MYVi X,H & AV...Beli yang mana? Mana Baloi?

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 26. 11. 2021
  • Myvi Baru 2022 spex X, H & AV.
    Beli yang mana? Mana Baloi?
    Apa perbezaannya?
    Dari Paultan.org
    Unit rangkaian kuasa - enjin sama, kotak gear 4AT ditukar kepada CVT
    Tiada perubahan diberikan pada enjin-enjin yang menjana Perodua Myvi facelift 2022 ini. Model 1.3L dijana oleh enjin 1NR-VE berkuasa 94 hp pada takat 6,000 rpm dan tork maksima 121 Nm pada takat 4,000 rpm. Model 1.5L juga masih digerakkan oleh enjin 2NR-VE berkuasa 102 hp dan tork maksima 136 Nm pada takat 4,200 rpm.
    Kedua-dua enjin berkenaan adalah enjin dari siri NR Toyota/Daihatsu, yang turut digunakan pada model lain seperti Toyota Vios, Yaris dan juga Avanza (pasaran Malaysia) sedia ada. Ia menampilkan kepala enjin DOHC bersama teknologi Dual VVTi dan juga sistem Eco Idle (auto start-stop).
    Bukan itu sahaja, malah apa yang menarik keseluruhan seni bina sistem elektrikal turut diambil dari DNGA (berasaskan Perodua Ativa) bagi memastikan keseluruhan fungsi teknologi termaju pada Myvi ini dapat berfungsi.
    Kotak gear D-CVT ini merupakan antara teknologi terkini dari Daihatsu yang pada awalnya dihasilkan untuk model-model yang akan dibina dari platform DNGA. Penghantaran kuasa dalam kotak gear berkenaan bukan hanya dibuat menerusi pulley dan belting seperti CVT biasa, malah ia turut menggunakan split-gear, pertama seumpamanya di dunia.
    Oh ya, kini tiada lagi posisi 3 dan 2 pada tuil penukar gear (kerana tiada lagi nisbah gear sebenar pada kotak gear D-CVT), tetapi digantikan dengan posisi S dan B. Untuk S, ia akan memberikan mod Sport, manakala B pula adalah untuk memberikan engine braking maksimum bagi digunakan pada situasi seperti sedang menurun bukit.
    Perodua mendakwa bahawa Myvi facelift ini mampu mencapai penggunaan bahan api 5% lebih baik dengan kotak gear D-CVT ini. Model dengan enjin kini didakwa mampu mencapai penggunaan bahan api gabungan 22.2 km/l (dari 21.1 km/l sebelum ini) manakala model 1.5L pula mencapai penggunaan bahan api 21.1 km/l (berbanding 20.1 km/l sebelum ini). Kotak gear baharu ini juga membolehkan Myvi bergerak dalam kelajuan cruising dengan kelajuan rpm lebih rendah, sekaligus memberikan pemanduan yang lebih jimat, relaks dan senyap.
    Bukan itu sahaja, transmisi D-CVT ini juga didakwa memberikan prestasi yang lebih baik dengan mencatatkan pecutan 0-100 km/j 20% lebih pantas dari sebelum ini. Model 1.3L mampu memecut dari kedudukan pegun ke 100 km/j dalam masa 11.5 saat, manakala versi 1.5L yang lebih berkuasa pula mencatatkan masa 10.2 saat untuk pecutan yang sama.
    Sistem keselamatan canggih dengan pemanduan autonomi Tahap 2
    Semua varian Myvi 2022, kecuali model asas 1.3 G, datang dengan pakej asas ASA yang merangkumi sistem Amaran Pra Pelanggaran (PCW), Brek Pra-pelanggaran (PCB atau AEB), Amaran Mula Gerak Hadapan (FDA) dan juga Kawalan Salah Operasi Pedal (PMC). Walau bagaimanapun, pembeli 1.3 G masih boleh mendapatkan sistem ASA, Lampu Tinggi Automatik dan juga Amaran/Pengelak Keluar Lorong dengan pek opsyen yang perlu ditambah wang.
    Manakala untuk sistem ASA 3.0, ia ditambah dengan pengesan kenderaan dua roda (motosikal/basikal, manakala pengesan pejalan kaki telah ditambah pada ASA 2.0) pada PCW dan PCB, serta PCB kini boleh beroperasi dari 4 hingga 120 km/j (naik 20 km/j).
    Malah PCB dan AEB juga kini boleh digunakan tanpa sebarang had, di mana sebelum ini sistem brek automatik tersebut hanya boleh berfungsi sebanyak tiga kali, dan enjin perlu dimatikan dan dihidupkan semula bagi memulakan semula sistem berkenaan. ASA juga kini boleh beroperasi pada waktu malam, tetapi hanya berkesan untuk mengesan kereta yang mempunyai lampu belakang beroperasi.
    Kesemua model yang dilengkapi ASA juga datang dengan Amaran Keluar Laluan (LDW) dan Pengelak Keluar Lorong (LDP). Sistem LDW akan mengesan garisan di atas permukaan jalan raya dan memberikan amaran secara audio dan visual pada pemandu jika ia terkeluar dari lorong. Manakala sistem LDP pula akan membantu ‘menarik’ stereng agar anda kembali ke lorong yang betul.
    Dengan sistem Kawalan Kekal Lorong (LKC) dan juga cruise control adaptif (ACC) membolehkan Myvi diiktiraf mempunyai kebolehan pemanduan berautonomi Tahap 2. Seperti pada Ativa, ACC berfungsi pada kelajuan 30 hingga 125 km/j sambil pemandu boleh menetapkan jarak antara kereta hadapan dengan tiga tahap jarak.
    Sistem ini tidak akan berfungsi pada kelajuan 0 hingga 30 km/j seperti sistem Low Speed Follow, jadi ia tidak akan membantu anda ketika merangkak dalam kesesakan trafik. Model tertinggi Myvi AV turut dibekalkan dengan Pemantau Titik Buta (BSM, dengan amaran bunyi dari buzzer sekiranya lampu isyarat membelok diaktifkan, atau hanya lampu sekiranya tidak) serta Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA).
  • Auta a dopravní prostředky

