SPM vs Diploma vs Degree vs Kerja, mana patut KEJAR ?

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 27. 08. 2024
  • Ok ke lepas SPM terus kerja? Kenapa kena ambil Degree? Berbaloi ke ambil Degree kemudian baru buat bisnes?
    Click the link below to find out more:
    adamzubir.com/
    #DrAdamZubir​ #SPM #Diploma #Degree #Kerja #FinancialPlanner

Komentáře • 301

  • @zxyn8881
    @zxyn8881 Před 2 lety +403

    Saya selalu dengar dan ikut pendapat mak ayah sekeluarga tentang hal ni. Mak ayah selalu cakap, "Selagi kami ni ada, dan masih lagi mampu untuk tampung korang, belajar lah tinggi2. Sampai Master / PhD pon takpe." Pengorbanan seorang mak dan ayah dalam usaha untuk menjayakan anak-anak nya sungguh tak ternilai. And right now, I'm on my way to get Master. :D

  • @zan6598
    @zan6598 Před 2 lety +82

    masih ada perbezaan antara ada degree dengan SPM. Degree ini untuk mereka yg nak bekerja makan gaji. mereka dilatih untuk jadi profesional, kemampuan berfikir membuat keputusan. individu Diploma dan Degree juga ada beza. pemilik SPM tak mampu bekerja dibidang profesional seperti disyarikat besar tanpa kemahiran dan pengurusan profesional. Dengan SPM tak boleh kata mereka dah gagal. mereka boleh fokus kepada develop perniagaan atau bekerja sendiri sebagai pemilik syarikat enterprise sebagai permulaan dan berjaya sebagai usahawan. Jadi semua golongan ni adalah seimbang. apa pun ilmu itu penting untuk survival.

  • @muhammadzulkiflee4055
    @muhammadzulkiflee4055 Před 2 lety +83

    Kalau aku pulak...
    Mula2 settle down dgn spm dulu...itu basic sistem pembelajaran negara kita...tapi kat spm ni adalah pengukur asas utk bidang kerja yg kita suka...skor subject yg perlu utk skop kerja yg kita nak...ini asas...
    Kemudian...tengok kerja apa yg kita suka yg relevan dgn zaman skarang...n then dapatkan tahap keperluan pelajaran utk dapat kerja tu...lagi tinggi tahap akedemik kita dalam sesuatu bidang tu lg bagos...
    Jangan buang masa n duit dengan belajar benda yg xperlu semata2 nakkan sijil saja..itu adalah hutang yg wajib kita kena bayar...jangan membazir...

  • @haiqalyusuf5771
    @haiqalyusuf5771 Před 2 lety +54

    aq sokong Dr Adam pnye statement. Pndpt aq, rezki Allah luas, tk kesah SPM/DEGREE/MASTER/PHD as long as ade usaha, doa, tawakal untk dptkn satu pekerjaan... TAPI klau kita jenis yg perlukn jwpn either sambung pengajian or kerja trus, for me, sambung pengajian... sbb ape, let say klau bisnes tk brp ok, at least ade qualification degree yg bleh cover up that flaw. So ade degree lbih baik sdikit brbnding tiada SEBAB degree sedikit sbnyk laku kt ssuatu tmpt pekerjaan

  • @khairilanwar5307
    @khairilanwar5307 Před 2 lety +14

    Hukum adat. Nak dapat buah durian, tanam biji durian. Tanam biji durian, tumbuh pokok cili, tak mungkin. Manusia berikhtiar, Allah menentukan. Jom masuk tahfiz, pondok, madrasah, insya' Allah cerah masa depan. 😁

    • @farishazwan1249
      @farishazwan1249 Před 2 lety

      Sy spm bulan 3 tahun depan, pastu nk masuk pondok... Tapi, bimbang mak bapak xbagi sebab nak saya kejar "DUIT"! 😔

    • @khairilanwar5307
      @khairilanwar5307 Před 2 lety

      @@farishazwan1249 Sabar... Ini semua coobaan.

  • @CIKGUAd
    @CIKGUAd Před 2 lety +20

    Tepuk dada tnya iman...inshaaAllah belajar tinggi mana pn xsalah...niat ikhlas Allah bntu...yg penting ilmu dunia akhirat jgn tinggal..

  • @dinyue
    @dinyue Před 2 lety +19

    Kelebihan bisnes, income takde limit. Tapi ada risk. Makan gaji no risk but Ada pressure

  • @bebbilakotodnjik2362
    @bebbilakotodnjik2362 Před 2 lety +20

    Impian saya ingin menjadi seorang CZcamsr terkenal di Malaysia selepas SPM......Amin😁 CZcamsr Gaming

  • @remprose7984
    @remprose7984 Před 2 lety +26

    Bukan semua lepasan ijazah bernasib baik skg nie..ak struggle cari kerja tahun 2016 CGPA 3.2 8x interview..setahun jd part-time food delivery..at last downgrade pkai diploma..gaji start fresh 1.4k..stay kj smpi 2021..gaji skg 2.6k..sambung belajar umpama perjudian dlm hidop skg..lebih baik Kejar SPM bg results ok apply kerajaan..tgok mmbe ak yg ad SPM lg berjaya dari ak..tp ak tetap bersyukur ad kerja zaman covid nie..

    • @aus2641
      @aus2641 Před 2 lety

      Apply kerajaan tak macam dulu dah. Susah betul nak dapat. Kena jawab exam. Bila dah lepas exam sangkut ujian Fizikal pulak mata rabun. Frust betul.

  • @AinalZahar
    @AinalZahar Před 2 lety +45

    Betul tu, saya lagi la takde spm dan pernah kerja dengan gaji rm1300 sama dengan orang yang ada spm. Tapi tahun 2016 lepastu duduk rumah dan buat keje sendiri. Alhamdulillah 🥰

    • @Fikri.rosli1203
      @Fikri.rosli1203 Před 2 lety

      Mana lgi better? Keje bwh org dgn gaji 1.3 or buat keje sndiri??

