IMPRESSIVE!! Inilah Fakta PERPUSTAKAAN Di Malaysia Yang Baru Kami Ketahui

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 6. 09. 2024
  • ►DON'T FORGET TO SUBSCRIBE FOR MORE VIDEOS
    ►PLEASE LEAVE A THUMBS UP AND COMMENT DOWN BELOW
    - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
    Email : jendral_sastra@yahoo.co.id
    Visit my Instagram : @jendral_sastra_
    Visit my twitter : @jendralsastra
    This video was made for an entertainment purpose only.
    This video was made based on one of the requests from all of you.
    Please support my channel by pressing subscribe, like and leave some positive comments.
    Thank You #aboutsastra #reactionvideo #Malaysia

Komentáře • 205

  • @Paksu_AG
    @Paksu_AG Před rokem +47

    Saya bekas alumni UM2012.. Perpustakaan buka 24jam untuk 3 minggu sblm exam..ada pantry untuk buat kopi juga..

    • @saifulazfar1983
      @saifulazfar1983 Před rokem +4

      Salam bro 🙋‍♂️...saya juga alumni UM 2003....

  • @niswanoralina
    @niswanoralina Před rokem +26

    Wahhh saya kenal kedua2nya Nabila Yasmin (masih berhubung hingga kini) dan Faisal, rakan sepengajian. Kedua2nya pensyarah di Medan, semoga pengalaman mereka di Malaysia dapat dimanfaatkan kepada anak2 murid di Indonesia. Salam dari Malaysia!

  • @muzalee9549
    @muzalee9549 Před rokem +88

    perpustakaan di setiap universitas dibuka sampai jam 12 malam, kalau perpustakaan umum untuk semua pengguna sampai jam 6 petang. Di Malaysia sejak waktu sekolah digalakkan amalan membaca buku di perpustakaan. Mari sama sama kita membaca dan menambah ilmu pengetahuan kita untuk terus maju ;))

  • @bkerdas
    @bkerdas Před rokem +23

    Izinkan aku menulis komen yang agak panjang. Maksud ku hanyalah untuk berkongsi sedikit cerita yang mungkin bisa menginspirasi siswa-siswi yang lagi kuliah sekarang ini. Aku tu sudah lama pensiun tapi masih lagi mau membaca kerana barangkali habit yang telah kuat melekat pada ku. Aku ada banyak waktu terluang makanya ada waktu untuk menulis komen sebegini.
    Perpustakaan adalah tempat yang nyaman (ada ac, terurus bersih dan senyap) untuk belajar. Paling tidak, akan timbul juga minat dan akhirnya jadi habit untuk mengambil buku dan membacanya. Waktu aku kuliah dulu (tahun 70an dan 80an) memang perustakaan aku jadikan tempat melepak (hang around) tapi tidak pernah aku jadikan untuk tempat ngorok atau ngobrol apalagi tempat pacaran (kerna aku memang nggak punya pacar). Itulah sebabnya walau pun aku siswa jurusan sains aku baca juga buku-buku sastera dan yang lainnya. Misalnya, buku Roots karangan Alex Haley yang aku beli habis ku baca ulang 2x untuk benar-benar menghayati perasaan hati manusia African American yang oleh keadaan tepaksa hidup dibumi asing terus menerus generasi ke generasi ditindas, disepelekan, dicemuh secara tidak manusiawi. Entah berapa kali air mata ku jatuh saking sedihnya menghayati perasaan yang melanda watak-watak yang tertindas dalam buku itu.
    Sekarang ku kira keadaan telah berubah dan perpustakaan menjadi semakin sepi. Ini kerana sejak adanya internet perpustakaan mula melanggan (subscribe) semua e-journal penyelidikan antarabangsa dan siswa boleh mengaksesnya secara online. Ekonomi sudah semakin baik sehingga hampir setiap rumah sudah ada internet dan ac. Lebih enak dan cepat mencari maklumat dan melakukan cross-referencing secara online berbanding menggunakan kartu indeks seperti zaman aku kuliah dulu. Masih ku ingat, sekitar Sept 1980 dulu aku berdiri hampir 6 jam dalam library membuka banyak sekali buku dan jurnal semata-mata hanya untuk mencari formula menghitung nilai scattering matrix element untuk 3 GHz Butterworth bandpass filter (15% - 50%) berasaskan triplate yang aku design guna s-plane approach (berdasarkan artikel terbitan jurnal IEEE yang ditulis oleh P. Kirton dan K. K. Pang). Supervisor ku juga tidak dapat membantu kerana aku melakukan projek yang pertama kali dilaksanakan ditempat aku kuliah. Alhamdulillah, usaha ku berhasil menemukan formula yang ternyata amat sederhana sekali. Hasilnya, semasa viva dissertasi dan laporan projek ku diterima baik oleh Prof penilai dari London University dan aku lulus S2 ku dengan nilai cemerlang.
    Adakah perpustakaan universiti di Malaysia itu bagus? Aku hanya boleh menjawab bagi pihak diri aku berdasarkan pengalaman aku sendiri sahaja, jadi tidak boleh dijadikan satu general statement. Menurutku, memang bagus khususnya di UTM. Perpustakaannya besar, lima tingkat, nyaman, bersih, senyap dan dilengkapi dengan fasilitas yang lumayan moden, berhubung terus dengan masjid dan dekat sekali dengan cafe/canteen. Koleksi buku, jurnal dan online journalnya juga banyak sekali. Aku jalani S3 (1985 - 89) di England dalam satu sub-bidang sains (tak perlu akau sebutkan apa namanya); hanya ada satu saja journal khusus berkaitan sub-bidang itu di library di universiti itu (tak payah aku sebutkan nama universitinya, pokoknya antara top ten university di UK) sedangkan memang ada dua jenis journal khusus untuk sub-bidang itu. Begitu aku pulang ke Malaysia dan pergi ke perpustakaan UTM (namaya Perpustakaan Sultanah Zanariah), aku kaget kerana dua jenis journal khusus untuk sub-bidang aku ada disitu. Aku bertambah kaget bila buku untuk nilai correction factors untuk Thomas-Fermi-Moliere inter-atomic potentials ada di perpustakaan UTM (semuanya ada 5 jilid (volume) kira-kira 8 cm tebalnya setiap satu) sedangkan itu tak ada di library tempat S3 ku di England. Setakat ini saja yang boleh ku kongsikan.