Komentáře • 155

  • @muradyong4051
    @muradyong4051 Před 8 měsíci +1

    Penerangan yg bagus,dpt info² yg tepat dri ke3,3 model myvi ini...Tq tuan👍👍💪💪💪

  • @mohamedkhalidmohamedyunus3594

    Good post. Very informative on physical variance between the 3 types 👍

  • @noordanish8130
    @noordanish8130 Před 2 lety +6

    Video yang simple dan informatif. Mohon abang kalau ada kesempatan cover version Gear Up bang

  • @thenia6759
    @thenia6759 Před 2 lety +21

    Saya tak skip ads. Respect dekat encik ni, clear penerangan terutama bagi orang yang confuse nak beli H/AV. Risau dengar macam termengah-mengah. Semoga baik² saja encik. Semoga terus murah rezeki

  • @srimahendrakumarnaidu391
    @srimahendrakumarnaidu391 Před 2 lety +5

    Very informative n good guide Abang. Keep up your good work.

  • @michaelryan6136
    @michaelryan6136 Před rokem +4

    Review terbaik abang full details 👍👍👍

  • @wazulaa2899
    @wazulaa2899 Před 11 měsíci +1

    hai nak tanya. buyer bole request tukar leather seat kaler custom kat perodua macam toyota yaris ?

  • @undudeme
    @undudeme Před 2 lety +9

    I wish P2 allowed further customisation. A MyVi with all the safety equipments and leather seats minus the bodykit would be the best value for money.
    Anyway, thanks for this video, sir. Much appreciated.

  • @raylentuling4352
    @raylentuling4352 Před 2 lety +3

    nice review👍👍👍

  • @rosyaime984
    @rosyaime984 Před 2 lety +1

    Semua spec ada Touch n Go slot ke?

  • @AmirulAsyraf_tobirama_sanju

    yg X pon berbaloi jugak.. accessories boleh tambah..

