Video není dostupné.
Omlouváme se.

Mentaliti MISKIN [Kehidupan] Ubah mentaliti, ubah nasib hidup

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 14. 08. 2024

Komentáře • 457

  • @FinancialFaiz
    @FinancialFaiz  Před rokem +14

    🌐 Web ➜ financialfaiz.com
    🐼 Tiktok ➜ financialfaiz.com/TikTok
    ❄ Twitter ➜ financialfaiz.com/Twitter
    🥑 Spotify ➜ financialfaiz.com/Spotify
    🍋 Lemon8 ➜ financialfaiz.com/Lemon8
    🍎 CZcams ➜ financialfaiz.com/CZcams
    🧊 Telegram ➜ financialfaiz.com/Telegram
    📘 Facebook ➜ financialfaiz.com/Facebook
    🍇 Instagram ➜ financialfaiz.com/Instagram
    For business inquiries and job inquiries, please contact us at:
    📧 Email ➜ marketing@financialfaiz.com
    Duit Aku, Hidup Aku!
    👉 financialfaiz.com/DuitAkuHidupAku
    Beli buku Financial Faiz pertama di Shopee!
    ASB Financing
    👉 financialfaiz.com/asbf
    Melabur di dalam ASB menggunakan financing!
    Takaful hibah dan medical card
    👉 financialfaiz.com/takaful
    Dapatkan perlindungan diri dan keluarga!

  • @haziq5507
    @haziq5507 Před rokem +393

    Saya umur 21. Saya kerja retail sekarang ni, setiap bulan simpan RM600 dalam ASB. Dri tingkatan 3 nak PS4, sekarang dh keluar PS5 pun belom dapat keinginan. Memang Rasa nak beli tapi saya tahan je. Insyaallah saya Akan d kurniakan rezeki. Banyak benda yg saya inginkan saya hold sebab nak menyimpan untuk masa depan. Saya doakan korang semua d murahkan rezeki. Doakan saya jugak.

    • @FinancialFaiz
      @FinancialFaiz  Před rokem +40

      Thank your for sharing. Aamin ya Rabbal Alamiin

    • @supersaiya3456
      @supersaiya3456 Před rokem +53

      bagus, kalau boleh increase more, masa i bujang i simpan 1k permonth dlm ASB, syukor umur 29 sudah ade rumah beli subsale , pakai perodua sahaja , siang kerja site malam buat grabcar sejak 2017
      now target max kan quota ASB to 200k..

    • @loveall2044
      @loveall2044 Před rokem +20

      Kau memang bijak jarang anak muda mcam kau ni

    • @haziq5507
      @haziq5507 Před rokem +9

      @@supersaiya3456 insyaallah bang. Saya memang nak up saving. Sekarang pun saya Ada buat bisnes kecil kecilan, pendapatan memang X bnyak la. Tapi insyaallah.

    • @haziq5507
      @haziq5507 Před rokem +8

      @@loveall2044 terima kasih. Saya pun selalu nasihatkan kawan ii saya jugak.. ajak menyimpan. Biar sama ii senang nanti. Saya doakan akak/abang d murahkan rezeki jugak. Aamiin

  • @afiqutmkl4020
    @afiqutmkl4020 Před rokem +87

    Saya umur 22 tengah degree kat kl.. Alhamdulillah dah ada saving rm300k. saya buat totally bisnes dekat shopee sejak awal pkp.. saya dah penuhkan acc 1 asb dan dah masuk asb 2.. doakan saya dipermudahkan urusan.. saya bangkit sbb ex curang dengan saya.. ada hikmah Allah tunjuk

  • @dausdk
    @dausdk Před rokem +98

    ilmu yg saya dapat dalam video ini :-
    Mentaliti Miskin (Bermasalah) VS Orang Miskin (Normal)
    Ciri2 Mentaliti Miskin :
    -Tiada "delayed gratification"
    -Malas, tak boleh prioritikan kerja
    -Tak tanggungjawab, suka menyalahkan orang lain
    terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu2 dan minta izin nak guna ilmu ini pada video2 CZcams saya juga nanti 😙

  • @catmeow3374
    @catmeow3374 Před rokem +53

    Orang mentaliti miskin selalunya hidup dia untuk hari ni je.
    Mereka x fikir ke depan.
    Kalau suruh buat simpanan, mereka akan kata nanti kita x merasa simpanan kita kalau kita mati awal. Kita simpan penat² tapi orang lain yang dapat rasa.
    Itu kalau kau mati awal. Macam mana pulak kalau umur kau panjang lepas tu kau pencen?
    Hidup biarlah tinggalkan kesenangan kepada diri sendiri & orang lain bukannya menyusahkan orang lain.

    • @JHON8-e7l
      @JHON8-e7l Před rokem

      Mana kau tau? Kau ada super power ke?

    • @zaryl2k
      @zaryl2k Před rokem

      @@JHON8-e7l semoga hg hidup panjang dgn kwsp dah habis, kena masih keja grab umor 80 tahun, duduk menyewa bawah jambatan bersama ahli keluarga

    • @catmeow3374
      @catmeow3374 Před rokem +7

      @@JHON8-e7l Pemerhatian aku dan orang² sekeliling aku.

    • @JHON8-e7l
      @JHON8-e7l Před rokem

      @@catmeow3374 itu yg perhati org macam kau jgk tak guna

    • @flyinghorse7175
      @flyinghorse7175 Před rokem

      @@catmeow3374 jika kamu menhina orang miskin bermakna kamu tidak percaya pada iman.iman itu percaya pada malaikat tahu Tak apa yg disukai oleh malaikat jibrail as Ada Dua yg disukai oleh malaikat jibrail as pertama.orang yg membaca Al Quran kedua orang miskin..jadi peliharalah kata kata kamu agar tidak menyakati orang lain .hidup ini mesti Ada maklamat hidup Ada orang yg maklamat hidup nya suka berseronok mcm binatang berseronok...tapi Cara kamu cakap ni ye lah tentang orang Tak pandai dan orang cerdik...ianya berkaitan hidup untuk makan Dan makan untuk hidup jadi mereka yg Tak cerdik yg kamu maksudkan makan untuk Hari Ni je lah ..sebenarnya maklamat hidup manusia Ni adalah untuk mengenali sang pencipta..iaitu Allah swt..

  • @tg988
    @tg988 Před rokem +101

    Terbaik! Kebanyakkan orang Melayu mempunyai ciri-ciri diatas. Mungkin budaya, polisi dan sistem negara bermasalah dan sudah sampai masa negara berubah? Allahu a’lam. Jika 95% orang Melayu boleh mengikuti nasihat tuan Faiz, negara Malaysia boleh menjadi salah satu negara terkaya dan termakmur di dunia. Amin!

