Apa Itu Meiosis? Dan Apa Kepentingan Proses Ini Untuk Kita?
Vložit
- čas přidán 7. 09. 2024
- Jom Belajar tentang Meiosis, iaitu proses pembahagian sel bagi tujuan menghasilkan sel gamet pembiakan untuk manusia, haiwan dan tumbuhan.
Meiosis berlaku di organ pembiakan, iaitu testis dan ovari bagi manusia dan haiwan, manakala pada tumbuhan, berlaku di anther dan ovari.
Meiosis berlaku pada 2 peringkat, iaitu Meiosis I dan Meiosis II.
Cara mudah menghafal apa yang berlaku pada setiap Fasa adalah:
Profasa I - pendek tebal
Metafasa I - susun satah
Anafasa I - tuju kutub
Telofasa I - bahagi dua
Profasa II - genting gelendong
Metafasa II - susun satah
Anafasa II - tuju kutub
Telofasa II - bahagi dua (dapat 4)
Kepentingan Meiosis adalah untuk
- menghasilkan gamet
- variasi dan pewarisan ciri
- mengekalkan kromosom
Semoga video ini membantu murid-murid memahami proses Meiosis.