  • @chocomilkent4280
    @chocomilkent4280 Před 2 lety +2

    Terbaik

  • @zalehasalleh3323
    @zalehasalleh3323 Před rokem +5

    Untuk myvi 1.5 x berapa berat maksimum utk penumpang 5 orang?

  • @bijatbakar7781
    @bijatbakar7781 Před rokem +2

    Buy ready, very good and confortable❤❤❤

  • @yukyzenitsu2545
    @yukyzenitsu2545 Před rokem +10

    Insyallah tahun depan bulan 5 angkat Myvi Spec H 🥰

    • @jackandjill6419
      @jackandjill6419 Před rokem

      Dah angkat ka bang?

    • @ahnatt4703
      @ahnatt4703 Před rokem +1

      @@jackandjill6419 tahun dpn kn dia tulis

    • @jackandjill6419
      @jackandjill6419 Před rokem +1

      @@ahnatt4703 hahaha tak perasan dia komen tahun 2022. Sbb video 2021, aku assume dia komen 2021😂😂

  • @mohdothman5824
    @mohdothman5824 Před rokem +2

    My v 2unit terpakai RM 60,000.00/ 2 unit. SEBULAN RM 300/1

  • @malayhero300
    @malayhero300 Před 2 lety +3

    Terbaek dr ladang...jgn main2

  • @jefferychuat9148
    @jefferychuat9148 Před 2 lety

    👍

  • @muhammadhakim1086
    @muhammadhakim1086 Před 2 lety +3

    Tunjuk 2022 punye pulaj

  • @samsung8831
    @samsung8831 Před 2 lety +2

    😉

  • @user-fz1cn6en7j
    @user-fz1cn6en7j Před 2 lety +9

    Bila lagi keta makaysia nk bagi camera itu yg penting bos bkn x bleh psg sendri bukan harga mahal sgt pun,, tapi kenapa perodua x bleh pasang skli??

  • @ammarfarhan1272
    @ammarfarhan1272 Před rokem +1

    Dlm kete ni ada usb-c charging port tak ?? Pastu ada apple carplay dan android auto tak ??

  • @moto4648
    @moto4648 Před 2 lety +6

    Myvi H boleh add on reverse camera

  • @travellerdann426
    @travellerdann426 Před 2 lety +21

    Ada beberapa bnd yg sy rasa agak kecewa dgn myvi baru ni :
    • Design rim masih sama..
    • Steering untuk spec lain selain AV nampak cacat sbb banyak ruang kosong..
    • Spec AV takde pedal shift walaupun dah pakai CVT..
    • Buang lampu kabus, ganti dgn DRL..
    Sejujurnya sy bukanlah insan yg kisah pasal DRL ni sbb 7 tahun guna kereta yg ada DRL.. sy tak faham apa function dia, kenapa dia wujud dan sy rasa bnd ni takde faedah..
    Yang sy rasa kagum dgn myvi baru ni :
    • Safety feature lengkap
    • Nampak mcm kerusi driver skrg dah boleh naik turun selain gerak kedepan kebelakang..
    • Meter baru nampak lawa, tak kisah apa spec..
    • Player nampak lebih modern..

    • @saifi2287
      @saifi2287 Před 2 lety +1

      Sy sokong. Tapi myvi sblum ni kerusi driver x bleh turun naik ke? 😳😳😳

    • @travellerdann426
      @travellerdann426 Před 2 lety +2

      @@saifi2287 kalau Gen 1 dgn 2 tak boleh.. Gen 3 ni sy taktau sbb belum pernah memiliki lg..

  • @mrvavaneva923
    @mrvavaneva923 Před 2 lety +1

    Utk mcm aku ni kaki modified mmg berbaloi ambik X…untuk DRL boleh tambah tak tuan?

    • @iLoveMelakaCars
      @iLoveMelakaCars  Před 2 lety +1

      Boleh, ada byk accessories myvi akan dtg. Macam Ativa. Boleh join group fb myvi dan perhatikan modifikasi yg dia org buat.