    • @alberthuat5748
      @alberthuat5748 Před rokem +9

      hasil dasar negara selama ini yang berdasarkan politik jaga periuk orang politik sendiri..harap PM Anwar boleh hapuskan mentaliti sebegini

    • @Shamshiro
      @Shamshiro Před rokem +24

      ​@@alberthuat5748 - Kerja ubah mentaliti ni datang dari diri sendiri. Kalau dapat pemimpin dari kalangan malaikat pun tak jadi apa2 kalau kita tak buat apa2.

    • @kesatria_gelap
      @kesatria_gelap Před rokem +1

      Insyallah

    • @azben7986
      @azben7986 Před rokem

      ​@@Shamshiro Ironinya tuan faiz baru je sebut tentang mentaliti.😂

    • @mohammadainolyaqin2106
      @mohammadainolyaqin2106 Před rokem +2

      Tuan kena bergaul dengan pelbagai kaum. Lebih mendalam dan lebih ramai kawan, lebih baik. 🤣

  • @athleticos99
    @athleticos99 Před rokem +17

    Ada 3 aspek penting i nak tambah.
    1. Takde perancangan. Macam simpan dan labur
    2. Buat dosa macam zina akan bawa kepada sakit dan kemiskinan. Jadi moral atau iman kena ada
    3. Kedekut...bila bersedekah dengan ikhlas baru rezeki mari

  • @annabrooklyn592
    @annabrooklyn592 Před rokem +56

    One tip that helped me with delayed gratification is "7-days rule". Bila teringin something, tunggu 7 hari dulu baru datang balik dekat barang tu, kalau still rasa kena beli, then beli. Sangat membantu. Sebab bila kita teringin tu, tak perlu pun sebenarnya. Bila dah tunggu 7 hari tiba-tiba mindset kita dah tukar "Oh, tak perlu pun barang tu." Tup tup banyak barang tak jadi beli 🤣

    • @rudymcwilson4955
      @rudymcwilson4955 Před rokem

      Aku pn amalkn prinsip tu jugak. Delaykn dulu then balik pikir. 2,3 hari mood nk membeli barangan tu jadi faded and lastly timbul ayat ni " hmmm, lain kali boleh beli...". Tapi selalunya takkn pikir lagi barangan tu.

    • @byness4140
      @byness4140 Před rokem +2

      same here sis...kdg the next day dh xda langsung keinginan nk beli 👍

    • @marshmallowqueen9932
      @marshmallowqueen9932 Před rokem +3

      Untuk saya, saya akan pergi makan. Sbb saya tau at that time saya tak berfikiran secara waras. Lepas makan, keinginan utk membeli tu terus hilang atau berkurang and boleh sort Adakah bende yg tiba2 nak beli tu keperluan atau kehendak. Dia mcm x de kena mengena 😂

    • @gamtax
      @gamtax Před rokem

      ​@@marshmallowqueen9932 Ini setuju sangat. Selalu makan burger bakar 20 ringgit dah boleh buang nafsu nak beli gajet. Alhamdulillah, selalunya berhasil.

    • @hafizzakaria8686
      @hafizzakaria8686 Před rokem +1

      klo online shopping letak kat cart jer dulu.. tunggu bila ada promosi atau discount..

  • @ougkh
    @ougkh Před rokem +21

    Ubah mentaliti ni bukan untuk Melayu Islam saja, tapi untuk semua kaum. Dulu aku B40, kerja 6 hari seminggu 12-13 jam sehari, selepas aku ubah cara fikiran, dalam masa 6-7 tahun, aku dah capai financial freedom, sekarang kerja 5 hari seminggu 8 jam sehari walaupun pendapat aku dalam kelas M40. Target aku sekarang ialah bersara sebelum umur 50.

  • @muhammadsyawal3604
    @muhammadsyawal3604 Před rokem +29

    Sy sangat bersyukur ada manusia mcm En Faiz ni. Sy dh anggap mcm bapak sy yg tengah bagi nasihat dkt sy. Bnyak benda yg di sampaikan sy jdkan guideline utk menempuh zaman inflasi mcm skrg ni. Semoga En Faiz diberikan kesihatan olah Allah untuk terus menyampaikan nasihat yg berguna untuk manusia yg sering lupa mcm saya.

    • @FinancialFaiz
      @FinancialFaiz  Před rokem +2

      Alhamdulillah. Bagus lah. Tengok sekeliling kita, tengok apa jadi kalau kita hidup tanpa plan. Kita akan marah-marah tapi tak guna kalau dah terlambat

    • @azmiha18
      @azmiha18 Před 10 měsíci

      alhamdulillah!

  • @mrs.marvel5269
    @mrs.marvel5269 Před rokem +20

    Zaman sekolah saya dlu ade kenal seorang kwn ni… mmg dri keluarga yg klau kita tgok kita simpati sgt sgt…. Pergi sekolah balik sekolah naik bas je walaupon rumah jauh2… dri form1 smpai form5 naik bas… snggup tunggu bas berjam jam…. Sbb rumah kt kwasan dalam…. Tpi dia belajar rajin…. Walaupon kekurangan dri segi wang.. tpi dia rajin sgt…. Dan bila result spm keluar… dia antara yang terbaik dlm sekolah

  • @ed_lan5731
    @ed_lan5731 Před rokem +20

    Menurut kajian pemenang loteri akan kembali kepada keadaan asal selepas beberapa tahun. Ingat lagi kawan berbangsa cina, sangat sabar. Masa muda, sewa bilik dengan hanya tilam dan bantal sahaja, dan naik bas pergi kerja sedangkan saya sibuk nak beli kereta dan bergaya, enjoy. Tetiba beliau beritahu dah beli apartment secara tunai.sedangkan saya umur 40 an baru mampu beli apartment secara herhutang. Betul, kesabaran tu adalah satu anugerah. Ini cerita 80an dulu.

  • @jasonlow8715
    @jasonlow8715 Před rokem +96

    Your financial advices are mostly spot on, direct and fearless. It might rub some people the wrong way but then again as you've said lazy/poor people will never admit their weakness or shortcomings. It's always someone else's fault. We must change the mindset of the young and reckless into long term planning instead of instant gratification. Keep it up bro.

  • @mizzuddin477
    @mizzuddin477 Před rokem +66

    Well said. Aku sokong. Jujur cakap, 90% rakyat msia kebanyakan melayu mmg mcm ni perangai malas dan suka menyalahkan orang lain, salahkan kerajaan dengan perangai malas dan bodoh dia sendiri.. kerajaan buat itu salah, buat ini salah, org lain salah. Salah diri sendiri dan bangang.. sorry to say, but thats the fact. Mentaliti typical ni la yang banyak komen kt social media lepas tu salahkan org lain.