    • @mohd-adibbasiran1889
      @mohd-adibbasiran1889 Před rokem +4

      pertama kali saya mendengar cerita seperti ini .amazing.

    • @noordinbeldenlex1620
      @noordinbeldenlex1620 Před rokem +1

      Ketika saya mula menjadi Pustakawan Undang2 diawal 90an dulu saya pernah membaca beberapa buku seperti Library Without Walls, Library Without Books dan The Midnight Library yang meramalkan cabaran2 pustakawan di masa akan datang. Antara isu2 yang diperbincangkan adalah tentang perkembangan teknologi maklumat yang akan memberi kesan kepada peranan pustakawan dan perpustakaan itu sendiri dalam menyediakan maklumat kepada para pengguna. Ketika itu perkembangan teknologi maklumat masih lagi diperingkat awal dan belum begitu terserlah lagi seperti mana sekarang. Justru saya tidak dapat membayangkan di ketika itu bagaimana peranan kami sebagai pustakawan akan terjejas dan perlu mengubah pendekatan dan haluan kami jika masih mahu terus kekal releven.
      Pada hal perustakaan undang2 ketika itu sangat2 bergantung kepada sumber dari bahan2 bercetak seperti siri2 laporan undang2, warta2 kerajaan yang mengandungi undang-undang rasmi bercetak. Namun tidak beberapa lama selepas itu wejud beberapa pengkalan2 data yang mampu memuatkan seluruh perpustakaan undang2 dengan hanya menggunakan hujung. Buku2 teks juga mula digantikan dengan e-books malah warta2 kerajaan juga sudah mula boleh diperolehi melalui pengaksesan internet dan juga langanan dalam talian. Semua perkembangan terbaru ini telah mengubah peranan kami sebagai pustakawan apabila pengguna2 perpuskaan itu sendiri sudah mula mahir dalam pencarian maklumat dan lebih berdikari dalam mengendalikan penyelidikan mereka.
      Justru size perputakaan mula menjadi semakin kecil kerana majoriti bahan maklumat sudah boleh diperolehi melalui dalam talian. Dulunya pustakawan hanya mengendalikan bahan2 bercetak dengan memerlukan ruang perpustakaan yang besar tetapi sekarang sesaorang pustakawan itu perlu lebih mahir dalam mengendalikan maklumat dalam talian dengan ruang perpustakaan yang lebih kecil, malah kemahiran pustakwan itu perlu dipertingkatkan dan mengatasi kemahiran pengguna2 perputakaan agar terus kekal menjadi tempat rujukan yang menyambungkan maklumat dengan pengguna mereka.

  • @V1NNXYT
    @V1NNXYT Před rokem +41

    Di Malaysia, pelajar² sejak dari sekolah rendah (darjah 1) digalakkan membudayakan minat membaca melalui program Nilam...setiap buku cerita yang dibaca perlu dicatit tajuknya, pengarangnya dan sinopsis ceritanya di dalam buku Nilam ini....
    Pelajar yang membaca paling banyak buku akan mendapat anugerah/award oleh pihak sekolah.

  • @zanaanas3865
    @zanaanas3865 Před rokem +42

    Tq tuan2 guru. Sy librarian di IPTA. Alhamdulillah kami sgt menjaga profesionalisma sbg libraran / pegawai perpustakaan profesional. Dimana pun universiti... Librarian nya sama.. Saling mengenal.

  • @nunrasachannel2111
    @nunrasachannel2111 Před rokem +1

    Asas kemajuan adalah pendidikan.

  • @nueenaurakasih7667
    @nueenaurakasih7667 Před rokem +25

    Cikgu, saya sekarang sudah berusia 50 lebih. Masa saya sekolah rendah di tahun 70an, ada satu masa, kami disuruh ke perpustakaan dan bebas mahu membaca apa saja jenis buku. Dari situ minat mahu ke perpustakaan dipupuk.