    • @shanas576
      @shanas576 Před 2 lety

      @@Fikri.rosli1203 dpend pada org tu jugk.. Klau kerja sndiri masa suka hati.. Klau kerja ngn company/majikan ade sop

    • @no.name1731
      @no.name1731 Před 2 lety

      @@Fikri.rosli1203 buat kerja sendiri ada banyak benda yg perlu diuruskan jadi IA Tak mudah

  • @Bewa847
    @Bewa847 Před 2 lety +22

    Student yang tengok ni, kena ingat balik objektif anda sambung sekolah ataupun tidak. Tapi setiap perjalanan seseorang berbeza, yang penting tidak putus asa. Yang penting berjaya

    • @olahpappy3138
      @olahpappy3138 Před 2 lety +4

      Yes don't give up and learn form mistake

  • @haidaredarr6327
    @haidaredarr6327 Před 2 lety +175

    Bagi saya kalau nak playsafe baik study sampai diploma ja🤣 bukan apa, rata2 company swasta nak pekerja tapi tak nak bayar mahal, so dari dia ambil budak degree yg study engineer baik ambil diploma yg study technologist contohnya. Memang gaji tak semahal degree tapi kau sudah save 3-4 tahun masa study untuk kau bina karie kau sebagai seorang pekerja, cepat dapat pengalaman boleh demand gaji. Kalau nak apply kerja gomen pun diploma still boleh apply untuk kekosongan bagi spm dimana kita pun tau spm level paling banyak kosong berbanding atas2 tu. So diploma boleh apply spm and diploma punya kekosongan dekat spa9. Kalau degree? Nak apply degree punya job budak master dah cekup, nak apply diploma pula overqualified, nak apply spm confirm2 tak boleh hmmm. Kalau kau study diploma tak laku sekurang kurangnya job level spm kau boleh pungut laa, kalau degree ada yang sampai kerja level spm pun tak dapat alasan majikan mesti overqualified. Pastu rasa2 ilmu diploma macam tak cukup kan nanti boleh je study sambil kerja kat OUM tu harga pun lebih kurang je macam degree2 kat ipta. Bagi sy diploma ni lebih fleksibel la berbanding degree. Degree rate gaji memang 2.5k tapi boleh hitung la berapa ja graduan dapat gaji macam tu, kalau ada kosonh pun mesti nak pengalaman🤣 cibai tul kompeni2 kayangan ni. Tu pendapat aku la yang aku nampak. Bukan cakap degree tak bagus, tapi nak sangat banding kan haaaa tu kalau aku yg banding. Apa2 pun bergantung rezeki dan usahan serta doa. Kau baca ni tiba2 stop study degree nak cari kerja pakai sijil diploma skali tak dapat kerja mengangur 3 tahun sama je cerita dia mat🤣 t

    • @mawarfareeda8931
      @mawarfareeda8931 Před 2 lety +21

      betul tu. kalau area pantai timur lagi laa kalau keje swasta.. gaji diploma & degree lebih kurang je. sy pun ada plan nk sambung degree. tapi bila fikir panjang2 dan mmg stay terengganu shj mmg x padan kalau still sambung degree tapi rate gaji sama dgn diploma. At least ada diploma pun dh ckup untuk qualification bekerja

    • @haidaredarr6327
      @haidaredarr6327 Před 2 lety +25

      @@mawarfareeda8931 kan anda pun nampak sendiri🤣 rasa2 nak sambung degree bila2 je boleh buat sebenarnya. Zaman sekarang dengan kualiti pendidikan kita tahu sendiri la macam mana kan, baik yang ada diploma kerja ja terus dulu. Jangan paksa sangat ikut kawan yg nak go sampai master, diorang tu bijak + mak ayah kaya. Yang kita ni dah sedang2 duit pun nak takda ja baik kerja dulu🤣. Hutang belajar naya juga nak bayar. Kalau mak ayah kaya takpa teruskan🤣.

    • @naimwawa1878
      @naimwawa1878 Před 2 lety +13

      @@haidaredarr6327 to be honest aku setuju dgn ko.. Tp tmbh skit.. Budak2 baru keje kene terapkan ilmu perancangan kewangan..menyimpan.. Bila ko dh keje, ada duit sendiri, mula la gatal.. Bt personal loan la kawan pinjam xbayar la.. Pastu merana 10-15 tahun nk membayor personal loan.. Tu y bt later nk sambung degree pun sangkut..

    • @haidaredarr6327
      @haidaredarr6327 Před 2 lety +8

      @@naimwawa1878 Betul. Benda ni bukan kena tekankan masa dapat 1st job ja tapi sebelum graduate dah kena sedar. Tapi sy setuju benda ni selalu jadi pada fresh grad.

    • @eddyvv
      @eddyvv Před 2 lety +20

      aku first time dgr org cakap "kelebihan" diploma ni, biasanya ayat pendek je, btw aku stuju statement kau, bijak and boleh guna pakai.

  • @santrinni
    @santrinni Před 2 lety +10

    Apa2 pon tanya lah apa impian diri sendiri. Parents pulak jangan la selfish , tanya anak2 apa impian anak, bukannya harapkan anak tu jadi apa yang kita impikan. Supportlah apa2 pn impian anak2 jgn selfish.

  • @muhammadthariqabdulrazak9054

    yes sy sngt2 stuju dngn kata Dr Adam..yg pnting apa matlamat hdup kita.. Dngn adanya matlamat secara tidak langsung kita akan rangka strategi or perancangan untuk capai matlamat tersebut. dan itu lah yg sy buat. cuma jgn trpengaruh dengan apa yg orang sekeliling anda dah capai sbb stiap org rezeki dtg lain2 waktu..saya master holder dan merupakan pensyarah di institusi awam

  • @norfad4045
    @norfad4045 Před 2 lety +32

    Bermula dari pra sekolah ke tadika ke sekolah rendah ke sekolah menengah ke diploma ke degree ke Master PHD. Selalu org kata sambung study takda kerja....jika kita lihat perspektif begitu kita takyah sambung study dari tadika ke sekolah rendah...sambung study utk belajar proses yang betul...lagi jauh anda sambung lagi jauh anda berjalan dan lagi luas pandangan anda...Certificate hanya asas kehidupan sahaja untuk u grow dunia yg nyata

    • @vert2278
      @vert2278 Před 2 lety +2

      pengajian tinggi adalah untk train otak kita bgi lebih cekap..and minda makin terbuka

  • @azizwahid8443
    @azizwahid8443 Před 2 lety +14

    Alhamdulillah🤲..walaupun saya takat spm saja, tetap berjaya bergelar millionaire in my 40s

  • @guccimanx7214
    @guccimanx7214 Před rokem +11

    For those yang nak bekerja after SPM, kerja je, but set your mind into a short term goals, meaning kerja but jgn stuck in the matrix where you doing same thing everyday and plan nk bekerja je sepanjang masa just for the money, try to get out of your comfort zone, ada rezeki belajar, ada rezeki try kerja lain, paling2 pun 6 bulan kau kerja, kalau takda result or improvement toward your skill and ability, find a new job, try to do something and do job that actually benefits you other than getting that bag of cash.

