Ayam Masak Cili Kering

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 28. 09. 2021
  • Untuk kali ini, Che Nom nak kongsi masakan yang mudah..yang sesuai untuk mak mak yang sibuk..maklum lah bila tengah2 minggu bekerja ni, dengan PDPR lagi… masing-masing takda masa sangat nak masak lauk yang complicated kan. Jom kita sediakan Ayam Masak Cili Kering. Resepi ni diadaptasi dari masakan Chinese style iaitu Ayam Sechuan tetapi dah di olah lah ikut bahan-bahan dan citarasa Che Nom sendiri.
    Dari segi rasa, siapa suka makan pedas tu pasti akan suka rasa masakan ayam cili kering ni.
    Ayam kita perap dan goreng garing, kemudian kita masak bersama bahan tumisan termasuk lah cili kering. Dan masakan ni Che Nom biasa hidang dengan telur goreng.
    //Bahasa Melayu
    ------------------------------------------------------------------
    Bahan-bahan perapan ayam:
    ½ ekor ayam
    1 sudu kecil garam
    1 sudu kecil serbuk kunyit
    ½ sudu kecil serbuk lada hitam
    1 sudu besar kicap pekat manis
    1 sudu besar kicap cair
    1 sudu besar tepung gandum
    1 sudu besar tepung jagung
    Bahan-bahan untuk kuah:
    1 sudu besar tepung jagung
    2 sudu besar sos tiram
    ½ cawan air
    1 sudu besar kicap pekat manis
    Bahan-bahan lain:
    Minyak masak
    3 ulas bawang putih
    1-2 biji bawang merah kecil
    2 inci halia
    ½ sudu kecil serbuk lada hitam
    1 pokok daun bawang
    5 tangkai cili kering
    Lada benggala
    Sedikit air untuk kuah
    Garam secukup rasa
    //English
    ---------------------------------------------------------------
    Chicken marinade ingredients:
    ½ chicken
    1 teaspoon salt
    1 teaspoon turmeric powder
    ½ teaspoon black pepper powder
    1 tablespoon sweet soy sauce
    1 tablespoon light soy sauce
    1 tablespoon plain flour
    1 tablespoon cornstarch
    Ingredients for the gravy:
    1 tablespoon cornstarch
    2 tablespoons oyster sauce
    ½ cup of water
    1 tablespoon sweet soy sauce
    Other ingredients:
    Cooking oil
    3 cloves ogarlic
    1-2 shallots
    2 inches ginger
    ½ teaspoon black pepper powder
    Green onion
    5 stalks dried red chillies
    Capsicum
    A little water for gravy
    Salt to taste
    Instagram: bit.ly/CheNomInstagram
    Twitter: bit.ly/CheNomTwitter
    Facebook: bit.ly/CheNomFacebook
    #resepichenom
  • Zábava

Komentáře • 508

  • @salsabilindah5292
    @salsabilindah5292 Před 2 lety +75

    Che nom.. Saya 46 tahun.. Saya selalu dapat kritikan suami.. Masakan mk dia lagi sedapp.. Sampai 10 kali dok cakap macam tu.. Saya resign masa.. Sampailah tahun lepas saya selalu cuba masakan che nom.. Hasilnya alhamdulillah.. Bertambah2 nasi dibuatnya.. Ha baru tauu

  • @zulfasano6185
    @zulfasano6185 Před 2 lety +508

    wahh mesti sedapp, saya 14 tahunn, baru start try nak belajar masak, dah tiga kali try resepi che nom, satu family sukaa, thank you che nomm

  • @moonieyrah6597
    @moonieyrah6597 Před 2 lety +59

    Suka tngok che nom masak..kalau msak smua mnjdi..suami slalu puji sedap..❤️ tq che nom..smoga murah rezeki selalu..

  • @mizzyati710
    @mizzyati710 Před 2 lety +35

    Saya 🙋🏻‍♀️ suka sangat kalau che nom banyakkan share resepi simple macam ni.. bahan semua memang selalu ada kat rumah... tq che nom 🤗

  • @dianashah407
    @dianashah407 Před 2 lety +14

    Menu2 chenom x pernah mengecewakan,,semua menjadi,,terima kasih chenom share Resepi yg sedap2,,

  • @murtazasalmyzainalabidin4275

    Terima kasih banyak2 Che Nom kerana sentiasa menyediakan resipi yg simple, senang dibuat dan sedap..
    Sejak mengenali resipi dari Che Nom.. sy sentiasa mencuba..