    • @badrushisham4512
      @badrushisham4512 Před rokem +2

      betul, saya di Ipoh ada perpustakaan, byk buku. Masa tu kami baca buku2 tentang para sahabat yg berbentuk gambar dan tulisan. Boleh pinjam buku 2 buah selama 2 minggu.

    • @nueenaurakasih7667
      @nueenaurakasih7667 Před rokem +2

      @@badrushisham4512 betul tu. banyak buku bergambar cerita tauladan. Itu yang buat kita minat membaca.

  • @hafiraminmohammed9109
    @hafiraminmohammed9109 Před rokem +16

    Setiap kampung di Malaysia disediakan perpustakaan....dan komputer untuk memudahkan anak'anak dikampung belajar

  • @yahfatimah3279
    @yahfatimah3279 Před rokem +28

    Saya warga emas pun masih suka ke perpustakaan... Rakyat Malaysia ramai yang suka membaca

    • @ensemfunny
      @ensemfunny Před rokem

      Suka pergi perpustakaan mana puan?

  • @zaidahharun201
    @zaidahharun201 Před rokem +22

    channel yg ditunggu2...channel yg sentiasa positive berinspirasi!

  • @syedalialaydrus1072
    @syedalialaydrus1072 Před rokem

    bagus la cikgu² ini lah kerana pendangan terbukanya ..salute

  • @pakmustarheromalaya1798
    @pakmustarheromalaya1798 Před rokem +34

    Salam..sastera...Di Malaysia..budaya membaca memang Ada ..rakyat Di Malaysia suka membaca...ilmu sentiasa Ada Di mana2..😊

  • @hawaukau
    @hawaukau Před rokem +31

    utk guru² seperti Cikgu Sastra, Cikgu Azis & Miss Tika sgt rekomendasi bet kalo mau nyambung ngaji ke UKM & UPSI. Universiti terbaik utk para guru². Kalo mau lebih gengsi langsung ke UM aja. 😄👍 Saya juga mau sambung belajar ke ILKKM KSKB Sungai Buloh, karna gw kerja under Kementerian Kesihatan Malaysia.

  • @afizasophiana9835
    @afizasophiana9835 Před rokem +15

    Salam Dr Malaysia, utk pengetahuan sir, perpustakaan terbesar di Asia tenggara, pustaka tun Sri Lanang UKM.

  • @Ameng3471
    @Ameng3471 Před rokem +111

    Teruskan cita2 untuk belajar. Tingkatkan pelajaran anak2 negaramu untuk terus maju

    • @AboutSastra
      @AboutSastra  Před rokem +16

      Thank you for the kind support always Abangku Man Castello 🙏🏻✨💚

    • @aliramlah1308
      @aliramlah1308 Před rokem +4

      @@AboutSastra i

    • @kaylamardhiahchannel2611
      @kaylamardhiahchannel2611 Před rokem +1

      ​@@AboutSastra bisa react tak utk video ni?adik ni juara qari antarabangsa dari Malaysia

    • @abdulazizothman8547
      @abdulazizothman8547 Před rokem

      You both will have the superb mind-set because you both able to speak English well and your reputation will be high class Indonesian citizens. The gems of knowledges and brought your knowledges to your students and taught them by the right way due to become them as a good humans and also produce the skill Human capitals where this Human resources beneficial for your country....from TUNGKAL...l spoke

    • @abdulazizothman8547
      @abdulazizothman8547 Před rokem +1

      Your reactions will be inspired for your people

  • @blackknightshark7732
    @blackknightshark7732 Před rokem +31

    Salam buat cikgu berdua.
    Pendidikan di Malaysia sgt penting serta sgt mengikut arus peredaran zaman. Pelajar2 atau mahasiswa/mahasiswi nya sgt bersaing dlm mencari ilmu, lulus dgn pencapaian akademik yg tertinggi @ cemerlang supaya mereka benar2 bersedia utk bersaing di bidang masing2 di luar semasa di alam pekerjaan yg sebenar nanti.
    Universiti bukan hanya membentuk pelajar utk berjaya tetapi dgn pakej yg lengkap utk bersaing serta mampu menggalas tugas dgn baik dan memberi impak kpd jabatan atau syarikat di mana mereka mula bekerja. Bukan hanya utk syarikat tempatan malah syarikat multi-nasional yg byk dari luar negara.
    Pendidikan adalah asas pembangunan pemikiran dan peradaban manusia.
    Dgn ilmu..kita mampu memgawal.
    Tanpa ilmu..kita hanya akan dikawal.

  • @Norzi65
    @Norzi65 Před rokem +14

    You are both welcome to Malaysia. Please apply to further your studies here

  • @salehudinshah4228
    @salehudinshah4228 Před rokem +1

    Copy ideas yg memberi menafaat tidak salah…👍🏾

  • @shimahassan83
    @shimahassan83 Před rokem +9

    Walaupun saya sudah habis belajar hampir 20tahun yang lalu, sehingga sekarang saya masih ke perpustakaan setiap hujung minggu, Kerana perpustakaan itu sangat menenangkan..