  • @unknownunknown_person3444
    @unknownunknown_person3444 Před 2 lety +11

    for me.ilmu pling pnting.tk kisah spm,diploma atau dgree.klau ilmu tak pakai,sama mcm jual sjil je..ilmu is the key to succes..bukan ilmu dlm bidang akedemik je,ilmu kewangan,pelaburan,komunikasi,networking,sosial dan bnyk lgi lah....tpi depend on person jgak dia nak apa dlm hdup dia

    • @maxszxr1934
      @maxszxr1934 Před 2 lety +3

      pengalaman pon adalah satu ilmu yg susah nak dapat

  • @a-channel2186
    @a-channel2186 Před 2 lety +9

    Pelajaran / ilmu memang penting , tapi tidak menjanjikan sesuatu pekerjaan itu , itu lah nasihat dari atuk nenek , semoga berjaya dunia dan akhirat amin

  • @dennylim5680
    @dennylim5680 Před 2 lety +11

    Perjalanan akdemik saya lepas SPM sambung diploma, selepas tu bekerja. Semasa bekerja saya sambung belajar untuk dapatkan ijazah secara part time. Akan datang sekiranya dimurahkan rezeki, saya akan sambung master. Pengetahuan adalah satu perjalanan yang tidak akan tamat. Sama seperti mula-mula mengenali Channel Dr ini tentang pelaburan dan pengurusan kewangan. Semoga satu hari nanti saya juga akan financial free. Thanks.

  • @lovepeace6755
    @lovepeace6755 Před 2 lety +9

    Ramai sekarang ada degree tapi full time jadi driver grab, rider food panda, jual burger, jual nasi lemak, keje restoran.... Tapi, at same time loan belajar pon tak settle lagi!....
    😀😃😄

    • @jeelfoarthur
      @jeelfoarthur Před 4 měsíci

      Tak sama attitude rider degree ngan rider spm 😊 bukan nk cakap rider degree lagi bagus.. tapi tu la realiti,, sbb diorg pnya perkembangan diri dan mental dah dilatih semasa pengajian

  • @lida6795
    @lida6795 Před 2 lety +7

    Rezeki Allah swt yg tentukn bukan manusia. Kita hanya mampu merancang dan berusaha. Serahkn urusan dunia Kita kepadaNYA. Hidup kalau suka compare dgn kehidupan org lain boleh jadi xelok untuk kesihatan mental. Biarlh kehidupan masing2 sudah ditulis sejak usia Kita 4 bulan dlm kandungan lagi. Jadi Jangan menyesal dgn hidup ini dgn apa yg anda dh lalui.

  • @muhamadakmalhaziqhishamudd542

    Ramai je yg saya nampak hbs masa mereka dgn belajar dan menjadi bisnes owner yg berjaya dan sebaliknya...ada juga yg saya tgk belajar tak tinggi buka bisnes tapi tak berjaya dan end up bekerja makan gaji dan sebaliknya...bagi saya...tak kisah la dia belajar tinggi ke rendah ke...bila masa dia buat investment/buka bisnes, awal ke lambat ke...it is all depends on rezeki masing²...kalau Allah dan tentukan rezeki mereka berjaya dalam bisnes...dia akan berjaya...kalau Allah cakap bukan rezeki dia utk berjaya dalam bisnes...tak berjaya la...rezeki masing²..."it is never to late to start"...so jgn la risau...usaha, doa, tawakal...In Shaa Allah ada rezeki tu 😁👍🏻

  • @faizulayub7607
    @faizulayub7607 Před 2 lety +6

    Abang ni beri pendapat dari semua sudut orang. Tepat sgt.

  • @ahmadsolihin2493
    @ahmadsolihin2493 Před 2 lety +5

    Saya saja mahu berkongsi pengalaman dgn semua org...sy pernah direject kerja disebabkan tiada degree dan sy pernah direject disebabkan ada spm...dlm mana situasi pon percaya pada rezeki dan kite akan dpt rezeki tidak lambat dan tidak cepat walau sesaat...rezeki tu dtg tepat pada masanyeee...tugas kite adalah usaha je selebihnya serahkan bulat bulat pada MAHA PENCIPTA (ALLAH S.W.T.)...Jodoh,Maut,Rezeki rahsia Allah...salam sayang kepada semua sahabat youtube.😁

    • @ryanhazel135
      @ryanhazel135 Před 2 lety +1

      Terima Kasih bro, saya antara orang yg berada dalam keadaan confuse . Sama ada sambung belajar atau kerja . Tapi lepas saya baca komen awak , saya rasa lebih tenang . Betul rezeki semua ditangan tuhan . Rezeki tak akan salah alamat, takkan lambat takkan cepat . Tq bro

  • @aliffsyahmi4849
    @aliffsyahmi4849 Před 2 lety +5

    set2 aliff syukri lah ni senang cite,businessman berjaya

  • @aleyaashahira7056
    @aleyaashahira7056 Před 2 lety +11

    selain itu, boleh tengok dri segi pemilihan course pulak, dah tentu2 kat malaysia ni kerja2 engineering kau dah tau realiti, lpstu kerja2 dkt lab ni agak susah sbb sains dkt malaysia ni takde la berkembang mana berbanding dgn negara2 lain. aku pun dlu minat gila bio & plan nak mikrobiologi tp bila aku fikir balik risiko2 aku bertukar kepada akaun and management yg mana boleh adapt dgn mana2 company. setiap company perlukan khidmat dorg. lgi satu bila aku dh tukar bidang aku ke akaun aku dpt kecilkan aku punya skop masa belajar& smbung degree sbb apa sains ni terlalu luas and peluang pulak hmm . aku sarankan yg takde job experience tu at least ambik port buat small bisnes or dropship je, at least ada jugak benda2 yg nak diletak dlm resume nanti sbb apa bila dh bsar ni bru sedar jawatan2 dkt kelab apa semua tu takde lah penting mana pun nasib aku tk ambik port sbb dlu mmg aku fokus blajar je sejenis yg tk suka jawatan wlaupun kawan paksa smpai markah merit pun tk memberangsangkan. and sambil2 belajar tu jangan duk saja, develop skill diri sendiri, contoh dari segi photography or videography. satu kredit jugak kalau kau pro. jgn duk harap bakat saja kita kena explore. yg power communication skill pun develop skill korg masing2 berdasarkan minat. ada masa2 lapang belajar la mandarin sikit dkt youtube ke. xsalah pun. so at the end of the day kau akan faham bahawa degree hanyalah satu syarat qualification SEMATA MATAtetapi kebolehan korg & experience yg di tengok.

  • @miftitah
    @miftitah Před 2 lety +29

    Yang patut dikejar ialah ilmu dan bukannya sijil sebab sijil boleh dibeli. Haha.