    • @ahmadsyafiqrifqisukri3731
      @ahmadsyafiqrifqisukri3731 Před rokem +4

      Saya setuju%100Memang betul walau pun susah untuk saya menerima nya😅😅😅

    • @emysufahlee20
      @emysufahlee20 Před rokem

      Betul aku setuju , sebab itu orang melayu banyak perangai kampung kuno X reti nk majukan diri sendri

    • @mfar7179
      @mfar7179 Před 11 měsíci

      Setujiu .

    • @matpayne8866
      @matpayne8866 Před 6 měsíci +2

      Setuju..ko ngan mak bapak ko pon malas.puiih

    • @nadinefred752
      @nadinefred752 Před 3 měsíci

      @@matpayne8866😂

  • @nabilahmarzuki9668
    @nabilahmarzuki9668 Před měsícem +1

    Saya setuju 1000%. Ada orang yang dah tau ibubapa dia miskin tapi dia takmau ubah diri dia. Takmau belajaq pandai2 masa kt sekolah tu salah sendiri la. Kalau nak ubah nasib keluarga kena la belajaq pandai. Bila dpt result baguih so in shaa Allah boleh dapat kerja yang baguih. Orang kaya pun bkn semua lahir2 kaya. Kena struggle jugak utk jadi kaya. Ada la step2 dia.. So jgn menyalahkan ibubapa sndri. Berubahlah demi keluarga. Kesian kat ibubapa anda. Jangan jadi anak tak mengenang budi. Stop merungut mulakan langkah untuk jadi kaya.

  • @laurelgt86
    @laurelgt86 Před rokem +22

    Mau tambah 1 lagi Bro Faiz, " Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuannya" . Ertinya, sesusah mana pun kita, pasti ujian tersebut ada hikmah dan kita pasti mampu untuk mengatasinya.

  • @farmoshomestay9150
    @farmoshomestay9150 Před rokem +13

    Betul sangat financial faiz. Dari muda takde kete even, kerja bank. Bila dah habis master, bila professional, first saya buat saya saving. Bila dah dapat dapat status pencen, saya terus enforce untuk kekalkan simpan caruman kwsp pada investment and saving. Sekarang anak 3, orang umah tak kerja, alhamdulillah takde masalah kewangan.Memang benar nasihat ff.

  • @pop2147
    @pop2147 Před rokem +8

    Dengar cerita tuan Faiz teringat kisah saya dulu. Lepas SPM, pergi IV scholarship dekat 10 program jugak. Travel merata negeri nak pergi IV. Tapi xde satu pon dapat padahal result gempak. Sedih jugak penat, habis duit tapi x dapat apa-apa. Sampai rasa kene scam pon ade. Member yang kaya ramai plak dapat senang-senang je. Then saya givup untuk apply scholarship even result okay after asasi.
    Setahun kemudian saya fikir laa kenapa susah sangat nak secure scholarship. Saya tak salahkan sesiapa, just fikir secara positif dan berhikmah mana kene improve. Then saya berazam da xnak cari scholarship. Think like boss. Kalau kita bagus orang akan cari cita. Kat sini saya break mentaliti miskin. Mentaliti miskin ni bukan efek kat kewangan sahaja, tapi mcm mana kita bawak diri kita dalam kehidupan seharian. Jgn terlalu mengharap bende yang tak pasti, nanti kita yang menyesal. Saya da tak harapkan bantuan sesiapa, nak survive dengan diri sendiri je. Time tu saya start improve skills, join online course, workshop dan improve communication skills dengan join projek di universiti. Cari duit sendiri kerja part time then buat freelance. Boleh laa buat survive degree dan some savings. Yang saya perasan, member yang kaya ni gi iv sembang mmg konfiden 200%, walaupon bende tu kadang kurang tepat. Tapi saya berusaha jadi manusia yang konfiden dengan fakta, tak tau jgn cakap.
    Skang dalam proses cari kerja. Hasil daripada skills yang dipelajari, ade rasa konfiden nak demand gaji. Kalo gaji rendah tapi jobcope berat, mmg taknak apply. Orang tak tau value kita, kita yang kene value diri sendiri. Pengajaran, selalu fikir secara berhikmah bukan menyalahkan. Kalau kita bagus, orang pakai kabel pon boleh kalah.

  • @kitacubadulu2370
    @kitacubadulu2370 Před rokem +5

    Delayed gratification ni salah satu ciri wajib kena ada kalau nak buat keputusan yg matang. kena fikir baik buruk tiap keputusan. apa kesan jangka masa panjang

  • @awkh21
    @awkh21 Před rokem +10

    Betul. Saya paling benci org yg suka berkata "malas lah" dan org yg x bertanggungjawab dan selalu suka "menyalahkan org lain". Org yg slalu bercakap "malas lah" tu mmg org yg akan terus menjadi miskin seumur hidup. Org yg suka menyalahkan org lain & tdk mencerminkan diri pulak, mmg x akan berjaya seumur hidup. Itu fakta. Org begini ada mentality miskin. Sya bersyukur, kini sya dah berjaya. Dan sya melihat semula org2 yg mempunyai mentaliti miskin begini, mmg terbukti... org cam ni masih lg komplain benda2 remeh dlm hidup dorang. Hidup bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

    • @ad70.93
      @ad70.93 Před rokem

      Ok .bro nak share saya kawan ya.orang macam nie,sikit ajak cari kja malas lah, dari hari tuu jugak aku jauh kan diri aku, bukan tak nak kawan , tetapi mentaliti dia aku tak suka bro. Kita hidup nie kedepan bukan kebelakang.kita Kerja Dan terus Kerja yeass.😂😂.

    • @awkh21
      @awkh21 Před rokem +2

      @@ad70.93 Ya... fakta mmg x bleh nafi. Mentaliti (pemikiran) kita yg menentukan kita hidup senang atau susah. kalu kita slalu berfikiran negatif, mmg kita akan hidup susah walaupun dpt rezeki... sbb kita buta rezeki, asyik fokus pd yg negatif sja. Lagipun kalu kita tdk bertanggungjawab dan slalu menyalahkan org lain tanpa memikirkan kesalahan dlm diri kita, sampai bila kita nak mengerti sesuatu yg salah, dan buat perubahan yg positif? Org yg slalu salahkan org lain, mmg x kemana hidup dorang. Sya ada jg member bgini, tp jarang jumpe. Sbb dorang mentaliti miskin akan iri hati tengok org lain berjaya. Kalu mereka jealous (cemburu), itu takpe. Sbb kalo jealous...ertinya mrk x ada ape yg kita ada, lalu mrk nak ape yg kita ada. itu pikiran positif. Tp kalo seorg tu iri hati, dorang akan membuat kita gagal seperti dia. Jd... kita kena tau perbedaan antara cemburu dan iri hati. Cemburu = org nak ape yg kita ada. Iri hati = org nak kita hilang semua yg ada, dan jadi spt mrk.