  • @HS-di4je
    @HS-di4je Před rokem +22

    Betul, pendidikan sgt penting ..semoga indonesia juga maju jaya. 🇲🇾

  • @alirashidpnm7347
    @alirashidpnm7347 Před rokem +14

    Jom datang ke Perpustakaan Negara Malaysia. Bangsa Membaca Bangsa Berjaya!

  • @sitimariam9045
    @sitimariam9045 Před rokem +19

    Belajarlah selagi kamu mahu.... Insha Allah di sini disediakan kemudahan semaksima mungkin... Hanya jaga dirimu jaga hatimu jaga jati dirimu .. jaga peradapan walau dimana saja berada
    itu saja ...
    Insha Allah...
    Salam damai dr Malaysia .. ...🛵💕

  • @emmaprims3243
    @emmaprims3243 Před rokem +13

    Betul.. saya pun rindu dgn perpustalaan di uni saya dulu.. Uni saya dulu pun mcm tu juga.
    Rasanya.. hampir semua uni di Malaysia ni.. library akan buka 24h bila minggu exam nak spi..

  • @salmiahhussin3437
    @salmiahhussin3437 Před rokem

    Saya suka tengok about sastra aja😂😂🥰😍

  • @aiothman5293
    @aiothman5293 Před rokem +5

    Sy dan kwn sy,suri rumahtangga selepas sarapan bersama,kami akan lepak di perpustakaan negeri.Suka baca tentang perjuangan Islam.

  • @zabaidahsaad2384
    @zabaidahsaad2384 Před rokem +4

    Ya... cikgu belajar ILMU tidak habisnya... lagi belajar lagi bnyk yg kita tidak tahu.

  • @alongshushu
    @alongshushu Před rokem +9

    Malaysia juga selalu ade pesta dan pameran buku di shopping mall dan pelbagai lagi...disana boleh dapat pelbagai jenis buku terbitan dalam dan luar negara

  • @mustafamansortahir6862

    Ilmu itu pelita hidup.

  • @mahfudzoffendum9011
    @mahfudzoffendum9011 Před rokem

    bapak dr faishal adalah dosen aku ketika aku kulliah di UIN SUMATERA UTARA....

  • @farabifarab3256
    @farabifarab3256 Před 11 měsíci

    Kalau di Malaysia ada satu ungkapan "once UM always UM"..
    Even saya sendiri ada sediakan bilik khas di rumah untuk dijadikan mini library dan menyimpan koleksi buku kegemaran saya.

  • @muhamadirfanezany2159
    @muhamadirfanezany2159 Před rokem +1

    Di malaysia rata2 di dlm kampus ada didirikan masjid.

  • @dilylamuzza9103
    @dilylamuzza9103 Před rokem

    Sya pun ada masa lapang je pgi ppustakaan.. Bwa ank2 memupuk minat mmbaca..
    Library pun dkt je dgn umah...

  • @KamarolAriffin-tj9pi
    @KamarolAriffin-tj9pi Před 6 měsíci

    Di Malaysia, setiap Kampung disediakan " Perpustakaan Desa" dan anak2 diasuh aupaya mencintai buku

  • @suhaimisudin8608
    @suhaimisudin8608 Před rokem +6

    Assalamualaikum...buat guru2ku berdua & sahabatku yg lain juga...salam ukhwah buat 🇲🇾🇲🇨🤝

  • @maxxbrook1855
    @maxxbrook1855 Před rokem +2

    2023 85% Semua anak muda 🇲🇾 belajar kolej @ universiti.. pelajaran penting!! sy kerja kampung pun diploma✌️..

    • @mawarputih77
      @mawarputih77 Před rokem +2

      Saya surirumah pun alhamdulillah ada Diploma.
      Pentingnya untuk kita menimba ilmu dan beradab demi kelestarian manusia yang bertamadun.
      Meski tidak berkerja, masih boleh mendidik anak² sendiri setidak²nya. InshaaAllah.

  • @zuraidahmawardi6903
    @zuraidahmawardi6903 Před rokem +4

    Assalamualaikum...selamat menyambut ramadhan.hari ni permulaan sekolah menegah dn sek rendah.semua ibu bapa dh mula sebok utk menghantar ank2 keseklh .selamat bertugas kpd cikgu berdua.

  • @mahaditqvmmdkasa5289
    @mahaditqvmmdkasa5289 Před rokem +6

    Dana pendidikan dibiayai pemerintah tinggi berjuta2 ringgit...untuk pendidikan

  • @Keysha000
    @Keysha000 Před rokem +2

    Semoga dimudahkan urusan untuk meneruskan pelajaran di Malaysia ❤

  • @far84587
    @far84587 Před rokem

    Perpustakaan universiti awam boleh diakses oleh semua pelajar termasuk daripada universiti awam yang lain.

  • @sisnoor9881
    @sisnoor9881 Před rokem

    Sila belajar master di Malaysia pulak cikgu berdua

  • @bahanathedesire7473
    @bahanathedesire7473 Před rokem +2

    Akses dan prasarana memberi impak kenyamanan yang sgt positif..

  • @zamaruladha857
    @zamaruladha857 Před rokem +3

    Alumni UM here 🇲🇾♥️

  • @mahiryus
    @mahiryus Před rokem +1

    Salam. Di dalam kampus saya ada 5 buah perpustakaan.. 1 kampus ada 5 perpustakaan.. Dan itupun masih tidak cukup..