    • @muhammadzulkiflee4055
      @muhammadzulkiflee4055 Před 2 lety +7

      @Galena Autunite kemahiran juga adalah 1 bentuk ilmu...cuma ia ditunjukkan melalui perbuatan...

    • @MsrFaqihah
      @MsrFaqihah Před 2 lety +5

      @Galena Autunite kemahiran tu ilmu jugak... Ilmu bukan sekadar buku semata. Buku wujud sbb nk catat ilmu.

  • @azmiezyrashid577
    @azmiezyrashid577 Před 2 lety +14

    Degree. Fresh graduate terus kerja dekat Singapore, basic 2800$ (paling rendah) belum campur OT & elaun. Just jangan pilih bidang kerja. Cuma berkongsi pengalaman sendiri ~

  • @vnigel53
    @vnigel53 Před 2 lety +10

    My 2 cent amik spm lulus cemerlang apply keja polis, askar, nurse govt etc tak yah susahkan ibu bapa. Memang konservatif tapi itulah realitinya.

  • @muhdhisyamamiruddin683
    @muhdhisyamamiruddin683 Před 2 lety +6

    Harus juga cekal dan kuat. Menaikkan perniagaan mungkin senang, tetapi untuk kekal relevant dalam industri sangat la susah. Apa pun, diri sendiri mesti kuat tak kira makan gaji atau pemilik perniagaan

  • @macblackflag396
    @macblackflag396 Před 2 lety +3

    Pakai duit mak ayah yg simpan kat kwsp tu buat business kecil2 dulu. Nanty tengok duit datangbmacam mana ingat Allah SWT mintak kat Allah SWT sentiasa tolong orang banyak bersedekah kayalah kau dunia akhirat amin

  • @mszahila4736
    @mszahila4736 Před 2 lety +14

    I agree with ur opinion.I try to relate his content with my life, dulu i further in BEd (Hons) sebab nak jadi cikgu, sebab kat m'sia, ini adalah 1st requirement kalau nak jadi guru in gov school or at least u kena ada diploma perguruan la kan. Btw, now i mula suka bisnes so adalah few knowledges i study and make my own research, i mean i google je, i study tak sampai sejam benda tu then i berjaya la create, sell and make money, tak la lumayan but personally i think it is really impressive la kan, so informally with the information just at ur fingers semuanya mudah, knowledge is just around u, rajin-rajinla membaca . In short, back to ur objectives in life, kenal diri anda, buat keputusan yang betul, yang penting dalam hidup ni kena ada passion in whatever u venture in, tak kira la u nak makan gaji ke u nak buat bisnes ke, life is not easy though but ur attitude makes ur life easier. Semua benda pun ada cabarannya tersendiri. Tapi kalau ada minat dan kecekalan inshaaAllah kat mana2 & bila2 pun boleh berjaya.

  • @Starworldventure
    @Starworldventure Před 2 lety +43

    MBA now, looking forward to PhD soon. Long-life education 🎓 with experience 💪

    • @azimahmohamed5417
      @azimahmohamed5417 Před 2 lety +1

      Anak saya skrg final year Business Admin (Human Resource). Apa pendapat tn adakah strategik terus sambung Master. Tkasih

    • @Starworldventure
      @Starworldventure Před 2 lety +1

      @@azimahmohamed5417 pada pandangan zahir saya serta ilmiah, sebaiknya meneruskan ke MBA, kerna organisasi kini masih memerlukan tenaga pekerja dalam bidang Human Resources Management walaupun berdepan dengan teknologi diabad ke 21 kini.

    • @azimahmohamed5417
      @azimahmohamed5417 Před 2 lety +1

      @@Starworldventure Tkasih. Saya pun fikir begitu jugak. Senang siapkan pembelajaran dulu. Maaf bertanya
      .. tuan bekerja dlm sektor apa?

    • @Starworldventure
      @Starworldventure Před 2 lety

      @@azimahmohamed5417 secara khususnya sektor financial technology dan pendidikan.

    • @azimahmohamed5417
      @azimahmohamed5417 Před 2 lety +1

      @@Starworldventure terbaik

  • @sarahliyanabintisuhaimi8630

    saya dapat keje tetap umur 24 tahun dgn ada diploma, sebelum tu keje sini sana part time, kawan saya dapat keje lepas SPM, kami company sama, cite dia rezeki juga ape pun akhirnya, gaji dia pun lagi tinggi dari saya, sekarang kami 31 tahun. Ilmu bagi saya penting, belajar dulu lepas tu pikir arah mana nak tuju. tapi kalau tak sambung study stay boleh keje cuma kena rajin usaha dan cari. yang best belajar bila kena sponsored, nak bayar loan study tu yg banyak, alhamdulillah settled da hutang. gaji kecik ke besar kena sabar sangat sbb sy mula dengan gaji 1300 je.

    • @eddyvv
      @eddyvv Před 2 lety +4

      Diploma qualification ni max gaji brapa ye ? saya hanya nak tau sbb saya pon ada diploma

    • @HitaMkAnn505
      @HitaMkAnn505 Před 2 lety

      @@eddyvv 2k

    • @juwairiahabdullah2487
      @juwairiahabdullah2487 Před 2 lety

      @@eddyvv awak sambung degree kee? Saya pun diploma juga,huhu

  • @DrHaffeast
    @DrHaffeast Před 2 lety +5

    Depend on situations. InsyaAllah, rezeki itu ada dimana2. Keep believing.

  • @evans7704
    @evans7704 Před 2 lety +37

    Sya ada sorng kawan dlu x hbis bljar..spm pun xda..tpi dia start buat mcm2 kerja lepas brhnti bljar..Skrng dia kerja dgn sbuah cmpny gaji lumayan bkan sbb dia ada degree tpi sbb dia punya pengalaman yg sngat2 byk dlm bidang yg dia buat..sya kagum dgn dia..mcm2 dia boleh buat dari Elektrical smpai lah ke automotif..dia xda sijil kemahiran pun.. Dia xda apa2 sijil pun dlm bidang yg dia ceburi .. Cuma berbekalkn pngalaman kerja sejak brhenti bljar ..

