XPDC GUNUNG LEDANG VIA JEMENTAH TRAIL 7 & 8 MAC 2015

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 10. 03. 2015
  • TREKING GUNUNG LEDANG VIA JEMENTAH
    by Pengarah Program #GunungLedangViaJementahTrail
    7/3/2015 Sabtu
    9pg. Start Trekking ke Jeram Tinggi.
    9. 45pg tiba dijeram tinggi
    10.00 pg start trekking ke Puncak Jementah 1 trek mencanak kami dh mula menebas. Usaha2 tuk memperlahankan rentak trekking mula kelihatan dan menjatuhkan moral peserta.
    1.30 tgh Tiba di Puncak Jementah 1. Usaha berterusan menjatuhkan moral peserta. Walaupun keadaan lemah kerana kehabisan air tapi berkeras utk meneruskan perjalanan.
    4.00 ptg tiba dipuncak Jementah 2. Mencari water point tapi punca air telah kering kerana kemarau. Jurupandu mengarahkan kami berpatah balik. Tapi hasil perbincangan kami nekad meneruskan perjalanan.
    5.30 ptg kami nekad meneruskan perjalanan ke puncak mahligai. Walaupun terpaksa menebas pokok bertam dan rotan Trek juga bnyk melalui pokok2 tumbang.
    6.00 ptg tiba puncak mahligai. Kami sngt teruja melihat keindahan waktu senja disini. Puncak G Ledang sayup2 jelas kelihatan. Kami sngt bertuah dpt menikmati keindahan G Ledang yg penuh dgn misteri dimana pertembungan peraturan2 alam dan manusia. Kami cekalkan hati untuk terus berdiplomasi dgn jurupandu untuk meneruskan perjalanan dgn kehabisan air menjadi strong point tuk meneruskan perjalanan.
    6.30 ptg mula bergerak ke anjung mahligai. Trek semakin rare pokok bertam n rotan semakin tebal. Cuaca pula semakin sejuk dpt meredakan kehausan kami. 500 mtr terakhir disinilah terletaknya keunikan trek Ledang VIA Jementah. Anda akan merangkak melalui gua2 kecil yg muat tuk badan shj. Kebimbangan kami semakin menebal terpaksa memanjat menggunakan tali yg lama tidak digunakan. Jika sebarang kesilapan pasti gaung lah tempat kami.
    9.30 mlm kami tiba di anjung mahligai. Sinar bulan yg memancar subhallah indahnya gunung bila dilimpahi cahaya bulan.
    10.10 mlm tiba di kem senget (water point).syukur kehadrat ilahi kami dapat minum air sepuasnya. Mandi-manda n mkn mlm. Kami bermalam disini.
    8/3/15 (Ahad)
    6.pg berangkat semula ke puncak Ledang tuk melihat matahari terbit.
    8.00pg sarapan n berkemas tuk turun
    11.00 pg tiba Pejabat Taman Negara,
    Alhamdulilah trip 17 org suksess.
    Misi kami berjaya. Tq all sngt tabah menghadapi saat2 sukar ini.

Komentáře • 4

  • @bisnesalafbaru764
    @bisnesalafbaru764 Před 8 měsíci

    mantap.. kenangan MANIS.

  • @petikpicu
    @petikpicu Před 9 lety

    wow..!!! tahniah Mieza naik gunung Ledang melalui trek ini. Saya akan naik sekali lagi Gunung Ledang pada 15 & 16 Mei ini bawa group saya.

  • @trexvtr5322
    @trexvtr5322 Před 9 lety

    mantop.. boleh tahan gaks kualiti jvc tu..haha

  • @nurhamizahmeskam5968
    @nurhamizahmeskam5968  Před 9 lety +1

    lepasni try tak guna movie maker..keh keh