PANTAI-PANTAI MENARIK DI PORT DICKSON ( Port Dickson Beach )

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 28. 06. 2024
  • Port Dickson adalah destinasi percutian tepi pantai yang paling popular di negara ini. Ia mempunyai intrastruktur lengkap terutama hotel-hotel penginapan yang sangat sesuai untuk dijadikan destinasi percutian keluarga & tempat berbulan madu seperti Lexis Hibiscus Port Dickson, Grand Lexis PD, Corus Paradise PD, Kelana Beach Resort & banyak lagi.
    Namun begitu sepanjang pesisiran pantai di PD sepanjang 18 km ini mempunyai beberapa pantai yang terbuka kepada umum sesuai untuk aktiviti percutian bersama keluarga. Setiap hujung minggu atau cuti sekolah, memang ramai pelancong terutamanya dari ibukota KL & Selangor yang datang bercuti di Port Dickson memandangkan lokasi jarak yang tidak jauh berbanding lokasi pantai peranginan menarik di Malaysia
    Antara pantai-pantai tersebut adalah...
    Pantai Teluk Kemang
    Pantai Teluk Kemang merupakan pantai yang paling popular untuk pelancong yang bercuti Port Dickson kerana mempunyai pesisiran pantai yang lapang, pasir pantai yang gebu, penginapan tepi pantai yang menarik & banyak aktiviti sukan air seperti banana fun ride, buggy ride, parasailing, naik speed boat, main jetski & sebagainya. Kemudahan dan fasiliti di sini juga lebih menarik dan terjaga daripada pantai lain jadi tak hairanlah lebih ramai pengunjung yang datang ke sini setiap hujung minggu.
    Blue Lagoon (Pantai Tanjung Biru Port Dickson)
    Pantai Blue Lagoon atau juga dikenali dengan nama Pantai Tanjung Biru tidaklah sepopular Pantai Teluk Kemang namun tetap mempunyai tarikannya tersendiri yang unik. Kawasan pantai di sini lebih berteluk & dikelilingi dengan bukit & batu-batu.Pantai Blue Lagoon tidaklah semeriah di pantai utama lain di Port Dickson dengan aktiviti sukan air & lebih tepat kalau nak gambarkan destinasi ini sebagai pantai yang lebih santai, lebih tenang & tidak sesak dengan pelancong terutamanya pada waktu weekend atau cuti sekolah. Permukaan pantainya sangat landai & cetek, kalau waktu air laut surut anda boleh berjalan beberapa puluh meter ke arah laut.
    Pantai Saujana (Pantai Batu 4)
    Pantai Saujana atau juga dikenali dengan Pantai Batu 4 merupakan satu lagi pantai di Port Dickson yang juga sering menjadi kunjungan pelancong untuk berkelah dengan pelbagai aktiviti menarik di pantai. Pantai Saujana memang sangat luas & lapang serta jarak pasir pantai menujuk ke laut lebih kurang 50 meter. Pantai ini juga mempunyai aktiviti sukan air tepi pantai seperti jet ski, banana boat & sebagainya. Terdapat juga kawasan mandi manda siap dengan jaringan keselamatan sebagai penunjuk kepada operator yang menjalankan aktiviti dengan bot.
    Pantai Saujana mempunyai kemudahan awam yang lengkap untuk pengunjung seperti tapak perkhemahan awam, taman permainan kanak-kanak, tandas awam, tempat makan yang dekat & pilihan penginapan utama yang agak banyak. Setiap hari ada deretan gerai-gerai yang menjual makanan santai & peralatan mandi manda seperti layang-layang, pelampung & sebagainya
    Pantai Cahaya Negeri Port Dickson
    Pantai Cahaya Negeri di Batu 5, Jalan Pantai mempunyai landskap yang lebih sistematik selepas kerja-kerja pembangunan dijalankan pada tahun 2014. Kini Pantai Cahaya lengkap dengan pelbagai kemudahan awam, dataran, pondok rehat & parking kereta yang lebih luas serta teratur. Pada waktu malam juga kawasan Pantai Cahaya juga meriah dengan kehadiran pengunjung untuk santai malam melihat suasana pantai & ada juga group remote control car beriang ria di sini pada hujung minggu.
    Pantai Cahaya Negeri ini memang sangat cantik terutamanya dengan adanya platform kayu melunjur ke laut menuju ke Pulau Burung yang boleh pelancong jalan kaki & bergambar.
    Pantai Purnama
    Satu lagi pantai di Port Dickson yang popular di kalangan pelancong untuk lakukan aktiviti bercamping, mandi manda, berkhemah atau bersantai petang. Lokasi pantainya mudah diakses & mempunyai kemudahan lengkap untuk pelancong seperti tandas, tapak perkhemahan, gerai-gerai & sebagainya.
    Waktu weekend, destinasi Pantai Purnama lebih kurang sesak berbanding pantai popular lain di PD & kalau anda setakat nak bersantai petang & main banana ride, di sini juga anda lakukan. Melihat panorama matahari terbenam di Selat Melaka dari Pantai Sri Purnama juga lebih tenang kerana kurang kesesakan. Terdapat beberapa penginapan popular sekitar Pantai Purnama seperti Klana Beach Resort Port Dickson, Sri Bulan Vnet Homes & Akar Beach Resort.
    Timestamp:
    00:00 Intro
    00:45 Avillion Admiral Cove
    02:24 Pantai Blue Lagoon / Tanjung Biru
    04:25 Pantai Cermin
    05:20 Pantai Purnama
    06:46 Pantai Teluk Kemang
    08:22 Pantai Cahaya Negeri
    08:55 Pantai Saujana
    09:21 Pantai Bagan Pinang
    09:55 PD Waterfront