    • @luqmanhaqeem333
      @luqmanhaqeem333 Před 10 měsíci

      Yup sebab sekarang ni nak cari kerja Dia kena bergantung pada pengalaman jugak supaya senang nk dpt kerja

    • @shazchannelmy8718
      @shazchannelmy8718 Před 10 měsíci +1

      tuhan itu maha adil bro stiap manusia msti ade kelebihan dn kekurangan even die tk ade sijil yg tinggi tpi die ade skill yg than beri itu la kebolehan die dn digunakan tepat pada tmpt yg btul . aku respect org mcm tu. smoga kita smua dimurahkan rezeki smua😊

    • @Xaraxera
      @Xaraxera Před 8 měsíci

      Okay lah tu takde sijil tapi ada kemahiran. Nk ada kemahiran mcmtu mesti dia bekerja keras sampai tk putus asa. Jangan tngok result kalau boleh tengok usaha dia

  • @TeriyakiMr
    @TeriyakiMr Před 2 lety +6

    sy lepasan degree tapi guna spm utk apply kerja. Dan gaji skarang rm 5k bersih. zaman skarang qualification itu betul tapi sekiranya berpengalaman maka itu yang di cari oleh majikan

  • @wadyadams4912
    @wadyadams4912 Před 2 lety +7

    Adik saya lepasan spm yang cukup2 makan boleh sambung stpm. Tapi dia pilih belajar dalam bidang salon di kolej kemahiran.. habis belajar dia kerja kat salon2 cina ambil ilmu kewangan dan cari bakal2 costumer. Hari ini dia dah ada salon sendiri. 5 tahun ambil masa.

    • @HitaMkAnn505
      @HitaMkAnn505 Před 2 lety

      Dia lepas ambik kolej kemahiran dia sambung belajar ke?

  • @takeuchimakoto2038
    @takeuchimakoto2038 Před 2 lety +3

    Lets say if semua orang buat bisnes...bila malaysia boleh lahir kn tenaga pakar yg mahir, tats why diploma and degree wujud untuk benda mcm ni. Percaya lah orang yg sentiasa berilmu akan slalu mendapat keberuntungan

  • @haziqzaidii3569
    @haziqzaidii3569 Před 2 lety +4

    Thank youu doctor sebab buat saya lebih semangat untuk buktikan dekat parents saya yg even saya hanya lepasan spm, saya ada matlamat saya yg jelas tq so much !

  • @mrfm1953
    @mrfm1953 Před 2 lety +9

    for me klau ade peluang atau offer utk bekerja (government staff) better kerja dlu sbb time kerja kite boleh buat PJJ..belajar anytime boleh buat tp klau kerja especially klau offer dri government susah nk dpt just my opinion ✌️

  • @Khairulzaman96
    @Khairulzaman96 Před 2 lety +3

    Nak cari pekerjaan kena ada pengalaman & kemahiran tetapi ikut masing2 nak sambung pengajian teruskan

  • @kucikarote6697
    @kucikarote6697 Před 2 lety +21

    Lupa satu benda penting lagi. Majikan dah tak kesah pasal degree vs diploma. 3 years working experience in professional field>> 3 years dekat uni buat degree

    • @haidaredarr6327
      @haidaredarr6327 Před 2 lety +7

      Sangat la betul, bagi diorang diploma degree macam takda beza dah.

    • @cibaichow4924
      @cibaichow4924 Před 2 lety +1

      Degree ada leverage tersendiri klu melibatkan professional field macam engineering, BEM nak degree in engineering baru boleh register as Grad Engineer

    • @farhandahalan4336
      @farhandahalan4336 Před 2 lety +1

      Tak jugak. Kalau company yg well established or senang cerita big company/gov still strict bab qualifications ni. Betul ada majikan tak kisah..tapi bagi saya bergantung pada jawatan dan syarikat tu sendiri. Senang cerita level qualification tu masih relevan juga untuk dptkan kerja.

    • @syahiran5551
      @syahiran5551 Před 5 měsíci

      Mcm mana nak dpt 3 years working experience in PROFESSIONAL FIELD bang kalau x de degree?😢

  • @bujangsenang7669
    @bujangsenang7669 Před 2 lety +6

    Mcm sye da puas keje kilang hampir 10 tahun start dari lepas SPM ... Pastu tukar bidang Bisnes Setahun ... Bisnes x menjadi ... Last choice skrg jadi driver je 😅 sbb sye minat kesana kemari ... Semua tu bergantung pada jiwa insan tersebut ... Alhamdulillah jiwa tenang ..

    • @HitaMkAnn505
      @HitaMkAnn505 Před 2 lety +1

      Tergantung pada cita rasa baru boleh on

  • @mattosman5246
    @mattosman5246 Před 11 měsíci +1

    Sambung belajar lagi lepas SPM, tambah ilmu dahulu kemudian baru kerja. Dengan ada sijil/degree peluang anda untuk naik pangkat dan gaji lebih tinggi, anda juga lebih dihormati oleh masyarakat jika ada kelulusan akademik yang tinggi

  • @JancokYT
    @JancokYT Před rokem +2

    From my perspective, kalau lepas spm nak kerja boleh tapi tolong lah set target certain age nak buat apa. Buat lah business tak kira part time or full time. Jangan jadi macam member2 aku dah 10 tahun bekerja still xde achievement dari segi ekonomi diri sendiri. Nak enjoy boleh tapi mesti ada had nya. Also try investing in real estate, crypto, saham & etc. Biarlah xde sijil tapi as long as ade financial security inshaallah survive.

  • @intankhrna
    @intankhrna Před měsícem +1

    But to me, sambung pelajaran adalah menimba ilmu. Selagi mampu dan berpeluang utk sambung belajar, just go for it. Bahkan klau jadi business owner pn mereka tetap akan prgi kelas2 belajar dngn mentor. So tkde beza sngt pn, tetap juga mereka mencari ilmu dgn cara yg berbeza.
    Ada ternmpk komen kata sambung belajar ni bnykkn hutang je. Well, mmg betul, tapi selagi you study smart, usaha target dptkn biasiswa.

  • @MrIQqah
    @MrIQqah Před 2 lety +2

    To those makcik2 kt kg yang duk bandingkan anak2 nyer study taraf degree.. master.. Phd..gaji ank banyak tu.. Banyak nie.. Harap bleh tgk video nie... Pernah mencelah diorg.. Sy tanya apa yang diorg benchmark anak diorg berjaya dan bahagia? Pernah tanya anak x?

  • @hafizahtaj1460
    @hafizahtaj1460 Před 2 lety +3

    Terima Kasih. Lepas dengar, saya makin yakin dengan pilihan Saya.