  • @noname-00
    @noname-00 Před rokem

    famly sy 5 org grad utm skudai..memang mantap

  • @hellofaizul8115
    @hellofaizul8115 Před rokem +1

    Rindu pulak library Tun Sri Lanang UKM 😭

  • @alinorkadir1175
    @alinorkadir1175 Před 9 měsíci

    About Sastra jika datang ke Selangor, saya undang hadir ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangot

  • @anitayusof4903
    @anitayusof4903 Před rokem +10

    Membaca itu jambatan ilmu, cikgu. Perpustakaan bukan hanya ada di bandar tapi juga di kampung. Ada juga perpustakaan bergerak di desa pendalaman.
    Alumni UM is welcoming both of you to study here😊

  • @sheljamaelelael
    @sheljamaelelael Před rokem +11

    Sekolah2 di Malaysia. Khas Sekolah2 Rendah memang ada Perpustakaan masing2, namun begitu, dengan kerjasama drpd Perpustakaan ada bas2 yg diubah suai menjadi Perpustakaan Bergerak yg akan datang ke sekolah2 secara berjadual utk memberi peluang murid / pelajar membaca dan juga meminjam buku2 daripadanya.. ini adalah antara aktiviti yg dijalankan oleh Perpustakaan Negeri utk membina sikap membaca dikalangan pelajar.

  • @sitinorfazira2043
    @sitinorfazira2043 Před rokem

    Pernah masuk ISTAC mmg banyak collection Yang ori ditempatkan di ISTAC.

  • @safinisani9222
    @safinisani9222 Před rokem

    Saya walaupun sekolah smpi darjah 3 tahun 80an tapi masih boleh membaca dlm bahasa inggeris atau melayu sbb ada minat membaca

  • @bahloolstories5361
    @bahloolstories5361 Před rokem +6

    Anak2 pelajar juga velajar di cafe2 24 jam di universiti kerna ada internet dan nyaman.

  • @baharudinrahmad2873
    @baharudinrahmad2873 Před rokem

    Yok master Dan azis buat PhD Kat Malaysia, pasti Tak kelelahan.

  • @mohdkhairool2853
    @mohdkhairool2853 Před rokem +6

    Org arab pun blajar islam ke mlaysia kerana mlaysia satu satunya negara islam yg benar naugan islam semuarujuk pada islam undang undang nya ada juga yg ringan utk toleransi tp tidak high

  • @ibnuharunal-bruitty3257

    Mahasiswa UM hadir.. 🙋🏻🤩🥰

  • @ilmondo9480
    @ilmondo9480 Před rokem

    dekat library Malaysia nak bernafas pun kena control hahaaha.. kalau kencang semua bisa dgr 😂😂😂

  • @chikchamsam9937
    @chikchamsam9937 Před rokem +1

    Terbaik About Sastra....saya suka chanel korang.Mantop..👍👍👍😃

  • @faredare-yid344
    @faredare-yid344 Před rokem +1

    Program NILAM? 'NILAM' atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai… kami di malaysia seawal sekolah dasar sudah ti pupuk dgn membaca

  • @user-wx9bq3uy8m
    @user-wx9bq3uy8m Před 5 měsíci

    Kami juga ada restoran di buka 24 jam. Kuat belajar kuat makan😂

  • @fahmemo7551
    @fahmemo7551 Před rokem +1

    UM ada bikin course Nasi Lemak😅

  • @paktehlee3348
    @paktehlee3348 Před rokem +1

    Pelajaran itu penting untuk masa depan kita

  • @norzilahaziz6695
    @norzilahaziz6695 Před rokem

    Rakyat mlysia ada juga yg memilih blajar medical d indonesia sprti univ. Padjajaran dll kerana kos nya lbih murah. Smentara ramai skali yg bljar agama di pasentrenw d mrata indonesia.

  • @hazmanriess8949
    @hazmanriess8949 Před rokem

    Udah lama dong. Aku studi di Uitm( ITM) di tahun 1985 perpustakaan tutup sampai 12.00 tengahmalam.

  • @MuhammadAbdullah-xc9zd
    @MuhammadAbdullah-xc9zd Před rokem +3

    Di Malaysia,kita menerima pelajar dari seluruh perusuk dunia termasuk dari negara jiran yg dekat, America,England,Canada,Negara EU,Africa dan Timur Tengah.Mereka kuliah di Universitas spt di IIUM,UM,UKM,UTM dan USM. mengikut jurusan masing masing di prringkat S2 dan S3 ( PHD.) Ustaz Abdol Samad pernah kuliah di UKM.

  • @sukrisidik7666
    @sukrisidik7666 Před rokem

    Satu university saja warga Indonesia x blh masuk UPNM yg terletak di ipoh,

  • @askarsepoi
    @askarsepoi Před rokem

    Perpustakaan itu dunia zaman kuliah dulu sebelum milinium.. tapi sekarang zaman Internet semua sudah online. Bahkan thesis juga hanya perlu upload softcopy bukan lagi hantar kulit keras seperti zaman sebelum zaman milinium...