  • @Neilii-fn7cw
    @Neilii-fn7cw Před rokem +4

    Bile da besar ni...bru sedar sy dulu miskin..tp sepanjang sy membesar,sy tak pernah rse miskin,,mungkin cra org tua sy ajar sy menghargai setiap apa yg ad...alhmdulillah da besar ni jd org da,education bring u into sumting,skurgnya tak menyusahkan mak ayah smpi ke tua

  • @tengkumohdshafiq
    @tengkumohdshafiq Před rokem +4

    TOLONG JANGAN DELETE VIDEO NI! Video ni sgt membantu saya utk keep on track dlm usaha saya utk capai matlamat hidup. Terkadang saya rasa down dan malas, saya ulang2 tgk video ni. 12minit 27saat yg akan saya ulang2 sampai saya berjaya menjadi lebih senang dari hidup saya skarang. Trima kasih Tuan Faiz, U are OSEM! ❤

  • @chansiew8314
    @chansiew8314 Před rokem +11

    Topik kali ini sangat bermanfaat untuk semua golongan, tidak kira berbangsa apa. Self motivate itu kenalah ada pada setiap individu selain mentaliti yang bijak akan menentukan gaya hidup seseorang itu.

  • @user-jo8tv4sr2j
    @user-jo8tv4sr2j Před 7 měsíci +2

    Saya dtg dr kluarga miskin. Lps habis bljr 1st degree thn 2000. Ekon neg meleset. X de keje. Saya mnganggur. Sa bljr buat sambal ikan bilis dgn mak. Jual di opis2 kjaan. Jual Tepi jalan. Kena herdik. Cemuh. Sambil2 isi iklan keje. 2003 dpt twrn keje y guna SPM. Gaji rm850/mth. Keje smbil bisnes kecil2. Skrg gaji rm9K/mth. Anak 5 org. Rumah 2 buah. Tanah 2 ekar. ASB130K. Kete 3 buah tp smua 2nd hand dan produa n proton shj. Alhamdulillah. Smoga Allah berkati. Yg ptg spt Tn Faiz ckp jgn salahkn org. Kita kena usaha utk ubah diri kita sendiri dan byk tolong org.

  • @autumninmyheart878
    @autumninmyheart878 Před rokem +12

    It's difficult for some to admit that they hv this "mentaliti miskin" because they're so set in their ways. Their "I'm the victim" attitude is quite annoying. You can always see right thru them and the ones who can't are just like them. If you really want something, you'll find a way. If you don't, you'll find an excuse.

    • @FinancialFaiz
      @FinancialFaiz  Před rokem +3

      Yes.. unfortunately we have to live amongst them

    • @autumninmyheart878
      @autumninmyheart878 Před rokem

      @AIMaxB It's your life, so figure it out yourself. The world doesn't owe you anything. Life is about choices and you're free to choose. In the age of information, ignorance is a choice.

  • @superwave9892
    @superwave9892 Před rokem +3

    Orang melayu mgkn akan terasa TAPI apa dia cakap tu benar. Maka apa yg baik patut kita terima.

  • @lenion2079
    @lenion2079 Před rokem +7

    thumb up. memang kita perlu kurangkan atau tinggalkan terus mentaliti miskin untuk meningkatkan taraf hidup kita. teguran yg baik👍

  • @lamandigital
    @lamandigital Před rokem +1

    Org yang terasa dengan video ni ada sifat2 tu..termasuk saya. Saya memang terasa..tapi saya ambil nasihat tu..belajar dan amalkan. Hilangkan sifat keras lutut.

  • @VangefulSpirit99
    @VangefulSpirit99 Před rokem +5

    Thanks faiz..dalam byk2 video..ini yang agak sentap..tgh cuba utk berubah kepada mentality yang baik dan seterusnya mental yang sihat..salam Ramadhan

  • @izharmustaqinmadisa9055
    @izharmustaqinmadisa9055 Před rokem +3

    Setakat ni sudah 9 tahun saya menahan nafsu untuk menukar kereta baru. Alhamdulilah kereta Viva yang saya guna sejak zaman Universiti masih elok. Sehingga kini masih konsisten menyimpan 50% pendapatan di ASB.

  • @sdlimauingatlha7287
    @sdlimauingatlha7287 Před rokem +8

    Rmai xnk tngok video ni😂😂mmbr aq 4 kli kluar epf,4 kli tukar mtor..lpastu dok cuti mmnjg smpi kna buang kja..pstu hri2 myumpah kat wsp kta bos ttup pintu rezeki dia😂😂ni lah spesis yg abg faiz ckp ni😂

    • @FinancialFaiz
      @FinancialFaiz  Před rokem +2

      haha yes. Slaah dia semua di tak nampak. "Itu hak aku" lah kan?

    • @sdlimauingatlha7287
      @sdlimauingatlha7287 Před rokem

      @@FinancialFaiz btul tu bang..tp xnafi mmg ssah brurusan dgn spesis ni..krja nk slhkn org je..

  • @Kidzonia27
    @Kidzonia27 Před rokem +1

    Pintu akan terbukak dengan automatik dengan syarat kena usaha dulu. Tawakal dengan Allah. Kalau gagal, ngadu balik dengan Allah. Alhamdulillah, walaupun projek yang saya usahakan gagal, 3,4 bulan kemudian, dapat berita dapat naik pangkat dalam kilang.

  • @ad70.93
    @ad70.93 Před rokem +1

    Mentaliti orang Kerja
    Orang macam nie dapat apa yang dia nak.
    Mentaliti malas orang nie tak dapat apa yang dia nak kerana mentaliti meskin.
    Dulu uncle saya pernah tegur,masa remaja Tahu melepak.
    Dan uncle kata Cuba kau orang cari Kerja beli motorbike.kapcailahkan.tenguk dunia luar jangan jadi samseng kpg macam katak dalam tempurung.
    Ya..betul geng saya berjaya dalam kehidupan,tak kaya tetapi syukur apa yang ada .tq Uncle Dan RIP.

  • @chavezchavo
    @chavezchavo Před rokem +22

    Faiz spitting out facts with wisdom again. Thank you for the advice. Sometimes kita memang kena sabar bila nak beli barang baru. Kena tanya diri pasal keperluan dan kemampuan diri. Everyone must be responsible with our own actions. Same goes how we manage our finances. Kalau kuat berbelanja dengan benda yang tak perlu pun, sendiri yang kena tanggung.

  • @prabamuniandy3904
    @prabamuniandy3904 Před rokem +2

    Semua orang boleh berjaya jika berusaha Dan tidak putus atas. Berusaha kearah lebih berjaya.ilmu ada dimana2.