  • @christoperalexlo8527
    @christoperalexlo8527 Před 2 lety +2

    lagi bagus bila kita belajar tapi dalam masa sama kita bina bisnes , cari pengalam , dan ketika kita tamatkan pengajian belum tentu kita akan kerja , dan di situlah pentingnya bisnes yang boleh kita jayakan

  • @radiokarat6372
    @radiokarat6372 Před 2 lety +3

    study is for future dan juga tahap pemikiran yg luarbiasa smua bende kne belajar even keje pn

  • @muhdsyafiqfauzi3299
    @muhdsyafiqfauzi3299 Před 2 lety +16

    Saya sampai diploma je dalam civil engineering . tapi tu la satu pengalaman tiada . so saya tak sambung belajar . dan skrg bekerja dalam satu company sebagai technian lab . Ada la sikit ilmu civil digunakan walaupun tak semua . Sebab saya test barang2 construction seperti cube,soil, rebar(besi) dan lain2 lagi . Gaji ditawarkan pun 1.5k saja . Hampir setahun saya bekerja disini . Tekanan keje tu pasti ada . Engineer hanya tahu arah dan nak cepat .

    • @zuliskandar810
      @zuliskandar810 Před 2 lety +2

      Saya dalam bidang mechanical engineering okay bang. Boleh demand gaji tapi perlu experience

    • @motosim9149
      @motosim9149 Před 11 měsíci

      Boleh coba2 apply kat JobStreet. Jangan putus asa insyallah awak akan dapat kerja dengan gaji dan kelayakan yang sepatutnya. Pada masa yang sama buat kerja yang terbaik dengan majikan sekarang. Terus berusaha saudara.

    • @shazchannelmy8718
      @shazchannelmy8718 Před 10 měsíci +1

      saya juga bljar smpai diploma dlm bidang electrical engineering hbis bljar trus kje gji permulaan sya 1800 dan sy seorg suke jumpe kje tmpt lain dn skrg gji 1950 untk dpt yg sy ingin kan skurang nye atas 2k . bgi sy klau kmu sudah ada pngalaman kamu bleh jump ke tmpt lain dn demand gji awk . semoga di permudahkan smua😊

    • @just4randommadao743
      @just4randommadao743 Před 7 měsíci

      ​@@zuliskandar810abang mekanikal degree or diploma? Pendapat abang better go for degree or terus kerja gune diploma?

  • @aliwiomar5215
    @aliwiomar5215 Před 2 lety

    Dia mcm ni, tgk potensi diri, kalau potensi diri kuat nak berbisnes dan rasa yakin sgt berbisnes blh cuba, tapi kalau u ada duit lbh, blh la ambil diploma atau degree, pendek kata cermin dulu diri, potensi apa terbesar dlm diri, asah bakat tu. Yang penting apa kau buat mendatangkan hasil dan engkau rasa bahagia

  • @saifuddinmerecikchanel7026

    MACAM NIE LAH KALAU NAK KEDUA DUA ANTARA KERJA DAN DIPLOMA..JAWAPANYA MUDAH SAJE, KERJA TERUSKAN KERJA DAN BELAJAR PJJ YAKNI BELAJAR HUJUNG MINGGU SABTU AHAD, CUKUP 4 TAHUN AKAN DAPAT DIPLOMA, PENGALAMAN KERJA ADA DAN DIPLOMA ADA BOLEH APPLY NAIK PANGKAT LAGI 😍😍😍

  • @hairulirwanabuhassan7971
    @hairulirwanabuhassan7971 Před 2 lety +6

    Credit to Rich Dad Poor Dad story too..😀

  • @malvins488
    @malvins488 Před 2 lety +4

    mmg cun laa nama dia ni dokter🤣 semua saranan dia jelas,rasional dan logik😂 🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥

  • @mrbumiputera
    @mrbumiputera Před 2 lety +3

    apa aku nampak dalam dunia pekerjaan ni kita perlukan pendidikan yang baik. walau pendidikan kita tak setanding orang cemerlang tapi kita kena ada ilmu pada peringkat asas dan menengah. bila kita selalu berkata lepas spm boleh bisnes boleh kaya lebih dari mereka yg ada pendidikan tinggi, itu sangat salah.
    adakah kita nak lihat bidang profesional dalam negara kita dimonopoli oeh orang asing? anda bila masuk ke sektor profesional kita hanya mampu tengok warga asing yg menguasai. sudah la pekerjaan perkilangan dan ladang warga asing monopoli.
    ini negara kita biar kita yg bangunkan ikut citarasa kita bukan ikut citarasa warga asing.

  • @spiritwish3725
    @spiritwish3725 Před 2 lety +3

    Salam boss. Bagus point dr ni. Tapi kan realiti nya x semua mcm yg dr cakap mcm dlm video ni....

  • @din_lolet45
    @din_lolet45 Před 2 lety +4

    Just share my part...result spm xberapa bagus so sambong stpm...masa singkat jimat duit cume kene struggle lebih sikit...then sambong keje buat delivery food sampai skang sambil study degree part time...mmg masa nk habis study tu lmbt tp income sambil keje tu berjalan..so study dpt duit pon dpt....kalah saya lah

  • @zabedibeig278
    @zabedibeig278 Před 2 lety +4

    Diploma.. kerja 2-3 tahun.. sambung degree.. atleast ada work experince..

  • @adibkhairul4743
    @adibkhairul4743 Před 2 lety +4

    saya nak tanya pandangan Dr. teruk sangat kerja makan gaji ni. ada segelintir midset even dalam circle saya sendiri berfikiran makan gaji ni takkan kaya. actually saya agak terasa sbb ayah saya kerja makan gaji dengan gaji 2k sebulan untuk sara 5 orang anak yang masih sekolah tapi so far alhamdulillah hidup kami cukup walaupun tak mewah dan tidak berhutang. ada orang kerja untuk kaya, ada orang kerja untuk mencukupkan keperluan dan nafkah dan membantu orang lain. btw setakat ni saya tak pernah miss video2 Dr 👍

  • @muzammilshah94
    @muzammilshah94 Před 2 lety +1

    University ajar u run business, tak ajar buat decision dlm business. Buat decision hanya boleh belajar dari pengalaman. Nk berjaya business kene pandai buat decision. Tapi dlm business jgak paling penting kene power run operation. Conclusion nk conquer business kene ada ilmu + pengalaman.

    • @orangbiasa8219
      @orangbiasa8219 Před 2 lety +1

      Betul.....bukan semua orang yg belajar dan abim course business study buka business......

  • @hilmihakim864
    @hilmihakim864 Před 2 lety +3

    Tu sebab jangan pandang rendah dgn spm nk jadi doktor pon nk tengok result spm gak think about it

  • @amirism91
    @amirism91 Před 2 lety +4

    Semua tu tak penting. Yang patut dikejar adalah jadi ahli politikus. Tu yg jadi kat Malaysia

  • @afdzalramli5145
    @afdzalramli5145 Před 2 lety +4

    pengalaman sya la kn... fresh grad starting salary ikut edu.. rm1300.. blajar bgai nk rabak.. last2 cop memilih kerja.. what point hbis duit.. uni tetapkn silibus ikut level.. tpi gaji level xda edu.. naya student cm tuu.. beragak2 la nk bg nilai gaji serendah mcm tuuu..