  • @wakandapuff8826
    @wakandapuff8826 Před 2 lety +1

    Hari hari kalau tk tau nk masak apa saya search je che nom ayam on youtube pastu pilih je video n terus try dgn confident alhamdulillah semua sedap

  • @murtazasalmyzainalabidin4275

    Sudah byk kali sy mencuba buat kuih Tepung Talam, Apam Beras, Sri Muka
    tp tak menjadi. Tp setelah mengikuti ruangan Che Nom, 3 jenis kuih ini selalu sy buat sbb sukatan yg betul. Terima kasih Che Nom

  • @TokwanKami2020
    @TokwanKami2020 Před 2 lety +3

    Assalamualaikum Che Nom.. Tokwan Hadir support Che Nom.. boleh kami belajar resepi² baru.. alhamdulillah

  • @aziahmokhtar
    @aziahmokhtar Před 2 lety +3

    Suka menu ringkas dan senang macam ni. Teruskan lagi ye che nom

  • @horizonmalaya6169
    @horizonmalaya6169 Před 2 lety +1

    Wan Zakiah
    Baru try masakan ni utk dinner tadi. Ini resepi ke 4 saya masak Sedaap sgt, suka sbb simple, semua bahan dah ada dlm rmh except capsicum, x itu optional, satu kluarga suka
    Mmg suka klu Che Nom bole tunjuk lg resepi2 simple mcm ni. Tk Che Nom

  • @fauziahsaleh8895
    @fauziahsaleh8895 Před 2 lety +1

    Sejak akhir ni,sy suka ikut cara masak n resipi che nom..memang sedap...suami n Ank2 menantu cucu suka sgt

  • @norazminuddinnordin7980
    @norazminuddinnordin7980 Před 2 lety +3

    thanks for sharing...will try this and hope more this simple but delicious dish from you.

  • @Lily8876
    @Lily8876 Před 2 lety +4

    Suka Che Nom style masakan ni... senang & sedap! Terima kasih Che Nom... Insyaallah akan cuba menu ni.

  • @nurulnabihah3660
    @nurulnabihah3660 Před 2 lety +3

    Mohon banyakkan lagi resepi set mcm ni ye che nom. Memudahkan sy nk siapkan bekal suami ke tempat kerja. Sng n jimat. Bagus che nom smoga stiap perkongsian resepi akan trus mngalir pahalanya .

  • @murtazasalmyzainalabidin4275

    Kuah Yong Tau Foo Che Nom senang dibuat dan sedap rasa nya. Sejak tau buat kuah tu.... sudah 5 kali buat utk keluarga dan jiran2 sy. Mereka semua suka dan minta resipi...

    • @CheNom
      @CheNom  Před 2 lety

      Alhamdulillah 😊

  • @dalinakamarudin6283
    @dalinakamarudin6283 Před 2 lety +3

    Saya suka che nom..resepi mudah n sedap sesuai utk ibu2 zaman skrg😃

  • @norhafizabintizainalabidin7273

    Suka tgk che nom masak..t.ksh che nom selalu share resepi yg sdp2..

  • @UKlaily
    @UKlaily Před 2 lety +3

    Baru balik dari kedai tadi, restock ayam, cili kering dan daun bawang. Tuptup ada video che Nom... Selalu cili kering buat nasi goreng cili kering ja dan sizzling...sekarang menu baru... Yeay😘😘😘

  • @rosmizahkeman1031
    @rosmizahkeman1031 Před 2 lety +11

    Nostalgia sangat Che nom
    Teringat zaman sekolah pulak...

  • @wanajohari
    @wanajohari Před 8 měsíci +1

    Kalau ikut satu persatu InsyaAllah orang baru pertama kali masak pun boleh pandai. Penerangan jelas & simple je. Sepupu lelaki saya umur 11 tahun pandai masak ikut sama macam Che Nom ni. Menjadi😊 Saya tahu Che Nom dari dia la🤭

  • @sofiyasafar
    @sofiyasafar Před 2 lety +7

    Sy suka menu simple & ringkas macam ni. Harap che nom kongsi lebih banyak lagi menu macam ni 😍

  • @juraabdul148
    @juraabdul148 Před 2 lety +11

    suka tgk che nom masak..sbb dia terang satu persatu...senang faham dan confirm menjadi...tq che nom...moga murah rezeki che nom🤲