Komentáře • 64

  • @WAKJAYCHANNEL
    @WAKJAYCHANNEL  Před 2 lety +3

    Sebaiknya pilihan untuk pergi ke pantai mana satu di PD ini, adalah bergantung kepada apa aktiviti yang kita nak buat

    • @ai3best
      @ai3best Před 2 lety +1

      terbaik boss

    • @WAKJAYCHANNEL
      @WAKJAYCHANNEL  Před 2 lety

      @@ai3best haha....sudi gak ko komen....apa ch zulkirman, nk tgok video mancing dia baru ni

    • @syazreensophia4743
      @syazreensophia4743 Před 6 měsíci

      menarik kompilasi video ni boss. Bg pendapat @wakjaychannel pantai mana yg paling best & sesuai utk photoshoot?

    • @nadhirahmusfirah1938
      @nadhirahmusfirah1938 Před 5 měsíci

      Kalau nak buat program,pantai mana eh sesuai?

  • @muhammadjusuwa6403
    @muhammadjusuwa6403 Před 2 lety +2

    Waalaikumsalam wr wb
    Salam sehat dan sejahtera selalu bang
    Luar biasa indah nya bang👍

  • @mysmartieteevee3036
    @mysmartieteevee3036 Před 5 měsíci +1

    Interesting video....

  • @SumarmanKlik
    @SumarmanKlik Před 2 lety +2

    Panorama pantainya sungguh indah sobat senang bermain disana,pepohonan yg asri mantap

    • @WAKJAYCHANNEL
      @WAKJAYCHANNEL  Před 2 lety

      Gambar ni saya ambil tengah2 minggu...kalaj hujung minggu memang ramai orang KL datang sini

  • @NaimiHanipahChannel
    @NaimiHanipahChannel Před rokem +1

    Menarik permandangan nya

  • @DAKINAHUMBLE
    @DAKINAHUMBLE Před 2 lety +1

    Menarik video..simple padat

    • @WAKJAYCHANNEL
      @WAKJAYCHANNEL  Před 2 lety

      Tkasih Dak Ina....Dah terperuk dalam bilik baik saya jalan2 sambil buat video

  • @cutijalanmakan
    @cutijalanmakan Před rokem +3

    Teluk Kemang ❌
    Teluk Khemah Rm30 ☑️
    Untuk buat aktiviti best perlu ada duit ja. Tapi,untuk bersantai x sesuai pemandangan pantai di tutupi khemah2 😂 terkejut bila sampai sini.. terpaksa pindah pantai sebelah .. santai,tenang,damai yang penting ada view laut dan ombak...🥰

    • @WAKJAYCHANNEL
      @WAKJAYCHANNEL  Před rokem +1

      Teluk Kemang, memang klu hr minggu, cuti sek atau public holiday mmg sesak...cari pantai purnama lagi baik

  • @muhdakmalakmal3026
    @muhdakmalakmal3026 Před rokem +1

    Nice sharing

  • @ZASUFATV
    @ZASUFATV Před 2 lety +1

    banyak nya pantai.. boleh tgk dulu video ni nak gi mana satu

    • @WAKJAYCHANNEL
      @WAKJAYCHANNEL  Před 2 lety

      Kna pilih mna yg sesuai dgn aktiviti yg kita nk buat

  • @NaimiHanipahChannel
    @NaimiHanipahChannel Před rokem +1

    Terpaut hati nak kesana WakJay

    • @WAKJAYCHANNEL
      @WAKJAYCHANNEL  Před rokem

      Boleh jalan lagi tu...tengah cuti sekolah sekarang.