    • @kkhalifah1019
      @kkhalifah1019 Před rokem +1

      Salah tu. Fresh grad salary bergantung kepada demand. Diploma, bachelor, master, doctorate semua sy dah buat, I can tell you in the end bukan sijil yg menetapkan gaji kita. Sebaliknya kebolehan dan kepakaran kita yg menentukan gaji kita.
      Masuk universiti bukan kejar sijil, tapi kejar ilmu. Ilmu itulah yg akan membentuk kepakaran kita dalam sesuatu bidang, dan kepakaran bersama pengalaman yg akhirnya akan menetukan nilai kita sebagai penyumbang kpd majikan atau bisnes kita sendiri.

  • @3anne172
    @3anne172 Před 2 lety +4

    My 2 cents, minimum is diploma. Why? Supaya kita ada knowledge, experience youth jugak dlm involved dgn activity2 di university, mingle with ppl whom share good vibes. Lebih elok jika anda punya creativity utk buat side income. Lepas tu direct kja or buka business sendiri. Ikut minat sndri. Ilmu minimum business pun dh ada jgk, the law and all. So that x jugak sng kena tipu di dunia luar. After that sambil2 baru blh upgrade bit by bit.

  • @acaphesmes3079
    @acaphesmes3079 Před 2 lety +1

    sebab tu kita nk sambung bljr, pikir balek apa risiko dia ... mcm saya belajar civil engineering ... skop kerja nya luas ... and selagi ada pembangunan .. selagi itu ada kerja ... kita cuma perlu pandai cari peluang and kerja yang sesuai ngn kita ... cuba dan cuba cari kerja yg paling bagus utk kita .. atau kita boleh bekerja sendiri as engineer mcm buat rumah or apa apa

  • @aaymotorvlog
    @aaymotorvlog Před 9 dny

    Dr. sendiri pun ade DEGREE, jika sy nak berurusan sy lebih prefer dengan individu yang berpendidikan.

  • @haiyridha9078
    @haiyridha9078 Před 2 lety

    Sambung belajar dulu lepastu barulah nak buat business ke nak jadi gamers bagai. Sebab if business dah tak jadi boleh minta kerja. And then, gamers? Gaming ni tak lama pun maybe lagi 2 3 tahun je after covid dah settle and semua hidup normal macam dulu maybe dah takde orang tengok or main game macam sekarang. So renung renungkanlah dan selamat beramal

  • @adhaahmad6676
    @adhaahmad6676 Před rokem

    belajar boleh tapi tengok kebolehpasaran semasa. tengok life nature is all about businesses dari bayi sampai ke kematian semua diniagakan. jadi belajar ambik lah ilmu yang berkaitan perniagaan sebab itu digunapakai pd kehidupan harian. belajar untuk dapatkan ilmu yg bernilai & diguna dlm hidup bkn belajar utk jd kuli smpai mati

  • @muhammadtaqiuddin4616
    @muhammadtaqiuddin4616 Před 2 lety +2

    saya terinspiras dengan perkongsian tuan terima kasih tuan

  • @najmieymohamad5784
    @najmieymohamad5784 Před 2 lety +3

    Tp bisness pon bnyk cabang x semua bisness boleh di bina tanpa diploma or degree ... Contohnya bidang architecture, kedoktoran, guaman dn sebagainya .... Mcm mana nk bukak klinik kalau xde qualification dlm bidang tu ... Mcm mana nk bukak firm arkitek dn guaman kalau xde qualification ....

  • @syakireenaziz2946
    @syakireenaziz2946 Před 2 lety

    setuju. matlamat hidup yg akan membezakan seseorang dgn seseorang yg lain. bukannya sijil yg diperolehi.

  • @bilalhilmanadnan5764
    @bilalhilmanadnan5764 Před 2 lety +2

    Aku as student yg x ambil SPM lagi pon aku rasa budak ii baya aku kena amik tau sbb we don't know in the future apa yg akan jadi so kita belajar dari yg org dewasa so that make we easy to think about future kan. But big problem right now kwn baya ii aku mna nk tengok benda cmni yg depa tau just enjoy. Aku tau masa budak ii ni la enjoy nanti kerja dh x bleh but for me that is not relaven answer oke sbb before we get our spm kita kena cari cara untuk stabilkan kewangan kita for who those coming from rich family it oke for enjoy tapi untuk org yg coming from keluarga yg sederhana n susah ni x kan la nk main ii lagi kan. If I got wrong pless betulkan oke sbb aku ni budak ii lagi walaupun ckp matang kdg ii ada lagi perangai budak ii ni😅😅😅 hahaha zaman la ni aku rasa x patut kot ada perkataan "aku x tahu" or yg sama maksud kan sbb semua benda bleh caqi so make ourself bersedia untuk masok dlm dunia dewasa n when we get advice from org dewasa ni maybe dpt bantu kita untuk melalui masalah yg kita akan lalui nanti😬😬😬

  • @Wood_art_
    @Wood_art_ Před 2 lety +1

    berdasarkan pengalaman aku hire org yg ada degree dan keatas ni semua bende nk bgtau betul2 dan diorang kurang peka time buat kerja berbanding dengan org yg berpengalaman kerja , org yg tk de diploma dan degree tp berpengalaman berkerja tau ape ptut buat dan tk lengahkan masa. aku tktau lah mungkin sbb budk degree dan keatas ni ramai yg sombong rasa dah hebat ahahaha padahal huhu

  • @luqmanxx4499
    @luqmanxx4499 Před 2 lety +1

    dr.saya as student degree.saya tk prefer nk banding dgn billionaire dn sbgainya.tu mostly luar negara.in malaysia.tooooo many student after spm.konon nk bisnes and do MLM .tersgt rmai budak lepasan spm yg buat mlm.so yeah.based on my personal .more better to be employee . except yg jd usahawan tu.sila la jual brg yg nyata.bkn cri org sna sni.ada cashout pe bgai. #stopMLM

  • @kkhalifah1019
    @kkhalifah1019 Před rokem

    TLDR: Please drop out from school jika nak buat bisnes. Jadikan SPM Gred 3 matlamat anda.
    Fuhh... inilah kata-kata hikmat yang dinantikan oleh generasi yg tak berminat ke kuliah. Good luck.