  • @kahwaichoong1467
    @kahwaichoong1467 Před 2 lety +15

    Myvi X paling berbaloi sepatutnya pasal suda ada ASA 3.0... AV takde cruise control sampai 0km/h memang tak berbaloi bagi saya, seat pon terlalu merah.. Dah tempah myvi X.. Harap dpt sebelom sst bulan 6

    • @johnnybostan4047
      @johnnybostan4047 Před 2 lety +2

      Kalau tak silap...Lagi 3bulan paling cepat lu boleh dapat kereta sebab kekurangan semiconductor chip,Kecuali awak ada "Trade In" lain cerita..Dan mungkin Besok SST dah Add On!!...Patut ko Ambil Myvi1.5AV.👍👍👍

  • @mohdfirdausmohdradzi8365
    @mohdfirdausmohdradzi8365 Před 2 lety +1

    Bulanan brapa ek..

  • @Straluxire
    @Straluxire Před 2 lety +4

    Build in toll reader tu, tahun 2022 dah tak boleh pakai kan? Sebab kerajaan dah mewajibkan guna RFID lepas ni.
    By the way, nice review👍🏼

  • @hanif5866
    @hanif5866 Před 2 lety +1

    Bang, pendapat bang av antara cranberry red dan grey mana cantik g

  • @mawangipagi3204
    @mawangipagi3204 Před rokem +1

    Hello,.. yg spec H ni colour apa ya? Cranberry red atau lava red

  • @shamsulbinaikhsan2250
    @shamsulbinaikhsan2250 Před 2 lety

    👏🆒💪💯💥

  • @nirosdavid-son4507
    @nirosdavid-son4507 Před 3 měsíci +1

    Beli yg 3 cylinder.

  • @izlanringgo2216
    @izlanringgo2216 Před 2 lety +1

    Spec AV dah siap built in dash cam ke tuan?

  • @ramzulhallmi2898
    @ramzulhallmi2898 Před 2 lety +1

    Warna gila mengancam boi!

  • @adinchenal2578
    @adinchenal2578 Před 5 měsíci +1

    Seblum tu saya minta maaf bang bertanya suka my vi ni..ada yg manual X? Hati lebih ke manual

  • @amirmohd47
    @amirmohd47 Před 2 lety +2

    Bos spec h dgn av luaran sama je kn??

  • @imhaflurahzi9153
    @imhaflurahzi9153 Před 2 lety +2

    cransberry red or lava red lagi lawa?

  • @noradilaahmad5602
    @noradilaahmad5602 Před 2 lety +11

    Kalau ambil X atau H, boleh tukar seat leather tk mcm ADV

  • @mohdothman5824
    @mohdothman5824 Před rokem +1

    Bayi tahun 2002-2004

  • @muhdshaaban8058
    @muhdshaaban8058 Před 2 lety +5

    Variant H ade camera revers ke?

  • @user-zh5cf6dr4k
    @user-zh5cf6dr4k Před 2 lety +1

    Av ada dishbrake?

  • @anasfadhlin5199
    @anasfadhlin5199 Před 2 lety +1

    Nak tanya. Toll reader ni dikira smart tag ka? Or dia just boleh baca balance duit tng ja?

  • @syakir6937
    @syakir6937 Před 2 lety +4

    Lps ni 1.3G plk

  • @amirulyun750
    @amirulyun750 Před rokem +4

    saya amik myvi 1.5 x kosong tahu² pakai bumper gt 😂

    • @ahnatt4703
      @ahnatt4703 Před rokem +1

      Bebaloi utk kaki makeup amek x

  • @sharudinabubakar1349
    @sharudinabubakar1349 Před 2 lety +2

    can fly..

  • @CK_241
    @CK_241 Před 9 měsíci

    Myvi X ada bloothooh tak

  • @ilmuhaq
    @ilmuhaq Před 2 lety +1

    Cruise control tidak aktif sampai 0 km. Hampa

    • @azimnasfa4212
      @azimnasfa4212 Před 2 lety +1

      ape maksud cruise control ye ? dan slalu kereta ada cruise control ke

  • @Zedexization
    @Zedexization Před 2 lety +2

    syukur Perodua dah tukarkan enjin varian X dgn enjin 1.5. Org Sabah Sarawak payah nak beli AV or H sbb ada toll reader.

