Doa Tahajud (Official Music Video)

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 20. 04. 2024
  • Doa Tahajud (Official Music Video)
    Lagu/Lirik : Bazli Unic
    اَللّٰهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ، لَكَ الْحَمْدُ، لَكَ الْحَمْدُ
    اَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَاْلاَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ
    وَلَكَ الْحَمْدُ، وَلَكَ الْحَمْدُ
    اَنْتَ مَالِكُ السَّمَوَاتِ وَاْلاَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ
    وَلَكَ الْحَمْدُ، وَلَكَ الْحَمْدُ
    اَنْتَ نُوْرُ السَّمَوَاتِ وَاْلاَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ
    وَلَكَ الْحَمْدُ، وَلَكَ الْحَمْدُ
    اَنْتَ الْحَقَّ، وَالْجَنَّةُ حَقَّ، وَالنَّارُ حَقَّ، وَالنَّبِيُّوْنَ حَقَّ
    وَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقَّ، وَالسَّاعَةُ حَقَّ
    اَللّٰهُمَّ لَكَ اَسْلَمْتُ وَبِكَ اَمَنْتُ
    وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَاِلَيْكَ اَنَبْتُ
    وَبِكَ خَاصَمْتُ وَاِلَيْكَ حَاكَمْتُ
    فَاغْفِرْلِيْ، فَاغْفِرْلِيْ، فَاغْفِرْلِيْ مَاقَدَّمْتُ
    وَمَا اَخَّرْتُ وَمَا اَسْرَرْتُ وَمَا اَعْلَنْتُ
    وَمَا اَنْتَ اَعْلَمُ بِهِ مِنِّيْ
    اَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَاَنْتَ الْمُؤَخِّرْ
    لاَ اِلَهَ اِلاَّ اَنْتَ
    وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِالله
    وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِالله
    Ya Allah, bagiMu segala puji, segala puji, segala puji
    Kau dirikan langit dan bumi serta isinya
    BagiMu segala puji, segala puji
    Kaulah raja langit dan bumi serta isinya
    BagiMu segala puji, segala puji
    Kau cahaya langit dan bumi serta isinya
    BagiMu segala puji, segala puji
    Engkau benar, surgaMu benar, nerakaMu benar, NabiMu benar
    Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam benar, kiamat benar
    Ya Allah, padaMu aku berserah, denganMu aku beriman
    PadaMu aku bertawakal, padaMu aku kembali
    KeranaMu aku bertelagah, dan denganMu aku berhukum
    Ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan yang kemudian
    Yang kusembunyi mahupun nyata
    Yang Engkau tahu lebih dariku
    Engkaulah awal, Engkaulah akhir
    Tiada Tuhan selain Engkau
    Tiada daya kecuali Engkau
    BILAKAH DOA INI DIBACA?
    doa ini dibaca Nabi ﷺ setelah takbiratul ihram dalam solat tahajud bukan setelah selesai solat tahajud. Ia adalah umpama doa iftiftah (pembukaan).
    Imam Abu Daud dalam Sunannya, hadis no:772, membawakan riwayat penjelas dari Qays bin Sa'ad dari Tawus dari Ibnu 'Abbas r.a dengan sanad yang sahih. Kata Ibnu 'Abbas r.a:
    أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ فِي التَّهَجُّدِ يَقُولُ بَعْدَمَا يَقُولُ : " اللَّهُ أَكْبَرُ ". ثُمَّ ذَكَرَ مَعْنَاهُ
    Bahawa Rasulullah ﷺ apabila dalam solat tahajjud mengucapkan ( yakni: doa ini) selepas mengatakan " Allahu Akbar" (yakni: Takbiratul Ihram)
    Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-'Asqalani rahimahullah menjelaskan:
    وظاهر السياق أنه كان يقوله أول ما يقوم إلى الصلاة، وترجم عليه ابن خزيمة؛ الدليل على أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقول هذا التحميد بعد أن يكبر
    ثم ساقه من طريق قيس بن سعد، عن طاوس، عن ابن عباس قال: ( كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قام للتهجد قال بعد ما يكبر: اللهم لك الحمد )
    Berdasarkan zahir siyaq hadis, baginda mengucapkannya ketika awal baginda bangkit mendirikan solat, Ibnu Khuzaimah meletakkan tarjamah (penjelasan bab) pada hadis ini dengan judul: dalil yang menunjukkan bahawa Nabi ﷺ mengucapkan tahmid (puji-pujian ini: yakni lafaz doa ini) selepas takbir. Kemudian beliau membawakan satu riwayat dari jalur Qays bin Sa'ad, dari Tawus, dari Ibn Abbas mengatakan: " Rasulullah ﷺ apabila bangkit menunaikan tahajjud baginda akan mengucapkan (membaca) selepas takbir (takbiratul ihram); " Allahumma lakal hamdu...(lafaz doa ini)"
    [ Rujuk Fathul Bari Syarh Sahih Al-Bukhari jil 3 hal 6, Dar Al-Salaam, Riyadh /Dar Al-Fayha' Damsyik]
    APA ITU TAHAJUD?
    Tahajud ialah sembahyang sunat apabila terjaga daripada tidur malam walaupun tidur hanya sebentar.
    WAKTU SOLAT TAHAJJUD
    Sembahyang ini dilakukan selepas daripada waktu Isyak sehingga terbit fajar (Subuh). Sebaik-baiknya dilakukan pada waktu satu pertiga malam (kira-kira jam 3.00 pagi) hingga ke fajar.
    BILANGAN RAKAAT
    Solat ini boleh dikerjakan sebanyak 2 / 4 / 6 / 8 atau 12 rakaat atau sebanyak yang mungkin mengikut kemampuan.
    Sembahyang ini dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat secara bersendirian. Lakukanlah seberapa banyak yang termampu.
    HUKUM
    Hukum solat tahajud adalah sunat muakkad, iaitu amalan sunat yang sangat digalakkan.
    KEUTAMAAN MENDIRIKAN SOLAT TAHAJJUD
    Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
    (Surah Al-Isra’, Ayat 79)
    FOR COLLABORATION & ENTERTAIMENT INQUIRY & REVIEW :
    api.whatsapp.com/send/?phone=...
    SUPPORT BAZLI CHANNEL @ ALL DIGITAL PLATFORM :
    linktr.ee/bazliunic
    LIKE , COMMENT , SHARE & SUBSCRIBE
    SPOTIFY : open.spotify.com/artist/3Krz1...
    CZcams : / bazlichannel
    FB PAGES : / bazlichannel
    INSTAGRAM : / bazliunicch. .
    TIKTOK : www.tiktok.com/@bazli_unic?la...
    JOOX : open.joox.com/s/rd?k=rJFC5
    KKBOX : kkbox.fm/VI21nG
    APPLE MUSIC : / artist .
  • Hudba

Komentáře • 6

  • @user-oc7rc9ig6k
    @user-oc7rc9ig6k Před měsícem +2

    Jom Kita solat tahajud , baca doa tahajud dan fahami maksud nya .Ikhlaskan hati .

  • @DESAL_KHAN
    @DESAL_KHAN Před měsícem +1

    semoga sehat dan dilancarkan rezekinya pak ustad Amiin

  • @suarimi590
    @suarimi590 Před měsícem +2

    Alhamdulillah dipermudahkan segala nya terbaik untuk semua terima kasih ❤❤❤❤❤❤❤❤

  • @erniehadi605
    @erniehadi605 Před měsícem

    Terima kasih ustaz...😊

  • @nuruldinie7334
    @nuruldinie7334 Před měsícem

    Anta qayyu atau anta qayyimu ? Dlm hadis qayyimu