  • @aisha5088
    @aisha5088 Před rokem +3

    Salam dari KL. Wah...sedang bergelut dengan buku rupanya Ms Tika.....cikgu berdua pun bole sambung studi di Msia. Saya lulusan UM sementara anak pula lulusan master dari UKM. So cikgu Azis bole la teropong mana Univ yang sesuai.🤭🤩

  • @zurinahashim1334
    @zurinahashim1334 Před rokem +1

    Di kampung boleh bayar rm1 utk jadi ahli seumur hidup.boleh pinjam buku apa sahaja.setiap bulan ada aktiviti melukis membaca.gubahan dll utk penduduk kampung dan anak2.ada hadiah dan saguhati.pertandingan pantun pun ada.ada wifi yg penting

  • @alinorkadir1175
    @alinorkadir1175 Před 9 měsíci

    Perpustakaan ISTAC adalah perpustakaan peribadi SMN Al-Attas yg jumlah koleksinya lebih 100,000 naskhah

  • @husainabaziz5692
    @husainabaziz5692 Před rokem +2

    Alhamdulillah
    Terima kasih Sastra dan Cikgu Aziz dengan perkongsian videonya yang sangat bermanfaat untuk dikongsi bersama
    Salam sejahtera buat semua dari selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh umat Islam dimana jua anda berada berada
    Assalamualaikum dari Malaysia 🇲🇾

  • @idriskaparawi2346
    @idriskaparawi2346 Před rokem +1

    Saya punya perpustakaan kecil di rumah sendiri dgn koleksi kurang lebih tinggal 1,000 judul dari apa2 bidang yg sy minati, selain 500 judul saya kasih kepada satu university tempatan dan di kampong saya. Klo simpan semuanya nanti di akhirat kena tanya sama Allah saya tak bole jawab...😊

  • @abdullahnaseabdullahnase5708

    Tahniah buat Miss Mastika,semoga terus berjaya.

  • @noordinbeldenlex1620
    @noordinbeldenlex1620 Před rokem +26

    I know that the law library at UM has a fantastic collection of law books, particularly different series of law reports from Commonwealth countries because I was a former law librarian in a law firm. In addition to physical libraries, law students get free, 24/7 access to a number of databases covering a wide range of topics, including legal databases like LexisNexis. After they are given permission to utilise the necessary databases, the students can even conduct their research at home.

  • @nirmamelati7995
    @nirmamelati7995 Před rokem +9

    Harap²nya Sir Sastra dan Sir Azis boleh menyambung sarjana 2/ master di Msia. Boleh timba ilmu disamping pengalaman di sini.

  • @ZarulhisyamLampamjawa
    @ZarulhisyamLampamjawa Před 3 měsíci +1

    Jika diri anda ingin berbakti kepada anak bngsa Indonesia serta memajukan dan membangunkan negara Indonesia 🇲🇨 anda harus merubah cara permikiran/mndseat generasi anak bngsa dan para Orang _ orang Tua Ibu/Ayah agar keluar dari kepompong _ kepompong yang sebegitu lama ,didoctorrin doctorrin kelompok pendahulu serta Golongan Politik/Politics yang memang sengaja secara sedar memenupulasi rakyat sipil, warga nya dengan tujuan utama rakus dalam kerkuassan,, makanya secara sedar mencipta kelompok Golongan kronisme dan menopoli menopoli kepentingan dan keperluan rakyat sipil agar berada dalam lingkaran antara individu mahupun para politikus itu,,,agar kerakusan monopoli dikuasai sebahagian kelompok kecil individu ka partai2 Politik, ser akan kerdadurattan lebih gede dibungkus dengan hnya dengan sedikit kerbaikan agar lancar kerburukkan ber puluh puluh tahun menlakukn monopoli kerpentingngan , kerpeluan rakyat sipil khasnya miskin ini boleh dijaga dicontrol oleh sergelintir individu, dan partai politics dengan satu tujuan utama,pastilah memangkul kerkuassan dan kerdudukan agar menjadi pimpinan pemerintahan negara kanoha Indonesians 🇲🇨... dengan cara taktik dan doktorin itu lah kenapa bergitu lama puluh puluhan tahun masih tidak berada setuasi membaik rakyat sipil khasnya warga miskin...cara ini sekian Abad di praktikkan dan gunakan, Doctor doktorin pada permikiran dan kerhidupan rakyat sipil pendahulu...sehungga sekarang semakin luar biasa buruk nya kerjahatan sosialis dan economic pada Warga Masyarakat bawahan khasnya warga miskin bisa terjadi di negara kanoha Indonesians 🇲🇨 tiada dalam jalur garis sempadan yang mendahului rakyat sipil ,,, ianya sudah menjadi tanggungjawab Permerintah apapun berkuasa dan mermerintah harus kepentingan rakyat sipil secara umum,, mejoriti kerbanyakan menjadi ker utama an bukan segelintir kapitalisme di utma ...itu harus di hapuskan ke akar2 kelompok Penjahat gede eksekutif ini... baru bisa ke jalur sepatutnya sistem sosialis dan economic rakyat sipil, warga masyarakat Indonesians ✔️ sistem pendidikan penting dan harus setara ke saksama annya yang di gariskan oleh pendidikan sndarts in world 🌍 baru bila pendidikan ok..auto semua nya ikut ok...trmsuk Mentaliti and ertittude serta mndseat/permikiran , penilaian pun ok baru bisa angan-angan mnjadi maju dn moden dalam persaingan internasional buat anak bangsa serta negara kanoha Indonesians ✔️ itu sendiri 😅 sistem pendidikan diupgred...kepada standards level yg sepatutnya.. Permimpin Permerintah terdahulu sengaja membuat sistem pendidikan rendah di Indonesians buat mengdoctorrin... dan terus berkuasa dan mermerintah 😂 anjarrr wakaka