  • @user-zt8ze8ln4o
    @user-zt8ze8ln4o Před 10 měsíci +1

    myvi X 1.5 ni ada wrna candybery?

    • @veeravelmanikumar8053
      @veeravelmanikumar8053 Před 8 měsíci

      Takde boss...cranberry red hanya special untuk spec AV je

    • @Rafiq9690
      @Rafiq9690 Před 7 měsíci +1

      Dah ada dahhh skrng. Utk semua varian

  • @NIxx-re6hp
    @NIxx-re6hp Před rokem

    H xder reverse camera

  • @petronellaella4735
    @petronellaella4735 Před 2 lety +1

    Pro myvi

  • @adixku6070
    @adixku6070 Před 2 lety +1

    Knp skrg kereta perodua X Ada manual

  • @zarieffiqri8523
    @zarieffiqri8523 Před 2 lety +1

    Kalau spec 1.5 X still boleh masuk gear up?

  • @matlee1167
    @matlee1167 Před 2 lety +2

    basic 2k lepas tak myvi spec h

  • @shaharuddin9506
    @shaharuddin9506 Před 2 lety +6

    Salam semua,
    Hanya sedikit perkongsian peribadi pengalaman sendiri pengguna D-Cvt Mg3 AV utk minggu pertama.
    1) Eco Idle: Terasa sedikit tersentak bila enjin hidup selepas kereta stop/idle. Berbanding pengalaman Bezza AV 2020 dan Mg3 non-FL 2020.
    2) Engin braking: Bila lepas pedal minyak tanpa brek terasa sedikit kasar dan tidak meluncur smooth berbanding Mg3 nonFL. Dan bagi sy paling kasar setakat pengalaman sy dgn kereta2 CVT yg lain.
    3) Adaptive Cruise Control (ACC): Cengkaman brek yg agak kasar/mengejut bila ACC mode on.
    4) Fuel consumption: Agak kuat jika dibandingkan dgn segment atau CC yg sama dengannya, atas pengalaman cc 1.5 dgn Vios, City dan Almera.
    5) Engine jerking: Terasa agak ketara bila rpm rendah atau kereta perlahan
    Ada ke pengguna yg lain rasa alami seperti saya ini ? Adakah ini karakter normal utk gearbox D-Cvt ini?
    Maaflah, bukan utk mencari keburukan MG3FL ini, cuma ingin tahu perkongsian jujur pengguna varian AV yg lain

    • @johnnybostan4047
      @johnnybostan4047 Před 2 lety +3

      Saya baru dapat kerera 27/5..cuma fuel consumption saya rasa agak kuat sebab masa dapat kereta,minyak isi pehuh(ron 97)oleh sales person,sekarang jalan 118km,minyak jarum dah mahu cerca separuh..yang lain problem tak dak,cuma reverse parking saja tekan brake agak kasar sikit bunyi,mungkin Baru lagi kot?!😆😁

  • @aavaninaidu6556
    @aavaninaidu6556 Před 2 lety

    Spec X ada smart tag k?

  • @danisulai3681
    @danisulai3681 Před 2 lety +2

    Berapa beza harga varian advance dgn H?

  • @afendiilmar3463
    @afendiilmar3463 Před 2 lety +1

    X pun dh ok kan?

  • @nizamhamid8236
    @nizamhamid8236 Před 2 lety +1

    jangan main2 dgn king

  • @deydeqafat
    @deydeqafat Před 2 lety +3

    sy nak ambil varian X bg . okay tak ?

  • @q4lzz
    @q4lzz Před 2 lety +5

    spec AV dan H ada tinted...klu X dia tkde tinted

    • @iLoveMelakaCars
      @iLoveMelakaCars  Před 2 lety +3

      👍

    • @RicKyjee
      @RicKyjee Před 2 lety +1

      Spec H da siap tinted ke??