  • @DK-fn7tz
    @DK-fn7tz Před rokem +4

    Betul ….kalau nak kaya or hidup senang …fikiran mesti ubah kepada pemikiran org kaya…yang org kaya kalau dia nak beli sesuatu mesti ada sebab , contoh macam dia nak beli kereta mewah /sport car ada sebab dia tu …mingkin lari dr incometax ..atau kereta itu untuk bawak customer vip dia ..bukan nak tunjuk tunjuk kat org ramai mcm dia kaya sangat..😂kes ini pun i drg dr tauke tauke besar ada 3 kilang besar ..pemikiran dia org lain sangat..dan i dah baca banyak buku buku org yg power power pun pemikiran mcm ni juga ..dr dulu makan gaji so far skrg ada workshop sendiri ada melabur sikit sikit seperti saham , fd ,& lain lain lagi ..

  • @zaraallysha
    @zaraallysha Před rokem +12

    I'm not lazy. I work smart. This year my goal is to work less bit earn higher income

  • @banghairi1931
    @banghairi1931 Před rokem +5

    Terbaik brooo,padat walaupun sekejap,smua point tepat...😅😂😂
    Santai dan penuhhhh manfaat..
    Cara mnusia berfikir juga satu nilai yg berhargaa..aset yg paling penting untuk istiqomah dan berubah..
    Cantek
    Gua subcribe lu pnya bahan!!!
    😂❤

  • @muhammadfaris4566
    @muhammadfaris4566 Před 4 dny

    Bukan orang yang memiliki terlalu sedikit, tetapi orang yang menginginkan lebih itulah miskin. Selama kita menginginkan bermacam-macam lagi dan belum mendapatkannya, sebesar apapun harta kita, kita hitungannya masih miskin.

  • @davartthe2902
    @davartthe2902 Před rokem +1

    delayed gratification ni bagus sbb kadang2 benda kite nak sangat tu bile dah dapat takde la appreciate sangat kalau dapat dengan cara hutang atau mudah. misalnya menabung utk beli barang2 utk keseronokkan cam ps la, iphone la, espresso machine la. benda yang kite tau takde productivity pun tapi utk fulfilled our satisfaction ni sometimes bile dah menabung kite rasa sayang kat duit lak, and bile fikir balik tgk duit kite tabung tu kat asb ke saham lain ke and dividen makin bertambah. last2 better simpan utk downpayment kereta or rumah or bayar hutang big ticket item rasa lagi berbaloi. so it serves many benefits to delay our gratification. puasa, solat, buat baik everyday pun some sort of delay gratification for our afterlife. sometime we need more of this informative videos to remind ourselves, bukan tak tau but most of the time lupa bile emosi melepasi akal fikiran. tq mr faiz.ramadhan al mubarak to u, ur staff and family.

  • @ratlittle
    @ratlittle Před rokem +1

    Dulu ramai org gi melancong oversea.aku ingin gak jln2.tapi terpaksa korbankan duit bonus bayor hutang.akhirnye....alhamdulillah.sekarang. rasa senang skit.

  • @sakooraco3659
    @sakooraco3659 Před rokem +1

    Cuma nk kongsi pengalaman. Aku dibesarkan dalam keluarga sederhana. Nak kata susah sgt, x jugak, nk kata senang sgt pun x jugak. Adik beradik aku semua 11 org. So kami semua mmg diajar berdikari. Dari kecil kami x dimanjakan sgt. Segala kemahuan mmg usaha sendiri. So, dari situ aku belajar utk prioritize segala keperluan & kemahuan. Aku masuk Uni baru pandai merasa makan McD. Aku kejar cita2 aku sebab aku rasa dengan ubah nasib aku, perbaiki financial status aku n famili baru lah kami boleh hidup senang sikit. Orang kata ada financial freedom. Alhamdulillah skrg dh ada kerja yang stabil. PTPTN dh abis bayar. Dah beli dua buah rumah. Dapat bantu parents and adik beradik yg lain. Sebulan aku disiplin kan diri saving 30-40% dari gaji aku disimpan dlm bank, ASB, TH, emas... Hidup secara sederhana. Pakai Proton Pesona jer. InsyaAllah bila dah capai saving goal, terasa jugak nk pakai kereta idaman.

  • @hanszimo9138
    @hanszimo9138 Před rokem +1

    Delayed gratification tu mmg saya amalkan (terpaksa amalkan) sbb saya mmg asal keluarga miskin. 10 tahun lalu saya btul² mau iphone, ps4, & laptop gaming tpi x mampu. So saya belajar ja bersungguh². Alhamdulillah dpt kerja yg bgus lepas degree dan mampu beli benda tu semua. Skrg ni delay beli kereta idaman 4×4. Pakai axia ja dlu 😊

  • @PL-lt3wz
    @PL-lt3wz Před měsícem

    Betul sekali. Sanggup beli barang mahal untuk tunjuk 'kebolehan' pada hal barang itu tak beri kebaikan yang berlebihan. "Poverty is like everything else. In the end, it becomes bearable. One continues to exist in a wretched sort of way that is just sufficient to sustain life." Victor Hugo, Les Miserables.

  • @haikalkhairuddin
    @haikalkhairuddin Před rokem +2

    Lepas saya tengok video encik faiz terus saya settlekan pinggan mangkuk yang melambak kat dapur tu hehe..
    BTW betul apa yang encik faiz cakap. No delayed gratification, unable to prioritize urgent matters and no sense of responsibility. Moga dijauhkan dari kita semua tiga penyakit mentaliti tu.

  • @user-fv5td7xb6e
    @user-fv5td7xb6e Před 6 měsíci +1

    Terima kasih tuan, br tau kesilapan saya Dr segi kewangan🙏🙏

  • @WhatsupWhatsup
    @WhatsupWhatsup Před rokem +1

    semangat juga aku tengok video abg fais kita ni...moga asbab video ni,kita dijauhkan dari sifat kemiskinan dan malas yg ada dlm diri kita ni....INSHAALLAH...AMIINN 🤲🏻

  • @drmiraf
    @drmiraf Před rokem +6

    One of your best video yet! Congratulations FF 👍🏻

  • @kesatria_gelap
    @kesatria_gelap Před rokem +3

    Nasihat yang bagus untuk orang melayu islam.

    • @tanfrida5445
      @tanfrida5445 Před rokem

      Bukan melayu sj. Semua. KWSP KWSP KWSP.

  • @aidanova8800
    @aidanova8800 Před rokem +2

    Kalau saya Pm saya lantik en faiz jadi menteri kewangan. Suatu hari Malaysia akan bebas dari hutang.