  • @alyarosli2216
    @alyarosli2216 Před 2 lety +5

    terima kasih che nom share resepi , saya baru 14 tahun tapi saya dah pandai masak sebab selalu ikut resepi che nom 😍 resepi yang che nom kongsi semua nya sedap sedap 🤍🤍🤍

  • @cikna3305
    @cikna3305 Před 2 lety +2

    masakan chinese style mmg sedap...buat la lagi menu2 mcm ni..dah byk menu che nom sy cuba alhamdulillah semua menjadi dan husband suka..antara menu yg dah try, tomyam, chicken chop, ikan tiga rasa, mee sizzling, ayam masak merah, mee bandung. chicken chop dah 2x buat..che nom buat la pulak masakan sayur chinese style..cth terung, kailan, choy san

  • @mustafakamalmohamed8091
    @mustafakamalmohamed8091 Před 2 lety +1

    Resepi che Nom mmg x pernah menghampakan. Alhamdulillah kerna anda sudi berkongsi ilmu.

  • @rozaini65
    @rozaini65 Před 2 lety +27

    Terima kasih Che Nom. Anak perempuan saya belajar memasak ikut resepi Che Nom. Mudah diikut dan menjadi. Alhamdulillah. Semoga Allah mudahkan urusan Che Nom.

  • @dalilahmustafa1422
    @dalilahmustafa1422 Před 2 lety

    Resepi 🐔 masak cili kering mudah dan menyelerakan. Tqvm bye

  • @createdbyfarahizzati3887
    @createdbyfarahizzati3887 Před 2 lety +5

    banyak nyer sya tngok channel2 komen dlm nie .. smoga semua yang menjayakan channel masing² dipermudahkan segala urusan, dan berjaya mcm channel Che Nom ♥️✨ ☺️🤲🏻

  • @nora-qh6hb
    @nora-qh6hb Před 2 lety +6

    Saya dah banyak try menu dri che nom, alhamdulillah semua menjadi, semua siap tambah lagi, katanye sedap sy masak.. Terima kasih che nom ats perkongsian resepi.. Dari tak pandau masak dah pandai..

  • @erynamaisara3604
    @erynamaisara3604 Před 2 lety +2

    Suka sangat tgok che nom masak..resepi che nom paling senang di masak semua da try memang menjadi dan sedap👍👍

  • @nuratiqah5785
    @nuratiqah5785 Před 2 lety +1

    Bila waktu lapar Makin terliur bila tgok video Che nom.. memang bestt esok terus beli brg utk masak

  • @azninaazmi1544
    @azninaazmi1544 Před 2 lety

    Mmg sy suka semua resepi dari Che Nom..semua jelas dan mudah faham.. terima kasih bnyk2 Che Nom

  • @sitialiah1238
    @sitialiah1238 Před 2 lety

    Saya suka menu simple2 ni cam ni.. Jimat masa. Tapi makan sedap.. Ade telur mata lagi terangkat.. Tq for sharing

  • @kurinaazham65
    @kurinaazham65 Před 2 lety

    Resepi Dr Che Nom tidak pernah mengecewakan. Jika saya hilang idea #masak apa Hari ni...Di Chanel Che Nom lah selalu singgah!!
    Thanks for sharing yea

  • @effashafiee115
    @effashafiee115 Před 2 lety

    Sejak hilang krja msa pkp thun lpas, dpt brbakti utk mak, ayah dn suami.. hri2 akn cba msak menu dr che nom, smuanya akn ulang msak smpai yg keberapa kli pn dh x kira.. tp smua mnjadi dn sgt sdap.. rsa syukur dgn tkdir allah tetap.. sya dh pndai msak dn bnyk msa dgn kluarga.. trima kasih atas ilmu yg che nom kongsi ❤️ sya nk request resepi mee rebus tulang rusuk dr che nom ☺️

  • @alongbestfood3876
    @alongbestfood3876 Před 2 lety +2

    Saya suka tengok che noh masak. Sehari 1menu saya belajar dan akan masak. Suami suka family pun suka. Terima kasih che noh😊

  • @airamikahaela6134
    @airamikahaela6134 Před 2 lety +2

    Terbaik che nom..lauk yg simple n seng nak buat.harap sgt che nom bt lg resipi yg simple mcm ni👍👍

  • @hjhsitinorhanisabtu6159
    @hjhsitinorhanisabtu6159 Před rokem +1

    Saya peminat che nom dari Brunei ...terima kasih sbb dh share menu simple dan saya dh byk cuba masak utk Family,menu ni saya dh masak utk ke 4 kali ...❤❤

  • @normalak4236
    @normalak4236 Před 2 lety +1

    Alhamdulillah...terima kaseh Che Nom...saya suke masakan ni....