  • @junestationers8570
    @junestationers8570 Před 2 lety

    Awak pula kena lihat berapa orang gagal dalam hidup tanpa degree. Biasa kita cuma lihat golongan yang kecil success lepasan spm. Tapi golongan ini peratusan yang berjaya adalah sangat sangat rendah. Kalau kamu tidak sambung tawaran ke universiti, kamu akan menyesal seumur hidup, belajar di universiti tak ambil banyak masa, setakat 3 hingga 4 tahun sahaja. Orang cina selalu titik berat bila buat satu keputusan untuk sambung belajar, iaitu 幸存者偏差。

  • @ahmadfarhan4270
    @ahmadfarhan4270 Před 2 lety +1

    Kalau takde matlamat hidup mcmana hahaha. Tiap kali soalan ditanya, semuanya berbalik kpd obj kehidupan

  • @dondainel6113
    @dondainel6113 Před 2 lety

    satu perkongsian yg sangat baik .tq dr..😎👍👍👍...

  • @ahmadazfar6518
    @ahmadazfar6518 Před rokem

    Yg penting ialah kesedaraan diri samada korang nk sambung belajar atau tidak dua2 ada kelebihan cume korang kena buat planning betul2...pada pendapat peribadi aku suka ada degree...itu hak masing2...yg masalah skrang nie family paksa kita untuk ikut pilihan mereka bukan mereka memberi pendapat.

  • @qunique4681
    @qunique4681 Před 2 lety +2

    First Subuh!!!

  • @kelvinm970
    @kelvinm970 Před 2 lety +1

    Terima kasih ilmu perkongsian.

  • @firdausothman2327
    @firdausothman2327 Před 2 lety

    Betulla tu adam. Balik2 tnya apa kita nak dlm hidup.

  • @hairulirwanabuhassan7971
    @hairulirwanabuhassan7971 Před 2 lety +3

    Certificate is just a "ticket" for an employment..ha gituu....

  • @potato504
    @potato504 Před 2 lety +2

    Orang yg dapat 9G pun lebih kaya dari yg ada dgree cano 🤣😝

  • @muhamad9591
    @muhamad9591 Před 2 lety +3

    Sepatutnya ijazah hanya 30% terbaik.

  • @sharill7839
    @sharill7839 Před 2 lety +1

    saya teringin nak sambung study tpi family x mampu hm. so saya kerja dulu untuk sambung belajar

  • @CIKGUAd
    @CIKGUAd Před 2 lety +10

    Kebanyyakn member sy yg bngsa cina...depa bljr pn x tinggi mana..ada pn yg tinggi sume amik business...sbb nk mewarisi pkrjaan/empayar famili yg dh sedia ada...

    • @amirfaisal2609
      @amirfaisal2609 Před 2 lety

      Klu bkn depa spa lg nk waris huhu

    • @haiyridha9078
      @haiyridha9078 Před 2 lety

      Chinese bukan taknak sambung belajar tapi peluang diorang nak sambung study kat Malaysia ni susah. Contoh uitm, hanya untuk orang melayu dan peribumi sahaja. Poli pula kebanyakkan nya course kemahiran and chinese tak minat. u swasta pula mahal. So better diorang ajar cara business dari kecik and waris kat keturunan

  • @alifmutalib9853
    @alifmutalib9853 Před 2 lety +5

    Sijil hanyalah tanda orang bersekolah ,bukan cara berfikir.

  • @amnanisya927
    @amnanisya927 Před rokem

    Saya SPM sijil teknikal kemahiran elektrik macam2 Dan skg chargeman Ao/A1 tengah ambil Chargema A 4 gaji +elaun faham2 je la ye ade gi lagi ...

  • @mal8127
    @mal8127 Před 2 lety +1

    Ahh cukup umur kang buat business & amik part time diploma

  • @eeetestsubject1023
    @eeetestsubject1023 Před 2 lety +3

    Dr, Boleh bantu tak? 🙁
    Kalau student engineering, masih boleh belajar tentang finance kah?
    Saya student engineering, saya faham yg engineering ni ada banyak peluang pekerjaan pada masa depan dan sekarang.. Tetapi saya nampak banyak grad engineer dan yg engineer bekerja lama semua Cakap "Jangan belajar engineering, tak berbaloi" atau "Gaji engineer ciput biarpun kerja lama"
    Then ada saya nampak lagi satu research pasal Major Finance (Kewangan) bahawa kalau belajar benda ni, masa depan cerah sebab dah diberi pendedahan awal tentang analisis duit dan pelaburan.. apalagi kalau zaman skrg smuanya Femes psl Crypto dan Trading..
    Dua2 benda tu actually saya Minat jugak nak belajar, Tapi sekarang saya blur😭 Saya taktau nak teruskan atau tidak.. Saya pun tdk boleh predict masa depan..
    Harap Dr boleh tolong..
    Thank you

  • @olahpappy3138
    @olahpappy3138 Před 2 lety

    Thank you dr you can do anything don't give up

  • @veterancoroz3474
    @veterancoroz3474 Před 2 lety

    Dr share la sikit tips and ilmu tentang bisnes, Dr kan ada bisnes sendiri mesti dah banyak ilmu and pengalaman.....

  • @anonymousefitz8736
    @anonymousefitz8736 Před 2 lety +1

    So patutke saya amik Diploma biasa OR foundation OR IB diploma (nipejabatbyr) kalau nak sambung blajar. Plus impiannya degree accounting lah tapi mana yang lagu bagus(kalau pilih selain IBDP), lagi satu saya nak keje gomen ( Kalau boleh la)

  • @jijadproduction7842
    @jijadproduction7842 Před 2 lety

    Thanks for your explaination..Dr

  • @qawiable
    @qawiable Před 2 lety +1

    Pendapat sy kalau minat dlm sesuatu bidang dgn mendalam elok Samsung belajar...
    Bagi lepasan SPM tu elok ambik aliran TVET sebab kemahiran ni boleh buat duit...

    • @haidaredarr6327
      @haidaredarr6327 Před 2 lety

      Kemahiran pula kena ada minat, tak boleh saja2 ikut kawan🤣 kemahiran kalau ada bakat lagi bagus.

    • @MohdFaiz-wg3di
      @MohdFaiz-wg3di Před 2 lety

      Samsung belajar tu aper? Buat handphone ke?

    • @HitaMkAnn505
      @HitaMkAnn505 Před 2 lety

      @@MohdFaiz-wg3di samseng

  • @mrpilot2000
    @mrpilot2000 Před 2 lety

    Kawan saya SPM dan sijil Giatmara Ada bengkel kereta kecil. Sebab RAJIN