  • @RosliMohamedHanip
    @RosliMohamedHanip Před rokem

    Benar, mentali kita adalah aset kita. Gunakan ia kearah kebaikkan. Saya yg level pakcik2 ni pun masih teruskan berusaha selagi Allah izinkan. Apatah lagi orang muda. Jom kita kumpul aset dari duit belanja kita. Ada cara untuk kita lakukan ❤

  • @PulunganHadee
    @PulunganHadee Před rokem +4

    Delayed Gratification: Menunda Ganjaran.

  • @Ghafeq
    @Ghafeq Před rokem

    Bagi saya apa yang Faiz nasihat memang penting untuk elakkan hidup dalam mentaliti miskin. Always bersyukur dengan apa kita ada. Dulu saya teringin nak hidup mewah. Masih awal lagi nak berangan-agan. Yg penting rancang elok2 untuk masa depan. Harap saya dapat settle kan education loan sebelum umur saya 26 tahun. Amin!

  • @victorlee8606
    @victorlee8606 Před rokem +2

    WELL SAID. Orang yang tak de akal je yang everyday blame others. They themselves are perfect """as they think"""

  • @News.happenings.updates
    @News.happenings.updates Před rokem +2

    Ramadan Mubarak Financial Faiz dan semua.

  • @nabilazhar1244
    @nabilazhar1244 Před rokem +1

    Terbaik Tuan Faiz , tak pernah jemu sebarkan kebaikan kepada umat manusia

  • @amkstory335
    @amkstory335 Před rokem

    Nasihat en faiz ni bukan shja tentang kewangan semata2 ...tapi merangkumi semua aspek kehidupan👍👍terbaikk ..🎉🎉🎉

    • @FinancialFaiz
      @FinancialFaiz  Před rokem +1

      Kewangan dan kehidupan berkait rapat. Ramai orang susah hidup sebahagian besar ada lah sebab pilihan kehidupan mereka

  • @kyonjinhazard7688
    @kyonjinhazard7688 Před rokem

    salute , rezeki ni bukan kata tdk sampai kemana2 , tapi tanpa usaha dan pemikiran yg positif dan berani , sampai bila2 pun tetap miskin, jgn takut untuk hutang dan komitmen , tapi pada masa yg sama sila amalkan simpanan yg mempunyai keuntungan dividen so dia win2 situation

    • @ptaeiy
      @ptaeiy Před rokem

      Pasal hutang ni, cuma utk org yang dah kaya. Mereka tak gunakan duit mereka utk sesuatu venture. Mereka berhutang, walaupun duit melimpah, kerana banyak sebabnya.
      1) Buat corporation. Untung masuk poket, rugi bankrup corporation yg bangkrup. Tak jejas harta peribadi mereka. Macam Trump nerapa banyak kali declare bangkrup. Orang miskin hutang bergadai harta bende.
      2) Biaya hutang corporation boleh digunakan utk income tax expenses.
      3) Kebebasan kewangan. Duit peribadi mereka laburkan secara lebih selamat seperti dividen stock dsbg.

  • @Kapoqbaruih
    @Kapoqbaruih Před 10 měsíci

    Saya dah lalui tak mampu tapi ikut hati nak juga.. Bila dah buat rasa menyesal.. Start dari tu saya cari ilmu Kewangan.. Alhamdulillah

  • @rushdrift
    @rushdrift Před rokem +1

    Pernah jd ejen hartanah memang ramai org melayu ada mindset ni, ni lah salah satu sebab ramai org melayu loan tak lepas beli kereta nak kena mahal, beli baju pun nk branded padahal t-shirt je, pastu bila loan tak lepas merayu ckp dia dah try lebih 20rumah nak beli semua tak lepas, kalau da sampai 20kali try bank tak luliskan tanya la diri sendiri dekat mana kesilapan tu.

  • @athleticos99
    @athleticos99 Před rokem +1

    Betui...i dah simpan dekat 80k .masih pakai kereta second dah 15 tahun. Rumah dah langsai masa umur 43. Maknanya bebas bayar sewa ke loan sepanjang hayat. Sekarang gaji sikit macam B40. Bantuan kerajaan 350 memang tak cukup..tapi i pakai duit tu bantu geladangan n bagi anjing n kucing makan...i sedekah lagi sejak 2010. Walaupun i ada sakit mental...masih rasa diri kaya. Jadi kena banyak sedekah..dab delayed gratification n bersyukur selalu

  • @khairulnizam6876
    @khairulnizam6876 Před rokem +2

    Alhamdulillah, terbaik en. Faiz, semoga terus maju 👍

  • @jackofaltrades
    @jackofaltrades Před rokem +1

    Tengok video ni teringat kat adik aku. Kitorang dua2 lelaki no1 dan no2 dlm family. Membesar sama2 dlm family middle income. Adik aku ni pandai tapi tu la.... mentaliti miskin. Konon2 minat business. Lingkup satu universiti mak aku bagi 2nd chance masuk lagi u lain lingkup lagi. Total 3 kali lingkup universiti. Kerja dah elok2 buat sales quit pulak. Hutang sana sini. Kawin anak 4 cerai pulak. Sekarang ni aku dgn dia rupa sama tapi jauh beza dlm hidup. Aku grad overseas, kerja MNC dan otw nak retire umur 50thn. Yg aku nampak beza aku dgn adik aku ialah 3 mentaliti miskin tu la. Dia mcm tak rasa bersalah pun setiap kali dia screw up kan hidup dia. Yg dia pentingkan lepak mamak dgn member isap rokok. Tak tahu la mcm mana dia nak hadap kehidupan tua nanti.

    • @avaxis
      @avaxis Před rokem

      Sama jer bila tua. Lepak mamak ngan member isap rokok. Lepas tu salah mak salah uni salah gahmen dia x dapat retire. Sbb org dgn mentaliti ni X berubah.

  • @richlifetv525
    @richlifetv525 Před 3 měsíci

    I love this channel, sbb banyak reminder for myself.. Padu sir punya nasihat 👍

  • @tradermelaka
    @tradermelaka Před rokem +1

    Aku salesman coway, aku pon perasan bayak org2 yg biasa2 je beli prodak coway mahal2... Tapi yg brduit sikit dtg dgn kereta besar beli mesin yg murah je... Tu adalah perbezaan cara org biasa dan brduit fikir

  • @kennykhoo1689
    @kennykhoo1689 Před rokem +27

    Well said again! Many employee like i mentioned again is abusing their "freedom" at WFH and what worst is they are practicing it at WFO too and these ppl don't even cared that their action is affecting their colleague(s). Even after informing them, they still doesn't care.
    It comes down to accountability and ownership of what you been given to do.
    The usual "excuses" given is they been here for so long and their so called "fire" inside them has died off cause the company doesn't recognize your so called "contribution" which i believe its sorry to say this "bull shitx". if you are so "unhappy", why stay in the company? If intend to stay , then put your best to it be it whatever you do and by your doing its affecting your colleagues! Bluntly saying like you mentioned, these are the type which are "lazy" cause they can put priority in their "personal stuff" first then what they are supposed to do during working hours. Sad but its true.

