AKU YANG KAU TINGGALKAN - EP21 (Ungku Ismail & Siti Elizad)

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 4. 07. 2021
  • Disclaimer: Saya bukan pemilik video. Tujuan upload adalah untuk hiburan semata.
    Tonton episod penuh di RTM klik
    Link rtmklik : rtmklik.rtm.gov.my/series/2-1043
    Sinopsis:
    Drama Aku Yang Kau Tinggalkan adalah drama di slot Widuri TV1 yang mempunyai 30 episod dan akan disiarkan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini, jam 7 malam. Antara pelakon drama Aku Yang Kau Tinggalkan ini adalah Ungku Ismail Aziz, Elizad Sharifuddin, Natasya Mahyan, Adam Shadan, Aedy Ashraf, Husna Mustaffa, Roy Azman, Laila Nasir, Safwan Nazri, Syaffiq Sahli, Dian P Ramlee, Datin Fadilah Mansor, Ku Zara Eryna, Liza Zain, Sharifah Husna, Azhar Amir, Amirul Faqeem, Izzat Mushtaq dan ramai lagi. Drama ini merupakan adaptasi daripada Novel Aku Yang Kau Tinggalkan karya novelis Alina Haizar.
    Mengisahkan Nia Athirah (Siti Elizad) yang terpaksa menggantikan tempat adiknya Ani untuk berkahwin dengan Zaril Ikhwan (Ungku Ismail). Keluarga Nia yang susah, adiknya yang melarikan diri serta emaknya yang sakit menjadi penyebab Nia bersetuju untuk berkahwin dengan Zaril Ikhwan. Manakala Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaganya yang sedang sakit. Selepas Nia berkahwin, kehidupan keluarganya makin senang dan tidak lagi berdepan dengan masalah kewangan. Nia pula nekad untuk menjaga suaminya yang sakit itu dengan sebaik mungkin. Walaupun awalnya agak susah untuk menjaga Zaril Ikhwan itu, berkat kesabaran Nia, Zaril mula sembuh sedikit demi sedikit. Malah Nia juga makin sayang dengan Zaril Ikhwan itu. Namun, akibat salah faham, Nia telah disingkirkan sebaik saja Zaril Ikhwan pulih sepenuhnya.Nia meninggalkan Zaril Ikhwan dan membawa hati yang lara ke Turin, Italy untuk meneruskan hidupnya sendirian di bumi asing bertahun-tahun lamanya. Tanpa diduga Nia bertemu semula dengan Zaril Ikhwan lalu mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing. Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan hidup ini, perpisahan secara rasmi adalah jalan yang terbaik buat mereka berdua. Tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan. Apa sebenarnya yang berlaku yang menyebabkan Nia pergi dari hidup Zaril dan kenapa pula Zaril marah dengan Nia, apa rahsia yang dipendamkan oleh mereka berdua?.

Komentáře • 55