  • @azmisulaiman2627
    @azmisulaiman2627 Před rokem

    AKU BEKAS STUDENT UTM, TAPI AKU HANYA MASUK KE PERPUSTAKAAN 4 KALI SAHAJA SEPANJANG TIGA SETENGAH TAHUN AKU BERKULIAH DI SANA. PADA WAKTU ITU TIDAK RAMAI YANG TAHU BAHAWA RUJUKAN BOLEH DI BUAT DARI ENCYCLOPEDIA DALAM BENTUK CD, CONTOH ENCYCLOPEDIA BRITANNICA DAN LAIN2.

  • @yuzirmanabdulrazak5160
    @yuzirmanabdulrazak5160 Před rokem +1

    Alumni UTM hadir. Membaca amalan mulia...

  • @yusofaziz4649
    @yusofaziz4649 Před rokem +1

    Cgu Sastra... Sejak SD kami ada lomba Nilam. Murid yg paling banyak membaca buku dinobatkan sebagai juara. Kami di sekolah desa yg terpencil pun sering menjadi juara asalkan banyak membaca. Bayangkan perasaan murid sekolah di ndeso dapat mengalahkan murid sekolah kota. Semangat yakin diri terbina di situ. 😍😍😍

  • @mohdfaizulahmadahmadbinawa7324

    Benarkah di Indonesia jika mahu menjadi anggota Polis/tentera memerlukan kos biaya yg tinggi ?
    Kalau di sini untuk kelayakan diterima minimal berdasarkan 2 aspek, akademik (sijil SPM) & ukuran/ketahanan fizikal. Setelah itu tinggal menunggu jawapan yang dihantar melalui kiriman surat, yang diterima akan direkrut 6 bulan. Semua keperluan asas ditanggung kerajaan & duit gaji+elaun (6 bulan) akan dibayar sekaligus selepas tamat rekrut...
    Kalau benar, isu² yg penting & membabitkan korupsi harus diberikan keutamaan & terus dibangkitkan diberikan tekanan kerajaan Indonesia supaya mereka tercabar. Sedikit sebanyak mendorong Indonesia ke arah kemajuan.. jujur saya cakap orang Indonesia memang rajin & kuat bekerja, sedangkan kerja buruh kasar/sistem manual, dengan keluasan negara Indonesia ditambah bilangan penduduk paling ramai di dunia, tetapi perkembangan perlahan. Terbalik pula dengan Malaysia, kerja buruh kasar import dari indo, kami memilih kerja yg ringan/lebih mudah..
    Selain Indonesia, China & India juga antara negara yg luas & bilangan penduduk ramai... Dr pandangan sy Indonesia mirip India & korupsi adalah masalah utama

  • @ajun78
    @ajun78 Před rokem +3

    salam sayang 🥰dari malaysia...semoga kalian success dalam apa bidang yang kalian ceburi...

  • @fauziahb8108
    @fauziahb8108 Před rokem

    muzium terbesar di asia di kucing sarawak dan terengganu

  • @roslanjohari2910
    @roslanjohari2910 Před rokem

    Saya 5 tahun kuliah ngambil jurusan perpustakaan di uitm haha.. tapi blum pernah kerja di perpustakaan.. skrg hnya kerja dari rumah fulltime trader...

  • @lanchannel96
    @lanchannel96 Před rokem

    im agree im alumni University of malaya . setiap kali minggu peperiksaan/exam library akan buka 24 jam . semua student akan di beri cuti selama 1-2 minggu untuk study week dan boleh stay di library 24 jam untuk belajar .

    • @lanchannel96
      @lanchannel96 Před rokem

      bukan sahaja minggu ujian bukan minggu ujian juga memang ada library kecil yg buka 24jam . kalau ujian library utama di UM akan buka 24 jam . kerana UM ada 2 library yg utama dan yg kecil . yg kecil itu memang akan buka 24jam 365 hari .

  • @mohdishar1971
    @mohdishar1971 Před 8 měsíci

    You wont go wrong choosing any of the Public Universities in Malaysia. Indonesia also have many very good universities.. a few of my friends send their chidlren to Indonesia to study medicine..

  • @Kayyy2721
    @Kayyy2721 Před rokem +1

    Tidak dilupakan... perpustakaan bergerak. Sangat dinanti-nantikan oleh murid-murid kerana konsep yg unik & ada air-cond😆

  • @don_jr
    @don_jr Před rokem +1

    Dimalaysia kita boleh akses perpustakaan semua universiti secara maya.

