Penghormatan terakhir buat Allahyarhamah Sarjan Faridah oleh pihak UNIFIL di Lubnan

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 6. 09. 2024
  • KUALA LUMPUR, 24 MEI - Jenazah anggota Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) bagi misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan, Sarjan Faridah Abd Rahman yang meninggal dunia Sabtu lalu sudah diterbangkan pulang ke tanah air, petang semalam.
    Markas Angkatan Bersama (MK AB) memaklumkan, pesawat membawa Faridah, 39, berlepas dari Lapangan Terbang Rafik Hariri, Beirut pada 12.05 tengahari waktu Lubnan atau 5.05 petang waktu Malaysia ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi urusan pengebumian di kampung halaman Allahyarhamah di Pendang, Kedah.
    Terdahulu, majlis penghormatan ke atas Allahyarhamah Sarjan Faridah dilaksanakan mengikut tradisi ketenteraan oleh pihak UNIFIL bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Rafik Hariri, Beirut, Lubnan.
    Majlis itu dihadiri Komander UNIFIL, Leftenan Jeneral Aroldo Lazaro; Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Azri Mat Yaacob; Panglima 5 Briged (LAF), Brigedier Jeneral Ahmad Saadeh; Komander Sektor Barat, Brigedier Jeneral Enrico Fontana serta Komander MALBATT 850-11, Kolonel Burhan Sagoni.
    “Ketibaan jenazah Allahyarhamah turut disambut Kontinjen MALBATT 850-11 dan suasana hiba dirasakan apabila jenazah diturunkan daripada van jenazah dan diusung masuk,
    “Tetamu kenamaan yang hadir memberikan tabik hormat ketika keranda jenazah diusung dan diletakkan di tengah-tengah medan dibaluti bendera UNIFIL,” jelas MK AB dalam hantaran di media sosialnya.
    Menurut MK AB, upacara itu dimulakan dengan pengurniaan pingat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pingat Keberanian Tentera Lubnan (Gangsa) kepada Allahyarhamah.
    “Lazaro kemudiannya meletakkan pingat PBB sebagai pengiktirafan diatas pengorbanan Allahyarhamah sepanjang berkhidmat di bawah panji-panji PBB dan disusuli dengan Ahmad Saadeh, wakil LAF meletakkan pingat Lubnan sebagai tanda penghargaan dari Kerajaan Lubnan,
    “Upacara diteruskan dengan meletakkan kalungan bunga dimulakan oleh Komander UNIFIL dan disusuli Duta Besar Malaysia ke Lubnan, wakil LAF, Komander Sektor Barat dan Komander MALBATT.Suasana di medan bertukar hening dan pilu seketika semasa tiupan 𝘭𝘢𝘴𝘵 𝘱𝘰𝘴𝘵 sebagai penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Sarjan Faridah,” ujarnya lagi.
    Tambah MK AB, upacara kemudiannya diakhiri dengan bendera UNIFIL dilipat oleh anggota MALBATT dan doa dibacakan sebelum keranda Allahyarhamah, yang dilitupi Jalur Gemilang, diusung keluar dari medan dan dibawa ke tempat penyimpanan kargo untuk diterbangkan ke Malaysia.
    Terdahulu, Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memaklumkan, Allahyarhamah rebah dan tidak sedarkan diri ketika turun dari bas di Kem Marakah, kira-kira jam 7.25 pagi waktu Malaysia.
    Allahyarhamah yang bertugas sebagai Penyelia Kanan Hal Ehwal Islam MALBATT 850-11 di Kem Marakah, ketika itu baru kembali ke Lubnan selepas selesai bercuti di Malaysia. -airtimes.my
    Artikel berkaitan:
    www.airtimes.m...
    www.airtimes.m...
    www.airtimes.m...
    www.airtimes.m...
    Video: Ihsan Markas Angkatan Bersama (Mk AB) dan MALBATT 850-11
    #Malbatt #Lubnan #Malaysia #SarjanFaridah #ATM #unifil
    Ikuti kami di Saluran WhatsApp rasmi kami untuk dapatkan berita terkini. whatsapp.com/c...

