya, embah saya berkerja dengan Sultan Johor, Sultan Abu Bakar. Menurut ibu saya, embah cekap & mahir memburu, itu yang membuatkan Sultan sukakannya. Semasa embah berkhidmat dengan Sultan, dia tidak penah putus asa mencari tunangnya.
    Dan, qadarallah, mereka dipertemukan, jodoh mereka sungguh kuat hingga bertemu kembali. Kemudian, lahirlah ayah saya anak kedua mereka dari 4 orang iaitu "Kumasi Dainuri" pada tahun 1922. Embah saya juga terkenal di Teluk Kerang, Pontian Johor. Meninggal dunia pada tahun 1963 dalam tidur pada usianya 103 tahun (saya belum dilahirkan)
    Ayah saya pula seorang guru besar. Pada 1985, ayah dianugerahkan gelaran "Tokoh Guru Negeri Johor", ayah juga seorang karyawan serba-boleh. Salah seorang Ahli di Angkatan Sasterawan '50 atau lebih dikenali ASAS 50 di Singapora. Di Antara penulisannya adalah “Hidup Melara" dan juga “Misran Dengan Kawan-Kawannya". Ia telah membuat kan ayah memenangi tiga pertandingan, P.Ramle pernah mencari ayah untuk novelnya di jadikan film. Ini telah menaikkan nama ayah sebagai sasterawan serba boleh. Ayah juga bersahabat baik dengan Pak Sako dan juga Buya Hamka. Di akhir usia ayah bergerak aktif di bidang dakwah sejak bersara 1977. Ayah juga aktif dalam pertubuhan PERKIM Johor, menjadi ahli Persatuan Ulamak Johor dan Guru Takmir di beberapa buah masjid dan surau sekitar bandar Johor Bahru. Pada lewat usianya, ayah menderita kanser perut, meninggal dunia pada 2008 di usia 86 tahun
    Sekitar tahun 1890-1900 itulah masyarakat Jawa yang berasal dari Tanah Jawa Indonesia termasuk ninda saya Kiai Hj Dainuri dan Hjh Saleha Bte Hj Alias serta keluarganya (semoga Allah merahmati mereka) (Embah Dainuri berasal dari Tanah Jawa Tengah Solo Tiga, Bandung Indonesia. Mak Tok saya Hajjah Saleha berasal dari Jawa Tengah Solo) mereka sanggop berhijrah ke Tanah Melayu. Orang-orang Jawa inilah yang telah memperkenalkan salah satu juadah budaya masyarakat Jawa iaitu Nasi Ambeng ke Tanah Melayu. Termasuklah "Botok-Botok" yang mempunyai sejarahnya, resipi botok-botok ada di CZcams saya, klik pautan ini: • Botok-Botok Resepi Tak...
    Pada tahun 2010, saya pernah cuba ke Sala Tiga bersama kekanda saya Hjh Nurhuda, tetapi kami tidak mendapat sebarang info yang lengkap mengenai kampong embah (kebetulan kami berada di Bandung ketika itu & tidak mengenali sesiapa). Semoga Allah merahmati mereka yang telah meninggalkn kamI terlebih dahulu & satukan kami ke dalam syurga firdaus-Nya. Amin.
    JOM LIHAT PERSEDIAAN SAYA BUAT NASI AMBENG;
    ASAL LAUK-LAUKNYA:
    ~ Ayam Ungkep (ramai dah ubah masak Kicap atau goreng)
    Serunding kelapa (asalnya guna Udang kering/ikan bilis) tapi saya suka daging.
    Asalnya Sambal jawa seperti Sambal Pengantin (tapi keluarga suka cara ini yg simple ~ Sayur jawa)
    Mee Goreng Biasa
    Ikan kering
    Telur Pindang
    Di video kebetulan baru buat Telur Pindang, saya meriahkan Talam. (Kebiasaannya saya buat Bergedel)
    MEE GORENG
    oleh Azah Kumasi
    Bahan kisar
    3 biji bawang merah
    8 ulas bawang putih
    11 tangkai Lada kering di rebus di cuci
    2 sudu besar udang kering
    Semuanya di kisar
    2 sdb sos tomato
    2 sdb sos tiram
    2 sdb kicap manis
    garam gula secukupnya
    1 kg Mee Kuning
    1 cawan tauge
    1/2 cawan kucai
    Mee kuning- di cuci dan tos
    Bawang merah, Bawang putih Lada kering, di kisar halus. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak masuk kan kicap, jika suka letak fish ball fish cake, kacau2 dan masuk kan mee, lepas itu masuk kan taugeh/daun kucai. Perasa kan gula garam.
    SAYUR JAWA GORENG
    RESEPI DI VIDEO SAYA: • Sayur Jawa Oh! Azah's ...
    AYAM KICAP
    RESEPI DI VIDEO SAYA: (Ayam Bali di di link • Ayam Masak Bali ala 3 ... )
    AYAM UNGKEP
    •RESEPI DI VIDEO SAYA
    • AYAM MASAK UNGKEP
    TELUR PINDANG
    • RESEPI DI VIDEO SAYA: • Telur Pindang Johor St...
    [BERGEDEL]
    • RESEPI DI VIDEO: • Resepi BEGEDIL, mudahn...
    Jemput makan! "Monggo nedhi!"
    #NASIAMBENG #NASIAMBANG #JAWA #Pontian #JohorBahru #sayurjawa #sambaljaw#ayamkicap #ayambali #serundingdaging #serundingkelap
    Untuk sebarang pertanyaan boleh DM @ follow Instagram saya: / ohazahkumasi
    WARNING: NO THIRD PARTY UPLOADS OF THIS COPYRIGHT PROTECTED VIDEO. UNLESS YOU HAVE A LICENCE. IF NOT YOUR ACCOUNT WILL RECEIVE COPYRIGHT STRIKES AND WILL BE SUSPENDED AND TERMINATED

Komentáře • 2