  • @zactpgr
    @zactpgr Před 11 měsíci

    Sedapnya..Nak try ni. Tq for sharing Che Nom

  • @teacherkhadijahzahri9562

    Sedap ciknommm, tq saya biat dua eko rini tapi beli siap ayam panggang perisa bbq n black pepper n bubuh gajus, sedap, alhamdulillah, tq ciknomm
    Love uuuu

  • @matcin7746
    @matcin7746 Před rokem

    Boleh cuba ni .bahan2 ada dh . Tq cik Nom.mudah dan swdap resepinya

  • @sitihajarbahrom9259
    @sitihajarbahrom9259 Před 2 lety +10

    Dah try banyak resipi che nom dan semua menjadi! Buat lagi che nom menu set macam ni hehe senang 😘

  • @qisscantikable
    @qisscantikable Před 2 lety +9

    Terima kasih CN..hari2 saya akan cuba menu CN...semlm br jer buat kek pisang kali ke2...mmg mantap...saya ni yg x suka memasak jadi jatuh cinta kepada masakan skg ni...saya akan ikut masakan CN jer...

    • @CheNom
      @CheNom  Před 2 lety

      Terima kasih 😊

  • @fariharaphar3915
    @fariharaphar3915 Před 2 lety

    Haah suka che nom resipi yg simple2 mcm ni. Buatkan org yg malas masak pon jadi rasa simple je kalau ada resipi ringkas mcm ni. Harap che nom boleh share resipi yg mudah, ringkas and cepat lagi in future.

  • @eykaeykaabdullaheyka1536

    Memang menyelerakan...sy dah cuba ank2 ckp sedap..terima kasih Che Nom atas resepinya..🥰🥰👍

  • @megatiskandar3668
    @megatiskandar3668 Před 2 lety

    Assalamualaikum sy suka menonton rancangan masak che nom dari yg zero xtahu blh jd pandai masak,boleh lah jd pandai masak utk selera sendiri jer bkn sehebat che nom,terbaeek che nom teruskan buat rancangan masak memasak supaya resepi melayu tidak akan di lupai begitu sahaja...

  • @koperasipenerokafeldachini1895

    suka tgk cara che nom masak..ringkas mudah teruskan memasak che nom.

  • @nurulashikin4633
    @nurulashikin4633 Před 10 měsíci

    Da try..mmg sedap..da masuk list masakan ayam sy..blk kerja boleh buat sbb simple je..tq che nom

  • @laydeebutterfly
    @laydeebutterfly Před 2 lety

    Buka grab tapi xtau nk order apa! Itu sgt tepat. Dari sakit jiwa scroll grab, bleh la try resipi ni. Terima kasih che nom

  • @noorhayatizainal4552
    @noorhayatizainal4552 Před 7 měsíci +1

    Terima kasih Che Nom sedaap tu kena cuba masak

  • @tcherwayangchannel1245

    terima kasih Che Nom..banyak dah resepi Che Nom saya cuba...mmg menjadi..terima kasih share resepi n step by step memasak..semoga segala urusan Che Nom di permudahkan Allah swt

  • @IntanNuraini-xy1py
    @IntanNuraini-xy1py Před 2 lety

    Wahhhh... Sedapnya makan panas2. Terima kasih che nom share resepi.

  • @diladamia8785
    @diladamia8785 Před 2 lety

    Kadang2 bila xde idea mmg cari kat yt che nom ler.. bila bekerja cr menu yg simple2.. weekend msk yg heavy2 skit.. banyak dh try resepi che nom.. sedap 😊

  • @arianaarissa4841
    @arianaarissa4841 Před 2 lety

    Saya suka tengok Che Nom masak.. Saya ikut resepi Che Nom memang menjadi... Ayam ni kalau makan dengan Sambal Menangehh dari sambal Mommy tu memang ngam laa... 🤤🤤🤤🤤

  • @masrurohabrahman4735
    @masrurohabrahman4735 Před 2 lety

    Mmg sdp respi che nom..saya dah cuba setiap respi baru..tq che nom krn syer menu..