    • @zaraallysha
      @zaraallysha Před rokem +1

      I feel you bro. Especially when we're the head of department

    • @mmmm4646
      @mmmm4646 Před rokem +2

      This is the major problem about being lazy in our society today. Manusia2 malas begini yang truely affected dan menjatuhkan satu situasi ke paras parah. For me, I will never being around them Pernah ada circle begini, and i yang tinggalkan tempat kerja itu. As employer, do something. This cancerous peoples should get get rid from our work place. Head department or any manager, do something. Kasihan pekerja lain yang ikhlas dan terkesan.

    • @Epiderm91
      @Epiderm91 Před rokem +6

      It is not obligatory for employees to put their best as it is NOT their business at the first place. You can't expect employees to work as hard as you while their pay is shit and yours is 10 times theirs. Its called work as what you're being paid to, or quiet quitting. If you want employees to work their best, then pay them your best lah 😂

    • @kennykhoo1689
      @kennykhoo1689 Před rokem +1

      @@Epiderm91 thanks for showing you aren't responsible nor taking ownership of your work!
      No one forced you to take the letter of offer but again blaming others for your shortfall.
      So to you it's alright to just do what is less and have affect on your colleague to clean up your job. Doing the best is what you are being paid for.
      If you want increments then produce or show what you are capable not just open your mouth and demand for it.
      If you aren't happy with the pay why continue, just quit cause there are many that would like your job.

    • @Epiderm91
      @Epiderm91 Před rokem +5

      @@kennykhoo1689 Employees do take ownership of their own work, but going the extra mile is not an obligation. Doing the best is totally vague and subjective job requirement that borders on exploitation. If employees refuse to work extra time because no OT, is he considered not doing his best? What do you mean by doing their best? Willing to go back late? Work on weekends? What is it? it is easy for employers to put an unfair and bloated expectation. And nowadays salary increment depends on visibility, and who you know. If you are doing good work but nobody recognise you, you won't get shit. If you don't kow tow and boot licking, you won't get shit. And employees not resigning doesn't mean they like to work there. Resigning simply is a loss to them after tens of years of working as company not obliged to pay VSS. If you want them to leave then compensate them lah.

  • @destinymini3510
    @destinymini3510 Před rokem

    Terima kasih atas nasihat yg diberi, En. Faiz. Boleh diambil sebagai istifar kepada diri sendiri. Saya hanya ingin berkongsi pengalaman sepanjang kehidupan saya sehingga kini dah berumur 30 tahun. Saya seorang individu yg menghadap masalah mcm ini, oleh kerana keadaan mental saya disahkan diagnosis ADHD. Diluaran rupa saya, sering dilabel mempunyai mentaliti miskin begini. Kepada kalian semua, apakah pandangan anda? Saya bukan inginkan validition, senang kata netizen kita memang pakar mengata2. Jika ada yg boleh memberi nasihat bermanfaat, silakan berkongsi untuk individu yg memerlukan sokongan positif. Salam.

  • @danielchong3918
    @danielchong3918 Před rokem +1

    terbaik bro.. good mentaliti.. kdg2 kita lari atau offtrack dari good mentality...

  • @julbeecosmas9127
    @julbeecosmas9127 Před rokem

    Tqvm Tuan dgn semua yg dihuraikan. Agree!! 100% term 'nanti' ini mmg still dipratiskan dari kecil sampai tua. Ada yg terasa, siapa mkn cili dia rasa pedas ❤✌🏻🙏🏻 Salute! 🫡

  • @najwanadirah3623
    @najwanadirah3623 Před 9 měsíci

    Sangat ngam nasihat tuan…yes kdgkala dtg dalam diri sendiri..moga terus konsisten perbaiki diri

  • @bkerdas
    @bkerdas Před 3 měsíci

    Sekadar sebuah catatan peribadi: Waktu cuti universiti tahun 70an dulu aku ikut seorang pakcik membantunya bekerja, antaranya menebang dan meracik pokok linau dihutan untuk dijual sebagai mengkawan atap rumbia, ambil upah menukar atap rmbia dan juga membuat rumah. Pakcik itu rajin bekerja mencari duit tapi kekal miskin kerana ada hobi berjudi @ main mahjong. Itu dah makam nya. Pun begitu ada nasihatnya yang aku pegang kukuh; katanya " kau anak orang miskin tak payahlah nak melaram kerana semua orang tahu siapa emak bapak kau." Satu lagi pendiriannya, hiduplah dengan cara kita sendiri jangan menyusahkan orang lain dan tak perlu perduli apa kata orang lain tentang penampilan kita (yang sederhana). Katanya lagi, "orang masuk restoren kita pun boleh masuk juga order roti telur sama teh atau Milo macam dia orang juga, tak harapkan orang belanja." Hahaha.... yang ini kelakar juga bunyinya tapi itulah hakikaktnya kehdupan yang bermaruah, tak harapkan belas kasihan orang lain.

  • @WantedWatanabe
    @WantedWatanabe Před rokem

    Thank for this video. This mean a lots. Bgs utk buka mata mereka2 yg tak sedar dan asyik salahkan org lain

  • @miyulsuhaimi1069
    @miyulsuhaimi1069 Před rokem +1

    MANTAP 100% .orang Melayu please take note

  • @nubliabi1666
    @nubliabi1666 Před rokem

    sy byk buat salah dlm kewangan..alhamdulillah,video2 tuan byk ketuk kepala sy..byk loan sy dah settle,dpt 10k kwsp,tak sntuh,g bank byr hutang..sekarang insyaallah 50% gaji utk masa depan.kerja 30tahun,insyaallah next 30tahun ada duit beli mknan..naik gaji, anggap xde kenaikkan gaji,boleh hidup dgn gaji 3k,kekalkan..

  • @hafiszulramli816
    @hafiszulramli816 Před rokem +2

    2nd.... Terimakasih FF.... Singapore we go!!!!

  • @nuradha31
    @nuradha31 Před 5 měsíci

    Yes.. Dlm x sedar, sy pun delay kan apa yg sy nak. Nak ip, kamera, beli accessories kereta, skincare, supplement, bercuti ke.. .. Tpi sabar.. Yg murah2, sy Cuba beli by month, yg mahal tu InsyaAllah ade rezeki nanti. Slow2. Utamakan apa yg penting dulu. Saving2.
    Tpi kalau bab makan tu.. MasyaAllah susah nk delay. Kalau sy nak, sy nak 😂.. Tpi bkn mahal2 lah.

