Naik ETS ke Perlis mencari The Lonely Tree

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 6. 09. 2024
  • Kembara mengenali Perlis. Negeri paling kecil dari segi saiz tanahnya tetapi di dalam tanah itu besar nilai prasejarahnya. Batuan dan fosil purba diwaris terjaga seiring usaha pembangunan kerikil, tetulang besi dan konkrit yang dibawa.
    Resmi Padi, semakin berisi semakin menunduk. Kembara di Perlis pasti akan dibentangkan dengan hamparan sawah padi di kiri dan kanan perjalanan. Padi yang menunduk, berisi berat tetapi outputnya menjadi beras yang sangat bernilai dan mahal harga nya. Iktibar, semakin berilmu / tinggi pangkat semakin merendahkan diri (tidak sombong). Semakin berilmu, semakin besar sumbangan kepada masyarakat dan negara serta menjadi insan bernilai tinggi.
    Perjalanan ini juga menemukan kami dengan sebatang pokok yang kesebatangan sunyi dikelilingi air terendam sepi di dalam sebuah tasik. Ia laksana “lonely tree” di Tasik Wanaka, New Zealand. Tidak lah sama tetapi tarikannya terasa serupa.
    Kejuruteraan awam dan hidrologi telah menjadikan pertemuan dua sungai iaitu Sungai Timah dan Sungai Tasoh menjadi sebuah empangan besar. Tujuannya, untuk bekalan air domestik di samping memenuhi keperluan pengairan 2,466 hektar tanah sawah untuk penanaman padi dua kali setahun.
    Ketenangan permukaan dengan riak kecil bagaikan menutupi dasarnya yang sebelum ini adalah sebuah kampung yang telah ditenggelamkan bersama dengan masjid, rumah, sekolah dan tanah perkuburan kira-kira 36 tahun dahulu.
    Berlatar belakangkan Bukit Cabang dan Banjaran Nakawan, ia menjadi subjek 𝑙𝑎𝑛𝑑𝑠𝑐𝑎𝑝𝑒 𝑝ℎ𝑜𝑡𝑜𝑔𝑟𝑎𝑝ℎ𝑦 serta lokasi aktiviti hidro yang sangat giat. Hiruk pikuk yang terbit rupanya tidak seirama dengan kesebatangan “the lonely tree” yang baru lah betul dia sebatang kara.

Komentáře •