  • @mmj1327
    @mmj1327 Před rokem +1

    Membaca itu sangat dititik beratkan di sini. Memandangkan bapa saya seorang polis dan bertukar2 tempat ke kampung, pekan mahupun bandar, maka saya pernah merasa perpustakaan dari setiap tempat. Dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matriks, dan ipta, perpustakaan sudah sebati dengan saya hingga saya pergi ‘interview’ untuk jadi pustakawan kerana saya sangat suka duduk di perpustakaan. Sekolah juga memain peranan. Di sekolah kampung, guru sering bawa ke perpustakaan dan beri kebebasan untuk membaca apa2 buku yang menarik minat kami. Juga ada perpustakaan bergerak yang datang. Di pekan, ada perpustakaan kecil yang mungkin boleh memuatkan dalam 50 orang sekaligus. Beberapa kali juga saya datang dengan rakan untuk membuat kerja sekolah bersama-sama. Jika di sekolah kawasan pekan tempat saya dulu, ada sudut membaca di setiap bahagian tangga untuk menggalakkan murid membaca ketika rehat. Jika di bandar, perpustakaan nya lebih besar dan lebih banyak buku dari pelbagai genre. Selepas sesi sekolah menengah selesai, sekurang2nya satu hari saya dan rakan2 akan ke perpustakaan untuk ulang kaji dan kami akan jumpa juga murid2 lain dari kelas lain yang seumur di situ. Jika di matriks dan ipta, perpustakaan nya lebih besar dan jam penggunaan lebih panjang. Dan tentu aircond nya lebih sejuk dari lain2 perpustkaan. 😂 24 jam itu biasanya hanya untuk persiapan pelajar menghadapi peperiksaan. Di ipta saya dulu tidak begitu ramai yang menggunakan perpustakaan hingga lewat malam kerana terlalu sejuk😂

  • @puspawangi1606
    @puspawangi1606 Před rokem

    Benar cikgu, sebab itu kita berpegang dengan pepatah sejak kecil lagi iaitu " MEMBACA JAMBATAN ILMU" ayuh kita terapkan amalan membaca

  • @mohamadroslijusoh8825

    Pelajar utm sangat laku melamar kerja di industries besar.

  • @whitesakura4907
    @whitesakura4907 Před rokem +1

    ✌️tak silap di setiap daerah dalam negeri² di malaysia Ada perpustakaan Awam.Mr..tp kena shhhhh....must keep quiet.😂

  • @uminadrah3021
    @uminadrah3021 Před rokem +3

    Di tempat saya ada perpustakaan umum.. mmg dah menjadibrutin anak bila masa cuti sekolah... di sana memang ada tempat khas untuk kanak2. Diaorang boleh bermain dan membaca..anak2 berumur 2 3 tahun pun seronok di sana

  • @Zyerol49
    @Zyerol49 Před rokem +3

    Sama saja baik disini atau diindo ulat buku itu pasti ada, org bijak pandai ada dimana saja krna manusia diwajibkan utk menuntut ilmu cuma terpulang pada individu itu..
    Itu pun klau dia bukan minat membaca dia punya skill yg lain

  • @sadpeople523
    @sadpeople523 Před rokem +1

    malaysia menghargai pendidikan dan pelajaran...semoga

  • @mohdzaid4633
    @mohdzaid4633 Před rokem +3

    Blh abg belajar di malaysia turus kerja pn dimalaysia abg...Malaysia perlu knorg2 yg baik mcm abg

  • @meow7420
    @meow7420 Před rokem +1

    Laundry tempat cuci baju pun Open 24 hour. Memang akan sunyi ada akses Wifi nya juga di situ tapi tidak ada orang duduk pacaran di situ even anak muda yang nakal mereka akan pacaran di tempat lain tidak di tempat itu. Itu juga membanggakan 🥲 kita cuci baju di malam hari sunyi tiada yang kacau hanya orang orang yang cuci baju saja duduk di situ melakukan cucian LAUNDRY SELF SERVICE.

  • @khaiozz790
    @khaiozz790 Před rokem +1

    Kehidupan kampus memang luar biasa..kehidupan berilmiah

  • @yusnitayunus461
    @yusnitayunus461 Před rokem +1

    Pelbagai cara dibuat oleh kerajaan utk menggalakkan membaca. Ada perpustakaan bergerak. Malah program Nilam juga sgt membantu para pelajar bersemangat utk membaca krn ada anugerah yg diberikan kp mereka.setiap negeri ada perpustakaan negeri blh bw anak2

  • @pegangagamakeranaitusiapak576

    sir Sastra n Mr Aziz, Indonesia memang byk penduduk Islam tapi rata2 org Islam di Malaysia masih takut2 nak mkn di kedai mkn org Islam di sana kerana takda jaminan *halal* ...Maaf kerana mengutara hal begini.

  • @azizahabdullah1143
    @azizahabdullah1143 Před rokem

    Wah encik Aziz, mudah mudahan permohonan saudara mahu melanjutkan ilmu di-University Malaya berjaya.

  • @sisanna8375
    @sisanna8375 Před rokem

    Wahhh looking forward to see Mr. Azis here in Malaysia...🤩