Komentáře • 18

  • @PuterinoorainiMohammad
    @PuterinoorainiMohammad Před 3 měsíci +7

    SEMOGA ARWAH SARJAN FARIDAH BINTI ABD RAHMAN DITEMPATKAN DIKALANGAN PARA SYUHADAH DAN TENANG DIALAM SANA.BUAT KELUARGA ARWAH SALAM TAKZIAH DARI PUTERI🤲🤲❤🇲🇾❤

  • @hanafiah-iz2vm
    @hanafiah-iz2vm Před 3 měsíci +5

    Innalillahiwainnalillahirojiun, semoga Allah menempatkan bersama para syuhada

  • @MadSheh_
    @MadSheh_ Před 3 měsíci +3

    Innalillahiwainnailaihirojiun, Salam takziah buat ahli keluarga arwah 🫡

  • @nvg2315
    @nvg2315 Před 3 měsíci +2

    Alfatihah🤲🇲🇾🇵🇸🤲..GEMPUR WIRA GAGAH SETIA

  • @quietman0123
    @quietman0123 Před 3 měsíci +2

    اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا

  • @razalifauzi5240
    @razalifauzi5240 Před 3 měsíci

    Al Fatihah.Semoga rohnya dicucuri rahmat.

  • @zainudinumar7617
    @zainudinumar7617 Před 3 měsíci

    Allahumagfirlaha waarhamha waafihi waafuanha.Semoga Allah mencucuri rahmat pd Allahyarhamah Sarjan Faridah bt Abdul Rahman.MALBAT UNIFIL LUBNAN.Amin Ya Robbal Alamin.
    Alfatihah.Last Salute.
    X23 Ramd
    Hubul watan minal iman
    Malbat 1 United Nation Protection Force UNPROFOR
    BOSNIA HEZIGOVINA 93/94.

  • @Mahazrymalik
    @Mahazrymalik Před 3 měsíci

    Innalillah wainna ilaihi rojiun

  • @aimannuratikah8276
    @aimannuratikah8276 Před 3 měsíci +1

    Syahid srikandi insyaallah

  • @m.arifinismail9061
    @m.arifinismail9061 Před 3 měsíci

    Malbadt

  • @matrempit2885
    @matrempit2885 Před 3 měsíci +1

    malaysi hilang taring
    Tewas sebelum bertanding
    Selamat jalan bungaku...
    Sedih weeeh......
    😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭🤣🤣😭😭😭😭😭😭😭😭🤣🤣🤣😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭

    • @kaman668
      @kaman668 Před 3 měsíci +3

      Indonesi hilang taring sebelum perang dengan kkb

    • @muhdaffiq8415
      @muhdaffiq8415 Před 3 měsíci

      Kalau tak boleh jadi manusia...mohon jangan jadi babi kerana babi pun lagi bermaruah dari awak... jadi najis babi sesuai untuk awak

    • @zainudinumar7617
      @zainudinumar7617 Před 3 měsíci

      Hidup mati itu urusan Allah.

    • @cikmukmin7518
      @cikmukmin7518 Před 3 měsíci +3

      Org meninggal ko buat lawak lak. Bagaimana kalau kami buat benda yg sama bila ada tni meninggal d papua adakah kamu rasa itu lawak. Kamu jgn lupa kalau Allah nk perkara itu terjadi pada keluarga kamu. Aku doakan semoga Allah bagi pengajaran kepada org seprti kamu

    • @cikmukmin7518
      @cikmukmin7518 Před 3 měsíci +3

      5 emoji gelak dan lawak kamu. Apa tujuan kamu. Apa perasaan keluarga mereka. Kamu mahu rakyat kami melakukan perkara yg sama ke atas tni kamu kalau ada yg meninggal???