  • @Alan-kinah2022
    @Alan-kinah2022 Před 2 lety +2

    Wowwwww x sangka menu hari ne yg sy masak sama dgn menu che nom dan semua bahan² sama🤭🤭

  • @hamsiahlenang5633
    @hamsiahlenang5633 Před měsícem

    Saya suka sangat kalau Che Nom banyakkan share resepi simpel macam ni bahan semua ada kat rumah tq Che Nom

  • @harleenaleena8172
    @harleenaleena8172 Před 2 lety

    Che Nom, resepi che Nom semuanya sedap. Tq

  • @emyemyleeya310
    @emyemyleeya310 Před 2 lety

    alhamdulillah Saya suka set macam ni che nom.... bahan pun mudah je

  • @DayangSuri
    @DayangSuri Před 2 lety

    Adududu sedapnya tengok waktu pagi ni, lapar nasi terus.. Nyum nyum sungguh ayam cili kering ni

  • @butak30
    @butak30 Před 2 lety +3

    Wahh nampak sedap sangat ni. Sesuai utk family yg suka masak2 simple mcm ni. Terima kasih Che Nom.

  • @salesavent1915
    @salesavent1915 Před 2 lety +1

    Best ni , boleh cuba. 👍👍. Resepi che nom sentiasa jadi bahan rujukan saya untuk memasak. Terima kasih che nom.😁

  • @isniisa5932
    @isniisa5932 Před 2 lety

    TQ Che Nom....saya suka resipi Che Nom.mmg mantap.

  • @salsabilindah5292
    @salsabilindah5292 Před 2 lety

    Che nom.. Saya gunakan resepi nasi ayam che. Nom untuk buat jualan.. Alhamdulillah.. Menjadi2

  • @kartinikassim8275
    @kartinikassim8275 Před 2 lety

    betul tu ciknim banyakkan resepi mcm ni.. anak2 ajak suks mkn lauk yg simple2 je.. thanks for the menu..😍

  • @anismohdaris4848
    @anismohdaris4848 Před 2 lety

    Terima kasih Cik Nom atas semua resepi² yg simple tp sedap sangat..syg Cik Nom🥰

  • @norazianaezety4272
    @norazianaezety4272 Před 2 lety +8

    PKP ni baru saya pandai masak..!! Thank you che nom untuk semua resepi yg mufah dihadam oleh otak saya 🤣🤣🤣 dan mudah dicerna oleh perut seisi keluarga

  • @wanadlinuaim2257
    @wanadlinuaim2257 Před 2 lety +1

    Hi che nom, thank you for the recipe, walaupun busy kerja, nak try masak jugak, recipe che nom memang best2 habis😆😆😆, saya dari tak tahu masak langsung, lepas tngok video che nom, pergi try beli bahan2 dia, pastu cuba buat, perghhhh sedap habis, hasil dia memang puas hati, bagi member2 serumah try semua puji hihihiiii😂

  • @ramlahharun8632
    @ramlahharun8632 Před 4 měsíci

    First time sy buat harini,semua ckp sedap.Smalam sy cuba sambal kering kentang tu.Smpai.ke sudah,kentang xrangup tp semua ckp sedap je,tp termanis.Sy kurang cili kering tp gula sukatan sama

  • @shahrulsakri6109
    @shahrulsakri6109 Před 2 lety

    Menarik Che Nom...nanti boleh kongsi lagi resepi masakan..

  • @mamasmegakitchen96
    @mamasmegakitchen96 Před 2 lety +5

    Memang sedap sungguh🙏🙏👍👍

  • @n.zaheyraazary96s68
    @n.zaheyraazary96s68 Před 2 lety

    Kerana resipi che nom jugak saya pandai masak .. walaupun tak pro mcm che now .. , terima kasih kerana resipi masakan yang senang tapi sedap ..

  • @engkuzabidah1303
    @engkuzabidah1303 Před 10 měsíci

    Mahu ayam cili kering resepi Cek non, nmpk sdp jerrr... Perlu cuba skrng... Tq cek non,...

  • @fauziahmdshariff8151
    @fauziahmdshariff8151 Před 2 lety

    Salam Che Nom, harini saya masak resepi Che Non Ayam masak cili kering, resepi yg mudah, rengkas dan sedap, tahnia berkongsi resepi, tapi yg saya tak boleh angkat, habis stove saya banjir dgn minyak. Saya akan cuba resepi Che Nom yg lain. Terima Kasih Salam Ukuwah dari 🇸🇬🇸🇬🇸🇬

  • @rizkyrizal581
    @rizkyrizal581 Před 2 lety

    Che Nom is the Best...saya suka resepi ni..nk cuba lah..by the way...saya bujang..saya suka memasak..