  • @sukitee396
    @sukitee396 Před rokem +1

    Assalamualaikum...tq bos
    semlam sy g ptai teluk kemang
    cantik sgt tmpat tu

  • @KakOyaFabulous
    @KakOyaFabulous Před 2 lety +2

    pantai pd biasa juga kak oya pergi, memang cantik tempatnya , anak kak oya praktikal dekat grand lexus pd

    • @WAKJAYCHANNEL
      @WAKJAYCHANNEL  Před 2 lety +2

      Best gak tempat tu terutama klu ada budak2....tp sya budak2 dh besar dh jarang cuti kat situ

    • @KakOyaFabulous
      @KakOyaFabulous Před 2 lety +1

      @@WAKJAYCHANNEL ha ah best kan, tapi kena pandai cari tempat, ada yang pantai pd yang tak berapa cantik

  • @amirshah7
    @amirshah7 Před 2 lety +1

    Terbaik bang...lama x pergi port dickson....dulu tempat lepak ngan family (MAS)

    • @WAKJAYCHANNEL
      @WAKJAYCHANNEL  Před 2 lety

      Ye lah kuantan pun banyak pantai2 cantik....pasir lagi memutih tp kna datang juga takut lupa jalan nanti.

  • @mansbfishing
    @mansbfishing Před 2 lety +1

    Terbaik lah bang.. 👍👍👍

  • @cikkiahdanfamili
    @cikkiahdanfamili Před 2 lety +1

    Bagus video ni Wakjay. Jujurnya PD ni memang cantik2 pantai2nya

    • @WAKJAYCHANNEL
      @WAKJAYCHANNEL  Před 2 lety

      Dulupun saya tahu cuma telok kemang je...balik2 gi situ...hahaha

  • @travelatmalaysiawithazmils

    Awesome video 😍

  • @qisadlaila
    @qisadlaila Před 2 lety +1

    pernah pergi pantai ni lama dh tahun 2017 kalau tak silap.cantik sekarang nie

    • @WAKJAYCHANNEL
      @WAKJAYCHANNEL  Před 2 lety

      Tak tau nk kata lah...tp nampak lebih bersih sikit kot

  • @ridzuanhussinchannel.420
    @ridzuanhussinchannel.420 Před 2 lety +1

    Terbaik bang. Satu kelebihan.abg boleh megulas...

    • @WAKJAYCHANNEL
      @WAKJAYCHANNEL  Před 2 lety

      Ulas depan pc bolehlah sikit2....klu ulas masa ambik gambar masuk longkang

  • @kamalhisham8276
    @kamalhisham8276 Před 2 lety +1

    Terbaik Wak Jay...informative.

    • @WAKJAYCHANNEL
      @WAKJAYCHANNEL  Před 2 lety

      Tkasih bro....boleh wat Gethering kat sana....ahaha

  • @InspectAzmi
    @InspectAzmi Před 2 lety +1

    salam wakjay
    terbaik channel!!
    salam kenal dari Qatar

    • @WAKJAYCHANNEL
      @WAKJAYCHANNEL  Před 2 lety

      Waalaikum salam....Mai Ai! Jauhnya, ni mesti orang minyak, semoga sukses disana

  • @imandanrakan3454
    @imandanrakan3454 Před 2 lety +1

    Cantik Dan mendamaikan. Indahnya luar biasa

  • @JeraaChannel
    @JeraaChannel Před 2 lety +1

    Mantap, makin menjadi2 vid abg Jaini

  • @RedAntFAZZTV
    @RedAntFAZZTV Před 2 lety +1

    Lokasi menarik 👍🤩

  • @DrHaffeast
    @DrHaffeast Před rokem +1

    Mantap bang terbaik. best x duduk kat cove admiral tu. rate?

  • @afiqikhwan4470
    @afiqikhwan4470 Před rokem +1

    Hello bang,boleh suggest tak tempat camp free yg tak crowded

  • @zhanasha
    @zhanasha Před rokem +1

    Food truck kat PD waterfront tu buka hari2 ke? Hari biasa buka tak?

    • @WAKJAYCHANNEL
      @WAKJAYCHANNEL  Před rokem

      Rasanya buka sb masa sya datang tu bukan week end pun.

    • @zhanasha
      @zhanasha Před rokem

      @@WAKJAYCHANNEL ok trima kasih atas info

  • @shahreeyman
    @shahreeyman Před rokem +1

    Dalam semua list ni pantai mana ada toilet 24jam

    • @WAKJAYCHANNEL
      @WAKJAYCHANNEL  Před rokem +2

      Saya tgok semua pantai tu ada tandas awam. Tak pasti 24 jam atau tidak.

    • @wanhamidi9991
      @wanhamidi9991 Před rokem +1

      @@WAKJAYCHANNEL saya difahamkan x semua pantai toilet buka 24j..kalu nk camping kena cari toilet 24j..😀

    • @WAKJAYCHANNEL
      @WAKJAYCHANNEL  Před rokem

      @@wanhamidi9991 Saya rasa blue lagoon, tk kemang dan cahaya negeri ada kot