  • @takenbythewindNdrivenbythesea

    Very good advice 👍🏻👍🏻👍🏻
    Must break the mentality miskin.
    Semuanya di tangan individu itu sendiri.
    Thanks for the great video ❤❤❤❤❤❤

  • @reenshah8286
    @reenshah8286 Před rokem

    sy follower tegar financial faiz. banyak ilmu bermanfaat di sampaikan, untuk sy mnjadi financial freedom.

  • @muhammadiqbalzubiralbakri4834

    ye sgt setuju.. salah satu yg mentaliti miskin org yg beriya sgt nak kuar epf tu.. agak2 klo epf xde, die blh ke simpan paksa mcm tu..

    • @azreenklose7976
      @azreenklose7976 Před rokem

      Takpe bro ...Kita tgk je perangai diorang ni ..... semuanya pandai2 belaka , PM YG TAK BAGI PENGELUARAN KWSP Tu dianggap BODOH ,ZALIM DAN TAK BERPERIKEMANUSIAAN kata mereka .....

  • @ahmadfahmi7512
    @ahmadfahmi7512 Před rokem +1

    tak tahulah kenapa ada orang marah tuan faiz nasihat pasal benda2 yang betul 🤣🤣🤣🤣 siapa makan cili dia yang rasa pedas lah.
    dia cakap pasal malas tu,aku pon kadang2 bermalasa-malasan,memang kena dekat batang hidung🤣🤣tapi takleh nak kata apalah sebab benda memang betul,kau tau kau malas ke tak,
    patutnya orang bagi nasihat kita terima dengan hati yang terbuka,bukan kecam dia nyatakan fakta,kalau kau tak boleh terima kenyataan,susah lah hidup,
    accountability sangat susah nak ada dalam diri org2 yang perasan betul ni.
    sebenarnya kau tau kau boleh ubah hidup kau,tapi sebab kau procastinate,menangguh-nangguh,malas,tak ada disiplin,maka lambatlah kau dapat apa yang kau layak sebenarnya..

  • @muhamad9591
    @muhamad9591 Před rokem

    Saya suka lihat org kaya. Allah beri saya kaya alhamdulilah

  • @AfiqRashdan
    @AfiqRashdan Před rokem

    Bang tolong teruskan buat vid, xde sapa boleh bagi nasihat mcm kau bang. Nasihat pasal kewangan, cara hidup, mentaliti, future plan.

  • @armanmohamednor3903
    @armanmohamednor3903 Před rokem

    Islam Bukan Anti Kekayaan.Cuma Dengan Kekayaan Usah Ada Unsur Syubahat.Carilah Rezeki Semaksimum Di Bumi .Ibarat Kita Semai Benih Untuk Dapatkan Hasil Di Kehidupan Disana.

  • @ShahmieFakhrull-nn7lm
    @ShahmieFakhrull-nn7lm Před 11 měsíci

    Pernah tersentak dengan ayat member ni "jangan jadi malas nnt bodoh" yes aku setuju jangan jadi malas gusy!!

  • @vvdkl5234
    @vvdkl5234 Před rokem +1

    Ramai yg seperti sir faiz ni cerita even saya sendiri pon dah biase dah berdepan dgn manusia sebegini 😂😂😂 last skali habis org dia tuding....lagi parah mula buat perancangan utk khianat

  • @ckokkhen
    @ckokkhen Před 8 měsíci

    Great content! Education that this nation needed! Thanks for working hard for this content. Infomasi mcm nie tak kan dapat di mana2 insitusi pendidikan… learn this guy

  • @skanthaadsigns
    @skanthaadsigns Před rokem +1

    FF is on a Roll👍👍👍 100% Agree FF

  • @norazanmkassim9152
    @norazanmkassim9152 Před rokem

    Assalammualaikum Tn Faiz. Terima kasih atas tazkirah yang disampaikan. InshaAllah banyak manafaatnya. Semoga Allah memudahkan urusan Tn Faiz dan kawan-kawan untuk mendidik masyarakat dalam ilmu kewangan ini.

  • @mohdadikasariman1098
    @mohdadikasariman1098 Před rokem

    Alhamdulilah walaupun saya x sekaya mcm golongan VIP...tapi saya ada mentaliti ke arah nak berjaya dalam hidup, dengan pendapatan selesa & bebas kewangan...mcm saya skrg setiap kali ada gaji/income bulanan dari kerja terus buat simpanan Emas dulu, beli emas baru dapat modal tu balik buat la belanja mcm biasa.. Duit dapat + Emas x hilang.. ni projek profit jangka panjang saya buat Alhamdulilah tenang..beli emas pun dapat balik Cash Back... 👍🏻😉

  • @matahari2681
    @matahari2681 Před rokem

    Biasalah mentality miskin ujud bila suka mengharap Dan tidak mahu bersyukur dgn apa yg dimiliki Dan tak mahu berusaha utk mengatasinya .
    Tuan Cuba cerita ttg interest yg diambil pihak bank knp tiada kawalan .

  • @amirulhidayat5737
    @amirulhidayat5737 Před rokem

    Yg jadi masalahnya, mindset mcm ni semua dianggap ikut trend. Siapa tak ikut dianggap ketinggalan dan tak ramai kawan

  • @kyrie9977
    @kyrie9977 Před rokem +1

    Sy tgk sampi habis 🙋‍♂️ 😁

  • @hussainkassim7794
    @hussainkassim7794 Před rokem

    Tuan FAIZ banyak ilmu tentang financial , alhamdulillah sharing ilmu berguna manfaat untuk semua,👍 THANKS

  • @ayizhariz4886
    @ayizhariz4886 Před rokem

    Terbaik tuan Faiz di atas perkongsian memang kena sangat to the point as rakyat Malaysia.

  • @mukminbasir96
    @mukminbasir96 Před rokem +1

    Awww terasa kitew. Thank you FF!

  • @AmsalTDLE
    @AmsalTDLE Před rokem

    Terima kasih nasihat Tuan ...
    Terus usaha tuan beri kesedaran kewangan kepada kita semua 💪🌱🙏

  • @johariabdmanan4205
    @johariabdmanan4205 Před rokem

    Terbaik lah mengajar kewangan sambil berdakwah 👍🏻

  • @ranjinirajainfilm
    @ranjinirajainfilm Před rokem

    Bila abang Faiz nak masuk politik 😅 kami sokong!

  • @leonlaikimleong
    @leonlaikimleong Před rokem

    This is so spot on and really relevant these days.

  • @dequadin18
    @dequadin18 Před rokem

    One of the best clip. If only more people can understand and tercucuk kata2 itu dlm hati mereka.

    • @FinancialFaiz
      @FinancialFaiz  Před rokem +1

      Yessss kena cakap direct. Berkias boleh tapi not my style