  • @zalilahamzah5450
    @zalilahamzah5450 Před 2 lety

    Masakan yg simple.tentu rasanye lazat.pastinye akn di cube .

  • @zurhiatisaad7428
    @zurhiatisaad7428 Před 2 lety +1

    Wau mesti sedap. Terimakasih Che Nom

  • @Kin_Li
    @Kin_Li Před 2 lety +9

    Kebetulannnn,tengah defrost ayam,ada dah ideaaa,Alhamdulillah terima kasih CN❤😘

  • @mamalulu2208
    @mamalulu2208 Před 2 lety +1

    Terima kasih Che nom. Resepi Che nom memang marbeles..harap ada lg resepi yg ringkas mcmni.

  • @lieynachantique7379
    @lieynachantique7379 Před 2 lety +1

    Terima kasih che nom... Dr pkp awal2 start belajar masak ikut resepi
    Apa2 pun kalau nak masak apa pun mesti type nama che nom utk resepi pilihan pertama... 🥰😍 ...
    Salam dr Putatan Sabah

  • @mariawahib8456
    @mariawahib8456 Před 2 lety +1

    Saya suka che nommmm

  • @76capayam11
    @76capayam11 Před 2 lety

    Resepi che Nom yg saya masak paling disukai ramai Mee Bandung Muar raya puasa raya korban mmg top laa

  • @hipohidi
    @hipohidi Před 2 lety +4

    Suka menu set mcm ni. Buat lg che nom 😍Tq che nom share recipe ❤️

  • @salsabilindah5292
    @salsabilindah5292 Před 2 lety

    Masakcili kering n pun saya dah cuba.. Memang sedap..

  • @aidai634
    @aidai634 Před 2 lety

    Terima kasih. Cik Nom terbaik. Semoga Allah murahkan rezeki sekeluarga.
    Aamiin..

  • @abuhurairah6073
    @abuhurairah6073 Před 2 lety +1

    special... sedapnya

  • @Nur_Bahi
    @Nur_Bahi Před 2 lety

    Xsabaq nak cuba.. che nom tnjuk details senang utk beginner cm sy nak cuba... Thanks che nom..! Smoga dmurahkan rezeki amin

  • @charlottesolomon9511
    @charlottesolomon9511 Před 2 lety +8

    Hello Cik Nom, I must say that your voice is so soothing to hear. I am not a good cook at all , hope I will try out your simple dishes as I hear your voice along. Thank you Sister

  • @elsfiyra
    @elsfiyra Před 2 lety

    Allah.. terliurnya tengok che nom masak 🤤🤤

  • @yellowrencoat4462
    @yellowrencoat4462 Před 2 lety

    boleh cuba ni bahan pun mudah selalu pakai , thank you share resepi

  • @noorhaizan4049
    @noorhaizan4049 Před 2 lety

    Assalamualaikum...sya sellu msak cara che nom ank2 mmang suka.dh try mcm2 masakan terbaik dn sedap Dr che nom...Dr PENANG

  • @ainishazlin2204
    @ainishazlin2204 Před 2 lety

    Sedapnya😍 thankyou che nom.. selalu share resipi yg mudah nk disediakan💕

  • @adzlisalim2500
    @adzlisalim2500 Před 2 lety

    Memang menarik masakan Che Nom...
    Simple tp sungguh menyelerakan...

  • @nursyakirah4387
    @nursyakirah4387 Před 2 lety

    Waaah! Semua recipe che nom yang saya dah try semua menjadi😍 senang untuk ikut🥰

  • @nissaannissa5784
    @nissaannissa5784 Před 7 dny

    Saja cari resepi che nomm..baru bt tadi,,sdp sgt,rasa pedas cili kering tuu,,

  • @mohdjamil693
    @mohdjamil693 Před 2 lety

    Terima kasih dan saya sangat suka. sentiasa ikuti resipi masakan Cik Nom bila masak memang sedap

  • @hanisahabdulmalek38
    @hanisahabdulmalek38 Před 2 lety

    Alhamdulillah......sdap2 dh cuba

  • @nabilahbella3419
    @nabilahbella3419 Před 2 lety

    Suka tengok che nom😍resepi yg menarik👍