    • @q4lzz
      @q4lzz Před 2 lety +2

      @@RicKyjee dh..

    • @leng99
      @leng99 Před rokem +1

      tinted still panas bila pergi try av, x boleh duduk sebab terlalu panas leather seat tu

  • @azzamruslan9157
    @azzamruslan9157 Před 2 lety +1

    iklan byk aih

  • @mohamadfauzi2917
    @mohamadfauzi2917 Před 2 lety +6

    Saya mmg kurang minat MyVi mungkin disebabkan perangai driver dia kot..😂😂

    • @iLoveMelakaCars
      @iLoveMelakaCars  Před 2 lety +7

      1 dari 5 kereta di Malaysia ialah myvi 😂

    • @nizangkerplunk
      @nizangkerplunk Před 2 lety +2

      Minat driver kereta mana bang

    • @mohamadfauzi2917
      @mohamadfauzi2917 Před 2 lety +2

      @@nizangkerplunk Minat Toyota.. tapi klu mampu minat BMW.. haha

    • @danielfitri97
      @danielfitri97 Před 2 lety +4

      Sy minat, cuma not within my budget, uhuks..x mampu

    • @mohamadfauzi2917
      @mohamadfauzi2917 Před 2 lety +2

      @@danielfitri97 Sama lah.. pakai proton je.. hehe

  • @zamsayangtokguru2284
    @zamsayangtokguru2284 Před 2 lety +1

    Salam bang.. mintak no hp bang..

  • @Yusoff80
    @Yusoff80 Před rokem +1

    MYVI 1.5X👎👎👎👎👎👎

  • @vui8988
    @vui8988 Před 2 lety +7

    Jgn beli la ada masalah punya kereta. Sy sdg pakai ni modal punya myvi so sy tau ada masalah👎🏻

    • @ahmadsarji111
      @ahmadsarji111 Před 2 lety +1

      Masalah ap ce cita

    • @vui8988
      @vui8988 Před 2 lety +1

      @@ahmadsarji111 masa u pandu mau berhnt lps minyak kereta pandai tarik pandai terkejut2 bgt. Kalau u btl mau beli i nasihat u jgn beli la bgs ambil bezza bgs lg. I sgt menyesal ambil ni myvi. Kalau i tau ada masalah i ambil bezza sdh

    • @ixxuix5552
      @ixxuix5552 Před rokem +8

      @@vui8988 semua kereta Sama itu macam.u beli kereta apa2 pun mmg begitu laa.kalau mau bagus,beli helicopter je.

    • @saimonmarius
      @saimonmarius Před rokem +3

      Kalau ada masalah buang dn beli bru yg lain punya senang cerita

    • @zulkiflimatludin3884
      @zulkiflimatludin3884 Před 9 měsíci +1

      ​@@vui8988 kan dia ada mood off atau on untuk itu atau sekarang baru ada yg model dulu x ada ke...

  • @George_juvana
    @George_juvana Před 2 lety +2

    Agak² la suruh org #jgn skip ads...
    Org nak tgok CZcams, bkn nya ads...😅

    • @muhammadsyafiq6909
      @muhammadsyafiq6909 Před 2 lety +6

      Kalau skip ads, mcmn la brader ni nak dapat income. Kita tgk ads saja la income dia.

    • @iLoveMelakaCars
      @iLoveMelakaCars  Před 2 lety +2

      ❤️

    • @cgsyah8719
      @cgsyah8719 Před 2 lety +4

      Support guys.... Org buat video letih2, kiter pn nk tgok jugak

    • @iLoveMelakaCars
      @iLoveMelakaCars  Před 2 lety +1

      ❤️

    • @George_juvana
      @George_juvana Před 2 lety

      Klau ye pon , jgn terus tegur penonton di channel kau utk jgn skip ads... Mu x rasa awkward ke ¿ Jgn la judge penonton utk #jgn skip ads... Siap (#) bhaii...
      Org benci dgn Ads bagai ni , ni pulak boleh siap tegur utk jgn skip ads... 🤮